Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

25.3.08

Gosip penyalahgunaan kuasa di KPM:

RM151 juta buat membeli gajet LEGO
Posted on Tuesday, March 25 @ 13:06:18 MYT by greenboc

Pelbagai Oleh anjelaktai

"
Baru-baru ini sebuah syarikat penerbitan terkenal (PTS) telah melahirkan rasa kecewa apabila Pak Lah mengekalkan Dato' Hishamuddin Hussein sebagai menteri pelajaran kerana di bawah pentadbirannya kes rasuah semakin menjadi-jadi di kementerian itu.

Menurut PTS, gosip tentang rasuah di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bukan hanya melibatkan projek-projek buku oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), di Bahagian Buku Teks (BBT), dan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) malahan lebih serius di Bahagian EPRD (Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Pendidikan) kerana bahagian itu menguruskan projek-projek pembinaan sekolah.

Gosip-gosip sedemikian sewajarnya mendapat respon segera Datuk Seri Hishamuddin Hussein bagi menjaga kreadibiliti kakitangan KPM yang merupakan antara Kemneterian paling utama dalam menjayakan dasar Perdana Menteri ke arah menjana modal insan kelas dunia.

Kali ini sekali lagi pihak berkenaan mendedahkan gosip berkaitan salahguna kuasa di Kementerian Pelajaran di bawah pimpinan Menteri pelajaran Datuk Seri Hishamuddin Hussein. Gosip-gosip berkaitan dipaparkan dalam laman Universitipts.com. Berikut dipetik gosip berkaitan salahguna kuasa seperti yang didakwa oleh pihak berkenaan.

------
Lagi gosip penyalahgunaan kuasa di KPM: RM151 juta buat membeli gajet LEGO

Sumber: Universitipts.com.

Gosip. Gosip. Gosip lagi...
Bukan baru hari ini sahaja mulut-mulut komuniti bisnes dan komuniti pendidikan berbuih-buih bercakap tentang pelbagai projek pembelian buku dan bukan-buku yang berlaku di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), yang dikatakan dibuat oleh orang politik dengan tidak dibincangkan terlebih dahulu dengan pakar-pakar pendidikan.

Satu lagi pembelian yang digosipkan itu adalah pembelian produk LEGO. Ya, syarikat pembuat permainan LEGO dari Denmark, negara yang dikaitkan dengan lukisan kartun menghina Nabi Muhammad (bacalah salam untuk beliau, anggota keluarga beliau dan sahabat-sahabat beliau).

Produk LEGO itu adalah untuk digunakan oleh guru-guru bagi mengajarkan mata pelajaran rekacipta di semua sekolah menengah. Menurut yang empunya gosip, RM10 juta sudah dibayarkan kepada kontraktor pembekal pada 2007, manakala RM141 juta lagi akan dikeluarkan tahun 2008 ini.

Menurut gosip yang sedang merebak macam api belukar musim panas itu, baik peruntukan RM189 juta untuk membeli gajet F1 mahupun RM151 juta untuk membeli LEGO, kedua-dua kontrak itu dirundingkan terus ( direct negotiation ) antara kontraktor dengan menteri, tidak menggunakan sistem tender biasa.

Demikian juga dengan pemilihan produk yang dibeli, menterinya hanya mendengar nasihat daripada agen-agen dan salesman F1 dan LEGO, dengan tidak meminta nasihat pakar-pakar yang ada di kementerian.

Gosip yang kita dengar mengatakan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) tidak pernah memasukkan kedua-dua produk itu dalam kurikulum rekacipta yang digubalnya, oleh itu PPK tidak mempunyai bajet untuk membeli gajet F1 dan LEGO, yang kedua-duanya bernilai RM340 juta. Malah pegawai-pegawai PPK tidak tahu menahu akan pembelian itu sehinggalah diberitahu oleh sumber dari pejabat menteri sendiri.

Nota: Sistem direct negotiation dibenarkan oleh kementerian kewangan bagi membolehkan kontrak diberikan terus kepada syarikat yang 100% dimiliki oleh Bumiputera (baca, UMNOputera). Sistem direct negotiation inilah yang membolehkan korupsi, nepotisme dan kronisme diamalkan dengan efektif.

"

Tiada ulasan: