“Wah, macam ini rosak diet,” detik hati saat melihat pelbagai hidangan di Restoran Degrees ketika makan tengah hari.
Restoran yang dibuka 24 jam itu menyediakan hidangan antarabangsa, Asia dan Fusion.
Ia kemudian disusuli dengan hidangan utama secara tepayaki, snek dan minuman pencuci mulut di Pool Terrace Cafe.
Itulah pengamalan menarik penulis bersama rakan-rakan media ketika di Hotel Sama-Sama KL International Airport, baru-baru ini.
Hotel Sama-Sama menawarkan 442 bilik bebas rokok dan suite yang canggih, bergaya dan kontemporari.
Setiap bilik penginapan tetamu di hotel ini dilengkapi kemudahan canggih termasuk televisyen LCD 32 inci dengan pelbagai saluran selain kemudahan membuat kopi dan teh, akses Internet dan bar mini.
Setiap minuman atau snek yang dikeluarkan dari mini bar selama 30 saat secara automatik akan dicaj ke bil anda.
Perkhidmatan memesan makanan tidak lagi menggunakan buku, sebaliknya dengan melihat di skrin televisyen. Sistem itu mengurangkan penggunaan kertas.
Sama-Sama turut menyediakan perkhidmatan penghantaran ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan perkhidmatan buggy 24 jam sehari.
Terletak hanya 28 minit dari pusat bandar melalui perkhidmatan KLIA Express, 10 minit dari Putrajaya dan Cyberjaya, sebarang urusan tetamu menginap di Sama-Sama semuanya lebih mudah.
Ballroom utamanya mampu menempatkan 1,700 tetamu untuk sebarang majlis dan 800 tetamu untuk makan malam.
Selain jakuzi, tetamu boleh menikmati pelbagai jenis urutan dan bersenam di gimnasium.
Menginap di hotel Sama-Sama yang membawa maksud ‘kebersamaan’ yang mencerminkan pertemuan pelbagai lapisan masyarakat dan budaya, selain sebagai satu ekspresi sambutan yang mesra masyarakat Malaysia sememangnya memberikan satu pengalaman yang unik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan