Menteri besar Selangor enggan dikaitkan
dengan tindakan bekas setiausaha politiknya Faekah Hussin mengkritik
pihak yang “bernafsu besar”, di tengah-tengah kehangatan konflik
Selangor.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menolak 'perang dingin' Faekah dan seorang lagi bekas setiausaha politiknya Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai tidak mencerminkan pendiriannya dalam isu pilihan raya kecil Kajang dan pertukaran MB.
"Saya akan buat kenyataan akhbar mengenai apa pendirian negeri dan pendirian kita dalam hal ini... apa-apa (yang ditulis) dalam web itu bukan kenyataan rasmi.
"Kita tak boleh gunakan itu sebagai satu usaha untuk membangunkan atau menjatuhkan orang lain yang mungkin akan cetuskan kemarahan dan rasa tak percaya (kepada pemimpin)," katanya ketika ditemui di Shah Alam hari ini.
Semalam, Faekah (kanan) menulis beberapa kenyataan dalam Twitter yang antara lain mengkritik pihak tertentu yang mengejar jawatan MB Selangor.
Antara kenyataannya Faekah: "Yang mengejar bernafsu besar, yang mengendong patutkah berjiwa besar?"
Hari ini Nik Nazmi menyindir, juga melalui Twitter: "Kita sudah bukan setpol (setiausaha politik) tapi masih banyak cakap soal politik."
Hal ini berlaku setelah timbul ura-ura Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil alih jawatan menteri besar Selangor ekoran peletakan jawatan Lee Chin Cheh sebagai ADUN Kajang bagi memberi laluan kepada ketua umum PKR.

Khalid sedia Berdamai
Sementara itu Khalid menyeru agar semua pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat di Selangor bagi bersatu demi kebaikan rakyat Selangor.
"Politik memang terbuka. Jadi tidak menjadi satu masalah. Dalam politik
kita sekarang perlu menimbulkan suasana hormat-menghormati satu sama
lain.
"Politik ini bukan akhirnya. Politik satu usaha supaya satu kumpulan
mendapat sokongan rakyat untuk diberikan kuasa memerintah. Jadi orang
yang dipilih boleh menyumbang kepada kejayaan negeri," kata beliau.
Khalid turut meminta agar orang ramai tidak membuat kesimpulan
berdasarkan apa yang didengari di laman media kerana beliau dan parti
akan membuat kenyataan rasmi kepada media.
Beliau berkata demikian ketika menjawab sama ada beliau tahu Azmin
telah dipilih untuk mengetuai jentera pilihan raya parti untuk PRK
Kajang.
"Apapun kenyataan-kenyataan ini kalau berlaku dia mesti ada pengumuman
rasmi, jadi saya tidak akan membuat kenyataan sehingga ada pengumuman
rasmi," kata beliau.
Anwar berjersi Selangor
Sementara itu kehadiran Anwar dalam majlis petang tadi turut menjadi tumpuan.
Anwar yang berbaju jersi Selangor diraikan datang sebagai "Penyokong Setia Pasukan Bola Sepak Selangor" oleh pengacara majlis.
Bagaimanapun beliau hanya sempat duduk sebelum tergesa-gesa meninggalkan majlis berk
enaan kira-kira 15 minit kemudian.
Seorang pengiring beliau memberitahu media bahawa Anwar perlu bergegas
ke Kedah bagi menghadiri program dan tidak sempat menghabiskan masa
mengikuti program Khalid.
Hari ini merupakan hari kedua berturut-turut Anwar hadir bersama Khalid dalam program rasmi kerajaan negeri Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan