Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

11.2.10

NAJIB boleh disingkir tanpa undi tidak percaya



Posted on Thursday, February 11 @ 05:39:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh songkokputih

Artikel Oleh Din Binjai



Profesor Dr. Abdul Aziz Bari menyifatkan keputusan mahkamah persekutuan mengenai isu siapa Menteri Besar yang berpihak kepada UMNO Barisan Nasional, membangkitkan persoalan mengenai kedudukan kerajaan dalam sistem demokrasi dari sisi perundangan.

Professor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa itu berkata perkara ini serius kerana Menteri Besar sepatutnya hanya boleh disingkir melalui Dewan Undangan Negeri.

“Pada hakikatnya kalau di negeri Perak itu Sultan boleh menyingkirkan Menteri Besar tanpa melalui undi tidak percaya dalam dewan secara formal, maka di peringkat pusat juga peringkat persekutuan boleh menyingkirkan perdana menteri tanpa melalui undi tidak percaya,"katanya.

Aziz berkata demikian ketika ditemubual TVSelangor.com

Beliau percaya kepada amalan yang dipraktik selama ini iaitu melalui undi tidak percaya secara formal di Dewan Undangan Negeri bagi menentukan siapa Menteri Besar.

“Jadi, itu yang menyebabkan timbulnya perspepsi ataupun tanggapan bahawa apa yang berlaku itu boleh memberi kesan kepada perlembagaan dan ini semakin boleh mengkompromikan sistem Raja itu sendiri,”katanya.

Kes ini akan menjadi rujukan tetapi malangnya ia perkembangan yang tidak sihat kerana undang-undang pada masa ini boleh menyingkirkan pemimpin dengan mudah, tanpa mematuhi prosedur yang betul.

“Dengan keputusan yang terbaru itu, mengatakan bahawa Menteri Besar ataupun Perdana Menteri boleh disingkir tanpa melalui undi tidak percaya, ini merupakan kesan langsung, dengan kata lain undang-undang yang dihuraikan yang diputuskan mahkamah semalam adalah perkembangan yang tidak sihat pada kes-kes akan datang,”katanya.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com

Peluit :

Bagi Peluit, ada baiknya Majlis Raja-Raja Melayu bersidang & membangkitkan soal Politik di Perak ini. Wajarkah... pun bolehkah dipinda akta perlembagaan agar Sultan berhak memecat Menteri Besar.

Apakah seseorang Sultan itu boleh menyingkirkan Menteri Besar tanpa melalui undi tidak percaya dalam dewan secara formal;Jika dirasakan wajar seragamkan di semua negeri.

Jika Agung adalah tunggak negara bagi demokrasi kita. Rakyat marhaen amat mahukan keadilan yang jitu dikecapi di setiap negeri dalam jajahan Malaysia; apalah salahnya Majlis Raja-Raja Melayu membuat keputusan terbaik isu ini.

Baik UMNO mahupun PR pasti menuntut hak jika punyai peluang sama seperti di Perak. Sebagai contoh bukan mustahil satu ketika nanti di Terengganu ada kalangan ADUN BN berpakat-pakat beramai-ramai berpaling tadah keluar BN menyokong PR, maka pastinya ketika yang itu akan berlaku krisis yang sama.

Jika begini keadaanya baik tak Payah buat Pilihan Raya. Ikut saja perkenan Sultan. Maka pastinya wang rakyat dapat dijimatkan.

stumpy :
Kalau zaman 'Krisis Perlembagaan' dulu, hasilnya ialah majukan apa saja pada YDP Agung, samada Agung nak sign atau tak, ia dah dikira berkuatkuasa selepas 2 minggu. Sekarang pula kalau mana2 puak lebih saja bilangan kerusinya wajiblah dia menjadi PM. Ini perkembangan menarik kerajaan Najib... Apa risikonya ya!

Tiada ulasan: