. Tarikh:
6 Februari 2014
Selepas penyanyi Hip Hop terkenal, Jay-Z diiktiraf oleh Universiti
Georgetown dengan menawarkan kursus berkenaan dirinya untuk subjek
'Sociology of Hip Hop: The Urban Theodicy of Jay-Z', kini Universiti
Rutgers pula mengambil langkah sama dengan menawarkan kursus untuk
isterinya, Beyonce menerusi subjek 'Politicizing Beyonce'.
"Subjek ini bukanlah menumpukan kepada karier gemilang Beyonce,
sebaliknya fokus akan diberikan kepada subangan Beyonce menerusi muzik
dalam peradaban masyarakat Amerika, jantina dan politik di negara ini,"
ujar pensyarah subjek, Kevin Allred.
Sebelum ini beberapa artis terkenal juga menjadi subjek di beberapa
universiti ternama antaranya 'Lady Gaga and the Society of Fame'
ditawarkan di Universiti South Carolina, 'The Textual Appeal of Tupac
Shakur' di Universiti Washington dan 'The Theology of Bruce Springsteen
Song' juga di Universiti Rutgers.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan