Bicara Rang Bul@n
Jika kita amati sejarah Malaysia tidak dapat tidak kita terbayang kini negara ini adalah negara yang dihuni oleh pelbagai kaum. Biarpun sejarah asal tamadun rakyat yang dikenali Semenanjung Emas : Tanah Melayu yang rata-rata adalah milik warga Melayu namun ini bak sandiwara sekadar tinggal sejarah.
2. Hari ini jika kita mengatakan kaum Cina atau India adalah PATI di negara ini akan pasti ianya fakta salah. Sebab sejarah tidak dapat berbohong. Negara ini telah kerap kali dijajah. Bila dijajah selalunya pasti penjajah akan cuba menghapuskan kaum asal negara yang jajah. Dalam masa yang sama penjajah akan menempatkan kaum mereka atau pekerja mereka di negara yang dijajah. Ini namanya pembersihan eknik dalam jajahan/peperangan. Atau kuasa kuku besi yang KEJAM tanpa mengenal erti belas ihsan berlandas tunggak KUASA pastinya mencari formula bagaimana mereka dapat terus berkuasa dari segi moral atau kesan sosial bila terpaksa mengalah.
3. Bukan setakat Portugal, Belanda, Jepun juga British pernah menjajah Tanah Melayu malahan sejarah asal Tanah Melayu asyik berubah kepimpinan sesama penjajah di kalangan kaum asal atau kaum setempat. Pasti jika membaca sejarah kita akan terpapar akan gahnya empayar Srivijaya serta empayar Majapahit: semua ini pastinya ada fakta memberi kesan kekentalan warganegara Malaysia kini.
4.Seyogia dalam dunia global ini akan timbul perkataan RASIS bilamana ada pemimpin mempersoalkan sesuatu kaum lupa diri atau sesuatu kaum itu mementingkan kaum sendiri. Jika kita dapat berfikir secara terbuka; seandainya kaum bumiputera atau kaum Melayu satu hari nanti akan menjadi penduduk minoriti di negara sendiri lantaran politik tidak terkawal pun kemasukan PATI atau PR (Pemastautin Tetap) tidak dikuotakan; Rang Bul@n begitu yakin kaum lain pasti akan seenaknya memperlekehkan kaum Melayu.
5. Sebagai contoh yang sahih/sah kenapa kaum Cina semakin hari semakin ramai di Malaysia tidak seramai kaum India. Pasti salah satu sebab angkara akan dasar politik negara yang amat tirih bagai berlakunya di Sabah; masalah warganegara segera yang dapat Kad Pengenalan/Mykad menjadi isu hangat tidak ada jawaban nyata. Bila isu ini dibangkitkan di parlimen silap-silap akan ada MP masuk lokap akan dihambat oleh akta hasutan atau akta keselamatan negara.
6. Maka sering kita baca NGO dari BN atau PR atau NGO berkecuali ada ketika amat fanatik menghimpit sesuatu kaum atas sebab laba/perniagaan atau perebutan kuasa & harta. Perkara sebegini akan sukar kita kekang & perlukan penelitian. Dasar muhibah & "semua kaum satu negara" jadi saranan dari kedua-dua parti besar BN & PR. Sayangnya sedar tak sedar negara yang dulunya pernah bergelar Tanah Melayu nampaknya semakin maju dalam acuan tidak seimbang. Asyik diuar-uarkan seantero dunia ekonomi Malaysia dipegang oleh kaum Cina. Sedangkan semua akur kuasa membeli bukan dari pelanggan kaum Cina sahaja tetapi adalah dari kalangan pelanggan kaum Melayu. Di mana SILAPnya apakah ada lagi kaum kita Melayu berpayung di bawah singgahsana Ali Baba tatkala dasar ekonomi negara mahu diseimbangkan.
"Semua polemik ekonomi ini perlulah dibincangkan & ambil langkah segera: (Bukan sekadar Dasar Ekonomi Baru) agar tak kira kaum Melayu, Cina, India, Benggali, Iban atau Orang Asal biarlah mendapat nikmat pembangunan/kemajuan secara AGIHAN saksama lagi sama rata."
3.7.13
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan