Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

26.3.08

Rosol Wahid : Pak Lah Yang Suruh Kami Sokong Idris

Posted on Thursday, March 27 @ 10:36:19 MYT by greenboc Oleh sulaiman"Seperti dilaporkan dalam Utusan Malaysia, Rosol Wahid mengakui bahawa perakuan untuk menyokong perlantikan Idris sebagai MB Trengganu adalah mengikut arahan Abdullah Hj Ahmad @ Presiden UMNO.

Kenyataan ini seolah-oleh menunjukkan bahawa sokongan yang diberikan kepada IDRIS bukanlah sokongan secara sukarela ataupun pilihan hati ADUN BN Trengganu. Namun, ia dibuat diatas arahan Presiden UMNO.

Oleh demikian, bagi meleraikan kekusutan perlantikan MB Trengganu, Presiden UMNO wajar menerima perlantikan Ahmad Said sebagai MB dan mengarahkan semua ADUN untuk memberikan sokongan kepada beliau. Apabila ini dilakukan, maka segalanya akan selesai dengan aman dan sejahtera. Tidak salah menerima Ahmad Said sebagai MB kerana diapun ADUN BN dan ahli UMNO.

Daripada Utusan Malaysia "Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Rosol Wahid berkata, semua ADUN BN Terengganu bersedia menerima apa sahaja arahan Abdullah sebagai penyelesaian kepada kemelut politik itu. Katanya, buat masa ini pendirian mereka masih sama iaitu menyokong pelantikan Idris yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu sebagai Menteri Besar. Rosol menolak desas-desus yang mengatakan terdapat dalam kalangan 23 ADUN yang berdiri di belakang Idris telah beralih menyokong Ahmad yang dilantik oleh istana.

“Kita tunggu arahan daripada presiden. Apa saja yang presiden minta... apa yang dibuat sekarang pun (sokong Idris) adalah atas arahan presiden."

“Dapat saja arahan daripada Presiden, kita akan adakan perjumpaan untuk membincangkan arahan yang diberikan,” kata Rosol ketika dihubungi."

Tiada ulasan: