Ramai meramalkan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan diadakan pada cuti sekolah Mac ini. Parlimen akan dibuburkan bila-bila masa lagi. Ramalan yang sering diuar-uarkan ialahpada 22.2.2013 Parlimen dibubarkan. Penamaan calun dijangkakan pada 16.3.2013. Pengundian pula akan dibuat pada 30.3.2013. Tarikh pengundian ini bertepatan dengan cuti persekolahan. Tentunya Perdana Menteri mengambil kira semua ini bagi memudahkan SPR membuat persedian sebelum pengundian. Buat masa ini semua cuti rehat PDRM telah dibekukan.
Andaian 22.2.13 nampak tidak tepat: Kini ada yang kat selepas LIMA barulah dibubarkan parlimen.
2. Tak lama lagi seluruh negara akan dibanjiri oleh poster pilihan raya. Tempoh berkempen masih samar berapa lama; Bersih mahukan selama 21 hari sedangkan yang selalunya hanya sekitar 10 hari. Jika hanya 10 hari bermakna berkempen akan diwartakan pada sekitar 13 Mac jika pilihan raya pada 23 Mac. Selalunya akan mengambil masa musim cuti sekolah; maka diramalkan sekitar penghujung Mac sebab mula cuti sekolah ialah 23 Mac 2013.
3. Jika mengundi pada 30 Mac 2013 maka esoknya akan tahulah kita siapa yang bakal meneraju kepimpinan negara. jangan sampai April menjadi satu bulan tragedi bagai berlaku satu ketika dulu; sambutlah kemenangan dengan rasa lapang dada. Kekalahan bukan sengketa tetapi suara pembangkang amat diperlukan di parlimen.
4. Selamat memilih calon pilihan anda. Pilihlah siapa jua yang anda sokong sebab kita hidup di negara yang demokrasi. Jangan sesekali jadikan Pilihan Raya ini satu pengundian yang kotor. Agar keputusan yang dicapai nanti tidak menjadi desas-desus ketidakpuasan hati pengundi. SPR perlu berlaku adil lagi saksama.
Aziz jangka Parlimen dibubar selepas LIMA
LANGKAWI:
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof
menjangka Parlimen akan dibubarkan selepas berakhirnya Pameran Udara dan
Maritim Langkawi (LIMA) 2013.
LIMA 2013 akan berlangsung selama lima hari mulai 26 Mac hingga 30 Mac ini.
Astro Awani online memetik Aziz berkata demikian ketika ditemui media selepas taklimat bersama Pengarah-Pengarah Pilihan Raya zon utara di Langkawi hari ini.
Jangkaan itu bagaimanapun, tegas Aziz, adalah pandangan peribadi beliau.
Beliau percaya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Dewan Rakyat selepas selesai LIMA 2013 kerana pameran itu telah dirancang sejak dua tahun lalu.
"Ini logik saya lah, takkan lah dia (Najib) yang pernah jadi Menteri Pertahanan, banyak kali terlibat dalam LIMA, tiba-tiba nak bubar sebelum LIMA," kata Aziz lagi.
Pengerusi SPR itu juga ditanya mengenai desas-desus yang mengatakan ramai pelabur dari luar negara akan menarik diri jika Parlimen dibubarkan sebelum LIMA 2013.
Menurut Abdul Aziz, Najib sangat arif mengenai kepentingan pelaburan asing yang akan dijana sempena penganjuran pameran berkenaan.
Justeru, Aziz secara peribadi yakin PRU-13 akan berlangsung selepas penganjuran LIMA 2013.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan