Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

5.6.08

Sampai bila Melayu Mudah Lupa & diperkotak-katikkan.



Dilulus terbit pada Thursday, June 05 @ 18:59:54 MYT oleh reformis

Oleh Peluit

"Masih ingatkah Kes Memali?, bagaimana pedihnya mata melihat orang kampung berjuang demi martabat keluarga mereka, suami mati ditembak kerajaan. Isteri meraung cuba menghentikan kereta kebal yang mahu meruntuh markas mereka. Perhimpunan didakwa kumpulan Ajaran Sesat! Rakyat melihat peristiwa ini bagaikan satu kekejaman & ada juga yang mengatakan.

"Itulah padahnya jika silap memilih guru..!"

Sampai bila Melayu mudah lupa & diperkotak-katikkan.

Masih ingatkah lagi DS Anwar lebam. Black 14. Seluruh negara bergolak, ada yang sampai meludah TV marah amat akan bekas PM kita ketika itu. Peluit juga ikut serta ke hulu ke hilir dengar ceramah Abg Mat. Sudah sampai ketagih makan sop utara tiap kali perhimpunan. Sekarang ramai pula yang tolak Anwar, malahan puji-puji pula bekas PM kita lantaran konon memang Pak Lah ini bla bla bla.. perbagai cacian... tak sepintar PM dedulu.

Sampai bila Melayu mudah lupa & diperkotak-katikkan.

Isu kenaikan barangan seperti, gula, minyak masak, ayam & lain-lain; gempak satu alam. Terbaru kes naiknya beras kita. Rasanya kita makin berselera makan. Peluit pun dah naik jelak nak tegur isteri tanak nasi berkerak sampai sepinggan. Anak-anak sering makan tak habis. Nasi basi jadi bagaikan perkara rutin. Tak kisah sangat dah bab beras dah naik!

Sampai bila Melayu mudah lupa & diperkotak-katikkan.

Kes jenayah dari kes Noritta, Altantuya yang melibatkan martabat negara di mata dunia. Kes Nurin yang senyap kini. Memang pada awalnya kes ini tersebar kita orang Melayu bagaikan gawat dukalara. Sekarang bila tenguk berita di akhbar tentang Altantuya kita macam tak kisah pun. Meleret-leret perbicaraannya naik kita muak nak baca.

Sampai bila Melayu mudah lupa & diperkotak-katikkan.

Banyak amat isu sensitif yang tak baik kita sebut, jika disebut pasti kerajaan kita kata kita ini menulis ikut perasaan bukan pertimbangan. Isu perkauman umpamanya. Bila usik kes perbalahan kaum pasti akan didakwa cuba mengancam keselamatan negara. Jangan sebut lagi kes 13 Mei, kes Kampung Medan. Bila DS Anwar menari di Ijok semua kaum India makin sayang kepada DS Anwar. Maka PR12 lalu banyak undian kaum India membantu PR; sementelah tertimpa pula masalah dalaman kaum India ketika itu. Hindraf. Memang kita bangsa yang cepat memaafkan. Kita bermuhibah aman kembali!. Baguslah.

Sedar tak sedar memang politik orang Melayu terus berbalah & berpecah-pecah. Kaum lain menangguk di air keruh. Kaum cina umpamanya tetap memegang ekonomi negara. Maka itu dari jajaran mereka terkaya di Malaysia; lihatlah kaum siapa?.

Sampai bila Melayu mudah lupa & diperkotak-katikkan.

Ini kes naik minyak pula, petrol & diesel melambung naik. rasanya seminggu dua kita mengeluh, bersungut, meraban & entah apa perasaan menghantui kita. Silap-silap sebulan lagi kita kembali gumbira. Kembali berjom heboh. Tak hirau pun dengan perbagai isu gempak yang bakal diputarkan oleh kerajaan kita. Entahlah, sebab saban hari Peluit pulang kerja di jalanan pun kenderaan tetap sesak; kereta terusan berpusu-pusu tak muat jalan. Kereta baru belaka, kereta mewah melambak di Malaysia sampai ada sendiket curi & seludup kereta mewah kita. Kita memang rakyat kaya. Biarpun berhutang hampir kayap!.

Rakyat kita masih mampu meneruskan perjalanan hidup dengan perbagai usaha gigih & gaya hidup terkini. Anggun lagi. Maka itu kerajaan memang akan mengambil kesempatan menghimpit kita dengan perbagai cabaran & tekanan.

Kita lupa kaum keluarga kita di kampung daifnya mereka.

Memang kita cepat lupa...Sampai bila Melayu mudah lupa & diperkotak-katikkan. Entahlah.

Terkadang Peluit rasakan kita orang Melayu kini bagaikan ular berbisa yang dihimpit ekornya. Diam sahaja!!! entah bila kita ini nak mematuk & membenamkan bisanya ke jasad kerajaan yang semakin kejam ini.

Peluit: Penat rasa mahu sedarkan kekawan yang masih berselimut di kelubung AmenoBn."