Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

27.2.13

Rosmah Mansor ‘diserang’ siswi UKM

Sekumpulan mahasiswi daripada Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) hari ini telah melakukan protes aman di hadapan Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar) terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Lebih kurang 50 orang mahasiswi telah berkumpul di hadapan dewan tersebut bagi menyatakan protes terhadap penyelewengan yang telah dilakukan oleh isteri pemimpin nombor satu negara itu.

Rosmah yang dikatakan hadir ke UKM bagi merasmikan program bersama mahasiswa UKM telah menerima tekanan hebat apabila sekumpulan mahasiswi telah berkumpul di luar dewan sambil memegang sepanduk dengan mesej menolak penyelewengan dan pembaziran duit rakyat yang didakwa telah dilakukan oleh beliau.

Mahasiswi itu dikatakan telah mula berkumpul di luar dewan pada jam 4 petang sebelum menyambut Rosmah yang dijadualkan akan habis program pada jam 4.30 petang.

Sekumpulan pengawal keselamatan bersama staf kakitangan UKM cuba untuk menghalang protes itu daripada terus berlaku namun ternyata mereka gagal mengekang kehendak mahasiswi tersebut untuk terus melakukan protes secara aman itu.

Walau bagaimanapun, apa yang menghampakan mahasiswi tersebut adalah ‘ketakutan’ Rosmah untuk bertemu dengan mereka apabila beliau telah dibawa keluar secara senyap-senyap melalui belakang kereta-kereta yang diletakkan di sekitar dewan tersebut.



Rosmah yang hadir ke UKM dengan menaiki kereta Mercedez Benz mewah terpaksa balik dengan kenderaan biasa selepas terpaksa keluar dari dewan secara sembunyi.

“Perkara yang kita mahu hari ini hanya untuk menyatakan hasrat rakyat terhadap Datin Seri Rosmah, namun ternyata beliau begitu takut untuk bersemuka dengan kami.

“Walaupun kami tidak berjaya untuk bersemuka dengan Rosmah pada hari ini, namun kami telah berjaya membuat Rosmah balik dengan cara yang itu. Ini baru permulaan dari kami,” tegas Hamiza Hani Omar, Pengerusi Hal Ehwal Siswi ISIUKM merangkap Timbalan Setiausaha Agung Gamis.

22.2.13

Wanita potong alat kelamin suami dengan pisau dapur


 
Perasaan curiga dan cemburu seorang wanita terhadap suaminya yang dipercayai curang menyebabkan dia tergamak memotong alat kelamin suaminya dengan sebilah pisau dapur, dalam satu kejadian di Jawa Timur, semalam.
  
Kejadian yang menggemparkan itu berlaku di Kampung Langsar, dalam daerah kecil Saronggi, Sumenep, lapor portal berita Tempo.Co.
  
"Kejadiannya sekitar pukul 4 pagi," kata Mahrus, penduduk Langsar sebagaimana dipetik laman portal berita itu.
  
Beliau berkata ketika itu lelaki berkenaan sedang tidur nyenyak dalam bilik, isterinya yang terjaga dari tidur terus menuju ke dapur, mengambil sebilah pisau, kembali ke bilik tidur dan memotong alat kelamin suaminya.

Pasangan suami isteri itu berusia 33 tahun.

Jurucakap polis daerah Saronggi yang megesahkan kejadian itu berkata berdasarkan maklumat yang dikumpul polis, wanita itu nekad memotong alat kelamin suaminya kerana mengesyaki beliau menjalin hubungan sulit dengan wanita lain.
  
"Suspek sudah kami tahan dan masih menjalani proses siasatan di balai polis," katanya.
  
Mangsa kejadian itu kini sedang menjalani rawatan intensif di Hospital Daerah Moh Anwar, Kota Sumenep.
  
- Bernama

PKR bidas tulisan provokatif Ridhuan Tee


7:30PM Feb 18 2013  
PKR membidas tulisan seorang pensyarah Dr Ridhuan Tee Abdullah dalam sebuah akhbar hari ini yang disifatkan sarat dengan nada ketaksuban agama dan perkauman.
Pengerusi biro hak asasi manusia dan undang-undang PKR S Jayathas berkata rencana itu bercanggah dengan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak dan kebebasan beragama.

"Kenyataan ini memaparkan baur-baur perkauman yang tebal dan boleh mencetuskan kekacauan dan huru hara antara pengikut agama," katanya yang merujuk kepada tulisan Ridhuan bertajuk 'Kesabaran Umat Islam Ada Had' di akhbar Sinar Harian hari ini.

Tulisan di ruangan "Buka Minda" itu antara lainnya mempersoalkan perayaan Thaipusam dan pembinaan rumah ibadat bukan Islam selepas pilihan raya umum ke-12.

"Pernahkah kita bersungut ketika perayaan Thaipusam? Seminggu sebelum perayaan, seluruh kawasan sekitar Batu Caves sesak.

"Kenderaan diparkir sesuka hati. Lautan manusia satu warna berhimpun, seolah-olah tidak ada warna lain lagi di negara ini," tulis Ridhuan dalam kolumnya.

Dalam tulisannya juga, Ridhuan menyifatkan rumah ibadat bukan Islam semakin "semakin tinggi dan berwarna-warni" hasil daripada peruntukan kerajaan Persekutuan dan negeri selepas pilihan raya yang lepas.

"Hari ini pergilah ke mana sahaja. Jika dahulu, rumah ibadat dan patung-patung tidak banyak kelihatan meriah. Kalau adanya pun agak suram dan tidak nampak tombolnya.
"Tetapi selepas PRU 12, keadaan jauh berubah. Mereka mendapat peruntukan sana sini, pusat dan negeri. Rumah ibadat kecil menjadi besar, tombol rendah menjadi tinggi dan berwarna-warni," tulisnya lagi.

Ridhuan turut mengkritik parti politik India komponen BN "yang jahil memahami budaya masyarakat Islam" kerana mahu filem kontroversi Vishwaroopam yang ditangguhkan tayangannya oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) diteruskan.

Seterusnya, beliau berhujah bahawa isu agama adalah isu sensitif dan mendakwa umat Islam kini semakin diambil kesempatan dan dipermainkan oleh orang lain.

Sinar Harian mohon maaf siar tulisan Ridhuan Tee


 
VIDEO l 1:28 secs
Sinar Harian hari ini memohon maaf kepada orang India beragama Hindu atas penyiaran rencana provokatif tulisan pensyarah kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Isnin lalu.

NONEPermohonan maaf itu disampaikan oleh penasihat editorialnya, Datuk Abdul Jalil Ali di hadapan kira-kira sepuluh penunjuk perasaan yang tidak berpuas hati dengan rencana itu dan berhimpun di pintu masuk pejabat Karangkraf tengahari tadi.

Menurut Abdul Jalil, Sinar Harian akan menerbitkan permohonan maaf itu tidak lama lagi dan beliau sendiri akan mengulangi permohonan maaf berkenaan perkara itu dalam kolumnya pada hari Khamis minggu hadapan.
"Saya mengakui saya telah melakukan kesilapan dan saya mohon maaf sebab dalam kerja kita sehari-hari kita terlepas pandang.

NONE"Yang ini saya terlepas pandang. Saya editornya. Bagi pihak seluruh karyawan Sinar Harian saya mohon maaf atas keterlanjuran ini," kata Abdul Jalil.

Beliau turut menyatakan komitmennya, menggesa Mohd Ridhuan Tee memohon maaf di atas perkara itu.

"Saya betul-betul minta maaf dan saya juga akan minta Ridhuan Tee memohon maaf," katanya kepada kumpulan itu.

Kumpulan tersebut diwakili tiga NGO iaitu Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Malaysia Padmasri Kelab peminat Dr Kamalhassan dan Pertubuhan Prihatin Nadi Rakyat Malaysia.

Mereka membawa sepanduk replika muka depan akhbar Sinar Harian yang tertulis "Jangan hasut kebencian kaum" sewaktu berhimpun di pintu masuk pejabat itu.

Keadaan pada awalnya sedikit tegang apabila mereka kelihatan tidak berpuas hati dan meninggikan suara apabila mendengar Jalil mengakui pihaknya menyunting rencana tersebut.

NONE"Awak cakap betul-betul, ini awak punya kenyataan. Jangan tukar-tukar cakap," kata Ramesh Rao dari Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin.

Bagaimana pun keadaan kembali reda selepas Abdul Jalil menjelaskan suntingan berkenaan dibuat untuk mengurangkan nada perkauman dalam rencana asal dan memohon maaf tentang perkara itu.

Abdul Jalil kemudiannya didakap oleh Indran Sagaran dari Kelab Peminat Kamalhassan yang kelihatan terharu dengan permohonan maaf beliau.
Kumpulan berkenaan yang ditemui kemudiannya berpuas hati dan menerima permohonan maaf tersebut.

"Saya rasa wajar, jelas dan ikhlas. Beliau (Abdul Jalil) minta maaf secara terbuka depan media, itu yang kita mahu," katanya.

Namun, mereka akan terus menunggu permohonan maaf dari Ridhuan Tee sendiri berkenaan tulisannya itu.

Najib: Kenyataan Nik Aziz menghina rakyat


 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyamakan penerima bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan haiwan, sebagai menghina rakyat dan amat keterlaluan.

Beliau turut mempersoal kenyataan itu yang tidak konsisten memandangkan pakatan pembangkang terutamanya di Selangor turut menjanjikan beberapa perkara yang bersifat kewangan.

"Apa beza dengan janji dia (pakatan pembangkang) di Selangor. Elaun untuk ibu tunggal, bayaran elaun anak ke tadika, janji air percuma...itu kan pemberian kewangan juga? Apa beza dengan BR1M? Jadi takkanlah Nik Aziz nak kutuk bila kita buat dan bila pakatan buat dia tak kata apa-apa?.

"Itu pendirian tidak konsisten kalau itu (BR1M) dikira amalan tidak baik dan disama dengan haiwan...kenapa dia tak kata apa-apa bila pakatan janji... janji itu pula tidak ditunaikan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan khas dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Sarawak dan Majlis Tertinggi komponen parti BN negeri di Kuching hari ini.

Najib mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS itu yang menyamakan usaha murni kerajaan memberi pelbagai bantuan kepada rakyat seolah-olah memberi hampas kelapa, padi dan jerami kepada ayam dan lembu.

Mengulas lanjut, Najib berkata amalan memberi bantuan kepada rakyat sudah lama dilaksanakan kerajaan secara subsidi tidak langsung, manakala BR1M bersifat lebih fokus kepada kumpulan sasaran.

"Setiap tahun kerajaan belanja lebih kurang RM30 bilion untuk subsidi, kita beri dalam bentuk subsidi secara tidak langsung... orang tak layak seperti orang kaya pun terima dan berlakunya ketirisan seperti penyeludupan serta penjualan diesel di luar sempadan dan sebagainya.

"Jadi kita pilih beri subsidi diesel secara lebih fokus lagi, dan cara lebih fokus ini termasuk BR1M di mana kita tentukan mereka betul-betul layak mengikut tafsiran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), hanya mereka akan terima bantuan kewangan," katanya.

Beliau berkata kerajaan melihat BR1M bukan sahaja bantuan kepada rakyat, tetapi turut akan mempergiatkan kegiatan ekonomi di sesebuah kawasan.

"Bantuan kewangan ini akan cetus kegiatan ekonomi di kawasan tempatan, ia beri pekedai serta peruncit manfaat dan rakyat (penerima) sendiri punya kuasa untuk tentukan cara untuk belanjakan duit itu.

"Jadi ini tidak ada bezanya dengan amalan di sesetengah negara lain seperti Singapura dimana mereka kreditkan kepada akaun CPF untuk bantu rakyat, di Indonesia pun ada juga pemberian secara langsung kepada rakyat," katanya.

- Bernama

Individu kaya di M'sia seramai 68,000 pada 2015


Bilangan individu kaya di Malaysia akan meningkat lebih sekali ganda daripada 32,000 orang sekarang kepada 68,000 orang pada 2015, dengan nilai bersih masing-masing meningkat sebanyak US$140 bilion hingga US$330 bilion.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata bilangan yang mengagumkan ini memberikan keyakinan terhadap keteguhan dan kelestarian pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Beliau juga berkata negara ini mestilah membangunkan industri pengurusan pelaburan domestiknya yang boleh mengurus bukan sahaja kekayaan domestik, malah juga kekayaan di peringkat rantau Asia Pasifik.

Ahmad Husni berkata industri pengurusan kekayaan adalah sektor perkhidmatan kewangan paling pantas berkembang di Malaysia dan Asia Tenggara.

Dalam hubungan ini, penetapan 2013 sebagai tahun pengurusan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) adalah tepat pada masanya, kata beliau pada pelancaran Pengurusan Kekayaan Labuan IBFC 2013 hari ini.

Beliau berkata, inisiatif ini akan menyokong pertumbuhan industri pengurusan pelaburan domestik.

Mengenai satu perkara berkaitan, Ahmad Husni berkata Malaysia akan dapat mengekalkan pertumbuhan tinggi tahun ini kerana ia menerima banyak pelaburan.

"Dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar, pengguna domestik sebenarnya amat kukuh, sumber utama sebenarnya adalah daripada pelaburan orang ramai dan juga pelaburan kerajaan.

"Jadi, bagi masa depan, kita yakin kita boleh mengekalkan pertumbuhan tahun ini," kata beliau, sambil menambah bahawa kerajaan yakin dalam berhati-hati bahawa pertumbuhan ekonomi akan berlegar sekitar 4.5 peratus hingga lima peratus.

- Bernama

ADUN DAP bengang terima SMS harijadi dari BN


 
ADUN DAP Kampung Tunku, Lau Weng San menuduh BN Selangor menceroboh privasi beliau dengan menghantar kepadanya ucapan hari jadi melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Lau berkata SMS itu dihantar kepadanya pada 12 Februari sempena harijadi beliau ke-35 atas nama pengirim DS Mohd Zin Mohamed.

Dalam sidang akhbar di ibupejabat DAP Selangor, Lau menunjukkan kepada pemberita SMS tersebut, dalam bahasa Melayu dan Inggeris, yang berbunyi:

NONE"Sdra LAU WENG SAN Selamat Menyambutr Hari Lahir. Happy Birthday. Ikhlas dari DS Ir. Mohd Zin Mohamed, Kordinator BN Selangor. Sayangi Selangor, Yakini BN".


Lau juga mendakwa beliau telah menerima lebih 10 ucapan perayaan dan mesej kajiselidik sejak dua tahun yang lalu dari enam pengirim, dengan Mohd Zin didakwa menghantar kepadanya mesej-mesej tersebut melalui empat talian telefon.

Lau yang bengang berkata, dia boleh bertolak ansur dengan mesej yang sebelumnya, tetapi bukan yang terbaru ini kerana pengirimnya mungkin juga tahu nombor kad pengenalannya.

'BN begitu terdesak hinggi ceroboh privasi'

"BN begitu terdesak sehingga mereka sanggup menceroboh privasi seseorang untuk memancing undi menjelang pilihan raya umum akan datang," katanya.

Lau berkata pembekal perkhidmatan itu menafikan telah membocorkan maklumat peribadinya melalui e-mel selepas dia membuat aduan rasmi bagi menyampaikan rasa kecewa dan terkejutnya.

Ketika dihubungi, Mohd Zin (kanan) menafikan bahawa menghantar SMS ucapan hari lahir adalah suatu perbuatan pencerobohan privasi, dan berkata ia tidak salah untuk berbuat demikian kerana ia adalah satu ucapan yang baik dari BN Selangor.

"Di mana berlaku pelanggaran privasinya? Saya tidak mengakses akaun dan rekod kesihatannya. Ia seperti posting di Facebook dan Twitter. Adakah ia satu pelanggaran?" tanya Mohd Zin yang merupakan Ahli Parlimen Sepang, bertanya.

Tentang bagaimana BN Selangor memperolehi tarikh kelahiran Lau dan menghantar mesej kepada nombor telefon yang Lau dakwa dia tidak pernah memberitahu sesiapa, Mohd Zin berkata ini dilakukan dalam dua peringkat.

Nama dalam daftar pemilih

Pertama, mereka akan memasukkan nama ke dalam daftar pemilih dan jika nama itu betul, maka nombor IC orang itu akan muncul, yang membolehkan mereka menentukan tarikh hari lahirnya.

Selangor Umno liaison committee secretary Mohd Zin MohamedKedua, Mohd Zin (kanan) mengesyaki Lau mungkin telah memberitahu maklumai itu kepada satu sumber, yang kemudiannya mendedahkannya kepada mereka di peringkat akar umbi yang ditugaskan oleh Umno Selangor mengumpul maklumat untuknya bagi berhubung dengan rakyat.

Lau, kata Mohd Zin, harus cuba untuk ingat sama ada dia telah memberikan nombor telefon kepada sesiapa.

Mohd Zin bertanya apakah salah untuk menghantar SMS mengucapkan selamat hari jadi dan menambah bahawa terpulanglah kepada mereka sama ada hendak menerimanya atau tidak.

Ramai orang, katanya, telah tampil mengucapkan terima kasih kepada beliau dan menyatakan penghargaan mereka terhadap mesej yang dihantar itu.

Mohd Zin juga menafikan bahawa Umno mendapat maklumat tentang rakyat melalui cara yang menyalahi undang-undang atau membelinya dari pembekal perkhidmatan.

19.2.13

Beruang dan kuda Zoo mati diracun, polis syak orang dalam


 
Polis tidak menolak kemungkinan kematian seekor beruang matahari betina dan seekor kuda jantan selepas diberi makanan beracun di Zoo Melaka Dan Safari Malam di Melaka angkara orang dalam.   
  
Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Melaka Supt R. Gunarajan berkata berdasarkan siasatan awal pada sampel buah-buahan yang ditemui, ia dipotong oleh mereka yang mahir serta mengikut spesifikasi kepada haiwan berkenaan.
  
"Sehingga kini, dua suspek disyaki, orang berkenaan dah biasa dan tahu selok-belok makanan biasa (kepada haiwan) iaitu tebu, pisang dan cempedak," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan Tahun Baru Cina Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka hari ini.
  
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas insiden beruang matahari dan kuda lumba spesis 'Thoroughbred' yang ditemui mati disyaki diracun pada petang Ahad dan Isnin lepas.
  
Pegawai Veterina zoo tersebut, Dr Zubaidah Kamarudin semalam berkata hasil bedah siasat yang dijalankan beruang yang dijaga sejak tahun 2000 itu mati disebabkan makan pisang yang disyaki mengandungi sejenis serbuk racun.
  
Gunarajan berkata polis menemui sisa serbuk putih yang disyaki racun dan bersama pihak veterinar telah menghantar sampel makanan itu kepada Jabatan Kimia untuk dianalisis.
  
"Kami masih menunggu keputusan analisis itu dan berharap ia diperoleh secepat mungkin. Sehingga kini belum ada tangkapan dilakukan ke atas suspek," katanya.
  
Kes disiasat mengikut Seksyen 429 Kanun Keseksaan (Khianat Terhadap  Binatang) dan polis bekerjasama dengan pihak zoo termasuk siasatan ke atas pekerja mereka.
  
"Kami mengesyaki kemungkinan pekerja atau bekas pekerja zoo itu sendiri yang melakukan perbuatan khianat itu berikutan tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan baharu yang mengambil alih pentadbiran zoo," katanya.
  
Zoo Melaka dan Safari Malam yang sebelum ini diurus Jabatan Perlindungan

Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sejak 1979 diserahkan kepada Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) pada awal tahun ini dengan kelulusan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
  
Beliau juga meminta saksi yang melihat kejadian itu supaya tampil menghubungi pihak polis.
  
Sementara itu jurucakap Zoo Melaka ketika dihubungi berkata pihaknya tidak membenarkan para pelawat yang berkunjung ke zoo untuk membawa makanan di samping memeriksa beg pengunjung sejak semalam.
  
"Ini sebagai langkah keselamatan dan berjaga-jaga supaya insiden sama tidak berulang," katanya.
  
- Bernama

PRU ke-13 diramal Mac Ini

 


Ramai meramalkan Pilihan Raya Umum  (PRU) ke-13 akan diadakan pada cuti sekolah Mac ini. Parlimen akan dibuburkan bila-bila masa lagi. Ramalan yang sering diuar-uarkan ialahpada  22.2.2013 Parlimen dibubarkan. Penamaan calun dijangkakan pada 16.3.2013. Pengundian pula akan dibuat pada 30.3.2013. Tarikh pengundian ini bertepatan dengan cuti persekolahan. Tentunya Perdana Menteri mengambil kira semua ini bagi memudahkan SPR membuat persedian sebelum pengundian. Buat masa ini semua cuti rehat PDRM telah dibekukan.

Andaian 22.2.13 nampak tidak tepat: Kini ada yang kat selepas LIMA barulah dibubarkan parlimen.

2. Tak lama lagi seluruh negara akan dibanjiri oleh poster pilihan raya. Tempoh berkempen masih samar berapa lama; Bersih mahukan selama 21 hari sedangkan yang selalunya hanya sekitar 10 hari. Jika hanya 10 hari bermakna berkempen akan diwartakan pada sekitar  13 Mac jika pilihan raya pada 23 Mac. Selalunya akan mengambil masa musim cuti sekolah; maka diramalkan sekitar penghujung Mac sebab mula cuti sekolah ialah 23 Mac 2013.

3.  Jika mengundi pada 30 Mac 2013 maka esoknya akan tahulah kita siapa yang bakal meneraju kepimpinan negara. jangan sampai April menjadi satu bulan tragedi bagai berlaku satu ketika dulu; sambutlah kemenangan dengan rasa lapang dada. Kekalahan bukan sengketa tetapi suara pembangkang amat diperlukan di parlimen.


4. Selamat memilih calon pilihan anda. Pilihlah siapa jua yang anda sokong sebab kita hidup di negara yang demokrasi. Jangan sesekali jadikan Pilihan Raya ini satu pengundian yang kotor. Agar keputusan yang dicapai nanti tidak menjadi desas-desus ketidakpuasan hati pengundi. SPR perlu berlaku adil lagi saksama.


5. Kita telah lama hidup di negara yang merdeka maka jadilah warga merdeka yang bijaksana. Selamat Mengundi ucapan ikhlas dari Rang Bul@n.

Aziz jangka Parlimen dibubar selepas LIMA
6:09PM Feb 22 2013  
LANGKAWI: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof menjangka Parlimen akan dibubarkan selepas berakhirnya Pameran Udara dan Maritim Langkawi (LIMA) 2013.

LIMA 2013 akan berlangsung selama lima hari mulai 26 Mac hingga 30 Mac ini.

Astro Awani online memetik Aziz berkata demikian ketika ditemui media selepas taklimat bersama Pengarah-Pengarah Pilihan Raya zon utara di Langkawi hari ini.

Jangkaan itu bagaimanapun, tegas Aziz, adalah pandangan peribadi beliau.

Beliau percaya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Dewan Rakyat selepas selesai LIMA 2013 kerana pameran itu telah dirancang sejak dua tahun lalu.

"Ini logik saya lah, takkan lah dia (Najib) yang pernah jadi Menteri Pertahanan, banyak kali terlibat dalam LIMA, tiba-tiba nak bubar sebelum LIMA," kata Aziz lagi.

Pengerusi SPR itu juga ditanya mengenai desas-desus yang mengatakan ramai pelabur dari luar negara akan menarik diri jika Parlimen dibubarkan sebelum LIMA 2013.

Menurut Abdul Aziz, Najib sangat arif mengenai kepentingan pelaburan asing yang akan dijana sempena penganjuran pameran berkenaan.

Justeru, Aziz secara peribadi yakin PRU-13 akan berlangsung selepas penganjuran LIMA 2013.

17.2.13

Penahanan senator 'langgar protokol antarabangsa' - Anwar


3:45PM Feb 16 2013
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penahanan dan pengusiran Senator Australia, Nick Xenophon sebagai satu salahguna kuasa dan "melanggar protokol antarabangsa".

"Saya mengecam sekeras-kerasnya penahanan Xenophon di LCCT yang dikatakan menjadi ancaman keselamatan dan dilabelkan sebagai 'musuh negara'.

"Tuduhan itu tidak berasas sama sekali," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar (kiri) mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak bahawa beliau tidak mempunyai hak untuk melayan pelawat sebagai musuh negara semata-mata kerana mereka kritikal terhadap pentadbiran yang diterajui Umno pimpinannya.

"Malaysia bukan milik Umno. Ia milik semua rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik."

Ketua umum PKR itu menegaskan walaupun Xenophon telah membangkitkan kebimbangan terhadap ketelusan pilihan raya umum akan datang, tetapi beliau tidak melanggar mana-mana undang-undang atau berkelakuan dengan cara yang boleh dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan negara.

"Tambahan pula, dia berada di sini dan kemudiannya akan disertai ahli parlimen Australia yang lain untuk mengadakan perbincangan dengan kami serta pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Sebab-sebab ini tidak boleh menjadi alasan untuk menyenaraihitamnya.  Tindakan menahan dan pengusiran yang dicadangkan atas sebab-sebab partisan politik  adalah satu penyalahgunaan kuasa.

"Ia juga jelas melanggar protokol antarabangsa dalam melayan kedatangan ahli parlimen dari luar negara, terutamanya dari negara-negara anggota Komanwel," katanya.

Anwar menggesa supaya Xenophon dibebaskan serta-merta dan dibenarkan masuk ke negara ini tanpa halangan.

Kemudiannya, ketika ditemui di rumah terbuka Tahun Baru Cina anjura PKR Batu di Jinjang Selatan, Anwar berkata, keputusan untuk menahan Xenophone itu merupakan keputusan berunsur politik.

"Ini adalah keputusan politik. Nasihat saya kepada imigresin, mereka perlu tahu apa tanggungjawab mereka. Saya bukan mahu mengkritik mereka.

"Tetapi saya tahu, mereka bukan buat keputusan sendiri. Tetapi arahan yang berunsur politik," katanya.

Pagi tadi, Nick Xenophon telah ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dan sedang menunggu untuk dihantar pulang kerana didakwa menjadi "musuh negara".

Senator bebas itu adalah sebahagian daripada delegasi empat anggota Australia yang mengambil inisiatif untuk meneliti sistem pilihan raya Malaysia

Delegasi itu dijadualkan bertemu dengan Anwar pada hari Isnin, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz pada hari Selasa, serta NGO lain dan ahli parlimen pembangkang.

Menurut Anwar lagi, sebagai sebuah negara demokrasi, Xenophone tidak wajar dihalang untuk memasuki negara ini.

Anwar berkata lagi, dengan menghalang pemerhati bebas itu, ia menunjukkan negara ini belum bersedia untuk mengadakan pilihan raya umum yang bersih.

"Kita ada kebebasan untuk ke mana-mana negara. Australia, Turki dan mana-mana sahaja. Kenapa di Malaysia tidak? Adakah kerana Najib takut dengan pemerhati bebas?

"Bila pemerhati bebas itu datang untuk kebenaran, dia tak mahu beri. Sedangkan program dia bukan nak jumpa saya sahaja tetapi berjumpa Nazri dan beberapa yang lain juga.

"Perkara ini menunjukkan bahawa kerajaan tidak bersedia untuk menerima pemerhati bebas dan menjalani proses (pilihan raya) yang bersih. Kenapa terlalu bimbang? Sebab ada benda yang nak disembunyikan?" Kata Anwar lagi.

Pakatan dirangsang desas-desus keretakan Umno Perak



Kes tiga menteri pusat menyuarakan sokongan kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dilihat sebagai "satu tabir" untuk menyembunyikan keretakan dalam Umno Perak, dakwa pengarah pilihan raya PAS Perak,  Asmuni Awi.

Katanya, terdapat cakap-cakap di peringkat akar umbi sejak beberapa bulan kebelakangan ini bahawa Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang juga menteri pertahanan, dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri dalam pilihan raya umum akan datang.

NONE"Dakwaan ini timbul setiap hari bukan sahaja di kalangan
pembangkang tetapi juga dalam BN dan Umno," katanya sambil menambah bahawa jaminan Ahmad Zahid itu hanya sebagai tabir ketika rasa tidak puas hati terhadap Zambry menjadi bahan percakapan dan kemungkinan beliau digantikan.

Walaupun apa pun, tambah Asmuni (kiri), PAS Perak serta Pakatan Rakyat bersedia untuk berdepan dengan sesiapa sahaja yang akan menjadi calon menteri besar BN.

Ditanya sama ada beliau ada mendengar kerusi yang dikatakan akan ditandingi Ahmad Husni jika beliau akan menjadi menteri besar, Asmuni berkata, terdapat khabar angin bahawa menteri kewangan kedua, yang juga ketua Umno bahagian Tambun itu, mungkin bertanding di Ulu Kinta, manakala Ahmad Zahid pula di Hutan Melintang.

NONEKhabar angin bertiup kencang mengenai kemungkinan Zambry (kanan) berpindah ke kerusi Parlimen, dan Ahmad Husni atau Ahmad Zahid mungkin menggantikannya sebagai menteri besar.

Zambry dikatakan menjadi calon pilihan Ahmad Zahid sebagai menteri besar semasa krisis perlembagaan Perak empat tahun lalu, manakala Ahmad Husni dilihat sebagai orang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, Khamis lalu, beberapa akhbar melaporkan Ahmad Zahid menyatakan bahawa tiga menteri - semua dari Perak - mahu Zambry kekal sebagai menteri besar Perak.
Selain Ahmad Zahid, dua lagi menteri ialah Ahmad Husni adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

'Umno Perak bersatu sokong Zambry'


Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Larut, Mohamad Anuar Ariffin menolak desas-desus tentang wujudnya keretakan dalam Umno negeri itu, tetapi sebaliknya menegaskan bahawa parti itu bersatu menyokong Zambry.

husni eon bank function 120310 ahmad husni"Saya juga ada mendengar pihak pembangkang mendakwa pada masa lalu terdapat perselisihan di antara Zambry dan
Ahmad Husni (kiri).  Ini tidak benar sama sekali kerana dalam mesyuarat kedua-duanya sangat mesra dan hubungan mereka baik," kata Mohamad Anuar, yang juga ahli Jawatankuasa Perhubungan Umno Perak, kepada Malaysiakini.Ahmad Husni (kiri) adalah timbalan pengerusi Umno Perak, yang dipengerusikan oleh Zambry.

Mohamad Anuar menganggap cakap-cakap tersebut sebagai propaganda pembangkang semata-mata.

"Dakwaan ini dibuat oleh orang luar dan pembangkang. Bagaimanapun dalam Umno, kita bersatu menyokong Zambry," katanya sambil menambah Zambry selaku menteri besar telah banyak berusaha untukmemenangi rakyat semula sokongan rakyat kepada Umno dan BN.

katanya, sokongan yang disuarakan oleh Ahmad Zahid itu, yang mewakili tiga lagi menteri,  telah mencerus spekulasi tersebut.

Hishammuddin pertahan penahanan Xenophon


5:30PM Feb 16 2013  
Penahanan  Senator Australia Nick Xenophon di lapangan terbang di Sepang pagi tadi tiada kaitan dengan unsur politik dan dibuat mengikut "undang-undang", kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata, langkah itu sesuatu yang biasa yang turut dilalui oleh rakyat Malaysia yang ke luar negara, lapor Sinar Harian hari ini.

"Saya difahamkan oleh Ketua Pengarah Imigresen pagi tadi, beliau masih ditahan. Ini isu imigresen, dan ini perkara biasa rakyat Malaysia juga melalui perkara yang sama dan tidak dibenarkan masuk. Tidak ada yang istimewa pada dia ( Xenophon).

"Penahanan ini juga tiada unsur politik. Saya percaya penahanan itu mengikut undang-undang," katanya selepas berucap pada Majlis Jelajah Anak Malaysia dekat Putrajaya pagi tadi.

Menurut beliau, spekulasi yg mengatakan penahanan Xenophon adalah kerana beliau dianggap musuh negara adalah tidak benar.

"Tidak perlu buat spekulasi. Ini perkara biasa jangan putar belitkan keadaan.

"Kita ambil tindakan mengikut undang-undang. Pihak imigresen akan selesaikan perkara ini," katanya.

Xenophon telah dihalang daripada memasuki negara ini oleh Jabatan Imigresen.

Hindraf beri amaran: Pakatan mungkin hilang 25 kerusi


4:18PM Feb 17 2013
Pemimpin Hindraf P Waythamoorthy memberi amaran bahawa Pakatan Rakyat mungkin berisiko akan kehilangan sehingga 25 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang sekiranya tidak menerima sokongan daripada kumpulan pendesak tersebut.
Beliau juga mendakwa Hindraf boleh membantu untuk mengalihkan undi tersebut agar memihak kepada Pakatan Rakyat jika pakatan pembangkang bersama dengan pergerakan itu.

"Masyarakat India tidak berperang dengan kerajaan kerana kita ada pada tahun 2007 hinggan 2008.

"Pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melakukan kerja yang mengagumkan dari bawah dan jika mereka berjaya mendapatkan 55 peratus daripada jumlah pengundi India, Pakatan berkemungkinan untuk hadapi risiko di 25 kerusi Parlimen," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau juga meramalkan bahawa Kedah dan Selangor mungkin akan kecundang ke tangan BN dalam pilihan raya akan datang.


Ramesh RAO Krishnan Naidu
APA Sumbangan PR untuk kaum india sejak 2008?---Janji PR 2008-Cuti umum Thaipusam Di kedah! 2 jawatan exco untuk kaum india dalam negeri PR, Jawatan CEO dalam GLC negeri dah tertunaikah?---Pembangkang sanggup buat apa sahaja untuk berkuasa!--Tolak Anwar! Nyahkan PR!!!!----Paling Serious PKR Selangor Arah Kuil Batu Cave untuk tutup Lampu Dewa Muruga selepas menang di Selangor 2008!

Dong Zong: Kunjungan Najib satu 'permulaan baik'


 
Datuk Seri Najib Razak, yang kini bergelut untuk meraih sokongan pengundi Cina, hari ini mencipta sejarah dengan menjadi perdana menteri pertama yang hadir ke majlis rumah rumah terbuka Tahun Baru Cina ajuran Dong Zong.

Perdana menteri yang mengenakan pakaian tradisi Cina berwarna merah, tetap hadir walaupun kumpulan berkenaan mengambil beberapa pendirian bertentangan dengan kerajaan sejak akhir-akhir ini.

dong zong cny open door 170213 05Najib meluangkan masa selama kira-kira setengah jam di majlis yang diadakan di Padang Besar Pusat Pengajian Tinggi Dong Jiao Zong itu untuk menyertai acara menggaul yee sang bersama pemimpin Cina dan menonton persembahan kebudayaan.

Mengulas lawatan Najib, timbalan pengerusi Dong Zong, Chow Siew Hon menyifatkannya sebagai "satu permulaan yang baik".

Menurutnya, ia bukan ukuran kejayaan majlis ini kerana Najib juga pernah menghadiri majlis lain tanpa menyampaikan ucapan.

"Tiada ucapan (dari Najib) tidak bermakna majlis ini tidak berjaya.

"Saya rasa majlis ini sangat berjaya," katanya ketika ditemui pemberita di majlis berkenaan.

Katanya, kumpulan pendesak berkenaan tidak kecewa walau perdana menteri tidak membawa "buah tangan" untuk mereka hari ini.
dong zong cny open door 170213 03"Walaupun beliau tidak membawa apa-apa buah tangan hari ini, tidak bermakna tiada buah tangan di masa depan," kata Chow yang merujuk kepada tuntutan mereka.
Dong Zong dalam surat jemputannya kepada perdana menteri menggariskan tiga tuntutan: Mengiktiraf  sijil peperiksaan bersepadu (UEC), membina lebih banyak sekolah Cina bebas dan menyemak semula Blueprint Pendidikan Nasional.

Najib bagaimanapun tidak membuat apa-apa pengumuman berhubung perkara tersebut dalam kunjungannya ke majlis hari ini.

Chow seterusnya berkata, pengerusi Dong Zong, Dr Yap Tian Sin juga telah berjanji untuk melakukan kunjungan hormat ke pejabat perdana menteri untuk membincangkan isu-isu pendidikan Cina dengan lebih terperinci.

dong zong cny open door 170213 01Sementara itu, Yap ketika ditemui pemberita berkata Najib dalam pertemuan hari ini menyatakan kesediaan untuk bertemu bagi membincangkan tuntutan tersebut.
"Beliau (Najib) minta saya atur pertemuannya selepas sambutan Tahun Baru Cina," katanya lagi.
Pertemuan itu juga bergantung kepada tarikh yang akan ditetapkan perdana menteri.
Turut mengiringi Najib hari ini adalah menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Koh Tsu Koon, presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek serta timbalan menteri pelajaran, Datuk Wee Ka Siong.

Program yang dihadiri 5,000 orang itu juga disertai ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang tiba kira-kira sejam selepas Najib beredar.

14.2.13

Panorama indah mengasyikkan

Teks dan gambar Roselan Ab Malek

BANDUNG bukanlah tempat yang asing kerana ia cukup popular di kalangan rakyat Malaysia untuk bersantai dan membeli-belah seperti popularnya mi bandung dan air batu bandung di negara kita.

Kesempatan penulis bersama 19 ahli Kelab Media Pahang mengunjungi Bandung, baru-baru ini mendapati pengunjung dari Malaysia begitu ramai.

Melancong ke Bandung tidak lengkap tanpa me­ngunjungi Gunung Tangkuban Perahu, kira-kira 30 kilometer di utara Bandung.

Gunung dengan ketinggian 2,084 meter dari permukaan laut ini terkenal dengan kisah legenda Sangkuriang kerana bentuk gunung itu berupa perahu terbalik yang ditendang Sangkuriang.

Foto

Gunung yang masih tidur ini mempunyai sembilan kawah masih aktif serta mengeluarkan asap belerang dan kali terakhir meletus pada 1952.

Kawah paling besar yang berada di puncaknya ialah kawah Ratu. Cuaca yang dingin serta panorama indah di sekitarnya amat mengasyikkan.

Tidak hairanlah ia menjadi tumpuan ribuan pe­ngunjung setiap hari sehingga kawasan itu penuh sesak, ditambah lagi dengan penduduk tempatan yang menjual pelbagai barangan kepada pelancong.

Setiap hari, dikatakan 2,000 pemandu pelancong berlesen menjual pelbagai barangan berlegar di kawasan itu untuk mencari pelancong yang melawat sekitar kawasan itu terutamanya melawat sekitar Kawah Domas yang masih aktif.

Selain pemandangan yang memukau, keunikan dua jenis tumbuhan yang tidak terdapat di tempat lain iaitu pokok ‘manarasa’ yang bentuknya seperti pokok bonsai memenuhi sekitar kawasan itu.

Pucuk tumbuhan itu boleh dimakan dan sedikit kelat, dipercayai baik untuk kesihatan terutama mengekalkan awet muda.

Terdapat sejenis paku pakis yang di namakan ‘pakis tangkur’ dipercayai berkhasiat untuk merawat penyakit darah tinggi dan sakit sendi.

Ahli rombongan begitu teruja apabila setiap seorang ditemani tiga hingga empat pemandu pelancong ketika menuruni bukit ke Kawah Domas sejauh 1.2 kilometer.

Terasa bagai ‘pembesar’, pemandu pelancong itu akan mengikut kita sepanjang perjalanan sehingga sanggup menggosok kaki ahli rombongan dengan lumpur gunung berapi selepas merendam kaki dalam air panas.

Sebaik selesai menjalankan kerja sukarela itu, mereka mula mengeluarkan barangan satu persatu memujuk ahli rombongan untuk membelinya.

Tetapi awas barangan yang dijual mereka itu berlipat ganda harganya. Justeru, anda perlu pandai tawar-menawar atau menyesal kerana terpedaya.

Ramai menangis tidak berlagu apabila mengetahui barangan sama yang dijual di Bandung lebih murah daripada apa yang mereka jual.

Bandung yang mempunyai enam juta penduduk memang sesak, jalannya yang sempit, rumah yang padat dan kenderaan yang banyak tanpa mengikut peraturan jalan raya
tetapi jarang berlaku kemalangan.

Bayangkan mereka boleh membuat pusingan U di kawasan yang sesak, cuma dengan bantuan seorang yang mengambil upah menahan kereta lain tanpa menimbulkan sebarang masalah atau kemarahan pemandu lain.

Gerai kecil atau kereta sorong yang menjual makanan terdapat di mana-mana. Pantang ada ruang kosong, di situ pasti terdapat gerai untuk mencari rezeki.

Kegigihan mereka mencari rezeki dengan menyanyi di jalan raya, di restoran, menjual akhbar, rokok dan apa saja kerja yang boleh mendatangkan wang menimbulkan rasa simpati pelancong.

Melihat kegigihan mereka itu mencari rezeki, kami bersyukur tinggal di Malaysia yang aman damai dan rezeki melimpah-ruah sehinggakan ramai anak muda boleh memilih kerja.

Bandung bukan saja terkenal dengan wanita yang cantik tetapi tumpuan rakyat Malaysia untuk membeli-belah.

Bagi wanita yang bercuti di Bandung, mereka datang dengan hanya satu beg pakaian dan apabila balik, jangan terkejut jika beg mereka sudah bertambah empat beg.

Di sini, ia bagaikan syurga membeli-belah kepada wanita. Barang khusus untuk wanita seperti beg kulit, kain pasang, kain sulam, kain bermanik, baju kebaya, telekung dan aksesori wanita semuanya ada dijual.

Harganya lebih murah malah boleh tawar-menawar.

Pusat beli-belah seperti ‘factory outlet’, Pasar Baru dan barangan kulit di Sibaduyut menjadi tempat popular di kalangan pelancong Malaysia.

Menurut pemandu pelancong, Taufik, baru-baru ini dia membawa satu rombo­ngan sembilan wanita dengan vannya masuk ke pusat beli-belah Pasar Baru.

Bayangkan kumpulan wanita terbabit masuk jam 9 pagi dan keluar selepas kedai itu ditutup dengan barangan memenuhi van.

Selain pusat beli-belah, pelancong dari Malaysia tidak akan terlepas daripada penjual jalanan yang dikenali sebagai ‘Udin’ yang merayu tanpa jemu.

Mereka ini akan berada di mana saja sama ada di restoran, di pintu bas, van, pintu hotel dan juga di tempat membeli-belah.

Jika kita pandai menawar harganya jauh lebih murah berbanding harga di pusat beli-belah.

Bandung turut menawarkan makanan yang enak. Masakan Padang dan Sunda serta air buah-buahan yang pelbagai menjadi menu harian yang menyelerakan.

Selain itu, keunikan hiasan kedai atau restoran amat kreatif dan menarik selain hidangan makanan yang enak.

Deepika teringin berlakon dengan Hrithik Roshan

Artis cantik ini antara wajah terlaris di Bolly­wood kerana setiap hari ada saja ceritanya dalam media di sana. Deepika Padukone mula mencipta nama selepas berlakon dengan Datuk Shah Rukh Khan dalam filem Om Shanti Om pada 2007.

Dia mengharapkan tahun ini memberi lebih banyak kejayaan kepadanya.


“Walaupun saya tidak terbabit dalam filem sekual Race 2, saya berharap pengarah Rohit Shetty dapat fikirkan sesuatu untuk saya dalam filem Chennai Express yang mana saya berlakon sebagai gadis Tamil. Walaupun saya fasih berbahasa Tamil, tetapi saya tetap kena bekerja keras untuk menghidupkan watak dan bahasa tubuh.

“Kenangan terindah juga apabila dapat berlakon dalam filem Tamil yang berjudul Kochadaiyyan bersama Rajnikanth. Bagi seorang yang sangat berjaya sepertinya, Rajnikanth seorang yang merendah diri dan ringkas,” katanya yang mahu berlakon dengan Hrithik Ro­shan dan Salman Khan.

Dia juga mengidam untuk beraksi dalam filem arahan Karan Johar dan Raju Hirani.

Sudah popular dan menjadi rebutan pengarah, Deepika beritahu yang dia tidak pernah berubah.

“Saya tidak menganggap saya seorang bintang. Saya sama seperti gadis lain yang sebaya dengan saya kecuali profesion saya ialah seorang pelakon. Oleh itu saya tidak rasa ketinggalan apa-apa kerana saya menjalani kehidupan seperti dulu juga,” katanya.

Selepas Om Shanti Om, dia muncul dalam filem Bachna Ae Haseeno, Chandni Chowk To China, Love Aaj Kal, Main Aur Mrs Khanna, Karthik Cal­ling Karthik, Lafangey Parindey, Khelein Hum Jee Jaan Sey, Break Ke Baad, Housefull, Aarakshan, Dum Maaro Dum, Desi Boyz, Cocktail dan Race 2.

Perkosa depan ibu

Oleh Haidhar Hilmi

Batu Pahat: “Kami diseret 10 meter ke ladang sawit di belakang rumah sebelum anak perempuan bongsu saya dirogol seorang daripada penjenayah berkenaan,” kata seorang wanita dikenali sebagai Mah berusia 50-an di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, dua beranak itu turut dirompak dua penjenayah yang menceroboh rumah mereka di sebuah kampung di daerah ini.

Menceritakan kejadian itu, Mah berkata, mereka sedang tidur di ruang tamu rumah pusaka keluarga sebelum dikejutkan dengan kehadiran dua lelaki yang menutup muka dengan kain.

“Penjenayah yang bersenjatakan parang dan pisau itu memaksa kami mengambil barangan berharga selain berdiam diri jika tidak mahu leher dikelar.

“Mereka mengugut anak perempuan supaya menyerahkan wang dan barangan berharga atau disembelih sebelum anak menyerahkan wang simpanannya RM200,” katanya ketika.

Pusara dalam lubang

Kuching: Lubang pembetung air sedalam kira-kira 20 meter di Jalan Haji Taha, di sini, menjadi ‘pusara’ buat seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak, selepas kereta dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam lubang itu, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi, mangsa, Paul Primus, 25, memandu Proton Saga dari Kota Samarahan ke jeti APMM di Muara Tebas, di sini, sebelum hilang kawalan lalu terjunam ke dalam lubang pembetung air itu.
Isteri mangsa, Vivian Julai, 25, berkata dia terkejut apabila menerima panggilan kira-kira jam 3.30 pagi memaklumkan mengenai kemalangan yang menimpa suaminya itu.

“Sepatutnya kami meraikan hari lahirnya yang ke-25 Jumaat ini, tetapi kini semuanya berubah kerana dia pergi buat selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Umum Sarawak (HUS), di sini, semalam.
FotoANGGOTA bomba bertungkus-lumus mengeluarkan mayat mangsa.

Menurut Vivian, suaminya keluar dari rumah di Kota Samarahan kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin untuk ke jeti APMM di Muara Tebas.

Membina peribadi Muslim

Oleh Nik Salida Suhaila

Pembentukan dan pengembangan peribadi Muslim yang dikehendaki oleh Allah SWT dan disebut dalam al-Quran ialah sahsiah yang soleh dari segi sikap, ucapan serta tindakan. Walaupun peribadi soleh yang diterjemahkan setiap manusia berbeza, al-Quran tetap menggariskan prinsip yang sama.

Umat Islam perlu membina peribadi yang teguh dalam dunia tanpa sempadan ini kerana jika tidak, mereka akan ketinggalan dalam soal agama, akhlak dan kepimpinan. Ada bimbingan yang kita perlukan dari orang yang arif, tetapi ia tidak terkejar oleh masa yang terlalu cemburu dengan kepintaran manusia meraih peluang.
Jika kita tidak mengejar masa, sudah tentulah kita ketinggalan dan lemah, sedangkan umat Islam kuat kerana ilmu. Paling utama untuk membina personaliti Muslim yang dihormati ialah mesti mempunyai akidah yang bersih.


Muslim perlu mempunyai ikatan yang kuat dengan Allah SWT supaya mereka percaya kepada qada dan qadar serta dunia selepas kiamat. Muslim juga akan yakin dan cekal dengan ujian daripada Allah jika mempunyai akidah yang bersih dan tidak berpatah menghadapi cabaran mendatang.

Setiap Muslim perlu menunaikan ibadah yang hakiki kepada Allah SWT seperti mana diajarkan Rasulullah SAW. Beza kehambaan kepada Pencipta bukan diukur dengan pakaian buruk dan jalan tunduk, tetapi keikhlasan dalam beribadah serta tidak berbangga dengan perbuatan baik dilakukan.

Peribadi Muslim juga diukur dengan akhlak yang mulia. Ia sikap yang harus dimiliki setiap umat Islam sama ada akhlaknya dalam berhubung sesama manusia, alam ataupun dengan Allah SWT.

Dunia tanpa sempadan membenarkan kita menembusi setiap ceruk kehidupan manusia tanpa dapat dikawal undang-undang. Oleh itu, peribadi soleh sajalah yang boleh menghalang perbuatan tidak amanah, tidak bertanggungjawab ataupun tidak menghormati hak orang lain.
Peribadi soleh termasuklah juga kekuatan fizikal yang memungkinkan umat Islam menjalankan ibadah dan perintah Allah dengan sempurna tanpa bergantung kepada pertolongan serta bantuan orang.

Jika mempunyai kesihatan yang baik, umat Islam tentu dapat menjalankan amanah dengan baik. Apatah lagi, Muslim sentiasa berdepan dengan cabaran dan tohmah sistem Barat yang tidak henti-henti mengacau keharmonian dan kemakmuran umat Islam di dunia.

Rasulullah SAW pernah bersabda: “Mukmin yang kuat lebih aku cintai daripada Mukmin yang lemah.” (Riwayat Muslim)

Peribadi Muslim juga perlu kepada cara berfikir yang intelek kerana salah satu sifat Rasulullah SAW ialah cerdas dan tangkas dalam membuat keputusan. Jika direnungkan, setiap yang akan dilakukan, diperkatakan atau diam sekalipun, ia bermula dengan berfikir. Individu Muslim yang cemerlang ialah yang bijaksana dan bertimbang rasa.

Satu aspek lain yang tidak kurang pentingnya dalam membina peribadi seorang Islam ialah mesti berjuang memerangi hawa nafsu yang jahat. Sebagai manusia, sudah tentulah kita mempunyai kecenderungan kepada yang baik atau buruk.

Jika kita terdorong untuk melakukan maksiat, daya juang melawan hawa nafsu akan menyelamatkan kita tetapi jika sebaliknya, kita tidak akan mampu membina peribadi Muslim sepatutnya.

Dalam kesibukan melakukan tugas seharian, setiap Muslim perlu memastikan peribadi mereka terjaga dengan menepati masa dan tidak membazirkannya. Allah mengingatkan manusia supaya menjaga masa diberikan kepada setiap manusia dengan jumlah sama iaitu 24 jam sehari semalam.

Sepanjang waktu itu ada antara kita yang untung dan ada yang rugi, tetapi pastinya waktu yang telah pergi tidak akan kembali lagi sampai.

Muslim juga perlu berdisiplin dan profesional. Mereka mesti tekun, bijak berinteraksi dengan bahasa yang difahami, berintegriti dan amanah. Jangan orang Islam dijadikan contoh ikutan tidak baik dalam kalangan manusia pelbagai agama dan bangsa sedangkan Islam adalah sebaik-baik agama di dunia.

Kuasa pula perkataan yang impaknya luar biasa. Amar makruf dan nahi munkar juga boleh direalisasikan jika kita mempunyai kuasa. Muslim harus mempunyai kuasa supaya peribadi tidak terhalang oleh penafian atau doktrin kuasa lain yang membantutkan kegemilangan tamadun Islam.

Setiap Muslim mesti memastikan dirinya bermanfaat kepada orang lain. Kebajikan, kebaikan dan amalan baik yang dilakukan perlulah saling dirasai oleh umat Islam lain khasnya atau seluruh manusia amnya. Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.”

Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia.

Kerajaan tak bayar Psy

Kuala Lumpur: Scooter Braun Projects, syarikat pengurusan bintang popular Korea Selatan Psy, yang dikenali dunia dengan lagunya Gangnam Style, menyatakan mereka tidak pernah diminta atau dibayar kerajaan Malaysia untuk persembahan penyanyi itu di Pulau Pinang, Isnin lalu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada BERNAMA semalam, pengurusan itu menegaskan bahawa berita dan artikel yang tersebar dalam internet, yang mendakwa sebaliknya, adalah anggapan semata-mata dan ternyata tidak benar.

"Scooter Braun Projects ingin menegaskan kami tidak pernah diminta atau dibayar kerajaan Malaysia untuk persembahan artis itu di Pulau Pinang, Malaysia baru-baru ini," menurut kenyataan itu.


Nafi dakwaan blog

Pengurusan itu turut menafikan dakwaan di beberapa blog kononnya kerajaan Malaysia menaja persembahan artis itu pada Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia di Pulau Pinang.

Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan persembahan Psy itu tidak membabitkan wang rakyat.

Beliau juga berkata, orang ramai tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menonton persembahan artis yang turut mempopularkan gaya tarian lagunya itu.
Persembahan Psy ialah kemuncak majlis yang dihadiri ribuan orang anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang, di Han Chiang College.

Shila mula hidup baru

pix_gal0
Andai Sharnaaz Ahmad, 28, seperti nekad melupakan cintanya terhadap Shila Amzah, 23, si gadis pula tampak optimis meneruskan langkah apabila menerusi status terbarunya di laman sosial Twitter semalam, dia menggambarkan sedang melalui permulaan fasa baru kehidupan.

Permulaan baru, kehidupan baru dan lagu baru yang bakal keluar... Alhamdulillah (disusuli simbol senyuman), tulis penyanyi yang mencetuskan kontroversi itu selepas menghilangkan diri, minggu lalu.
Status yang dimuat naik kira-kira jam 12 tengah hari itu mendapat maklum balas positif daripada peminat tegarnya, yang rata-rata berharap Shila tabah menempuh ujian Tuhan.

Shila pula membalas setiap pesanan dikirimkan dengan ucapan terima kasih.

Berbeza dengan status sebelumnya di laman sosial sama, terutama sepanjang kemelut membabitkannya dengan Sharnaaz serta bapa sendiri, ND Lala, Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Hamzah, ketika itu lebih banyak meluahkan rasa gundah di jiwa.

Shila dan Sharnaaz mula rapat selepas bekerjasama dalam pembikinan klip video penyanyi terbabit, Patah Seribu, pada 2011 yang disusuli sebuah telefilem menggunakan judul sama pada awal 2012. Begitupun segelintir pihak dikatakan kurang senang dengan kemesraan ditunjukkan kedua-duanya.

Sekadar cari ketenangan
Kemelut hubungan pasangan terbabit mula timbul apabila aktor itu memberi kenyataan merisik Shila, tetapi tidak mendapat reaksi bapanya yang kemudian menegaskan dia lebih selesa anaknya memberi perhatian terhadap kerjaya berbanding cinta, malah dikatakan mengelak bertemu Sharnaaz.

Konflik mereka terus hangat apabila Shila pula memperjelas situasi sebenar menerusi surat terbuka kepada media, tetapi pihak Sharnaaz membidas tindakan itu yang disifatkan tidak matang dan hanya dikawal keluarga.

Kemuncaknya, Shila yang bersuara menerusi Twitter dilaporkan menghilangkan diri dari rumah berikutan laporan polis dibuat bapanya seperti dilaporkan BH Ahad lalu. Pada hari sama dia ditemui di Kemaman, Terengganu.

Terdahulu, menerusi laman sosial sama Shila yang difahamkan ketika itu dalam perjalanan ke Pulau Pinang bagi memeriahkan Program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia memberi kenyataan dia bukan melarikan diri.

Anda semua tidak tahu apa yang saya lalui... Saya bukan melarikan diri. Saya cuma mahu mencari ketenangan, jauh dari semua insan ini. Kenapa tak boleh? Tolong beritahu saya, luahnya, Ahad lalu.

Adakan kenduri kesyukuran

Tidak dapat didekati media kerana dikelilingi pengawal keselamatan selepas tamat persembahan yang turut menyaksikan kemunculan penyanyi tersohor, Psy, ND Lala berjanji akan mengadakan sidang media khas.

Sementara itu, sumber terdekat dengan keluarga Juara Asian Wave itu mengesahkan ND Lala memang sedang mengatur sidang media yang bakal diumumkan dalam tempoh terdekat selain merancang mengadakan kenduri kesyukuran.

Polis P Pinang sahkan ada cubaan ancam nyawa Psy


 
Ketua polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi mengesahkan berlakunya cubaan mengancam nyawa Psy apabila penyanyi tersebut tiba di Pulau Pinang pada kira-kira jam 7 pagi Isnin lalu.
Abdul Rahim berkata beliau menerima maklumat daripada Bukit Aman pada 10 Februari bahawa wujud ancaman ke atas nyawa penyanyi tersebut.

Ekoran itu, pasukannya meningkatkan kawalan dan mengiringi Psy semenjak penyanyi itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang hinggalah beliau beredar, katanya kepada Malaysiakini.

"Anda tahu bila dia berangkat meninggalkan Pulau Pinag? Pada dinihari jam 2 pagi. Kami memastikan beliau selamat dan kami mengiringi beliau ke lapangan terbang. Beliau meninggalkan negara ini dengan selamat selepas itu," katanya lagi.

Abdul Rahim bagaimanapun tidak menjelaskan cubaan berkenaan dan juga identiti individu yang didakwa cuba mengancam penyanyi berkenaan, yang tiba ke negara ini dengan penerbangan selama 20 jam dari Brazil.

Abdul Rahim mengulas dakwaan oleh pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow berhubung cubaan tersebut.
Teng mendakwa, perkara itu menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin lain segera meninggalkan pentas selepas acara menggaul yee sang.

Penginapan serba selesa

Oleh Suliati Asri

“Wah, macam ini rosak diet,” detik hati saat melihat pelbagai hidangan ­di Restoran Degrees ketika makan tengah hari.

Restoran yang dibuka 24 jam itu menyediakan hidangan antarabangsa, Asia dan Fusion.

Pada sebelah malam, penulis bersantai di Traveller’s Bar and Grill dengan alunan nyanyian ‘live band’ sambil menikmati hidangan secara koktel.

Ia kemudian disusuli dengan hidangan utama secara tepayaki, snek dan minuman pencuci mulut di Pool Terrace Cafe.

Itulah pengamalan menarik penulis bersama rakan-rakan media ketika di Hotel Sama-Sama KL International Airport, baru-baru ini.

Hotel Sama-Sama menawarkan 442 bilik bebas rokok dan suite yang cang­gih, bergaya dan kontemporari.

Setiap bilik penginapan tetamu di hotel ini dileng­kapi kemudahan canggih termasuk televisyen LCD 32 inci dengan pelbagai saluran selain kemudahan membuat kopi dan teh, akses Internet dan bar mini.

Setiap minuman atau snek yang dikeluarkan dari mini bar selama 30 saat secara automatik akan dicaj ke bil anda.

Perkhidmatan memesan makanan tidak lagi menggunakan buku, sebaliknya dengan melihat di skrin televisyen. Sistem itu mengurangkan penggunaan kertas.

Sama-Sama turut me­nyediakan perkhidmatan penghantaran ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan perkhidmatan buggy 24 jam sehari.

Terletak hanya 28 minit dari pusat bandar melalui perkhidmatan KLIA Express, 10 minit dari Putrajaya dan Cyberjaya, sebarang urusan tetamu menginap di Sama-Sama semuanya lebih mudah.

Ballroom utamanya mampu menempatkan 1,700 tetamu untuk sebarang majlis dan 800 tetamu untuk makan malam.

Selain jakuzi, tetamu boleh menikmati pelbagai jenis urutan dan bersenam di gimnasium.

Menginap di hotel Sama-Sama yang membawa maksud ‘kebersamaan’ yang mencerminkan pertemuan pelbagai lapisan masyarakat dan budaya, selain sebagai satu ekspresi sambutan yang mesra masyarakat Malaysia sememangnya memberikan satu pengalaman yang unik.

Anak perlu dimotivasi

 Oleh Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad

Beberapa bulan lalu, saya menerima satu e-mel daripada bekas pelajar perempuan yang pernah menghadiri kursus Motivasi Alihan Pelajar pada 2000. Ketika itu, pelajar berkenaan di tahun 6 dan kini berusia 23 tahun.

Ceritanya begini, dia murid yang lemah dalam pelajaran, selalunya berada dalam kelas keempat atau kelima, pemalu, tiada keyakinan diri, lemah dalam pelajaran dan malu bergaul.

Kakak dan abangnya mendapat semua A dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM dan ini membuatkan ibu bapanya selalu membandingkannya dengan mereka.

Ini membuatkan emosinya terguris dan akibatnya ketika di tingkatan lima, dia ponteng kelas, merokok, menipu dan lari daripada kelas.

Lantaran itu, ibu bapanya memasukkan dia dalam program motivasi yang saya anjurkan. Semasa dalam motivasi, kesedaran mula timbul, semangat belajar membuak-buak.

Dia mahu mendapat semua A dalam SPM. Namun apabila pulang semula ke rumah, dia berdepan ibu bapa dan rakan-rakan yang tetap sama.

Ini membuat dia kecewa dan perubahan diri mampu bertahan sekadar seminggu. Ditambah pula apabila gurunya melabelkan dia bodoh dan tiada harapan malah ibunya ada memberitahu emak saudara-nya, dia anak paling bodoh dalam adik beradiknya.

Akibatnya, dia gagal cemerlang dalam SPM dan hanya mendapat 2A. Walaupun 2A, dia mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke sebuah institusi pengajian tinggi awam dalam bidang sains komputer tapi ditolak kerana tidak berminat.

Seluruh keluarga memarahinya hingga bapanya sanggup melutut memujuk. Kedegilannya tidak mampu dilembutkan dan dia tetap dengan keputusannya hinggakan ibu bapa tidak bercakap dengannya.

Ketika itu, dia teringat kursus Motivasi Alihan Pelajar yang pernah dihadirinya lima tahun dulu. Dia buka balik modul dan buku diberikan dan melihat semula catatan motivasi yang pernah dicatatkan dulu.

Ketika itu, imbasan peristiwa masuk ke kursus selama dua hari kembali segar dalam ingatannya. Masih terngiang-ngiang suara lantang saya di te-linganya. Dia berdiri di depan cermin dan bercakap kuat-kuat: “Aku percaya aku boleh!” di-sebut berulang kali. Apa yang saya suruh dia lakukan dulu dilakukannya semula kali ini.

Dia teringat pesan motivasi saya: “Tidak kira sama ada mahu merangkak, berjalan atau berlari, yang penting jangan berhenti!” Dia juga teringat pesan saya agar usah lupa solat hajat dan berdoa, ketika itu masa sudah pun hampir jam empat pagi.

Lalu dia terus lakukan solat hajat dan berdoa. Ketika itu tangisan tidak mampu ditahan, dia rebah sujud, mengadu dan pasrah di hadapan Allah. Itulah doa yang paling khusyuk dalam hidupnya hingga akhirnya dia terasa kedamaian dan ketenangan.

Dengan kehendak Allah dia ditawarkan masuk ke tingkatan enam dan peluang itu tidak dilepaskannya. Sehari sebelum masuk ke tingkatan enam, sekali lagi dibukanya buku modul MAP itu.

Ternampak olehnya tulisan saya: “Work Very Hard, Work Very Hard, Work Very Hard”. Entah bagaimana, datang satu semangat luar biasa. Ketika itu dia teringat cerita saya mengenai kisah kehidupan masa lampau saya bagaimana daripada seorang anak yatim dan miskin, dibesarkan oleh seorang ibu tunggal, akhirnya berjaya.

Cerita ini memberikannya inspirasi. Dibeleknya lagi buku modul MAP itu dan kali ini dia nampak kisah Abdul Halim yang kudung kedua kaki dan tangannya sejak kecil namun akhirnya masuk universiti dan keluar sebagai akauntan hingga memiliki firma perakaunan sen-diri.

Semua kisah-kisah kejayaan ini larut dalam mindanya hingga dia akhirnya nekad untuk berubah dan menjadi orang baru.

Segala-galanya berubah selepas itu. Dia baca semula strategi belajar yang diajarkan dalam kursus seperti membuat nota berkesan, peta minda, teknik memberikan tumpuan, teknik menyoal dan strategi mengulangkaji berkesan.

Akhirnya, dia berjaya dalam STPM dan sekarang berada di tahun akhir bidang perundangan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Kisah ini menarik kerana perubahan yang berlaku bukannya drastik yang biasa ditunjukkan pelajar lain. Sebaliknya, dengan keadaan keluarganya, sifat negatif guru dan rakan terhadapnya, keputusan peperiksaannya, semua-nya tidak menyebelahi dan menyokong kemahuannya untuk berjaya.

Di mana agaknya anak itu sekarang jika ibu bapa-nya tidak pernah mema-sukkan anak itu dalam program motivasi?

Ibu bapanya mungkin kurang cemerlang dalam menangani masalah dan kerenah anaknya namun mereka bertindak cemerlang apabila membuat keputusan berkorban sedikit wang dan mema-sukkan anaknya dalam program motivasi.

Pengorbanan yang kecil itu meninggalkan bekas yang mendalam.

Anak ini mungkin terlambat menyedari kebaikan program motivasi yang dihadirinya tapi tanpa input dan bekalan ilmu diperolehnya, pasti sukar untuk dia bangkit daripada kegagalan.

Semuanya berlaku de-ngan izin dan percaturan Allah. Tiada satu pun yang berlaku secara kebetulan. Namun, sebagai hamba Allah, kita mempunyai pilihan untuk mencorak kehidupan dan menikmati kejayaan.

Sebab itulah anak-anak perlukan kata-kata semangat, dorongan, cerita kejayaan, bimbingan dan panduan dalam hidup mereka.

Usah bimbang jika lambat nampak perubahan sebab memasukkan anak ke program motivasi adalah satu usaha.

Terus doakan mereka dan percayalah, setiap ilmu yang anak peroleh dalam program sebegini kekal dalam dadanya.

Dengan memasukkan anak-anak ke program motivasi, ibu bapa akan dapati anak-anak mereka lebih bersedia berbanding pelajar lain.

Adalah lebih mudah bagi mencipta kejayaan apabila kita ada mentor, tahu cara dan rahsianya. Ibu bapa yang banyak menyemai pasti akan banyak me-nuai. Yang banyak berkorban pasti akan menikmati saat-saat kegembiraan.