SPR beli dakwat kekal dari pembekal baru
Suruhanjaya
Pilihan raya (SPR) merancang untuk membeli dakwat kekal daripada
pembekal baru untuk digunakan dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut
pada 24 Julai ini, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.Beliau berkata pihaknya akan mengumumkan kandungan silver nitrat dan akan memastikan kandungannya cukup membuatkan dakwat itu kekal.
Dalam pilihan raya umum lalu, wujudnya aduan daripada pengundi yang mendakwa dakwat kekal yang digunakan mudah untuk ditanggalkan.
Penggunaan dakwat kekal adalah syor daripada jawatankuasa khas parlimen untuk penambahbaikan sistempilihan raya dan antara tuntutan NGO BERSIH untuk mengelak pengundian dua kali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan