Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

26.2.14

Kemelut BR1M 3.0

BR1M 3.0
Ada yang kasi maklumat... staf LHDN dah buat kerja lebih dalam bab semakan... mereka trace gaji kasar suami & isteri bila digabungkan dah lebih jumlah RM3000 maka dapatlah RM450. (RM3001-RM4000 hanya layak RM450)

Ada pula yang kata dia dah gabungkan kedua-dua gaji masih tak sampai RM3000 layaknya RM650; kenapa pula kasi RM450; ini yang kena buat rayuan...

Hahaha kut ada Spy Leman kerajaan yang kasi tahu... si isteri part time jual nasi lemak julaa kuih pelbagai... suami pun part tima kerja jaga... maka akhir tak layaklah dapar BR1M... ish payahlah kalau macam tu.

Sepatutnya seragamkan saja... kan ke kita ni negara makmur maju jaya... apa sangatlah beda RM200 tu sian dia... apa kata... yang dapat RM650 gajinya dah cecah RM3000 & si polan yang dapat RM450 hanyalah RM3001... macam tak adil... kan?
kan?
Teringat kampung halaman... setahu saya baik emak atau apak... mereka orang lama manalah ada pengaruh PR atau pembangkang di kampung saya itu... apak lama menjadi warga emas... memang tak pernah merasa duit BR1M... emak pula sekadar jual hasil ternak atau buah-buahan di kampung... tak pernah pun ada siapa nak kasi mereka ini sumbangan BR1M pun tak ujud sedangkan mereka setia menyokong kerajaan yang sedia ada.

  • Peluit Ralit alahai lagi sedih... rakan saya mengadu gaji kasarnya cuma sekitar RM4010 memang isterinya suri rumah sepenuhnya... dia tak pernah merasa BR1M sejak dulu lagi... (dulu hanya layak RM3000) saya pun turut bersedih... sebab saya tahu dia bayar cukai juga. RM10 punya pasal tak merasa duit BR1M.
     
    (Rezeki anak muda sekarang memang murah; yang bujang pun dapat BR1M & pelbagai kemakmuran negara dapat mereka kecapi; cuma masalah kehidupan anak cucu kita nampak makin terhimpit; sebab belum kerja dah ada hutang PTPTN ; rumah pula makin mahal; kos hidup tinggi melambung. Jika kerajaan tak sediakan peluang kerjaya yang munasabah pasti anak cucu kita akan makin terhimpit)

Peluit Ralit‎ BR1M 3.0

Selepas 20 hari (Rayuan BR1M) pasti akan ambil masa lagi... ketika itu pasti hati semua yang layak menerima BR1M lebih-lebih lagi kecewanya... saya teringat isu komputer riba 1Malaysia pun sama... rakan saya jauh lebih banyak pendapatannya mudah saja dapat komputer ni (biasalah ada kabel)... yang saya merayu sana merayu sini untuk anak-anak saya dapat ketik komputer ini...sampai habis peringkat pemberian... anak-anak gunalah komputer dugong orang dah lupuskan yang saya pakai ini. (ish yang terima komputer ni dengarnya ada yang jual dan ada rosak cam tu saja... tak dimanfaatkan)

Alhamdulillah... Allah murahkan rezeki keluarga kami... abang-abangnya cari rezeki sendiri... sambil belajar buat part time kerja Giant... KFC mana yang terima... kami bergabung duit dapatlah laptop sendiri.

VVIP yang terniat nak kasi BR1M ini..tak pernah rasa hidup macam kita; yang kita lihat hidup mereka MEWAH belaka. Kalangan mereka yang uruskan BR1M ini saya pasti gelak gumbira melihat penerima BR1M bagaikan dipaksa mengemis akan hak mereka.... silap-silap mereka kutuk kita... "Nak diberi salah tak boleh lambat sikit... tak diberi melalak!"... iyerlah dah e-mel tak dilayan... telefon pun tak angkat... LHDN tu macamlah sebelah rumah kita.

  • Anda dan 5 yang lain menyukai ini.
  • Peluit Ralit Mereka sekitar Kajang & Cheras tak payahlah ke LHDN ceriteranya pasti sama... cubalah telefon talian ini jika mahu tahu status anda... BR1M Cawangan Cheras Tel: 03 9207 4200 ext: 35305 @ 35298.

  • Peluit Ralit Saya & abg yang telefon tapi tak berjawab tadi patah balik & pergi ke kaunter satu lagi... okey pun status yang kami inginkan... dapat pengesahan memang semuanya dalam proses... tapi agihannya dah dilanjutkan lagi sampai 17 Mac 2014; Setelah 17 Mac baru ada berita bagaimana nak buat rayuan.

  • Peluit Ralit Encik boleh telefon nombor ini (dah saya simpan) untuk bertanyakan status BR1M encik... maka baliklah beberapa orang yang selorong dengan saya... hanya berbekalkan sekeping kertas; saya perhatikan seorang pangkat sebaya saya terus telefon nombor yang diberikan di muka pintu utama LHDN (dalam pejabat namanya tak sopan)... tak ada orang jawab pun... saya perasan ada sorang anak muda lelaki pangkat adik mungkin bujang... kami bersapa ketika berbaris... dia bilang talian okey sebelah tu... memang ada 3 kaunter untuk bertanya masalah BRIM ini.

  • Peluit Ralit BR1M Cawangan Cheras Tel: 03 9207 4200 ext: 35305 @ 35298

  • Peluit Ralit dia kasi kertas kecil yang memang dah tersedia dalam kotak depan meja.... ini yang tertulis di kertas tersebut...

  • Peluit Ralit Tak ramai yang berbaris; ada sekitar 10 orang sahaja bermasalah BR1M 3.0 ini.... bolehlah saya semak status BR1M... awalnya kata kerani lelaki talian BR1M sibuk tak boleh nak akses...

  • Peluit Ralit Kebetulan anak saya dapat kerja part time di Giant sementara tunggu keputusan SPMnya... maka terpaksa hantar dia buat akaun KWSP dah itu arahan majikannya... LHDN Kajang tu sebelahan saja... secara tak sengaja tergerak hati saya nak ninjau kut tak sesak...

  • Peluit Ralit Cer cuba buat satu sistem yang tak buat rakyat meraban... tak semua niat yang baik menghalalkan cara... jika ianya melukakan hati rakyat takut nanti natijahnya memakan diri... janji-janji-juga tapi belajarlah berjanji setakat termampu.... jangan lebih-lebih.

  • Ijan Adie Qaseh Amni Penipu dah tak ada duit .. tunggu mana duit dia loan tu, tu kasi alasan bagai-bagai sementara duit dapat..

  • Khairul Anuar Ariffin najib janji kangkung jer



17.2.14

Zaid: Tak perlu betulkan yang tak rosak


Dua minggu selepas 'menyokong' bekas bos beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi menteri besar Selangor yang baru, bekas Menteri Undang-undang Datuk Zaid Ibrahim kini bertukar arah.

Dalam tulisan blog beliau yang terbaru, beliau mahu MB sekarang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai peneraju utama kerajaan negeri.

"Selangor masih perlukan Khalid sebagai menteri besarnya. Marilah kita hormati mandat yang diberikan kepada beliau selepas pilihan raya lalu dan biarkan beliau buat kerjanya," kata beliau hari ini.

Zaid memberi amaran bahawa perjuangan untuk politik yang lebih matang dan baik akan tergugat sekiranya mereka yang melakukan kerja dengan baik dipecat atau ditukar hanya untuk melakukan strategi politik yang tidak terbukti dan kurang jelas.

"Jadi kenapa nak tukar MB sekarang yang bukan hanya bekerja dengan mandat rakyat, tetapi telah membuktikan dengan jelas kepimpinan beliau baik untuk negeri.

"Benar Anwar pernah memegang jawatan politik tinggi sebelum ini dan pernah menjadi menteri kewangan. Tetapi ia tidak mengubah kenyataan bahawa tidak perlu betulkan sesuatu yang tidak rosak.

Pada 1 Februari lalu, Zaid menulis dalam laman mikro 'Twitter' "Anwar Ibrahim telah membuat keputusan tepat untuk jadi MB. Harimau mesti berhadapan dengan singa baru selesa rakyat jelata".

Beliau menjelaskan keputusan itu setelah melihat 'trend' pengundi Cina yang mahu menggunakan PRK Kajang 23 Mac depan untuk menghantar mesej lebih positif mengenai keperluan untuk bergerak ke hadapan.

"Mereka (pengundi Cina) mungkin tidak mahu mengundi MCA kerana masih kecewa dengan isu masa lalu dan cara parti yang gagal menangani isu ini sejak sekian lama.

"Saya percaya mesej positif yang pengundi Cina akan hantar bukan untuk memberi undi kepada Anwar," kata beliau.

PRK Kajang: Polis buka lagi kertas siasatan


Polis membuka satu lagi kertas siasatan berhubung dakwaan pelanggaran Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012) berkaitan berkempen awal bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
  
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ini menjadikan sejumlah empat kertas siasatan dibuka berhubung perkara sama kerana individu terbabit tidak mengemukakan sebarang kenyataan bertulis 10 hari sebelum melakukan kempen.
  
"Yang melanggari APA 2012 dan sebagainya kita akan ambil tindakan dan sememangnya kita telah buka siasatan dan kita akan berunding dengan pihak peguam negara.
  
"Ada kertas siasatan yang sudah lengkap. Setakat ini ada empat kertas siasatan yang telah kita buka dan kita tidak menjurus kepada individu yang sama. Biarlah kita siasat dulu, dah selesai nanti, kita tuduh di mahkamah baru tahu individu terbabit nanti," katanya.
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita di majlis penganugerahan surat penghargaan kepada pengguna jalan raya berhemah dan kontinjen atau daerah terbaik Op Selamat 4/2014 sempena Tahun Baru Cina di KL Sentral di ibu negara hari ini.

Sebelum ini Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar dilapor mengesahkan tiga kertas siasatan dibuka terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menurut Seksyen 9(5) akta itu kerana pihaknya tidak menerima sebarang notis pemberitahuan berhubung kempen yang diadakan.
  
Dalam perkembangan lain, Khalid berkata pihaknya sedang berunding dengan Peguam Negara untuk memperkemaskan lagi siasatan terhadap kes klip video membabitkan Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok yang didakwa berbaur fitnah.
  
"Kita akan teruskan siasatan dan saya minta orang yang membuat video ini untuk berhenti, khabarnya dia nak buat dalam versi bahasa Malaysia pula, saya minta cukuplah, orang Malaysia faham walaupun dalam bahasa Cina.
  
"Cukuplah dengan kempen benci-membenci yang menanamkan sifat-sifat kebencian terhadap orang-orang tertentu, apa faedahnya, ia akan meruntuhkan lagi kerukunan masyarakat kita, saya meminta mereka ini teruskan membina negara kita dari buat perkara tidak berfaedah," katanya.
  
Mengulas mengenai insiden di dalam terowong yang membabitkan pasukan T-Team dan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor Baharu pada 1 Februari lalu, Khalid berkata pihaknya akan memanggil beberapa lagi saksi untuk membantu siasatan.
  
-Bernama

Mahfuz: Sudahlah buli MCA, Umno

 

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar meminta agar Umno tidak terus membuli MCA dan bertanding menentang dua lagi calon Melayu di pilihan raya kecil Kajang 23 Mac depan.

Dalam sidang medianya hari ini, Mahfuz berkata membenarkan MCA bertanding di situ walaupun tahu telah ditolak oleh masyarakat Cina ibarat membuli parti tersebut.

"Semalam, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan sendiri minta kepimpinan buat keputusan bertanding.

"Saya nak minta beliau desak kepimpinan Umno untuk benarkan Umno yang bertanding menentang (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan (Datuk) Zaid Ibrahim," katanya.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan Ahmad berkata tindakan BN melengah-lengahkan perkara itu menyukarkan jentera parti pemerintah berkenaan selain tertanya-tanya sama ada BN akan meletakkan calon menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di kerusi berkenaan.

"Sekarang ini, ada kenyataan minta BN bertanding dan ada pula cakap jangan. Jadi, kedudukan jentera parti ada yang bersemangat tetapi ada juga yang masih separuh hati.

"Sebab itulah, saya berharap pucuk pimpinan BN akan buat keputusan segera sama ada bertanding atau tidak dan soal siapa akan jadi calon itu nanti boleh diputuskan," katanya.

Mengulas lanjut, Mahfuz  berkata beliau tiada masalah untuk bekas ahli Majlis Sekretariat Pakatan Rakyat, Zaid bertanding dalam pilihan raya kecil itu atas semangat demokrasi.

"Bagaimanapun PAS akan sepenuhnya bergerak membantu kemenangan calon Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kajang," kata Mahfuz yang juga yang pesuruhjaya PAS Kedah.

Sementara itu ADUN Batu Burok PAS Dr Syed Azman Syed Nawawi berkata beliau bersama kepimpinan Pakatan Rakyat Terengganu dipanggil bertemu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegarahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed pada Jumaat ini.

Beliau berkata MP Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, ADUN Bandar Azan Ismail serta kerabat diraja Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah akan bersamanya membawa laporan dan dokumen berkenaan isu rasuah dan korupsi di negeri itu.

"Hari Jumaat ini akan saya akan bawa empat isu penyelewengan dan rasuah di negeri iaitu isu pembalakan, perlombongan, Tasik Kenyir serta pembinaan dan perubahan Pasar Payang," kata beliau.

15.2.14

Kerajaan yang CELAKA

M S Ibrahim Al-Malbar

“Itu kitab (Al-Quran) tiada keraguan dalamnya, petunjuk bagi orang2 yang bertakwa” (Al-Baqarah:2)

“Dan jika telah adalah kamu dalam keraguan daripada apa yang telah menurunkan Kami (Al-Quran) atas hamba Kami (Muhammad s.a.w.), maka datangkanlah oleh kamu dengan satu surah yang seumpamanya dan serulah penolong2 kamu daripada selain Allah, jika telah adalah kamu orang2 yang benar” (Al-Baqarah:23)

“Maka jika telah tidak kamu perbuat dan sekali-kali tidak kamu dapat buat, maka takutlah api neraka yang bahan bakarannya manusia dan batu yang disediakan untuk orang2 kafir” (Al-Baqarah:24)

“Macammana kamu kufur dengan Allah dan telah adalah kamu (benda) yang mati, maka telah menghidupkan Ia (akan) kamu, kemudian Ia matikan kamu, kemudian Ia hidupkan kamu, kemudian kepadaNya kamu dikembalikan” (Al-Baqarah:28)

“Maka celakalah orang2 yang menulis kitab dengan tangan2 mereka, kemudian mereka berkata ini daripada sisi Allah, untuk menjualnya dengan harga yang sedikit (murah), maka celaka bagi mereka daripada apa telah menulis tangan2 mereka dan celaka bagi mereka daripada apa telah mereka perbuat” (Al-Baqarah: 79)

Perintah2 Allah dalam Al-Quran hanya untuk orang2 yang bertakwa dan Al-Quran juga terkandung dalamnya segala2 yang diperlukan oleh manusia dan jin untuk berurus hidup di bumi ini, tetapi jika kita ragu dengan sistem undang2, kehidupan, ekonomi, percukaian dan lain2 maka Allah cabar kita datangkan satu sistem seperti yang Allah ciptakan dan Allah cabar kita supaya ajak pakar2 dalam semua bidang untuk membantu kita jika kita adalah orang yang benar, dan Allah bagi tahu bahawa kita tidak mampu untuk membuat seperti yang telah diperintahkan dalam Al-Quran, maka Allah suruh kita takut kepada api neraka, itu bererti jika kita masih degil untuk kembali kepada sistem yang Allah perintahkan, maka kita setaraf dengan orang2 yang kafir atau Bahasa kasarnya kafir.

Allah tanya lagi macam mana kita boleh kufur, padahal kita ini dulunya tidak wujud kemudian Allah lahirkan kita di dunia ini, ertinya kita tidak dibenarkan membuat sesuatu yang Allah telah sediakan dalam Al-Quran, jika kita buat juga maka kita tergolong dalam golongan kufur atau kafir.

Ayat Al-Baqarah 79, hari ini terdapat undang2 yang disebut jinayah keluarga Islam atau jinayah syariah yang mana undang2 itu dicipta oleh manusia yang diluluskan dalam dewan undangan negeri atau parlimen, kemudian diisytiharkan ianya adalah jinayah syariah atau undang2 Islam, sedangkan ianya tiada kaitan langsung dengan Allah, maka celakalah pemerintah2 yang mencipta undang2 dan sistem kehidupan yang menyalahi perintah Allah.

“…..dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah maka mereka itulah orang2 kafir”(Al-Maidah:44)dan Zalim ayat 45 dan Fasik ayat 47.

Semakin jelas bahawa pemerintah yang tidak melaksanakan hukum Allah maka mereka itu adalah pemerintah yang kafir kerana engkar perintah Allah, Zalim kerana hukuman ciptaan manusia tiada keadilan kepada pelaku kesalahan dan yang teraniaya dan Fasik kerana ianya adalah suatu dosa yang berlarutan.

“Apakah hukum jahiliyah yang mereka hendak?,dan siapakah lebih baik (hukum) daripada hukum Allah bagi kaum (orang2) yang yakin?” (Al-Maidah:50)

Pemerintah yang tidak ikut hukum Allah adalah pemerintah jahiliyah, siapakah yang memerintah Negara Malaysia ini selama 57 tahun dengan menolak segala sistem Allah? Jawabnya kerajaan umno/BN, maka kerajaan BN adalah pemerintah yang termasuk dalam kategori yang Allah sebut sebagai CELAKA, KAFIR, ZALIM, FASIK DAN JAHILIYAH.

“Maka celakalah bagi orang2 yang solat”, “(iaitu) orang2 yang mereka dari solat mereka lalai” (Al-Maun:4-5)

Saad bin Abi Waqas bertanya kepada Nabi apa itu lalai, maka Nabi bersabda “...melewat-lewatkan solat”

Hanya kerana lewatkan solat pun dikata Celaka (dirikan solat tetapi hanya melewatkan sahaja, ini satu riwayat), apa nak dikatakan kepada pemerintah yang tidak laksanakan sistem yang Allah perintahkan? Pastinya kera,babi,anjing dan binatang ternak yang paling tepat.

13.2.14

Kolaborasi Unik Lady Gaga & Versace


gaga
Rumah fesyen Versace telah melantik penyanyi popular dunia, Lady Gaga untuk mewakili jenama itu bagi koleksi terbaru Musim Bunga/Panas 2014 mereka. 
 
"Lady Gaga mempunyai semua kualiti yang diperlukan dalam koleksi kali ini. Kreatif, bereksperimen dan berani menyahut cabaran," ujar wakil Versace dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan.
 
Dalam pada itu, promosi yang dijalankan untuk koleksi ini, Lady Gaga telah 'diubah' menyerupai Donatella sendiri yang terkenal dengan rambut perangnya. 
 
Menerusi foto yang dirakamkan oleh jurukamera terkenal Mert Alas dan Marcus Piggot, Lady Gaga dilihat berjaya membawa jenama itu ke satu tahap yang lebih membanggakan.

Scarlett Johansson Dinobat Wanita Terseksi Dunia

scarlett
Pelakon filem 'The Avengers', Scarlett Johansson buat kali kedua telah dinobatkan sebagai 'Wanita Terseksi Dunia' oleh majalah Esquire. Sebelum ini, Scarlett pernah menggondol gelaran yang sama pada tahun 2006.
 
Selain menjadi bintang pertama yang mendapat gelaran ini sebanyak dua kali, bintang berusia 28 tahun ini juga bakal menghiasi muka depan majalah tersebut. 
 
Dalam perkembangan lain, baru-baru ini Johansson telah bertunang dengan bekas wartawan dari Perancis, Romain Dauriac selepas bercerai dengan bekas suaminya Ryan Reynolds pada tahun 2010.

Dhoom 3 Pecah Rekod Industri Filem Bollywood

 
dhoom
Filem Bollywood berprofil tinggi tahun ini, Dhoom 3 berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila hampir keseluruhan tiket untuk tayangan awal telah habis dijual di India. 
 
Filem yang dibintangi oleh Abhisek Bachchan, Aamir Khan dan Katrina Kaif ini ditayangkan serentak di 4000 panggung wayang seluruh India bermula 20 Disember lalu dan kejayaan ini merupakan satu rekod terbesar sepanjang sejarah perfileman Bollywood.
 
Selain itu, penjualan tiket secara online turut mencatat jualan yang sangat memberangsangkan di mana penjualan secara online yang paling cepat pernah berlaku.
 
Berdasarkan sambutan di luar dugaan ini, Dhoom 3 dijangka akan mencatat kutipan tinggi berbanding filem-filem lain di India untuk tahun ini.

35 Artis K-Pop Saman Klinik Pembedahan


Wonder Girls
Sebuah klinik pembedahan kecantikan telah disaman oleh 35 selebriti popular Korea apabila menggunakan wajah dan nama mereka untuk tujuan komersial tanpa kebenaran.
 
Antara selebriti yang mengemukakan saman tersebut adalah Kim Nam Gil, Girls' Generation, Wonder Girls, f(x), Super Junior, 2AM, 2PM dan Jang Dong Gun.
 
Sebelum ini kesemua selebriti telah menyaman Klinik Surgeri Dr. Cho yang terletak di Gangnam, Seoul tetapi digugurkan oleh mahkamah kerana ketiadaan bukti.
 
Kini, mereka bertindak menyaman sekali lagi kerana mendakwa Dr. Cho mengaut keuntungan dengan menggunakan wajah mereka tanpa pembayaran royalti.

David & Victoria Beckham Bakal Ke Malaysia

beckham
Pasangan selebriti terkenal dunia, David dan Victoria Beckham dijangka akan menjejakkan kaki ke Malaysia pada bulan Mac ini sempena penganjuran Anugerah Sukan Dunia Laureus 2014. 
Majlis anugerah berprestij yang mendapat jolokan 'Oscar dunia sukan' ini akan diadakan pada 26 Mac bertempat di Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Selain kehadiran Beckham, selebriti sukan lain yang dijangka akan memeriahkan acara itu adalah Usain Bolt, Roger Federer, Alex Ferguson, Lewis Hamilton, Serena Williams dan Zinedine Zidan

Beyonce Jadi Subjek Pelajaran Di Universiti


beyonce
Selepas penyanyi Hip Hop terkenal, Jay-Z diiktiraf oleh Universiti Georgetown dengan menawarkan kursus berkenaan dirinya untuk subjek 'Sociology of Hip Hop: The Urban Theodicy of Jay-Z', kini Universiti Rutgers pula mengambil langkah sama dengan menawarkan kursus untuk isterinya, Beyonce menerusi subjek 'Politicizing Beyonce'. 
 
"Subjek ini bukanlah menumpukan kepada karier gemilang Beyonce, sebaliknya fokus akan diberikan kepada subangan Beyonce menerusi muzik dalam peradaban masyarakat Amerika, jantina dan politik di negara ini," ujar pensyarah subjek, Kevin Allred.
 
Sebelum ini beberapa artis terkenal juga menjadi subjek di beberapa universiti ternama antaranya 'Lady Gaga and the Society of Fame' ditawarkan di Universiti South Carolina, 'The Textual Appeal of Tupac Shakur' di Universiti Washington dan 'The Theology of Bruce Springsteen Song' juga di Universiti Rutgers. 

Gandingan Serasi Shahrukh Khan & Juhi Chawla Di TV2


boss
Peminat filem Bollywood, jangan lupa menyaksikan filem 'Yes Boss' yang dibintangi oleh Shah Rukh Khan dan Juhi Chawla pada 19 Februari ini, jam 10 malam menerusi TV2. 
 
Dalam filem ini, penonton diajak menghayati kisah yang berlaku di India di mana banyak orang miskin yang ingin cepat menjadi kaya. Seorang wanita bernama Seema merupakan salah seorang daripadanya. Dia sangat cantik dan memiliki peminat fanatik bernama Sidharth. Sidharth miliki identiti seorang individu yang sangat kaya dan ingin berkahwin dengan Seema.
 
Begitu pun penipuan status Sindarth yang sememangnya sudah beristeri akhirnya terbongkar. Seema yang terkejut dan sedih menerima cerita itu terpaksa menerima kenyataan tentang pembohongan Sindarth. Dia kemudiannya dengan berat hati memutuskan untuk meninggalkan pemuda itu kerana tidak mahu melukakan hati isteri Sindarth. 
 
Sementara itu Sindarth tidak putus asa. Dia cuba sedaya upaya untuk meyakinkan gadis yang dicintainya itu bahawa  dia tidak mencintai isterinya dan memberikan alasan mereka berkahwin pun kerana terpaksa. Sidharth juga mengatakan bahawa dia akan segera menceraian isterinya untuk menikahi Seema. 
 
Cerita pun beralih pada orang pemuda miskin bernama Rahul. Rahul juga merupakan peminat setia Seema. Namun sayangnya Rahul bekerja untuk Sidharth. Rahul yang masak benar dengan sifat buruk Sidharth melihat bahawa majikannya itu tidak mustahil akan mengkhianati dan memiliki hubungan cinta dengan wanita lain.
 
Di sisi lain, Rahul juga tahu bahwa Seema bercita-cita tinggi untuk menjadi kaya dengan segera. Rahul akhirnya menjadi bingung bagaimana cara meyakinkan Seema tentang Sidharth. Pada masa sama Rahul juga bimbang sekiranya dia membuka rahsia Sindarth dia akan dibuang kerja dan hidup melarat. 
 
Rahul pun takut akan tetap menjadi orang miskin selamanya jika Sidharth mengetahui bahawa Rahul berniat menghalangi niatnya untuk mendapatkan Seema. Saksikan kesudahan filem menarik ini hanya di TV2.

Fenomena Ariana Rose

Keith Foo, Nur Fathia  
  • Keith Foo dan Nur Fathia

DRAMA Ariana Rose telah mencetuskan fenomena luar biasa di kalangan penonton apabila setiap kali drama siri ini bersiaran, ia berjaya mencatat kadar keseluruhan tontonan sebanyak 2.7 juta penonton.

Drama arahan Raja Alauddin Shah hampir sampai ke kemuncaknya malam ini.

Dibintangi ramai pelakon handalan seperti Keith Foo, Nur Fathia, Hisyam Hamid, Nabila Huda, Arja Lee dan ramai lagi.

Drama 28 episod yang akan melabuhkan tirainya hari ini mengisahkan tentang Ariana Rose yang menyamar sebagai kekasih Tengku Adam ketika di majlis pernikahan Tengku Adam dan Tengku Juwita dengan tujuan untuk menggagalkan perkahwinan itu.

Malah pengakuan palsu Ariana itu ternyata telah memporak-perandakan majlis tersebut sehingga Tengku Adam berang dengan keadaan yang berlaku kerana dia memang tidak mengenali gadis itu.

Demi mengetahui kebenarannya, Tengku Adam mengupah pengintip upahan untuk menyiasat siapakah wanita yang telah melakukan pembohongan di majlisnya itu.

Setelah berjaya mendapat maklumat tentang Ariana, Adam nekad menculik Ariana dan kemudian, Tengku Adam meragut kesucian Ariana.

Pelbagai konflik melanda mereka sehingga dipertemukan sebagai suami isteri.

Menurut penerbit drama tersebut, Ziela Jalil berkata, drama tersebut merupakan adaptasi daripada buku The Wedding Breaker karya Evelyn Rose.

"Menyedari sambutan yang sangat menggalakkan daripada penonton, kami tidak pernah merancang untuk menyambung drama ini.

"Biarpun novel ini ada sambungannya, namun drama Ariana Rose tiada kesinambungan selepas ini," katanya ketika ditemui dalam tayangan eksklusif Ariana Rose, kelmarin.

Persenda agama?

Menyentuh kontroversi yang melanda drama tersebut mengenai pelakon utamanya, Keith Foo yang bukan beragama Islam tetapi perlu berlakon sebagai Muslim, Ziela berkata, pemilihan Keith
menerajui watak Tengku Adam adalah bertepatan dengan watak dalam novel itu.

"Kami bukan sengaja mahu menimbulkan mempersendakan agama Islam kerana banyak perkara sensitif kami jaga.

"Sebagai contoh, Keith tidak membaca al-Quran atau solat tetapi hanya mengenakan baju Melayu untuk menggambarkan dia sebagai Muslim," katanya.

Tegas Ziela, sebelum memulakan penggambaran Keith telah mempelajari Islam supaya tidak bercanggah dengan agama ketika melakonkan wataknya itu.

"Bagi saya, setiap babak yang dilakukan sebaik mungkin untuk memenuhi cita rasa penonton.

"Kami sedar Keith bukan Islam tetapi agama tidak boleh dipermainkan dan perkara ini sangat saya titik beratkan sejak mula penggambaran," katanya.

Bola sepak dan sumpah al-Quran


NAMPAKNYA bola sepak kita sudah terikut-ikut macam politik, panas tidak tentu fasal. Kalau tercetus rasa tidak puas hati, ada pihak yang terlalu emosional, dan mengeluarkan kenyataan berapi-rapi, macamlah bola yang sebiji itu segala-galanya.

Kini cara baharu untuk menyelesaikan masalah di padang tidak lagi merujuk kepada pengadil, tetapi melakukan acara bersumpah dengan al-Quran. Itulah yang terjadi di Kuala Terengganu tiga hari lalu.

Penolong jurulatih pasukan T-Team, Azlan Johar dan pemain tengahnya Khairan Izuan Razali, bersumpah dengan al-Quran, di hadapan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

Seperti yang dilaporkan media, MB sendiri yang beria-ia meminta pemain dan pegawai skuad The Titans itu bersumpah menggunakan Kitab Suci. “Kita mahu buktikan kebenaran kerana ia melibatkan maruah diri, harga diri dan pasukan,” katanya.

Isunya ialah insiden kekecohan dalam terowong di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 1 Februari lepas, sebaik tamat aksi separuh masa pertama kempen Piala FA antara pasukan pantai timur itu dengan Johor Darul Takzim (JDT) di stadium berkenaan.

Pasukan T-Team berpendirian berlaku kekasaran dalam terowong ketika menuju ke bilik persalinan. Tetapi seorang pemainnya, Irfan Abd Ghani, mengeluarkan kenyataan di Johor, mendakwa tidak nampak sebarang insiden dalam terowong. Maka cara terbaik untuk menentukan kebenaran dalam isu ini ialah bersumpah dengan al-Quran.

Pada hemat saya, biarlah orang politik sahaja yang bersumpah al-Quran, itu pun jika benar-benar perlu. Saiful Bukhari pernah bersumpah seperti ini berhubung isu liwat yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sampai kini kes belum selesai.

Terengganu memecah rekod Malaysia sebagai negeri pertama melakukan sumpah seperti ini dalam isu bola sepak negara. Tetapi apakah itu perlu? Tercemar sangatkah maruah diri sehingga mengangkat Kitab Suci?

Bukan niat saya merendah dan memperkecilkan T-Team. Mereka memang ada hak menuntut kebenaran dan keadilan. Tetapi bersumpah al-Quran bukan satu-satunya cara menebus maruah.

Ini cara orang politik. Janganlah hubaya-hubaya politik dibawa dalam bola sepak.

Lagi pun ada banyak lagi isu besar yang lebih mencemarkan bukan sahaja maruah diri tetapi maruah negeri. Insiden terowong di Larkin itu terlalu kecil jika dibandingkan dengan insiden keruntuhan demi keruntuhan yang terjadi di negeri penyu.

Bagi kebanyakan orang, gelaran ‘Terengganu Darul Runtuh’ tentu sekali lebih mengaibkan lagi menjatuhkan maruah.

Tambahan pula keruntuhan yang tidak mengira waktu dan cuaca itu sering dikaitkan dengan kepincangan dan penyelewengan. Apa sangatlah insiden bola berbanding kemelut stadium gah di Gong Badak yang dua kali runtuh!

Biarlah Terengganu memulakan, tetapi harap-harap sumpah al-Quran tidak menjadi trend bola sepak. Sumpah seperti itu lebih menonjolkan keegoan, tetapi belum tentu dapat menamatkan kemelut yang melanda bola sepak kita sejak sekian lama.

Apa sudahnya bola sepak negara sekiranya acara sumpah seperti itu kerap dilakukan setiap kali berlaku rasa tidak puas hati?

Saya tidak fikir sumpah dapat menghapuskan gejala kronik yang melanda dunia bola kita, terutama rasuah bola, judi bola, skandal bola dan seribu satu kepincangan pengurusan.

Badan induk bola @ FAM dan persatuan-persatuan gabungan setiap negeri sering bertelagah dan berlawan secara terbuka.

Ada ketikanya bercakaran berebut jawatan. Masa, tenaga, idea dan wang ringgit yang sepatutnya ditumpukan untuk memantapkan prestasi bola sepak, lebih banyak disia-siakan untuk menyelesaikan krisis dalam persatuan.

Pengendali dan pegawai badan-badan bola sepak kita terlalu banyak bercakap, berteori dan berfalsafah. Tetapi kesan terhadap pembangunan sukan popular itu tidak seberapa, malah menyedihkan setiap tahun. Hakikatnya ialah pasukan bola sepak kita adalah antara yang tercorot dalam carta dunia.

Sesetengah pihak berpendapat, bola sepak kita diterajui dan didalangi orang-orang politik – juga pihak istana – yang kurang ilmu atau tidak tahu langsung mengenai bola sepak.

Tanpa prejudis, masanya memang sudah tiba untuk melakukan transformasi pengurusan bola sepak dengan menukar pengendali dan peneraju yang ada sekarang, dan diganti dengan mereka yang betul-betul profesional.

Jangan muat naik pergerakan peribadi di Facebook

Facebook


KUCHING - Setiap individu perlu merahsiakan maklumat peribadi serta tidak menguar-uarkan pergerakan mereka di laman sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata tindakan memuat naik maklumat peribadi dan pergerakan hanya akan mengundang bahaya untuk diri sendiri dan memberi peluang kepada penjenayah.

"Misalnya, kalau mahu ke mana-mana tidak perlulah muat naik di Facebook untuk memberitahu semua orang kerana penjenayah mungkin akan mendapat maklumat untuk mengesan anda atau mereka akan menyasarkan rumah anda untuk melakukan rompakan," katanya kepada media selepas menghadiri perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Roslan menasihatan pemilik rumah agar memasang kamera litar tertutup (CCTV) di rumah masing-masing supaya sekiranya terjadi rompakan ia akan memudahkan polis menyiasat sekali gus mengesan pelaku.

"Kini terdapat CCTV buatan negara China yang murah dan boleh disambung ke Internet dan dipantau menerusi telefon mudah alih peribadi," katanya.

Beliau turut meminta mangsa kejadian jenayah agar melaporkan kepada pihak polis, sekalipun ia kes kecil dan memberi jaminan akan menyiasat semua aduan. - Bernama

FB Sinar Online diciplak!

 MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI

SHAH ALAM – Susulan portal Sinar Harian Online kian mendapat sambutan menggalakkan daripada pembaca, terdapat segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang cuba ‘menangguk di air yang keruh’ dengan menciplak akaun media sosial Facebook portal tersebut.

Tinjauan Sinar Harian Online hari ini mendapati terdapat dua akaun FB palsu menggunakan nama yang menyerupai portal berita tersebut.

Akaun palsu pertama yang dikesan menggunakan nama Sinar Harian Online, sedangkan nama rasmi FB hanya Sinar Harian.

Malah lebih memeranjatkan apabila akaun FB Sinar Harian itu mengguna pakai semua bahan berita Sinar Harian Online termasuk ‘cover page’ timeline FB melainkan mastheadnya yang ditambah dengan perkataan Online.

Kehadiran akaun palsu tersebut yang dicipta sesingkat 16 jam lalu juga telah ‘mencuri’ jumlah like di akaun rasmi Sinar Harian apabila ia mampu menarik 913 pengunjung (subscriber), sedangkan akaun rasmi mempunyai jauh lebih besar pengikutnya iaitu 787,000.

Sementara itu, akaun palsu kedua pula menggunakan nama Sinar Harian Official, namun kesahihan akaun itu diragui apabila maklumat akaun itu menunjukkan ia telah ditubuhkan pada 21 November 2012 dan pengendalinya yang bekerja di Bank Negara Malaysia yang kini menetap di Petaling Jaya serta berasal dari Melaka.

Sehubungan itu, pihak pengurusan Sinar Harian sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua-dua 'admin' palsu tersebut.

Kepada pembaca setia Sinar Harian, diharap anda tidak terpedaya dengan akaun palsu tersebut, dapatkan maklumat rasmi dan sahih daripada akaun asal FB Sinar Harian.

Terima Kasih!

Khalid Samad 'kecewa' Noh gagal sekolahkannya

MP Shah Alam Khalid Samad 'kecewa' Ahli parlimen Tanjong Karang Datuk Seri Noh Omar gagal 'menyekolahkannya' sewaktu berdebat dengan tajuk Kalimah Allah: Dari Sudut Perundangan anjuran MobTV pada Isnin lalu.

Ini kerana, kata Khalid, Noh menyarankan supaya mematuhi keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan negeri dan manakala soal perlembagaan negara diserahkan kepada mahkamah setelah beliau mengaku "tidak pakar" soal hukum Islam dan perlembagaan.

"Saya hairan dengan sikap beliau ini. Kalau Noh menganggap kita tidak layak membincang isu ini, mengapa dia cabar saya untuk berdebat?

"Kalau Noh anggap beliau tidak cukup pakar, mengapa beliau berkata beliau ingin sekolahkan saya?

"Maka kecewa teramatlah diri saya dalam soal ini kerana tidak bertambah ilmu saya walau sedikit pun setelah bermuzakarah lebih sejam bersamanya.

"Hanya yang terserlah adalah kecelaruan pemikiran yang biasa pada mana-mana pimpinan Umno/BN," tulis Khalid dalam blognya semalam.

Khalid turut menyindir Noh bahawa pengerusi Umno Selangor itu "tidak mampu menilai dan memberi pandangan" berhubung isu itu menyebabkan memilih jalan selamat dan tidak memberi sebarang komen terhadap hujah yang dikemukakan kepadanya.

"Ayat Quran yang mempunyai makna dan maksud yang jelas ditepis dengan sekadar menyatakan, “kamu bukan ulama. Kenapa kamu tidak menjadi anggota Dewan Ulama PAS?” dan sebagainya.

"Sekadar itu sahajalah kemampuan dirinya sambil menyerang peribadi saya berhubung tauliah saya yang tidak dilanjutkan dan tuduhan kertas putih terhadap saya semasa saya ditahan ISA," katanya.

'Iklan sayur' McD ditarik semula


McDonald's Malaysia menarik semula iklan yang dilihat mempermainkan kenyataan kontroversi 'kangkung' oleh perdana menteri.

Rangkaian makanan segera popular itu memberitahu Malaysiakini yang iklan tersebut sebenarnya "tidak diluluskan" dan terlepas daripada saringan rasmi.

"McDonald's Malaysia ingin menjelaskan bahawa visual yang dihasilkan itu terlepas ke restoran-restoran kami akibat kesilapan komunikasi.

"Semua bahan ini telah ditanggalkan," kata rangkaian restoran itu dalam kenyataan mereka.

Bahan iklan itu yang mula dikesan di meja-meja restoran McDonald's di sekitar Lembah Klang adalah sebahagian daripada kempen pemasaran McSavers.

Ia berbunyi seperti berikut:

Harga sayur tidak turun tapi harga burger tetap turun

Ia ditanggalkan beberapa hari kemudiannya.

Ayat dalam kempen itu dilihat merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Najib Abdul Razak yang mendakwa harga kangkung sudah berkurangan.

Kenyataan itu yang dibuat Najib bagi menggambarkan bagaimana turun naik harga barang berlaku kerana faktor luaran dan bukannya dasar kerajaan, diperlekehkan oleh orang ramai.

KISAH RAKYAT PELIK INI

(GUINNESS WORLD RECORD) KISAH RAKYAT PELIK INI , TIDAK TERDAPAT NEGARA2 LAIN , DI DUNIA . HANYA DI MALAYSIA

* (GUINNESS WORLD RECORD) *

" PELIK TAPI BENAR "

(KISAH RAKYAT PELIK)
KAMI PASTI & YAKIN !!!
(KISAH RAKYAT PELIK INI , TIDAK TERDAPAT NEGARA2 LAIN, DI DUNIA .
HANYA DI MALAYSIA .

APA YG PELIKNYA ???

 ORANG KAYA & BERPENDAPATAN TINGGI, MINTA BARANG PENGGUNA DITURUNKAN HARGA BERPATUTAN -
MACAI YG MISKIN PULA MINTA BARANG DINAIKAN HARGA YG TINGGI .

 SEMUA MACAI BN / UMNO YG MISKIN & BERPENDAPATAN RENDAH , TIDAK BERMINAT DGN BARANG MURAH & DITURUNKAN HARGA , DAN MEREKA SANGGUP MEMPERTAHAN KENAIKAN HARGA BARANG, AMAT MARAH , KEPADA PAKATAN RAKYAT YG BEGITU LANTANG MENUNTUT PENURUNAN , HARGA BARANG PENGGUNA YG BERPATUTAN .

 DI MALAYSIA - SEMAKIN BYK UNIVESITI - SEMAKIN RAMAI PULA MANUSIA JADI BODOH ? PAKATAN RAKYAT NAK HAPUS PTPTN , TAK NAK , MINAT SUNGGUH NAK BAYAR HUTANG PTPTN, WALAUPUN GAJI /PENDAPATAN MEREKA , TAK SAMPAI PUN RM 2.000 SEBULAN .

 KALAU SEMUA ORANG BIJAK & PANDAI DI DUNIA INI PUN , JIKA MEREKA SENTIASA , ASYIK FIKIR PASAL OTAK MACAI BODOH NI - MEREKA YG BIJAK INI PUN , BOLEH MINTA MASUK WAD GILA DGN SUKARELA

 KAMI PUN NK MINTA MASUK WAD GILA , SEBAB TERLALU BANYAK FIKIR PASAL OTAK MACAI BODOH NI ? APA YG MACAI INI BERKEHENDAK ? TIDAK ADA MANUSIA PINTAR DI ALAM INI YG FAHAM

 KAMI RASA , DOKTOR PAKAR SAKIT JIWA TERBAIK DI DUNIA PUN , GERENTI TAK FAHAM . TAHAP PEMIKIRAN & SARAF OTAK MACAI INI .

WAJIB BACA SEGERA !!!

(UTK PENILAIAN)
(SEMUA RAKYAT MALAYSIA YG BERILMU , BIJAK & PINTAR)

KISAH BENAR !!

KISAH KEHIDUPAN !!!
(SEMUA MACAI JAHILIAH, BN/UMNO , MERUPAKAN (VIRUS JENIS MANUSIA PEROSAK) MASYARAKAT & NEGARA .

 (1) GOLONGAN VIRUS INI, MASIH BERFIKIRAN, DI ZAMAN BATU & TIADA DIDIKAN AGAMA & AMAT JAHIL & SENTIASA SAJA MENGHINA PARA ULAMA & MEMPERTIKAI HUKUM ISLAM SETIAP MASA .
MEREKA HANYA TAHU, MAKAN /MINUM & TIDUR SAJA DAN HANYA MENGHARAP WANG / BANTUAN, YG DIRASUAH OLEH PEMIMPIN MEREKA , YG SENTIASA MENIPU , DIRI MEREKA SENDIRI TANPA MEREKA SEDARI .

 (2) GOLONGAN INI , TIDAK PERNAH TERFIKIR ? APAKAH KEGIATAN PEMIMPIN YG MEREKA PILIH :- KEBANYAKAN PEMIMPIN YG MEREKA PILIH , MEMPUNYAI KEKAYAAN PALING LUAR BIASA DI DUNIA.

 (3) PEMIMPIN YG DI PILIH ,TERSEBUT, MENDAPAT KEKAYAAN YG LUARBIASA ITU , MUNGKIN TERJATUH DARI LANGIT , SECARA TIBA2 , MEREKA TIDAK PERNAH, AMBIL TAHU, DARI MANA HARTA LUAR BIASA PEMIMPIN MEREKA ITU ???

 (4) MEREKA TERUS MEMUJA PEMIMPIN SECARA MEMBUTA TULI & TIDAK PERNAH TANYA/SIASAT, DARI MANA HARTA PEMIMPIN YG BEGITU BYK, HINGGA ADA PEMIMPIN YG MEMPUNYAI WANG/HARTA BERJUTA @ BERBILLION RINGGIT, SEDANGKAN GAJI PEMIMPIN MEREKA TIDAK LEBIH DARI RM 30.000 SEBULAN ?

 (5) MEREKA INI , MMG BODOH , (APA YG ADA DLM FIKIRAN MEREKA ,
BIARLAH PEMIMPIN ,BUAT APA2 PUN YG MEREKA SUKA ? MEREKA TAK KISAH LANGSUNG ?
JANJI MEREKA DPT AMAT SEDIKIT HABUAN /BANTUAN ,
SAPERTI , BR1M / TR1M / PR1M / SL1M / PR1M / DR1M & MAKAN / MINUM / DPT RUMAH SUBSIDI / NEGARA MASIH AMAN ,

 (6) MEREKA TIDAK BERMINAT UTK MENDAKWA SEMUA PEMIMPIN MEREKA YG MELAKUKAN KESALAHAN DI MAHKAMAH , DAN HANYA PANDAÑG & MEMBIARKAN PEMIMPIN MEREKA TERUS MELAKUKAN SALAHLAKU / RASUAH / PENIPUAN UNDI / PECAH AMANAH MENGIKUT UNDANG2 NEGARA ,

 (7) CUBA KITA FIKIR !!!
(SELAGI MASIH ADA GOLONGAN BODOH & BUTA POLITIK INI , SEMUA RAKYAT YG BIJAK DI DUNIA INI PUN , PASTI DITIMPA PELBAGAI MASALAH KEHIDUPAN , TARAF HIDUP , EKONOMI & KESTABILAN SESEBUAH NEGARA .


 (8) KAMI AMAT YAKIN , SEMUA ORG BIJAK PANDAI DI SELURUH DUNIA PUN , PASTI TIDAK DPT MEMBERI APA2 ILMU , KPD GOLONGAN BODOH SOMBONG INI , SUPAYA MEREKA INI , BENAR2 FAHAM CARA2 POLITIK , MENGIKUT STANDARD NEGARA2 MAJU DI DUNIA INI .

 (9) KAMI AMAT YAKIN , SELAGI ADA GOLONGAN OTAK BEKU DAN TK BERFUNSI INI , NEGARA TIDAK AKAN MENJADI MAJU , MUNGKIN NEGARA JADI BANKRAP DISEBABKAN OLEH :-
PEMIMPIN2 YG RAKUS , PECAH AMANAH , RASUAH , BOROS WANG RAKYAT UTK KEPENTINGAN DIRI PEMIMPIN , KELUARGA & KRONI DAN . .
. . . SUDAH PASTI MALAYSIA TIDAK DPT BERSAING DGN NEGARA MEMBANGUN / MAJU , SAPERTI JEPUN , KOREA SELATAN , SINGAPURA , CHINA DAN SEBAGAINYA , DAN MALAYSIA SENTIASA KETINGGALAN KE BELAKANG UTK SELAMANYA .

 (10) GOLONGAN 40 % INI - TERAMAT MUDAH DITIPU & DI RASUAH DGN WANG/BANTUAN YG AMAT SEDIKIT . . .
. . . . SEDANGKAN PEMIMPIN YG MEREKA PILIH, MENIPU WANG & HARTA MEREKA SENDIRI . .
TANPA MEREKA SEDARI , YG MANA , PEMIMPIN MEREKA, AMAT BEBAS MENIPU , DIRI MEREKA SENDIRI , HASIL PENIPUAN PEMIMPIN MEREKA, MEMPUNYAI HARTA / WANG BERJUTA 2 DAN ADA SMP BERBILLION RINGGIT .

 (11) KINI , MEREKA MASIH LAGI , TIDAK TAHU, MEREKA TELAH DI TIPU & DTINDAS , BERPULUH TAHUN YG LALU, TETAPI GOLONGAN MACAI INI, TETAP MEMPERTAHANKAN PEMIMPIN YG MENIPU MEREKA . . .
. . . . DAN SANGGUP MEMFITNAH , SESIAPA SAJA YG MENENTANG BN / UMNO PUJAAN MEREKA . .
DIMANA MEREKA ANGGAP HANYALAH BN/UMNO SAJA PEMBERI REZEKI UTK MEREKA SEKELUARGA DAN MEREKA SUDAH LUPA BAHAWA, HANYA ALLAH. TUHAN SEKELIAN ALAM YG MENENTUKAN REZEKI MEREKA.

 (12) PEMIMPIN YG MEREKA PILIH SENTIASA MENCARI JALAN TERBAIK, UTK MENIPU HABIS2AN MEREKA YG AMAT BODOH INI .
PEMIMPIN MEREKA TAHU , GOLONGAN BODOH INI , AMAT MUDAH DITIPU, DGN JANJI2 MANIS DAN PERLU DIRASUAH DGN WANG / BANTUAN YG SEDIKIT SAJA .

 (13) SEBENARNYA , (GOLONGAN 40%) INI , HANYA MENIPU DIRI MEREKA SENDIRI , DAN SANGGUP MENGHINA UGAMA ISLAM DAN PARA ULAMA , DEMI MEMPERTAHAN PEMIMPIN YG MENIPU /RASUAH , GOLONGAN INI HIDUP DGN PENUH KEPALSUAN DAN KEPURA2AN .

 (14) MEREKA TIDAK PERNAH TERFIKIR ? BAGAIMANA PULA ? JIKA ULAMA YG MEREKA FITNAH ITU , BENAR DISISI ALLAH ? MAKA GOLONGAN INI , PASTI MEREKA MENERIMA AZAB ALLAH & KEKAL DLM NERAKA UTK SELAMANYA . . .

 (15) GOLONGAN BODOH INI TIDAK PERNAH TERFIKIR ??? TIBA - TIBA MEREKA MATI DALAM KEADAAN KITA SYIRIK, MUNAFIK , FASIQ DAN SETIAP MASA , HINA / MENGHALANG HUKUM ALLAH UTK DILAKSANAKAN !!!

 (16) GOLONGAN 40% - ADALAH ANTARA GOLONGAN PALING BODOH DI DUNIA , DALAM MEMILIH PEMIMPIN2 BERILMU, BIJAK, CEKAP, BERSIH, TELUS, ADIL & MESRA RAKYAT .

 (17) MANUSIA YG PALING BODOH DI DUNIA , ADALAH MANUSIA YG TIDAK DPT MENILAI , YG MANA BENAR DAN YG MANA SALAH .

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡


(1) PERINGATAN :-
ALLAH MAHA BESAR & TUHAN SEKELIAN ALAM .

(10 PEKARA YG MEMBATALKAN SYAHADAH)

 1) MENYEKUTUKAN ALLAH .
 2) BERSERAH KEPADA MAKHLUK (BERGANTUNG NASIB PADA MAKLUK) KONSEP SEBENAR KPA ALLAH TAALA SAHAJA .
 3) MENGKAFIRKAN ORG ISLAM YG NYATA ISLAMNYA DAN TIDAK MENGKUFURKAN ORG KAFIR YG NYATA KUFURNYA .
 4) YAKIN DAN PERCAYA IDEOLOGI DIBAWA OLEH MANUSIA LEBIH BAIK DARI SISTEM ISLAM .
 5) MENCELA NABI SAW DAN SUNAHNYA .
 6) HUKUM ALLAH MENJADI SENDAAN DAN GURAUAN .
 7) MENENUNG NASIB DAN BERMAIN SIHIR .
 8) MEMBANTU ORANG2 KAFIR UTK MEROSAKAN ISLAM .
 9) BERANGGAPAN KELUAR DARI ISLAM TIDAK APA-APA .
 10) MENOLAK SEBAHAGIAN DARIPADA AL-QURAN DAN MENERIMA SEBAHAGIAN AL-QURAN .

(7 DOSA PALING BESAR DLM ISLAM)

 1) SYIRIK KEPADA ALLAH .
 2) SIHIR .
 3) MAKAN RIBA .
 4) MAKAN HARTA ANAK YATIM .
 5) LARI DARIPADA MEDAN PERANG DIJALAN ALLAH .
 6) MEMBUNUH ORANG ISLAM , KECUALI YG DIBENARKAN MENGIKUT HUKUM ISLAM .
 7) MENUDUH/FITNAH PEREMPUAN YG BAIK MELAKUKAN ZINA TAMPA SEBARANG BUKTI YG NYATA .

(" SOMBONG ITU , ADALAH ORG YG BENCI PADA KEBENARAN DAN MENGHINA HUKUM ISLAM DAN PARA ULAMA ")

FIRMAN ALLAH "

" BARANG SIAPA YG TIDAK BERHUKUM DGN HUKUMAN YG DITURUNKAN ALLAH , MAKA MEREKA ITU ORANG - ORANG YANG KAFIR " (AL-MAIDAH - AYAT : 44)

IKLAS DARI : -
Laman :-
https://m.facebook.com/profile.php?id=1378847072377212

Lukisan finalis 'ABU' ditarik balik dari Balai Seni

Dua karya seni yang merupakan sebahagian daripada satu peraduan seni perdana di Balai Seni Visual Negara di Kuala Lumpur telah ditarik balik malam tadi.

Satu daripadanya ialah lukisan yang mengandungi perkataan "ABU=ASHES" manakala yang satu lagi ialah baju-T yang dicetak dengan huruf Arab 'Fa' dan 'Qof', oleh artis Izat Arif.

Kedua-dua karya itu telah ditarik balik sebelum berlangsungnya majlis penyampaian hadiah bagi peraduan Bakat Muda Sezaman 2013 yang dirasmikan oleh Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz semalam.

Lukisan bertajuk "alksnaabknuaunmo" oleh Cheng Yenpheng dipercayai ditarik balik petang semalam, walaupun kedua-dua karya terpilih ke ke peringkat akhir peraduan itu.

Menurut kurator dan salah seorang juri peraduan itu, Nur Hanim Khairuddin, tiada penjelasan diberikan oleh pihak galeri keputsan menarik balik secara tiba-tiba lukisan itu yang telah dipamerkan di situ sejak bulan Oktober.

Sebenarnya, kata beliau, pihaknya terkejut kerana ada sesi meja bulat antara juri dan pentadbir Balai Senidan lampu hijau telah diberikan untuk lukisan tersebut.

Dari sudut pandangan juri, katanya, lukisan tersebut telah dipilih untuk dimasukkan ke dalam katalog dan pihaknya tidak dimaklumkan ia akan ditarik balik.

"Saya mempersoalkan etika Balai Seni mengenai perkara ini," katanya ketika dihubungi.

video YouTube

Dalam video yang dimuat naik ke YouTube pada November 2013, menunjukkan Cheng menyembur perkataan 'ABU=ASHES' pada lukisannya bagi "melengkapkan perkataan itu", yang sudah dipamerkan di galeri.

Dia kemudiannya menjelaskan definisi perkataan 'abu' dan perkataan 'ashes'.

Dalam klip yang berasingan, menunjukkan Cheng mengkritik tindakan menarik balik lukisan itu malam tadi.

Sambil memegang poskad lukisannya itu di hadapan dinding di mana lukisannya dipamerkan sebelum ini, dia berkata: "Ini lukisan saya. Petang ini masih ada, sekarang tidak ada. Bolehkan sesiapa bagi saya mengapa."

Cheng didatangi pengawal keselamatan yang cuba merampas poskad itu darinya, dan mengiringi keluar, tetapi mereka yang hadir campurtangan bagi pihaknya dan memuji tindakannya itu.

ABU yang juga bermaksud 'Asalkan Bukan Umno'. Versi Bahasa Malaysia 'Asalkan Bukan Umno' juga anagram tajuk lukisan itu.

Perkataan ABU itu telah disembur pada dinding di seluruh Malaysia bagi memprotes hegemoni Umno.

Ketika dihubungi, Balai Seni berkata ia tidak boleh membuat kenyataan rasmi lagi kerana Ketua Pengarahnya,  Haned Masjak tidak berada di Kuala Lumpur untuk beberapa hari akan datang.

12.2.14

Polis ambil keterangan ibu pelajar maut minum ubat

 9 Februari 2014

KUALA LUMPUR - Polis akan mengambil keterangan ibu pelajar yang maut selepas meminum sebotol ubat di rumahnya di Seksyen 6, Bandar Rinching, Semenyih, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata keterangan akan diambil dalam masa terdekat sebaik sahaja upacara penyempurnaan mayat
mangsa di kampung halamannya di Seremban, selesai dilakukan.

"Keterangan ibu mangsa penting bagi membolehkan kita menyiasat kesahihan dakwaan dia (mangsa) tertekan akibat sering dibuli di sekolahnya," kata Abdul Rashid yang dihubungi Bernama hari ini.

Abdul Rashid berkata jika dakwaan itu didapati sahih pihaknya juga tidak akan teragak-agak mengambil keterangan daripada pihak lain termasuklah pengetua sekolah mangsa.

Pelajar terbabit, T.Kavinraj, 13, mati ketika menerima rawatan di sebuah klinik selepas meminum ubat yang disimpan di dalam rumahnya.

Ibunya, B. Thanamalar, 43, berkata anaknya merupakan pelajar cemerlang ketika di sekolah rendah, bagaimanapun sejak mula mendaftar sebagai pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di Rinching Januari lepas, dia sering mengadu dibuli rakan-rakan. - Bernama

'Saya bodoh kerana percaya dia'

TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN

SHAH ALAM - "Saya bodoh kerana mempercayainya," kata Normaliah Mahmood, sambil menangis di dalam kandang saksi, hari ini semasa perbicaraan kes bunuh anaknya, Zara Eleena, 23, dan suaminya, Omar Peter Abdullah, 56.

Normaliah Mahmood, 53, yang menjadi saksi pendakwaan keempat itu memberitahu Mahkamah Tinggi, tertuduh, Shah atau nama sebenarnya, Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 20 mengatakan terdapat 25 ekor hantu padanya.

"Saya memang takut hantu," katanya sebak.

Wanita itu memberitahu mahkamah, menurut Zara Eleena, Shah yang kononnya seorang ustaz akan mengubatinya.

"Pada waktu itu, saya tidak sihat dan tidak boleh tidur," katanya.

Dia memberitahu, Shah tiba bersama Boy atau nama penuhnya Azizi Aizat Ibrahim,20, serta seorang lagi individu selepas Zara Eleena membuat panggilan telefon dengan menanyakan di mana pelajar itu berada.

Normaliah berkata, Shah memintanya tidur sebagai syarat mengubatinya namun dia tidak dapat melakukannya.

"Saya memang tidak dapat tidur, dan Yaya ( Zara Eleena) ada membuat air Nescafe 3 in 1 untuk saya minum. Suami juga menumpang cawan yang sama," katanya.

Menurutnya, sebelum pulang, Shah menyelongkar rumahnya untuk mencari hantu dan menjumpai hantu di dalam kotak barangan kemasnya.

"Suami angkat barang kemas saya yang disimpan di dalam kerusi kotak dan Shah mengasingkannya.

"Shah asingkan barang kemas yang ada hantu di lantai bilik," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aidatul Azura Zainal Abidin.

Beliau berkata, sekitar jam 1 pagi 16 Februari 2012, Shah dan rakannya pulang.

Menjelaskan perkara berlaku selepas itu, Normaliah memberitahu dia dan Omar Peter tertidur sekitar jam 3 pagi sehingga jam 2 petang.

Aidatul Azura     : Selepas bangun tersedar dari tidur, apa yang berlaku.

Normaliah          : Saya memberitahu Yaya yang pada waktu itu baru pulang dari tempat kerja bahawa saya tidur.

Aidatul Azura     : Apa reaksi Yaya?

Normaliah          : Yaya bagitahu dia ada bagi ubat tidur pada saya kerana Shah menyuruhnya untuk berubat demikian.

Aidatul Azura     : Ada puan bertanya mengenai hubungan Yaya dan Shah?

Normaliah          : Sehari selepas itu, saya ada bertanyakan berkenaan hal itu dan Yaya mengakui Shah adalah teman lelakinya. Yaya juga meminta pandangan daripada saya memandangkan Shah merupakanpelajarnya.

Bagi menjelaskan hal itu, Normaliah bertanyakan kepada anaknya apa yang Shah lakukan selain belajar.

"Yaya memaklumkan Shah bekerja sebagai penarik kereta dan saya memberitahu penarik kereta adalah bahaya kerana mereka agak kasar Saya juga ada kawan yang bekerja seperti itu dan mereka kasar," katanya.

Terdahulu, Aidatul Azura menyoal Normaliah berkenaan perihal kehilangan kad bank  dan wang milik Zara Eleeena.

Saksi keempat itu memberitahui, pada Januari 2012, Zara Eleena memaklumkannya melalui telefon selepas membuat laporan polis mengenai kehilangan wang dan kad bank itu.

"Saya tertanya-tanya bagaimana duit gaji dan duit yang kami berikan di dalam akaunnya boleh hilang sehingga Omar Peter terpaksa menghantar duit kepadanya pada waktu rehat untuk membeli makanan.

"Yaya sangat ambil berat terhadap barang miliknya. Pergi tandas, duit hilang, pergi mengajar duit hilang. RM10 pun boleh hilang,"katanya.

Normaliah berkata,  Zara Eleena membuat satu lagi laporan polis bersama suaminya selepas mendapati wang tunai RM500 miliknya lesap.

Sebelum ini, pensyarah bahasa Inggeris itu dan bapanya ditemui mati di sebuah rumah di Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong, 11 Mac 2012.

Perbicaraan hari kedua itu berlangsung dihadapan Hakim, Datuk Abdul Halim Aman dan akan bersambung pada hari ini.