Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

21.6.08

Angka petanda hidup



Dilulus terbit pada Saturday, June 21 @ 19:59:42 MYT oleh SongkokPutih


Oleh Ummu Waheedah


Antara tanda2 seorang manusia itu masih hidup ialah kadar denyut jantungnya. Itulah ukuran yg dibuat oleh doktor untuk mengenal pasti pesakitnya masih hidup (bernyawa atau pun tidak). Biasanya manusia /pesakit yang kelihatan tidak bergerak badannya akan diberikan bantuan pernafasan bagi membolehkan oksigen masuk keluar jantung dan memberikan hayat kepada badan.



Kadang kadang kita menjadi keliru antara nafas, denyut jantung dan nadi yang menjadi petanda hidup. Jika manusia itu masih hidup, yang jelas dia tak boleh dikebumikan lagi. Dia tak boleh dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan . Kerana itulah juga kita lihat para doktor amat berhati-hati untuk mengesahkan sebarang kematian, silap hari mereka boleh disaman oleh keluarga simati. Begitulah berharga sebuah kehidupan terutama menjelang hari kematian.


Sedangkan pada hari-hari biasa yang mana manusia boleh bernafas seperti biasa soal hidup mati jarang dibincangkan. Sesetengah bangsa pula menganggap 'sial' bercakap tentang mati. Malah ada bangsa yang pantang pula memilih angka yang jika disebut akan membawa makna mati seperti angka 4 (empat) dalam bahasa cina.Metos angka kematian ini menjadi satu igauan yang hebat sehinggakan banyak bangunan tidak mempunyai tingkat 'empat' , yang ada hanya tingkat 3 dan 3A.Begitulah fobianya manusia dengan kematian. Seolah-olah kalau duduk di tingkat 3A tak akan mati.

Angka2 yang menunjukkan satu kehidupan yang panjang , atau angka yang dipercayai membawa makna panjang umur selalunya menjadi angka pilihan sehingga membawa kepada harga yang tinggi bagi angka yang ditafsir sebagai unik dan bertuah seperti angka lapan(8) . Angka lapan sering menjadi rebutan untuk dipilih sebagai nombor pendaftaran kereta/kenderaan. Manusia meletakkan harga yang tinggi untuk angka kehidupan bermula angka 8 hingga angka 8888, Angka-angka ini terpaksa dibeli secara tempahan ala lelong, siapa beri harga paling tinggi akan dapat nombor yang dihajat.

Asalnya metos ini dari kaum cina yang percaya kepada 'feng sui' dan tilik nasib tapi sekarang in sudah melarat kepada semua kaum teutama orang melayu yang memang terkenal suka ikut ikutan. Sedar atau tidak kepercayaan begini boleh membawa rosak akidah kerana menyandarkan untung nasib kepada selain dari Allah s.w.t. Kita sebagai umat Islam diwajibkan beriman kepada qadar dan qadar.Dari Allah kita datang , kepada Allahlah kita kembali.

Pagi ini sewaktu menelaah dan membaca al-qur'an saya bertemu ayat yang amat menyentuh perasaan . Ayat-ayat yang makna memberi gambaran jiwa/hati yang 'hidup'. Allah s.w.t (subhanahu wa ta 'ala) mengambarkan di zaman Rasulullah s.a.w orang Nasrani adalah orang yang paling akrab/rapat jiwanya/kasihsayangnya (maababah) dengan orang Islam kerana dikalangan mereka masih ada ahli kitab . Apabila dibacakan ayat al-qur'an kepada mereka (hali kitab itu) terus mereka menangis dan berdoa " "Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w). " {al-maidah ayat 83].

Marilah kita berfikir, kita sebagai orang Islam, apakah kita menangis bila membaca al-qur'an dan kita berdoa seperti doa para ahli kitab di zaman Nabi s.a.w? Atau kita tidak ada masa untuk membaca dan menghayati al-qur'an? Apakah itu tandanya hati kita sudah mati atau masih hidup. Dapatkah kita melihat atau menilai angka apakah yang tertera pada hati kita, angka empat atau lapan. fikirkan.

dipetik dari http://assakynah.bloqspot.com

Tiada ulasan: