Bandingan Harga Petrol Seantero DuniaSila taip "Global Petrol Price" di capaian enjin internet anda. Telaahlah sebaiknya & fikirkan apakah memang afdal kita sebuah negara pengeluar minyak terpaksa dibebani kenaikan harga minyak yang melampau. Atau pun isu kenaikan ini memang dipolitikkan.
UAE 1.29 1 2.35 1.83 18.49 -- -- 1.73 15.00 -70%
Malaysia 1.91 18.27 -- -- -- -- 2.75 24.16 -52%
dikutip dari Situs@Laman web sila klik...
http://www.kshitij.com/research/petrol.shtml
Banyak maklumat di situs yang lain boleh kita bandingkan
Baru pagi tadi TV3 cuba mencari penyelesaian atau langkah sebaiknya setelah seluruh rakyat marhaen bagaikan dikhabarkan serangan garuda atas kenaikan minyak melibihi 40% ini. Orang minyak diserang sepanjang senja & malam tadi. Jimatlah dua tiga hari; minggu depan siaplah. Yang kena penuhkan tangki minyak dalam RM70. Jika duit tak ada RM100 jangan gatal mulut sebut; "Isi penuh..."
Tiada pemanggil yang dapat berfikir secara waras, malahan mengeluh & menemui jalan buntu. Antara langkah TV3 sarankan; berjimat, buat pengangkutan awam yang lebih efisen. Rancang perjalanan anda. Bla-bla-bla!... TV3@Lidahkerajaan yang rata-rata rakyat marhaen bagaikan ingin mengeratnya.
Apakah langkah kita bila tersepit begini. Jika anjing tersepit memang dia akan menggigit. Jika ular pun sama. Dipatukknya kita. Rakyat marhaen bukannya binatang atau kerbau yang boleh ditarik hidung.
Berdemo!... emmm! pasti macam kita ini menyalak bukit sahaja. Sebelum ini pun rakyat marhaen yang berdemo dilayan bagaikan binatang. Memang makin teruk demokrasi kita di Malaysia bila sebut bab inginkan suara rakyat
.Banyak negara maju di dunia mengunakan biodiesel@biofuel sebagai bahan bakar pengganti petrol. Kita yang kaya dengan hasil kelapa sawit memang boleh ke arah itu. Sayangnya jika kita sering membuat bandingan harga barangan termasuk minyak masak. Minyak masak pun entah berapa kali naiknya dalam setahun.Bila kegunaan biodiesel kian meluas sudah pasti masalahnya akan sama. Naik terus naik harganya. Isu mengekang kenaikan harga memang tidak pernah selesai. Baik isu minyak, gula, beras selalunya memang rakyat atau pengguna juga yang menjadi mangsa.
Rebet bakal diberikan namun apakah janji kerajaan untuk mengawal insuran kenderaan yang pastinya akan melambung naik. Rebet ini pun sebenarnya tidak menguntungkan bagi mereka yang terpaksa seharian berjalan jauh. Sila baca pendapat MdLutfi...
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=10768
Memang bertimpa-timpa bebanan yang bakal rakyat marhaen ladeni.PR kena berkerja keras sekarang membetulkan banyak dasar negara. Salah satu yang nampak amat membazir adalah langkah kerajaan yang terlalu memanjakan orang bijak pandai kononnya, seperti VIP, Prof, Wakil Rakyat & lain-lain. Gaji sudahlah melampau mahal, siap diberikan elaun yang pelik-pelik, disediakan kereta mewah; Perdana umpamanya. Klim minyak lagi. PM pun tak henti-henti keluar negara nak cari pelabur asas@kononnya. Pembaziran ini terlalu sakit di mata & dihati.
Peluit pernah berkerja dengan orang Jepun setengah tahun di Tokyo. Kereta rasmi milik syarikat tak pun dibawa balik ke rumah. Semua pekerja diberikan tiket perjalanan ke pejabat menaiki komuter atau pengakutan awam lain. Tak kiralah perkerja itu bapak bos kah apa. Sama berlari-lari kejar kad perakam waktu jika terlewat. Nak guna kereta rasmi hanya ketika urusan rasmi di pejabat sahaja. Kita orang Malaysia berlagak macam Mat Salleh dulu-dulu, penjajah dulu-dulu; pengurus estet duduk jauh-jauh atas bukit dengan segala prasarana yang anggun. Ini cuma contoh di sudut kecil kebajikan. Belum lagi contoh pembaziran dalam mengada acara mega, projek mega & lain-lain.
Terkadang Peluit terfikir jika PM sendiri jadi Peluit dengan taraf hidup paling bawahan ini; naik kapcai seharian, duduk rumah teres kos rendah. Kerja dengan kerajaan sampai ke tua langsung tak dapat kumpul harta. Pangkat jauh sekali. Hari-hari redah panas & hujan demi nak besarkan anak-anak. PM duduklah barang seminggu dua dengan Peluit. Barulah PM & suku sakatnya nampak langit itu tinggi atau rendah. Betapa payah jadi rakyat marhaen ini. Sedar betapa rezeki buat manusia itu memang amat teruji. Barulah insaf & akur betapa... kenapalah ramai sangat rakyat marhaen naik loya & menyampah melihat orang besar-benar terlampau gah mengumpul harta. Wau-wau di TV meragan entah apa-apa.
Bagaikan Peluit ceriterakan tadi; berapa ramai Budak Pejabat yang sampai beruban rambutnya telah menjadi Atok masih tidak dibela nasib mereka. Tukang suci yang cuci najis Prof tadi naik kapcai berhujan.. bos bergelar Prof sendirian dengan Perdana menyimbahkan bertakung di jalanan ketika pulang. Ini bukan ceritera rekaan ini cerita kehidupan seMalaya. Agihan harta negara kita memang terlampau tidak seimbang. Sementelah minyak yang naik mendadak 40% ini. Apakah kita mahu terus lakonkan ceritera yang menyayat & mengikis kebahagian rakyat marhaen ini.
Peluit: Usia pun makin senja, risau tinggalkan anak-anak dalam negara yang sebegini.
Artikel Peluit sebelum ini.http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=10750