Rumah fesyen Versace telah melantik penyanyi popular dunia, Lady Gaga untuk mewakili jenama itu bagi koleksi terbaru Musim Bunga/Panas 2014 mereka. 
 
"Lady Gaga mempunyai semua kualiti yang diperlukan dalam koleksi kali ini. Kreatif, bereksperimen dan berani menyahut cabaran," ujar wakil Versace dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan.
 
Dalam pada itu, promosi yang dijalankan untuk koleksi ini, Lady Gaga telah 'diubah' menyerupai Donatella sendiri yang terkenal dengan rambut perangnya. 
 
Menerusi foto yang dirakamkan oleh jurukamera terkenal Mert Alas dan Marcus Piggot, Lady Gaga dilihat berjaya membawa jenama itu ke satu tahap yang lebih membanggakan.