Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

8.2.10

Mesej ancaman bunuh, Saiful buat aduan polis



Lee Way Loon
Feb 9, 10
1:04pm

Mohd Saiful Bukhari Azlan telah membuat laporan polis berhubung mesej ancaman bunuh terhadapnya di laman peminat facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim.

police report mohd saiful bukhari azlanMohd Saiful membuat laporan polis itu di ibupejabat polis Sentul tengahari ini.

Menurut laporannya itu, Mohd Saiful berkata dia menerima satu e-mel yang tidak dikenali semalam, yang memaklumkan kepadanya mengenai mesej ancaman bunuh itu beserta salinan skrinnya.

Dia turut mengemukakan salinan skrin itu untuk rujukan polis.

Mohd Saiful kemudiannya bercakap dalam sidang akhbar dengan ditemani oleh peguamnya selepas membuat laporan polis itu.

"Ini adalah satu ancaman bunuh ke atas diri saya dan ini adalah suatu ancaman yg serius.

"Saya bimbangkan keselamatan diri saya dan keluarga," katanya.

MalaysiaKini.

RangBul@n:

Bagi RangBul@n tak seharusnya Saiful takut akan ancaman bunuh; lantaran seorang yang berjiwa Islam menjaga nama baik & keluarga itu sebenarnya adalah satu jihat. Allah menjanji mati syahid jika dalam masa membela martabat diri & keluarga maka terbunuh.

Agar Allah SWT segera memberikan pertunjuk yang jitu dalam isu liwat ini.

Tiada ulasan: