Sebuah klinik pembedahan kecantikan telah disaman oleh 35 selebriti popular Korea apabila menggunakan wajah dan nama mereka untuk tujuan komersial tanpa kebenaran.
 
Antara selebriti yang mengemukakan saman tersebut adalah Kim Nam Gil, Girls' Generation, Wonder Girls, f(x), Super Junior, 2AM, 2PM dan Jang Dong Gun.
 
Sebelum ini kesemua selebriti telah menyaman Klinik Surgeri Dr. Cho yang terletak di Gangnam, Seoul tetapi digugurkan oleh mahkamah kerana ketiadaan bukti.
 
Kini, mereka bertindak menyaman sekali lagi kerana mendakwa Dr. Cho mengaut keuntungan dengan menggunakan wajah mereka tanpa pembayaran royalti.