Katanya, kerajaan negeri akan bertindak demikian kerana rakyat, menurutnya, tidak bersetuju apabila Rozali diberikan pakej ganjaran sehingga RM33.4 juta.
"Saya rasa secara jelasnya rakyat Selangor tidak bersetuju. Jika kita dapat mengambil alih penstrukturan air, kita akan tolak gajinya berdasarkan pengiraan," katanya ketika ditemui pemberita di lobi bangunan Annex Dewan Undangan Negeri di Shah Alam hari ini.
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan kaedah yang jelas untuk memotong gaji berkenaan.
Beliau ditanya mengenai kenyataan pemegang saham minoriti PNHB yang mempertahankan keputusan untuk memberi pakej ganjaran tersebut kepada Rozali.
Pengerusi Kumpulan Pengawas Saham Minoriti Puncak Niaga Muhammad Imran Abdullah mereka meluluskan cadangan tersebut, yang dibentangkan di mesyuarat agung tahunan PNHB.
Katanya, keputusan itu antara lain mengambil kira sumbangan Rozali yang mengasaskan syarikat tersebut, 20 tahun lalu.
Katanya, beliau secara peribadi berpendapat Rozali berhak menerima imbuhan tersebut dan mendakwa golongan yang membangkitkan isu berkenaan bukan terdiri dari golongan pemegang saham kepada syarikat tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan