Filem Bollywood berprofil tinggi tahun ini, Dhoom 3 berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila hampir keseluruhan tiket untuk tayangan awal telah habis dijual di India. 
 
Filem yang dibintangi oleh Abhisek Bachchan, Aamir Khan dan Katrina Kaif ini ditayangkan serentak di 4000 panggung wayang seluruh India bermula 20 Disember lalu dan kejayaan ini merupakan satu rekod terbesar sepanjang sejarah perfileman Bollywood.
 
Selain itu, penjualan tiket secara online turut mencatat jualan yang sangat memberangsangkan di mana penjualan secara online yang paling cepat pernah berlaku.
 
Berdasarkan sambutan di luar dugaan ini, Dhoom 3 dijangka akan mencatat kutipan tinggi berbanding filem-filem lain di India untuk tahun ini.