Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

13.2.13

Gadis maya

Oleh Noor'Jannah Abdullah Sani
Kita sudah sinonim dengan dunia media sosial tapi di sebalik kegunaan media ini, ia berjaya menghubungkan sesebuah organisasi dengan orang ramai. NOOR'JANNAH ABDULLAH SANI mendekati dua gadis maya ini.
Mungkin masih ramai yang kurang mengetahui kerjaya di sebalik media sosial, suatu tugas yang berkaitan dengan apa-apa perkara menghubungkan orang luar melalui Internet.
Bergantung kepada panduan sesebuah organisasi untuk menggunakannya sama ada interaksi, promosi, memberikan maklumat dan sebagainya. Walaupun hanya menghadap komputer seharian tapi jangan disangka kerjaya ini mudah, selain mempromosikan rancangan 8TV dan berkomunikasi dengan pengikut pada platform media sosial seperti Facebook, Twitter, YouTube, Instagram dan Pinterest.

Mereka juga perlu tahu dan peka dengan 'trend' terkini atau isu semasa, sama ada berkaitan, fesyen, hiburan, filem yang terbaru dari negara luar dan sebagainya. Dikenali melalui 'online', Juliana Zainal Aznam dan Beverly Chee tidak sedikit pun membuatkan mereka bosan melayani kerenah pengikut yang kebanyakan remaja kerana ada saja video, gambar yang lucu dikongsi bersama.
Foto

Duduk di satu skop media sosial yang sama tapi berlainan sasaran iaitu remaja 'urban' dan remaja Cina, tidak menghalang dua gadis peramah ini agar saling bekerjasama menggalas tanggungjawab.

Peka 'trending'
Juliana Zainal Azman
23 tahun
Kuala Lumpur
Juliana.azman@8tv.com.my

"Selain melayani pengikut 8TV, saya juga diberikan kepercayaan untuk mempromosi program yang berkaitan dengan 'urban'. Sasaran kami lebih kepada orang muda, jadi untuk menarik perhatian golongan ini bukanlah satu perkara mudah.

"Kita perlu lebih bersifat ramah dan menganggap diri seperti 'rakan-rakan', agar mudah maklumat dan komunikasi yang kami ingin sampaikan kepada mereka. Kerja saya lebih kepada promosi, jadi saya perlu bekerja keras menaikkan 'rating' program yang berkaitan program 8TV.

"Kebiasaannya, perkara yang saya perlu lakukan seperti mengetahui 'trend' terkini di skop media sosial, terutama topik yang sentiasa menjadi fenomena bagi remaja sama ada kumpulan artis, barangan dan apa -apa maklumat berkaitan dengan remaja.

"Dalam bidang ini, secara tidak langsung perlu melakukan banyak penyelidikan, sama ada kajian kes mengenai laman media sosial baru, perubahan akan datang atau perkara yang menjadi bualan remaja. Menjadikan jiwa kami lebih dekat bersama pengikut, kami sentiasa melakukan kajian mengenai dunia 'urban' sama ada berkaitan dengan gaya kehidupan, pemakaian, pemikiran dan sebagainya.

"Untuk berkongsi aktiviti yang kami lakukan bersama pengikut, kebiasaannya kami memuat turun gambar atau video mengenai apa-apa acara atau sidang media berkaitan organisasi buat tatapan pengikut kami.

"Selalunya, kami melakukan wawancara eksklusif beberapa selebriti dan menaik video di saluran YouTube (8TV Addicts). Kami sentiasa berinteraksi bersama pengikut melalui maklum balas dengan berkongsi pendapat dan gambar, fakta menarik dan apa saja yang kami rasa 'cool'.

"Jujurnya kekangan masa adalah perkara biasa dalam kerjaya ini kerana kita bukan hanya berkerja di waktu pejabat saja, tapi jika ada pertanyaan daripada pengikut pada waktu malam, kami sedia memberi maklum balas atau benda menarik kami terus kongsi bersama pengikut walaupun ketika itu kami bercuti.

"Nasihat saya kepada mereka yang ingin memilih bidang ini, banyakkan melihat perkara berkaitan blog, Youtube dan media sosial seperti Twitter, Facebook, Instagram dan perkara baru dengan media sosial ini.

"Selain itu, perwatakan baik dan rajin adalah perkara yang perlu di berikan perhatian untuk melangkah di dunia media ini," katanya.

Melayan saja kerenah
Beverly Chee Yan Yan
23 tahun
Petaling jaya
yanyan@yahoo.com

"Jika 'urban', khalayak remaja lebih kepada secara rawak, cuma yang membezakan skop saya dikecilkan dan khusus untuk remaja berbangsa Cina. Fokus utama semestinya mempromosi cerita-cerita 8TV yang biasanya dari China, Taiwan dan Korea.

"Kebiasaannya sebelum atau selepas tayangan di kaca TV, kami akan mendapat pandangan dan kritikan daripada pengikut kami untuk mengetahui cerita ditayang menarik atau tidak. Setiap cadangan dan kritikan kami terima dengan hati yang terbuka, sebagai salah satu inisiatif menaikkan 'rating'.

"Kami juga turut menerima cadangan yang dikemuka oleh pengikut sama ada filem atau apa saja program yang menjadi fenomena remaja masa kini. Selain promosi cerita 8TV, kami juga memberikan perkara terkini berkaitan fesyen, isu semasa, memuat naik video dan maklumat terkini.

"Mempunyai hubungan baik dengan pengikut adalah perkara perlu dititikberatkan bagi menjadi sebahagian daripada mereka. Setiap komen, gambar dan video yang masuk perlu ditapis. Selalunya kami akan memberi amaran kepada pengikut yang menggunakan ayat berunsur lucah atau mencarut.

"Cabaran dalam bidang ini apabila kita berkomunikasi dan memberi komen, kerana ia bukan mudah. Selalunya mengambil masa yang panjang untuk berbincang.

"Melayan kerenah remaja 13 tahun memang menyeronokkan, mereka akan merasa seronok bila setiap komen mereka mendapat maklumat balas pihak kami. Di sini saya perlu meluangkan banyak masa dan menganggap pengikut seperti adik beradik.

"Nasihat saya kepada remaja di luar sana perlu tahu menggunakan media sosial sebaiknya. Walaupun hanya memuat naik gambar di laman-laman sosial, perlu juga memikirkan gambar yang diletak bersesuaian untuk tatapan masyarakat," katanya.

Tiada ulasan: