. Tarikh:
13 Februari 2014
Peminat filem Bollywood, jangan lupa menyaksikan filem 'Yes Boss' yang
dibintangi oleh Shah Rukh Khan dan Juhi Chawla pada 19 Februari ini, jam
10 malam menerusi TV2.
Dalam filem ini, penonton diajak menghayati kisah yang berlaku di India
di mana banyak orang miskin yang ingin cepat menjadi kaya. Seorang
wanita bernama Seema merupakan salah seorang daripadanya. Dia sangat
cantik dan memiliki peminat fanatik bernama Sidharth. Sidharth miliki
identiti seorang individu yang sangat kaya dan ingin berkahwin dengan
Seema.
Begitu pun penipuan status Sindarth yang sememangnya sudah beristeri
akhirnya terbongkar. Seema yang terkejut dan sedih menerima cerita itu
terpaksa menerima kenyataan tentang pembohongan Sindarth. Dia
kemudiannya dengan berat hati memutuskan untuk meninggalkan pemuda itu
kerana tidak mahu melukakan hati isteri Sindarth.
Sementara itu Sindarth tidak putus asa. Dia cuba sedaya upaya untuk
meyakinkan gadis yang dicintainya itu bahawa dia tidak mencintai
isterinya dan memberikan alasan mereka berkahwin pun kerana terpaksa.
Sidharth juga mengatakan bahawa dia akan segera menceraian isterinya
untuk menikahi Seema.
Cerita pun beralih pada orang pemuda miskin bernama Rahul. Rahul juga
merupakan peminat setia Seema. Namun sayangnya Rahul bekerja untuk
Sidharth. Rahul yang masak benar dengan sifat buruk Sidharth melihat
bahawa majikannya itu tidak mustahil akan mengkhianati dan memiliki
hubungan cinta dengan wanita lain.
Di sisi lain, Rahul juga tahu bahwa Seema bercita-cita tinggi untuk
menjadi kaya dengan segera. Rahul akhirnya menjadi bingung bagaimana
cara meyakinkan Seema tentang Sidharth. Pada masa sama Rahul juga
bimbang sekiranya dia membuka rahsia Sindarth dia akan dibuang kerja dan
hidup melarat.
Rahul pun takut akan tetap menjadi orang miskin selamanya jika Sidharth
mengetahui bahawa Rahul berniat menghalangi niatnya untuk mendapatkan
Seema. Saksikan kesudahan filem menarik ini hanya di TV2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan