Dia mengharapkan tahun ini memberi lebih banyak kejayaan kepadanya.
“Kenangan terindah juga apabila dapat berlakon dalam filem Tamil yang berjudul Kochadaiyyan bersama Rajnikanth. Bagi seorang yang sangat berjaya sepertinya, Rajnikanth seorang yang merendah diri dan ringkas,” katanya yang mahu berlakon dengan Hrithik Roshan dan Salman Khan.
Dia juga mengidam untuk beraksi dalam filem arahan Karan Johar dan Raju Hirani.
Sudah popular dan menjadi rebutan pengarah, Deepika beritahu yang dia tidak pernah berubah.
“Saya tidak menganggap saya seorang bintang. Saya sama seperti gadis lain yang sebaya dengan saya kecuali profesion saya ialah seorang pelakon. Oleh itu saya tidak rasa ketinggalan apa-apa kerana saya menjalani kehidupan seperti dulu juga,” katanya.
Selepas Om Shanti Om, dia muncul dalam filem Bachna Ae Haseeno, Chandni Chowk To China, Love Aaj Kal, Main Aur Mrs Khanna, Karthik Calling Karthik, Lafangey Parindey, Khelein Hum Jee Jaan Sey, Break Ke Baad, Housefull, Aarakshan, Dum Maaro Dum, Desi Boyz, Cocktail dan Race 2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan