Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

2.7.13

Bicara Rang Bul@n

Biarpun jiwa Rang Bul@n sentiasa bergolak memerhati politik tanah air. Namun ada satu sinar kebangkitan bilamana politik di negara ini telah berusia hampir sebaya Rang Bul@n. Jika dulu secara total penyokong ke BN nampak ketara sering mendapat sokongan dua pertiga tetapi kini segalanya makin berubah.

2. Dalam analisis Rang Bul@n kebangkitan rakyat ini lebih dari golongan penggiat politik. Orang lama dalam politik kaum Melayu nampak sekitar 50% memihak parti BN juga parti PR. Anak muda atau golongan baru boleh mengundi masih nampak pemerhati yang sukar mahu kita ramalkan pilihan mereka.

3. Sebab bila kita lihat sesuatu majlis atau perhimpunan ianya memang menjadi aktiviti yang hebat menarik golongan muda. Tapi dalam segi fahaman/sokongan politik memang kita tak tahu ke arah mana pergerakan mereka.

4. Bila kita lihat pula ceramah Ustaz Azhar Idrus (UAI) nampak perubahan nyata. Anak muda memang inginkan pendedahan agama yang telus. UAI dapat menarik hampir melebihi 50% anak muda. Semua tahu UAI ke arah politik mana?. Tapi ini bukan gambaran jelas

5.Cer kita amati perkembangan blog terbuka di dunia maya (internet) secara imbas nyata pengikut blog yang terlampau terarah ke satu fahaman politik tidak mendapat sambutan ramai. Jiwa penyokong politik kini mahukan satu keterbukaan pendapat tidak memilih sangat warna kulit politik tetapi perjuangan yang jitu & ikhlas yang menjadi sandaran.

6. Bagi pemimpin yang berwibawa sentiasalah ambil jalan tengah yang selamat, jauhkan politik mengaibkan lawan. Jangan sekali ke arah politik fitnah atau menyerang lawan. Ini boleh merosakkan minda anak muda & jiwa politik lama yang rata-rata ada yang berkarat ada juga yang masih jernih mencari kebenaran perlu sentiasa diberikan maklumat betul bukan penipuan.

BN & PR berpolitiklah secara jujur & aman.



Tiada ulasan: