Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

4.7.13

SPR kata akan guna dakwat lebih baik


 
Dakwat kekal akan digunakan pada pilihan raya kecil Kuala Besut walaupun beberapa kelemahan penggunaannya dikenal pasti pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang lalu, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata penggunaan dakwat kekal sudah menjadi sebahagian daripada peraturan pilihan raya di negara ini dan ia perlu diteruskan kerana jika tidak, sesuatu pilihan raya boleh terbatal atau menjadi tidak sah.
Namun penggunaannya akan diberi penambahbaikan, katanya kepada pemberita pada majlis makan malam di Alor Setar malam tadi bagi meraikan para petugas SPR di  Kedah yang berkhidmat semasa PRU-13.

"Kita akan cari dakwat yang lebih baik. Ini pengalaman pertama kita guna dakwat kekal, sudah tentu banyak kelemahan berlaku seperti dakwatnya boleh dibasuh, lambat kering dan mengotorkan kertas undi," katanya.

Ketika ditanya mengenai warna dakwat yang bakal digunakan pada pilihan raya kecil Kuala Besut, Abdul Aziz berkata ia tidak boleh diumumkan kerana dikhuatiri akan disabotaj.

- Bernama

Tiada ulasan: