30.6.08
Siapa Aibkan Siapa!
Seloka Main Belakang
Contributed by HackerXP on Tuesday, July 01 @ 17:40:34 MYT
Topic: KOMENTAR
Hobi makhluk ni suka main belakang
Selalu jugak main depan
Tapi lebih kemaruk pi toron ikut belakang
Apa saja bidang, situasi favouritenya tetap main belakang
Dia suka bercakap pasal Islam
Dulu dengan Pas depa berkawan
Sebab nak kejar jawatan
Sambil kunon berjuang dari dalam
Last-last di tikam Pas dari belakang
Nak jawatan penting parti dia bermulut manis di depan
Sambil-sambil dia main di belakang
Akhirnya tercapai menikmati jawatan
Malu tak terkata si rakan kena tikam
Hebat berpidato pada khalayak berani dia berdepan
Bila havoc kekacauan dia cepat-cepat berundur ke belakang
Meninggalkan penyokong yang sedang berang
Habis lunyai tong sampah dikerjakan
Alih-alih dia balik rumah ntah-ntah duk terlentang
Masa duk ‘dalam’ dia tak duk diam
Sempat la dapat hadiah mata lebam
Sekejap arsenik mai pulak hiv pastu sakit belakang
Ini memang kes main belakang untuk tarik perhatian
Gara-gara sakit belakang
Depan-depan kerajaan offer rawatan hospital tempatan
Dia berkeras tak mau doktor tempatan
Katanya hampir lumpuh takleh nak berjalan
Mahu jugak ke jerman utk rawat sakit belakang
Tak dan 3 bulan jerman punya rawatan
Cukup 1, 2 jam pembedahan tiba-tiba dia dah berjalan
Teknologi canggih la katakan
Padahal lain punya orang 2, 3 hari lepas pembedahan
Kena masuk wad rawatan rapi untuk kesihatan
Orang lain bertanding untuk tubuh kerajaan
Dia minta orang melompat untuk kesenangan
Dia suka cakap gentleman depan-depan
Tapi nak tubuh kerajaan suka main pintu belakang
Bila lompatan gagal tanpa kesudahan
Di postpone tarikh untuk lanjutan
Sambil berdegar kecoh macam ayam jantan
Tahik lekat di ekor sambil berciciran
Katanya tak jadi minggu ni confirm minggu depan
Delay sebulan dua luput tarikh 31 mei akhir bulan
2, 3 hari termenung awat umpan tak di makan
Di cari ilham ogos 31 hari kemerdekaan
Dalam hati duk berharap jadik kenyataan
Ntah apa malang tarikh bergantian
16 september tarikh baru mula ditatang
Sambil tu declare tarikh berlainan
Tak jadik september ni confirm tahun depan
Yang heran kalau pasal tarikh ramalan
Dia dah tak minat pasal tarikh yg belakang-belakang
Semuanya hanya tinggal omongan
Yg di kecoh tarikh yang makin ke depan-depan
Memang luar tabie ini makhluk jadian
2, 3 hari ke belakang
Ada pembantu buat polis punya laporan
Didakwanya kena toron dari belakang
Oleh insan yang bergelar KunyitMan
Kecoh pada malam selepas laporan
Berduyun-duyun penyokong KunyitMan datang
Dengan hajat nak pertahankan
Seorang hero jadi-jadian
Disebar berita wujud konpirasi buatan
Konon Najib cipta untuk alih tumpuan
Dikatakan pula ada sumber risikan
Dah seminggu pembunuhan sedang dirancang
Tapi takde pula dia buat laporan
Sebaliknya diambil langkah songsang ke belakang
Kedutaan turki dia kata dapat jemputan
Maka bersembunyi memohon perlindungan
Manusia muslim memohon lindung dari Allah, Tuhan orang Islam
Tapi dia hilang pertimbangan pi minta tolong kedutaan
Nampak sangat dia dalam ketakutan
Polis cuma nak siasat dan tentukan kesahihan laporan
Dah tentu di interview semua yang berkaitan
Kalau ada bukti awal yang bersangkutan
Baru polis buat tahanan reman
Untuk jalan siasatan lanjutan
Demi menegak keadilan dan kebenaran
Takkan itupun payah nak faham
Kata nak jadik Power Man takkan tak berani bersikap gentleman
Tapi sayang awal-awal lagi dia hilang keberanian
Diminta tolong kedutaan beri perlindungan
Alih-alih kedutaan jelaskan depa tak jemput dia datang
Kan tak pasal-pasal malu tak keruan
10 tahun lepas punya kejadian
3 hakim akui wujud kegiatan robekkan pungkoq jantan
Satu hakim tak bersetuju dia dibebaskan
Kerna tarikh bukannya keutamaan
Sebab memang terbukti wujud perbuatan terlarang
Yakni kegiatan menghentam pungkoq manusia berpedang
2 hakim juga akui memang ada aktiviti songsang
Tapi sebab tarikh alibi tak meyakinkan
Maka bersetuju bebas sebagai awam
Itu kira teknikal punya kehakiman
Kita semua kena terima mahkamah punya keputusan
Perjalanan hidup masih panjang
Drama sandiwara dah banyak jadik tontonan
Skang kita switch tengok kisah hero jadi-jadian
Perihal luar tabienya dalam kehidupan harian
Pasti banyak alasan di cipta-ciptakan
Untuk mengalih pandangan dari isu siasatan
Kawe berhenti di sini sambung kemudian
Seloka main belakang untuk tatapan
Sebelum noktah ingin berpesan
Bila tidur malam jangan sampai terlampau kelenaan
Jaga-jaga kot tetiba ada halimunan
Duk raba belakang try duk sorong tarik pedang
Kan naya tak pasal-pasal hilang keterunaan
Ingat kawan-kawan
Pertahankan terunanya belakang hingga akhir titisan
Itulah saja mahkota terakhir sejati seorang jantan
Ini garapan right to copy dari cybertroopers.net untuk kalian
Mudah-mudahan terhibur sambil jadikan renungan
Salam perjuangan teruskan berjuang
Sekian Terima Kasih diakhiri Wassalam.
HackerXP
WebMaster www.cybertroopers.net
Panglima_Malaysia
Panelis VIP
Joined: Feb 21, 2006
Posts: 4001
Location: http://panglimalaysia.blogspot.com
SALAM,
AKU HARAP KALI NI RAKYAT MALAYSIA JGN ANGGAP INI SUATU KONPIRASI, AKU YAKIN , KEBENARAN AKAN TERSERLAH, AKU MELIHAT SUASANA DI SEBELAH PIHAK SAIFUL IAITU UNCEL DAN TUNANGNYA...UNCLENYA DULUNYA SEORG PENYOKONG KUAT KEADILAN DAH MULA KELUAR DARI PARTI KEADILAN DAN TUNANG SAIFUL PULAK YAKIN KEBENARAN PASTI TERSERLAH..SETELAH AKU BACA BLOGNYA.
KESIMPULAN YG DPT KITA LIHAT ANWAR YG BYK MENCARI HELAH UTK MENUTUP KEAIBANYA BERBANDING SAIFUL YG DIAM DAN KELUAGANYA TURUT DI ANCAM, HANYA ORG BERSALAH JE AKAN MEMBUAT PELBAGAI2 ALASAN UTK MENYEMBUNYIKAN KEJAHATANYA...AKU DOAKAN SAIFUL KUATKAN SEMANGAT..INSYAALLAH JIKA BELIAU DI PIHAK YG BENAR ,ALLAH PASTI MEMBANTUNYA....
AKU MASIH INGAT BAGAIMANA SEGALA TUDUHAN KEATAS TUN M SEMASA BELIAU MEMECAT AL JUBURI, MACAM2 TUDUHAN ORG LEMPARKAN, TAPI MUJUR ALLAH SELAMATKAN MALAYSIA, DAN MUJUR MALAYSIA TIDAK JADI HAMBA IMF DAN BANK DUNIA, DI SEBABKAN AL JUBURI, MASA ITU INGIN MEMBUAT PINJAMAN DARI IMF, DAN PELBAGAI ANDAIAN TENTANG KES LIWAT AL JUBURI, TERUTAMA SUKAR ORG MEMPERCAYAINYA....TAPI AKU PERCAYA SAMPAI SKRG TUN M MASIH BENAR..DI SEBABKAN AL JUBURI SENDIRI TIDAK BERANI AMBIL TINDAKAN SAMAN PADA TUN M, TETAPI AL JUBURI MASIH MENUDUH ADA BERLAKU KONSPIRASI NAK MENJATUHKANNYA, PADAHAL MAT SABU SENDIRI DARI PIHAK PEMBANGKANG MENGELARKAN ANWAR SEBAGAI ALJUBURI.
Dikutip dari
http://forum.mykmu.net/index.php
Mengapa Anwar Berlindung Di Kedutaan Turki? Enggan Hadir Sidang Media?
KISAH yang sama berulang lagi. Polis mengesahkan bahawa satu pemeriksaan perubatan telah dijalankan ke atas pengadu (Saiful Bukhari Azlan) dalam kes dakwaan liwat terhadap Ketua Umum KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Dato' Bakri Zinin juga mengesahkan bahawa satu pemeriksaan perubatan telah dijalankan ke atas Saiful. Apa jawapannya belum diketahui. Bagaimanapun, tentu ramai yang tidak yakin dengan siasatan ini atas peristiwa lama 1999 yang membuktikan terdapatnya kekeliruan dan tekanan pihak atasan.
Polis berhak mengulangi hak dan tugasanya untuk menghantar pengadu ke hospital. Tindakannya cekap dan betul, seperti tema pasaukan itu. Namun, kecepatannya bertindak menimbulkan prajudis melampau terhadap wujudnya "konspirasi".
Kisah "konspirasi" bukan cerita baru. Tetapi itulah cerita yang mudah untuk mempertahankan Anwar Ibrahim. Itulah pendinding kukuh untuk melindungi tokoh yang sarat kontroversi itu. Rakyat sudah tentu tidak percaya sama sekali Anwar terbabit dalam skandal busuk itu.
Namun, ramai yang bingung mengapa Anwar tidak muncul pada Sidang Media tengah malam 28 Jun 2008 jam 2.00 pagi itu. Hotel Quality Shah Alam kelam-kabut dan hingar-bingar dengan keghairahan reporter, bloggers dan lain-lain individu yang ingin tahu, pakah sebenarnya yang berlaku.
Lebih dari itu, mereka mahu mendengar jawapan dari mulut Anwar sendiri tentang laporan polis yang diadukan oleh PAnya, Saiful Bukhari itu. Anwar tidak muncul. Sebaliknya kenyataan ringkas itu dibaca oleh Naib Presiden PKR, Sivarasah. Sidang media tengahari esoknya juga tiada kelibat Anwar. Hanya isterinya, Wan Azizah yang mempertahankan "kesucian" suaminya sambil mendedahkan gambar Saiful di ruang legar Pejabat TPM.
Saiful telah membuat aduan pada jam 5.45 petang, 28 Jun di pondok polis di Hospital Kuala Lumpur, yang terletak di bawah bidangkuasa balai polis Jalan Travers.
Polis bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan perbuatan liwat tersebut. Seperti biasa, polis akan memberi jaminan menyiasat dengan adil dan terperinci. Polis kelihatan amat berminat dengan isu ini. Ketegasan mereka jelas tergambar pada beberapa sidang media yang diadakan.
Ditanya sama ada Anwar akan ditahan, Bakri berkata polis perlu mengkaji dakwaan tersebut terlebih dahulu. Anwar telah menafikan dakwaan tersebut sebagai satu rekaan semata-mata. PKR juga mendakwa pembantu Anwar itu telah ditahan dan dipaksa oleh pihak polis membuat laporan tersebut. Sama ada benar atau tidak, masa akan menentukan.
Terlalu awal untuk membuat tanggapan. Polis sedang menyiasat. Anwar tidak perlu membela diri dengan kenyataan-kenyataan penafian semata-matanya. Kerjasama sebaiknya perlu diberi kepada polis bagi membetulkan "tuduhan" serius dan jahat itu.
Apakah yang akan terjadi jika Anwar terus berkhemah di Kedutaan Turki? Banyak pihak bertanya, mengapa Anwar perlu mendapat perlindungan politik di kedutaan itu, malah ada gembar-gembur Anwar berlindung di Kedutaan Amerika, mungkin untuk menyedapkan cerita.
Sehingga kini, polis menafikan menahan pembantu Anwar itu dan dipaksa mereka-rekakan bukti, seperti yang didakwa oleh KeADILan.
"Jangan dengar khabar angin. Dengar cakap saya. Saya ketua CID," kata Bakri apabila ditanya mengenai perkara tersebut. Beliau menegaskan mangsa yang menulis sendiri laporan tersebut dan bukan atas asakan mana-mana pihak.
http://sanggahtoksago.blogspot.com/
Nak Bunuh Anwar atau Najib Tun Razak?
Isnin, 2008 Jun 30
Sebol kata: Kaitan Saiful (kiri) dengan dengan orang Najib sudah lama diketahui. Tapi kenapa Anwar pilih orang itu juga?
By PENARIK BECA
SEJAK malam tadi, saya nak tulis cerita bunuh dua ekor burung dengan seketul batu. Teori itu terlintas dalam kepada saya. Anak saudara Tan Sri Rashid SPR yang bersembang dengan saya malam tadi pula kata, skrip yang sedang dilakonkan sekarang sebenarnya nak memangsakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Yang saya kata nak bunuh dua ekor burung dengan seketul batu itu bermakna aduan Mohd Saiful Bukhari Azlan bahawa beliau diliwat akan dijadikan senjata untuk mendebik-debik kerjaya politik dua orang tokoh politik sekaligus - Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Najib. Tengok-tengok dalam posting bertajuk "Saiful Bukhari Double Agent?" si Sebol atau Hasbullah tulis: "Ini semua membuatkan saya merasakan ianya satu perancangan untuk menjatuhkan Najib berbanding menjatuhkan Anwar."
Semalam, lepas ja saya bersembang dengan seorang kawan dan membangkitkan kenapa simpan si Saiful sedangkan sudah didedahkan dia kununnya orang Najib, kenapa bertebaran mesej yang preempt dengan tepat pertuduhan yang akan dibuat dan kenapa overreact sampai bersembunyi di kedutaan Turki, tiba-tiba dalam posting saya belum ini, Sebol kata: Kaitan Saiful dengan dengan orang Najib sudah lama diketahui. Tapi kenapa Anwar pilih orang itu juga?
Kenapa Anwar over react sampai kononnya ada ancaman bunuh sedangkan polis belum kata pun nak pergi tangkap atau sebagainya.
Anwar nak jatuhkan Najib?
Mari beli pop corn, duduk depan TV tengok wayang.
Masa saya baca komen Sebol itu, terlepas pandang pula ayat "Anwar nak jatuhkan Najib?" tu. Alahai, bagai yang selalu disebut Dr Hatta Ramli, one day too late. La ni, bagi aku katalah, Bol, mai beli maruku, duduk depan PC tunggu apa Sebol kata!
Apa pun, saya percaya, seperti juga Sebol dan saya, ramai yang yang semakin akrab dengan TV, akhbar, blog dan lain-lain untuk menyaksikan adegan yang selanjutnya.
Hanya ada satu perkara yang mengacau kelicinan jangkaan babak yang seterusnya dalam kepala kita, iaitu betapa beria-ianya Ezam Mohd Noor membisik-bisikkan kepada beberapa pemimpin pembangkang tentang cerita Anwar meliwat pembantunya sebelum sang melutut itu masuk Umno dahulu. Mereka tak percaya, tetapi pada saat-saat awal cerita aduan Saiful itu tercetus, mereka ternganga dan terpinga-pinga juga.
Sekarang mereka dah mula masuk ke gelanggang. Nak bersilat lagu mana dan dengan siapa?
SanggahTokSago
Berlindung di Kedutaan : Langkah Anwar bijak
Dilulus terbit pada Monday, June 30 @ 15:08:18 MYT oleh reformis
Oleh alhusseyn
"
Tuduhan liwat keatas Datuk Seri Anwar Ibrahim berulang sekali lagi.Tapi kali ini, konspirator terlibat terpaksa berhadapan dengan rakyat yang lebih bermaklumat berbanding sewaktu pertuduhan pertama dalam tahun 1998 dahulu.
Rakyat mendapat maklumat yang terkini dari laman-laman blog dan tidak bergantung harap kepada mass media perdana.Berita-berita di media perdana agak ketinggalan berbanding dengan berita yang dipaparkan oleh laman-laman web kini.
Maklumat latar belakang sipengadu dan juga gambarnya berlegar dialam siber dan rakyat dapat mengenali siapa sebenarnya sipengadu tersebut.
Ada kalangan yang menamakannya sebagai ’musang berbulu ayam’ dan ramai juga yang menamakannya sebagai ’si Celaka’.Begitulah yang sedang dialami oleh sipengadu tersebut yang sebelum ini di panggil Saiful Bukhari.
Perkembangan terkini dapat rakyat ikuti dan rakyat turut bersimpati kepada Anwar dan marah diatas cubaan kali kedua isu atas yang sama.
Rakyat tidak akan percaya lagi mainan konspirasi ini kerana kerajaan yang ada sekarang ini sudah tidak di hormati lagi oleh kebanyakan rakyat yang telah menafikan kedududan 2/3 BN di Parlimen sewaktu PRU ke-12 lalu.
Himpunan Protest rakyat pada 6 Julai nanti akan diambil kesempatan oleh rakyat untuk menunjukan solidariti rakyat berhubung isu yang cuba mahu menangkap semula Anwar.
Kerajaan BN sekarang sedang berhadapan dengan rakyatnya sendiri dalam isu tersebut dan langkah ini akan mempercepatkan proses kejatuhan Kerajaan BN tidak lama lagi kerana Kerajaan yang ada kini tidak mampu untuk berdepan dengan satu lagi krisis besar yang ditajanya, sedangkan krisis dalamannya juga semakin parah.
Langkah Anwar mencari perlindungan di Kedutaan Turki menunjukan kepada kita bahawa pihak PDRM sudah tidak boleh dipercayai lagi walaupun ada janji untuk jika Anwar membuat aduan resmi.
Tindakan Anwar amat wajar kerana beliau mempunyai pengalaman pahit sewaktu KPN Rahim Nor dulu dimana PDRM gagal memberi perlindungan yang sewajarnya kepada Anwar apabila KPN Rahim sendiri mencederakan Anwar dan hampir membunuhnya dalam tahanan polis ketika itu.
Sebelum timbul isu tuduhan liwat ini, Anwar ada telah kenyataan bahawa beliau mempunyai dokumen berupa bukti terkini berhubung pembabitan KPN Musa Hasan dan Peguam Negara Ghani Patail dalam kes beliau pada 1998 dahulu.
Kes terbaru melibatkan seorang anggota polis yang memaksa seorang remaja perempuan 17 tahun melakukan seks oral serta merogolnya di sebuah bilik di balai polis Putra Heights, Subang Jaya menambahkan lagi hilang kepercayaan masyarakat kepada PDRM.
Sebelum ini RPK yang membuat akuan bersumpah yang mensabitkan Datin Seri Rosmah, isteri Timbalan Perdana Menteri Malaysia, terlibat dengan isu pembunuhan gadis Monggolia, ketika ditanya kenapa beliau tidak membuat laporan polis telah berkata bahawa dia sudah hilang kepercayaan kepada PDRM.
Sehingga kini, PDRM bersikap umpama kura-kura terhadap siasatan akuan bersumpah RPK tetapi sebaliknya umpama harimau lapar dalam isu liwat Anwar Ibrahim.
TranungKite
Liwat didakwa berlaku di 'kondo di Damansara'
Dakwaan lihat terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan berlaku "dalam sebuah kondo di kawasan Damansara", demikian menurut laporan pols yang dibuat pembantunya yang berusia 23 tahun semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Bakri Zinin juga mengesahkan bahawa satu pemeriksaan perubatan telah dijalankan ke atas mangsa terbabit.
Katanya, adalah menjadi tugas polis untuk menghantar pengadu ke hospital.
Beliau memberita demikian dalam satu sidang akhbar yang diadakan di ibupejabat polis Kuala Lumpur hari ini.
Bakri berkata, mangsa telah membuat aduan pada jam 5.45 petang semalam di pondok polis di Hospital Kuala Lumpur, yang terletak di bawah bidangkuasa balai polis Jalan Travers.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan perbuatan liwat tersebut.
Beliau memberi jaminan bahawa polis akan menjalankan siasatan yang adil dan terperinci.
Ditanya sama ada Anwar akan ditahan, Bakri berkata polis perlu mengkaji dakwaan tersebut terlebih dahulu.
Anwar telah menafikan dakwaan tersebut sebagai satu rekaan semata-mata. PKR juga berkata pembantu Anwar itu telah ditahan dan dipaksa oleh pihak polis membuat laporan tersebut.
Bagaimanapun, pihak polis menafikan menahan pembantu Anwar itu dan dipaksa mereka-rekakan bukti, seperti yang didakwa oleh PKR.
"Jangan dengar khabar angin. Dengar cakap saya. Saya ketua CID," kata Bakri apabila ditanya mengenai perkara tersebut.
Beliau menegaskan mangsa yang menulis sendiri laporan tersebut.
Malaysia Kini
PKR: Nyawa Anwar dalam bahaya
Muda Muhd Noor & Jimadie Shah Othman | Jun 29, 08 2:13pm
Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan untuk 'menyembunyikan' Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di tempat yang selamat kerana nyawanya dalam bahaya.
Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali berkata, apa yang berlaku bukan sahaja satu cara untuk membunuh politik Anwar tetapi "kalau boleh untuk membunuh beliau sendiri".
Menurutnya, keputusan untuk meletakkan Anwar di tempat selamat dibuat oleh parti dan bukannya keputusan Anwar sendiri.
Ditanya mengenai desas-desus yang mengatakan Anwar berlindung di sebuah kedutaan, beliau berkata menegaskan Anwar berada dalam negara.
Katanya, Anwar menafikan dakwaan liwat terhadapnya. Syed Husin menyifatkan dakwaan tersebut sebagai "satu percubaan yang paling jelik dan hina".
Manakala Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail juga berkata Anwar berada dalam negara dan nyawanya dalam bahaya.
"Kita akan bincang dengan peguam. Apa yang beliau hadapi adalah ancaman kematian. Perkara ini serius. Ini merupakan konspirasi politik yang kedua dalam negara kita.
Buka mata
"Sebelum ini, pada 1998. Apa mereka buat, badan kehakiman, polis. Kami keluar IPCMC, tiada apa yang berlaku. Kami dapati tiada sebab untuk percaya badan kehakiman. Jadi apa pilihan? Kami mesti membuat pilihan ini. Kami mesti melindunginya.
"Ramai rakyat Malaysia mencari pemimpinan Anwar dan kita mesti melindunginya. Bukan sebab dia suami saya dan bapa kepada anak-anak, tetapi dia pemimpin kita semua," katanya.
Beliau yang juga isteri Anwar berkata, ketua umum PKR itu tidak percaya kepada pihak polis dan badan kehakiman.
"Kali pertama ia membuka mata bahawa kehakiman kita tidak boleh dipercayai dan polis. Bukan semua, saya tidak kata semua sebab sekarang sudah ada hakim macam Ian Chin. Pada masa dahulunya menunjukkan kita tidak boleh percayai sistem kehakiman," tambahnya.
Wan Azizah turut mendedahkan gambar pembantu Anwar, Saiful Bahari dengan pegawai khas Datuk Seri Najib TUn Razak - Khairul Anas Yusof - yang berlatarbelakangkan pejabat timbalan perdana menteri (TPM).
Gambar tersebut diambil dari blog Malaysia Today.
Ditanya sama ada TPM terlibat dalam konspirasi itu, Wan Azizah hanya berkata: "Gambarnya berlatarbelakangkan pejabat TPM."
Malaysia Kini
BERITA TERKINI: ANWAR KENA TANGKAP POLIS ESOK
Contributed by pelita88 on Sunday, June 29 @ 17:32:09 MYT
Topic: KOMENTAR-2
BERITA DARI MALAYSIAKINI:
Laporan polis terhadap Anwar atas dakwaan liwat
Jun 28, 08 11:53pm
Satu laporan polis telah dibuat terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa telah meliwat seorang pembantunya.
Laporan tersebut dibuat oleh mangsa yang berusia 23 tahun di balai polis Jalan Travers jam 6 petang tadi.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan laporan tersebut dibuat.
Difahamkan Anwar telah menemui beberapa pemimpin parti dalam satu mesyuarat tergempar lewat malam ini.
PKR telah menghantar SMS mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu Anwar, Saiful Bahari petang tadi dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.
Ia menambah, polis dijangka menangkap Anwar tidak lama lagi.
Sementara itu, Anwar dijangka membuat komen mengenai krisis tersebut dalam satu sidang akhbar esok.
Sidang akhbar itu dijangka diadakan selepas Anwar menemui semua ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR esok.
Anwar, bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1997 kerana didakwa menyalahguna kuasa atau terbabit dalam perbuatan liwat.
Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat.
Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman tersebut dan membebaskan Anwar.
Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya.
Anwar telah diberikan amaran
Jun 30, 08 12:55pm
Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituduh meliwat seorang pembantu di pejabatnya, telah diberikan amaran agar berhati-hati mengambil Saiful Bukhari Azlan bekerja, kata sumber-sumber PKR.
Bagaimanapun penasihat parti itu tidak memberikan perhatian berat terhadap beberapa maklum balas tentang latar belakang pemuda itu, yang mendakwa beliau diliwat kali terakhir pada 26 Jun lalu di sebuah kondominium di Jalan Setia Kasih, Desa Damansara.
Maklum balas kepada Anwar dan beberapa pemimpin PKR yang dekat dengannya telah dibuat apabila Saiful Bukhari mula mendekati Anwar dan pentadbiran pejabatnya selepas pilihanraya umum 8 Mac.
Anwar dimaklumkan secara umum supaya "berhati-hati terhadap individu yang diragui latar belakangnya yang menyertai pasukan pentadbiran di pejabatnya."
Malah Malaysiakini difahamkan Anwar pula yang menyarankan agar maklum balas dan sindiran terhadap pembantunya itu tidak dibuat secara terbuka.
Malaysia Kini
29.6.08
Konspirasi politik cuba jatuhkan imej Anwar - Nik Aziz
Lanjusoh Sun | Jun 29, 08 | 2:23:00 pm MYT | |
PENGKALAN CHEPA, 29 Jun (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan tuduhan liwat terhadap Ketua Umum KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu konspirasi politik. "Ini kerja-kerja politik belaka. Geng-geng politik semua, kerana tidak beriman. Dalam blog pun dibuat macam-macam tuduhan.. apa ni," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, sebelum berlepas ke Kuala Lumpur, hari ini. Semalam pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan dilaporkan mendakwa diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri terbabit. Bagaimanapun Anwar menafikan dakwaan itu yang dianggap cuba mengulangi kes serupa pada 1998. Beliau dipecat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad daripada jawatannya pada 1998 kerana didakwa menyalahguna kuasa dan dituduh terbabit dengan perbuatan liwat. Kemudian pada 1999 Anwar dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada 2000 dikenakan hukuman penjara sembilan tahun atas tuduhan liwat. Bagaimanapun pada 2004 Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman liwat dan sekaligus membebaskan Anwar. Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, di negara ini tuduhan liwat terhadap seseorang bagi menjatuhkan karier politiknya seperti menjadi amalan biasa. "Di Malaysia sudah jadi begitu suka tuduh menuduh. Berapa kali telah dibuat tuduhan begitu. "Liwat ini bukan orang buat di atas jalan raya, perbuatan itu dilakukan secara sulit sekiranya benar ia berlaku. Mengapa pula senang-senang hendak tuduh orang lain. "Allah Taala akan kenakan bala ke atas orang yang menuduh," ujar beliau. Menurutnya juga dalam Islam ada lima perkara yang mesti dikenakan hudud iaitu murtad kerana ia terlibat dengan akidah, dan mencuri membabitkan harta benda orang lain. Manakala tuduhan zina boleh menjatuhkan maruah seseorang. Beliau berkata, tuduhan zina mesti ada sekurang-kurang empat orang saksi kalau tidak, boleh dirotan atau denda terhadap orang yang membuat tuduhan. Menurutnya hakim sudah melepaskan Anwar terhadap tuduhan liwat sebelum ini dan sekarang tuduhan serupa pula cuba diulangi. "Tuduhan zina ini berkehendak kepada saksi, tidak boleh tidak," katanya. Beliau juga mengakui tuduhan yang dibuat itu secara tidak langsung boleh menjejaskan imej pembangkang. "Bukan itu sahaja malah boleh menjejaskan imej negara, apa sebab hendak buat tuduh menuduh begini," katanya. Beliau berkata begitu juga dengan tuduhan rasuah terhadap seseorang mesti ada bukti yang jelas dan tidak boleh dibuat sesuka hati. - mj _ |
25.6.08
1 juta untuk satu pingat Emas
Dilulus terbit pada Wednesday, June 25 @ 17:04:06 MYT oleh greenboc
Oleh peluit
"
Sejak dengar berita di TV lagi Peluit rasa tergamam & rasa tertipu.
Apa benarkah DS Najib cakap ni.. dari RM160,000 mendadak ke RM1 juta.
"Kata tak mampu kasi subsidi minyak yang tinggi lagi, tapi macam banyak amat duit kerajaan Malaysia nak kasi imbuhan kepada atlit negara..."
RM1 juta nilai pingat emas Olimpik
Oleh Meor Hisham Zulkifli
WANG tunai RM1 juta menjadi taruhan terbaru kerajaan dalam usaha membakar semangat atlit negara meraih pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik di Beijing Ogos ini selain daripada bayaran pencen berjumlah RM5,000 sebulan sepanjang hayat.
Pengumuman kenaikan Skim Hadiah Kecemerlangan Sukan Olimpik itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Sukan di bangunan Parlimen, semalam.
"Olimpik adalah kejohanan yang paling unggul dan kerajaan berpendapat perlu diletakkan satu ganjaran tinggi agar dapat membakar semangat atlit untuk meraih pingat emas.
"Kita berharap ia akan memberi kesan yang positif dan kita kena tunggu serta lihat bagaimana hasilnya nanti. Kita merasakan jumlah ini adalah wajar kerana atlit perlu berusaha keras dan untuk menang emas, atlit terpaksa mengeluarkan belanja besar," katanya.
Najib turut mengumumkan pemenang pingat perak akan menerima ganjaran RM300,000 manakala gangsa RM100,000 bagi individu dan bagi acara berpasukan yang meraih emas, hadiah RM150,000 dijanjikan untuk setiap pemain.
"Selain itu, kerajaan turut bersetuju untuk menaikkan pencen bulanan kepada atlit yang meraih pingat di Sukan Olimpik untuk sepanjang hayat mereka iaitu RM5,000 untuk emas, perak RM3,000 dan gangsa RM2,000," katanya.
Pengumuman ini bermakna lima atlit yang sudah meraih pingat di Olimpik Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock (perak)serta Rashid Sidek, Razif Sidek dan Jalani Sidek (gangsa), bakal menerima kenaikan pencen mereka bermula hujung bulan ini.
Najib turut menekankan bahawa kerajaan kini menuntut supaya kekuatan mental atlit turut diberikan penekanan dalam persediaan atlit negara kerana mendapati kelemahan itu menjadi punca atlit negara tewas dalam saingan peringkat tinggi.
"Kita menegaskan supaya selain daripada tumpuan kepada latihan secara sistematik dan komprehensif, latihan turut memberi fokus kepada kekuatan mental kerana faktor inilah yang membeza antara pasukan dan individu yang menang.
"Kita melihat sudah ada atlit negara yang mencecah ke taraf dunia tetapi yang membezakan kita dengan lawan adalah kerana kekuatan mental kita tidak dalam keadaan boleh menjamin kejayaan dalam saingan yang begitu sengit," katanya.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob, berkata imbuhan ini dilihat mampu membakar semangat atlit negara untuk meraih pingat di Olimpik selain dapat menarik minat lebih ramai atlit muda berusaha lebih keras.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong dan Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi, turut menganggap langkah itu yang disifatkan sebagai mengiktiraf atlit negara.
INFO
Kenaikan Imbuhan Olimpik
Individu
Emas: RM1 Juta (RM160,000)
Perak: RM300,000 (RM80,000)
Gangsa: RM100,000 (RM40,000)
Berpasukan (lebih daripada enam)
Emas: RM150,000 setiap seorang
Perak: RM40,000 setiap seorang
Gangsa: RM20,000 setiap seorang
Berpasukan kurang daripada enam atlit berkongsi ganjaran seperti individu
Bayaran pencen
Emas: RM 5,000
Perak: RM 3,000
Gangsa: RM 2,000
Sepanjang hayat bermula selepas menang pingat
Berita Harian
Dari satu sudut untuk memertabatkan dasar sukan negara yang impikan atlit bertaraf dunia memang langkah ini amat dialu-alukan. Seperti apa yang diharapkan iannya dapat membakar semangat juang atlit negara. Namun apakah langkah ini wajar, seimbang dengan visi & wasasan kerajaan dalam memertabatkan banyak agenda yang lain?.
Semua rakyat marhaen tahu amat kini, dalam bab sukan, perayaan, hiburan serta perbagai lagi agenda yang berbentuk riadah sering kerajaan kita bermewah. Jika bermewah pada tempatnya memanglah menunjukkan kita negara makmur, kita negara kaya, maju & jaya. Tetapi jika silap tempatnya pasti rakyat marhaen akan berkata membazir. Tidak bijak berbelanja.
Salah satu contoh masalah membasmi kemiskinan. Jika DS Najib pernah tenguk rancangan Bersamamu di TV3. Bayangkanlah jika keluarga yang naif dibendung kemiskinan ini kerajaan hulurkan.. tak payahlah sampai RM1 juta. Cukuplah sekadar berikan tempat tinggal, sediakanlah kerja yang terjamin & perbagai kebajikan lain buat mereka. Betapalah mereka pasti rasa amat bahagia & diprihatinkan.
Terlalu ramai lagi kalangan rakyat marhaen masih diselubungi kemiskinan & perlukan pembelaan.
Salah satu contoh lagi ramai golongan pekerja baik staf kerajaan mahupun staf swasta. Masih setaraf gred gajinya dengan pendidikan Darjah Enam. Bayangkan dengan permulaan gaji sekitar RM600 masuk elaun itu & ini; tak sampai juga RM1,000 bagaimana mahu hidup makmur di bumi merdeka. Jika staf kerajaan yang berpencen dalam gred gaji ini; memang tak akan mencecah pun pencen mereka ke RM1,000 biarpun sampai tua memperhambakan diri berkhidmat untuk rakyat. Apakah taraf mereka kita gelar golongan tercicir tak dapat pingat gangsa.
Begitu juga golongan swasta banyak manalah duit KWSP mereka bila tua nanti. Golongan ini yang perlukan pembelaan. Takkan kerajaan terusan ingin mendengar rayuan mereka ini.
Salah satu contoh lagi kemudahan awam. Mahu ke tandas awam pun rasanya kita kalau boleh pasti mengelak. Jika berbayar & diswastakan pun belum tentunya bersihnya. Jika memang tandas awam namanya teramatlah dhaifnya. Kenalah naikkan tarafnya.
Belum lagi kita jejaki kemudahan taman permainan yang semak samun. Ada buaian pun berkarat. Ada padang bola, gol pun tak pernah berjaring. Nak harap majlis bandaran sahajakah. Siaplah cukai pintu asyik naik tiap tahun pastinya.
Jika sebut pengangkutan awam lagilah kita trauma. Bas sejam satu. Komuter datang pun tak menentu, padat selalu.
Salah satu contoh lagi masalah harga barang yang melambung naik sejak minyak naik. Rakyat marhaen pening kepala, apakah negara kita ini tidak cukup anggota penguatkuasanya. Perniaga sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan. Tidak langsung setara dengan harga minyak yang naik. Kena tambahlah anggota penguatkuasa. Ramai rakyat marhaen menganggur. Kadar inflasi kita makin meruncing, takkan nak biarkan rakyat semua pening & runsing.
Rakyat marhaen makin ramai menunggang & membuncing kapcai. Faham-faham sahajalah ancaman keselamatan penunggang motorsikal; teramat tinggi. Kerajaan memaksa rakyat marhaen sentiasa diancam bahaya bermotosikal kerana nak berjimat.
Banyak lagi contoh terkini masalah & musibah rakyat marhaen yang perlu kita prihatinkan. Peluit tak perlulah mengajar bagaimana sewajarnya kita berbelanja dengan amanah & harta negara yang ada. Seimbangkanlah!
Top-top... senang-senang pula kita nak bermewah buat atlit kita dalam keadaan rakyat terdera dengan kos hidup yang makin tinggi ini. Sesuaikah langkah kerajaan ini; ketika & saat ini?.
Peluit: Memang olahragawan ketika sekolah rendah dulu. Dapat hadiah kotak pensil pun sukanya bukan main.
"
21.6.08
Angka petanda hidup
Dilulus terbit pada Saturday, June 21 @ 19:59:42 MYT oleh SongkokPutih
Oleh Ummu Waheedah
Antara tanda2 seorang manusia itu masih hidup ialah kadar denyut jantungnya. Itulah ukuran yg dibuat oleh doktor untuk mengenal pasti pesakitnya masih hidup (bernyawa atau pun tidak). Biasanya manusia /pesakit yang kelihatan tidak bergerak badannya akan diberikan bantuan pernafasan bagi membolehkan oksigen masuk keluar jantung dan memberikan hayat kepada badan.
Kadang kadang kita menjadi keliru antara nafas, denyut jantung dan nadi yang menjadi petanda hidup. Jika manusia itu masih hidup, yang jelas dia tak boleh dikebumikan lagi. Dia tak boleh dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan . Kerana itulah juga kita lihat para doktor amat berhati-hati untuk mengesahkan sebarang kematian, silap hari mereka boleh disaman oleh keluarga simati. Begitulah berharga sebuah kehidupan terutama menjelang hari kematian.
Sedangkan pada hari-hari biasa yang mana manusia boleh bernafas seperti biasa soal hidup mati jarang dibincangkan. Sesetengah bangsa pula menganggap 'sial' bercakap tentang mati. Malah ada bangsa yang pantang pula memilih angka yang jika disebut akan membawa makna mati seperti angka 4 (empat) dalam bahasa cina.Metos angka kematian ini menjadi satu igauan yang hebat sehinggakan banyak bangunan tidak mempunyai tingkat 'empat' , yang ada hanya tingkat 3 dan 3A.Begitulah fobianya manusia dengan kematian. Seolah-olah kalau duduk di tingkat 3A tak akan mati.
Angka2 yang menunjukkan satu kehidupan yang panjang , atau angka yang dipercayai membawa makna panjang umur selalunya menjadi angka pilihan sehingga membawa kepada harga yang tinggi bagi angka yang ditafsir sebagai unik dan bertuah seperti angka lapan(8) . Angka lapan sering menjadi rebutan untuk dipilih sebagai nombor pendaftaran kereta/kenderaan. Manusia meletakkan harga yang tinggi untuk angka kehidupan bermula angka 8 hingga angka 8888, Angka-angka ini terpaksa dibeli secara tempahan ala lelong, siapa beri harga paling tinggi akan dapat nombor yang dihajat.
Asalnya metos ini dari kaum cina yang percaya kepada 'feng sui' dan tilik nasib tapi sekarang in sudah melarat kepada semua kaum teutama orang melayu yang memang terkenal suka ikut ikutan. Sedar atau tidak kepercayaan begini boleh membawa rosak akidah kerana menyandarkan untung nasib kepada selain dari Allah s.w.t. Kita sebagai umat Islam diwajibkan beriman kepada qadar dan qadar.Dari Allah kita datang , kepada Allahlah kita kembali.
Pagi ini sewaktu menelaah dan membaca al-qur'an saya bertemu ayat yang amat menyentuh perasaan . Ayat-ayat yang makna memberi gambaran jiwa/hati yang 'hidup'. Allah s.w.t (subhanahu wa ta 'ala) mengambarkan di zaman Rasulullah s.a.w orang Nasrani adalah orang yang paling akrab/rapat jiwanya/kasihsayangnya (maababah) dengan orang Islam kerana dikalangan mereka masih ada ahli kitab . Apabila dibacakan ayat al-qur'an kepada mereka (hali kitab itu) terus mereka menangis dan berdoa " "Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w). " {al-maidah ayat 83].
Marilah kita berfikir, kita sebagai orang Islam, apakah kita menangis bila membaca al-qur'an dan kita berdoa seperti doa para ahli kitab di zaman Nabi s.a.w? Atau kita tidak ada masa untuk membaca dan menghayati al-qur'an? Apakah itu tandanya hati kita sudah mati atau masih hidup. Dapatkah kita melihat atau menilai angka apakah yang tertera pada hati kita, angka empat atau lapan. fikirkan.
dipetik dari http://assakynah.bloqspot.com
20.6.08
Sultan Johor cari ikhtiar dapatkan Batu Puteh
JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Iskandar semalam menegaskan baginda akan berikhtiar mencari jalan bagi mendapatkan semula hak kedaulatan Pulau Batu Puteh yang kini dimiliki Singapura.
"Saya suka mengingatkan semua, saya tidak lupa bahawa pulau saya, Pulau Batu Puteh itu bukan hak milik Singapura... ia hak Johor.
"Sampai bila pun, saya akan ikhtiar bawa balik benda itu ke Johor," titah baginda pada istiadat perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Ke-12 di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan di sini.
Hadir sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail; Raja Muda Johor, Tunku Ismail Ibrahim dan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.
Pada 23 Mei lalu, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan Pulau Batu Puteh dimiliki Singapura manakala Malaysia mendapat Batuan Tengah yang terletak tidak jauh dari pulau itu,
Kedaulatan Tubir Selatan pula akan menjadi milik negara yang menguasai perairannya. Keputusan mahkamah itu menamatkan pertikaian kedua-dua negara berhubung tuntutan ke atas muka bumi itu sejak 28 tahun lalu.
Terdahulu, Sultan Iskandar mengingatkan rakyat dan pemimpin supaya menolak unsur melampau sama ada dari segi perkauman atau agama, selain mengamalkan cara hidup sederhana dalam menghadapi keadaan ekonomi sekarang.
"Semua pemimpin dan rakyat hendaklah berpegang teguh kepada Rukun Negara serta Perlembagaan dan Ahli-Ahli Dewan Negeri yang dipilih hendaklah menjalankan tugas dengan jujur, ikhlas dengan memahami hasrat serta harapan rakyat," titah baginda.
Baginda turut yakin Johor akan terus maju di bawah kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.
"Beta bersyukur kerana kita dapat terus berada dalam keadaan selamat, aman dan damai," titah baginda.
Sementara itu, Abdul Ghani yang diminta mengulas titah Sultan Iskandar mengenai Pulau Batu Puteh, berkata kerajaan dan rakyat mendengar dengan jelas apa yang dititahkan baginda.
"Tuanku bertitah bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh sudah diputuskan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa," katanya yang enggan mengulas lanjut.
Berita Harian
13.6.08
Demo terbesar bantah harga minyak
Wartawan Malaysiakini | Jun 13, 08 11:34am
3.20 petang Polis memberitahu Malaysiakini, tiada tangkapan dalam perhimpunan tersebut dan keadaan kini terkawal.
Beberapa ratus penyokong pembangkang berhenti di depan ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, dan kemudiannya bersurai di situ.
3.00 petang Sekumpulan penyokong pembangkang berarak di sepanjang Jalan Raja Laut, menuju ke arah ibu pejabat PAS. Mereka masih diketuai oleh ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.
Lalulintas, yang melimpah ke tengah-tengah jalan tersebut, dikawal oleh Unit Amal PAS.
2.50 petang Pasukan polis, khususnya FRU, menuju ke arah kumpulan penunjuk perasaan yang berkumpul di atas simpang dekat Kompleks Pertama-Sogo.
Polis dalam keadaan berjaga-jaga di Jalan Dang Wangi.
2.45 petang Ketua angkatan muda PKR menyampaikan ucapan selepas ucapan ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Syed Azman Syed Nawawi.
Salahuddin menjanjikan satu perhimpunan yang lebih besar bagi membantah kenaikan harga minyak.
"Rakyat akan berhimpun (lagi) 5 Julai," katanya. "Pemimpin BN dah kaya raya, rakyat hidup papa. Marilah kita jatuhkan Umno dan BN."
Penyokong pembangkang melaungkan slogan "BN naik, minyak naik, BN turun, minyak turun."
2.37 petang Perarakan bantahan harga minyak berada di Kompleks Pertama-Sogo dan beberapa ratus duduk, berkumpul, di atas jalan.
Lalu lintas menuju simpang Jalan Tuanku Abdul Rahman-Jalan Dang Wangi terhenti.
2.30 petang Kumpulan penyokong pembangkang berada di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman, menuju Kompleks Pertama-Sogo, dipercayai untuk mengelak bertembung dengan polis.
Mereka melaungkan slogan "Hidup, hidup. Hidup rakyat" berkali-kali.
2.23 petang Kumpulan penyokong pembangkang berada di kawasan Chow Kit, dan mula bergerak sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Perarakan dipimpin ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.
Mereka melaungkan slogan "Hidup, hidup. Hidup rakyat" berkali-kali.
2.11 petang Kira-kira 1,000 orang mula bergerak ke sepanjang Jalan Raja Alang, tidak meneruskan perjalanan seperti dijadualkan di Jalan Raja Abdullah susulan sekatan sekumpulan anggota polis FRU.
2.00 petang Solat selesai, ahli-ahli jemaah keluar masjid dengan slogan-slogan "turunkan harga minyak" dan mengecam perdana menteri.
1:45 tengahari Orang ramai sesak di dalam dan luar masjid, dijangkakan jumlah mereka kira-kira 3,000.
1.20 tengahari Imam Masjid Kampung Baru menasihatkan para jemaah supaya jangan berkumpul dalam kawasan masjid.
1.00 tengahari Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salehuddin Ayub yang juga ahli Parlimen Kubang Krian serta timbalannya, Nasaruddin Tantawi tiba untuk bersembahyang Jumaat di Majlis Kampung Baru.
Turun hadir ialah ahli Parlimen PAS bagi Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Buruk, Syed Azman Syed Nawawi yang ahli jawatankuasa PAS pusat.
Sebelum ini, kira-kira 60 anggota polis, termasuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) sudah ditempatkan di depan Masjid Kampung Baru dan kawasan sekitarnya mulai jam 11.15 pagi ini ekoran rancangan Pemuda Pakatan Rakyat untuk mengadakan perarakan ke Menara Berkembar Petronas bagi membantah kenaikan harga minyak.
Dua buah trak kecil yang masing-masing membawa lapan anggota tiba kira-kira jam 11.15 pagi manakala sebuah lagi trak besar yang membawa kira-kira 15 anggota tiba di situ kira-kira lima minit kemudiannya.
Manakala empat lagi trak bersama kira-kira 30 anggota FRU tiba sejurus kemudiannya.
Turut kelihatan ialah sebuah trak meriam air yang ditempatkan di Jalan Raja Abdullah.
Pada kira-kira jam 12.40 tengahari, kira-kira 40 anggota polis kelihatan sedang bergerak dari Jalan Raja Alang ke Jalan Raja Abdullah.
Lagi anggota FRU kelihatan bergerak dengan trak ke Jalan Raja Alang.
Di dalam kawasan masjid, kelihatan sekumpulan 30 orang, termasuk tiga daripadanya memakai baju-T berwarna hijau bertulis Pakatan Rakyat.
Difahamkan perhimpunan dan perarakan hari ini dianjurkan oleh Pemuda Pakatan Rakyat.
Keadaan di sekitar masjid kelihatan seperti biasa. Walaupun terdapat ramai anggota polis di situ, gerai-gerai di tepi jalan dibuka seperti biasa.
Kira-kira 20 anggota polis mengawal di persimpangan Jalan Raja Abdullah/Raja Alang, tetapi orang ramai boleh lalulalang di situ menuju ke masjid.
Sementara tujuh trak FRU, serta sebuah trak meriam air telah ditempatkan di kawasan di belakang KLCC.
Manakala sepuluh lagi anggota polis kelihatan berkawal di pintu masuk utama KLCC.
Semalam, Ketua polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata antara 1,500 hingga 2,000 anggota polis, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan Rela akan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghalang perarakan itu.
Katanya, anggota polis dari balai polis daerah Dang Wangi dan Sentul juga akan berkawal di sekitar kawasan tersebut.
Beliau juga melaporkan berkata, jika perlu, polis akan menutup beberapa jalan yang menghala ke kawasan (masjid), itu jika perlu," katanya.
Sabtu lalu, ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub mengumumkan acara perarakan sejauh lebih dua kilometer itu.
Sehubungan itu, polis telah memanggil setiausaha Pemuda PAS Sabki Yusoff dan ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad, untuk membincangkan perkara tersebut.
Angkatan Muda PKR (AMK) juga menyatakan kesediaannya menyertai perarakan tersebut kelmarin.
Perhimpunan ini dipercayai yang terbesar pernah dianjurkan oleh parti-parti pembangkang selepas pengumuman kenaikan harga minyak secara mendadak Rabu minggu lalu.
Malaysia Kini
Polis halang perarakan isu minyak
Jun 12, 08 4:17pm
kemaskini 6:51pm Polis mungkin menutup jalan menghala ke masjid Kampung Baru esok ekoran rancangan Pemuda Pakatan Rakyat mengadakan perarakan ke Menara Berkembar Petronas bagi membantah kenaikan harga minyak.
Ketua polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata antara 1,500 hingga 2,000 anggota polis, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan Rela akan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghalang perarakan itu.
"Anggota polis dari balai polis daerah Dang Wangi dan Sentul juga akan berkawal di sekitar kawasan tersebut.
"Kita akan tutup beberapa jalan yang menghala ke kawasan (masjid), itu jika perlu," katanya, lapor Bernama.
Muhammad berkata pihak penganjur perhimpunan itu tidak memohon permit daripada ketua polis daerah dan hanya sekadar menghantar surat makluman sahaja.
"Menyertai perhimpunan tanpa permit adalah salah dan polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan serius ke atas mereka," katanya kepada pemberita hari ini.
Sabtu lalu, ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub mengumumkan acara perarakan sejauh lebih dua kilometer itu.
Sehubungan itu, polis telah memanggil setiausaha Pemuda PAS Sabki Yusoff dan ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad, untuk membincangkan perkara tersebut.
Angkatan Muda PKR (AMK) juga menyatakan kesediaannya menyertai perarakan tersebut kelmarin.
Perhimpunan ini dipercayai yang terbesar pernah dianjurkan oleh parti-parti pembangkang selepas pengumuman kenaikan harga minyak secara mendadak Rabu lalu.
Dalam kenyataannya Selasa lalu, AMK menggesa semua ahli Pemuda Pakatan dari seluruh negara menghadirinya.
Sejak minggu lalu, beberapa demonstrasi kecil diadakan di beberapa lokasi seluruh negara, antaranya di Kuching, Ipoh, Sungai Petani, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Setiausaha AMK Zulfikar Ali Ariffin menganggarkan kira-kira 3,000 orang akan hadir esok bersama ketua-ketua pergerakan Pemuda Pakatan - Salahuddin Ayub, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan wakil Pemuda DAP.
Menurut Zulfikar, AMK juga meminta setiap negeri agar menghantar wakil bagi menyertai perhimpunan itu nanti.
"13 Jun adalah titik tolak untuk rakyat turun sama-sama pada 12 Julai nanti," kata Zulfikar.
Beliau berkata AMK meminta kerjasama polis dan memberi jaminan perarakan itu akan berlangsung secara aman.
Malaysia Kini
12.6.08
MASA DEPAN UMNO
1. Pada Pilihanraya Umum 2008 sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam Pilihanraya Umum sebelumnya telah berlaku. Sebilangan yang tidak kecil daripada ahli dan penyokong biasa UMNO telah undi parti lawan atau merosakkan undi atau tidak mengundi.
2. Hasilnya Barisan Nasional telah kalah di lima buah negara dan satu wilayah. Di lain-lain negeri di Semenanjung kemenangan Barisan Nasional adalah tipis. Walaupun Barisan Nasional menang di peringkat pusat tetapi gagal mendapat dua pertiga daripada kerusi Dewan Rakyat seperti yang biasa dimenangi sejak merdeka oleh Perikatan dan Barisan Nasional.
3. Umum akui bahawa ada mesej yang hendak dihantar kepada Barisan Nasional dan pemimpinnya oleh pengundi. Tetapi hingga sekarang ternampak jelas bahawa pemimpin Barisan Nasional terutama Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional, tidak dapat memahami mesej yang dihantar atau tidak tahu mentafsir mesej berkenaan.
4. Ini sudah tentu mengecewakan mereka daripada ahli UMNO terutamanya yang dengan hati yang sedih dan tangan yang menggeletar mengundi parti lawan. Tetapi kekecewaan ini tidak terhad kepada mereka sahaja. Kekalahan UMNO yang teruk telah mempengarurhi ramai orang Melayu yang lain. Dan sikap baru di kalangan orang Melayu ini akan menghakiskan lagi sokongan kepada UMNO.
5. Hari ini orang Melayu terbahagi kepada empat kelompok.
6. Yang pertama ialah mereka yang akan bersama UMNO walau apapun yang terjadi kepada UMNO atau negara. Golongan ini adalah yang terbesar dalam UMNO dan sokongan mereka menyakinkan pimpinan UMNO bahawa mereka selamat dan UMNO selamat.
7. Kumpulan kedua ialah mereka yang pada Pilihanraya Umum ke 12 telah undi parti lawan atau merosakan undi atau tidak mengundi.
8. Kumpulan ini terkejut dengan hasil tindakan mereka. Mungkin ada yang menyesal. Tetapi lebih ramai daripada mereka yang kecewa dan semakin marah kerana “pengorbanan” mereka tidak mendatangkan hasil yang di harapkan.
9. Kumpulan ini akan berusaha menyampaikan mesej yang lebih keras. Jika tidak juga di hirau mesej mereka, sikap mereka akan diperlihatkan pada Pilihanraya Umum ke 13 dengan mengundi parti lawan terus.
10. Kumpulan ketiga ialah mereka yang telah undi parti UMNO tetapi kecewa dendan sikap pemimpin yang tidak mahu bertanggungjawab terhadap kekalahan parti, yang menafi parti kalah, yang menyalahkan orang lain, yang tidak mahu mendengar pendapat ahli, tidak membenar ahli mengkritik, tidak benar ahli dengar pendapat orang lain, yang tidak mahu membenar pindaan kepada kuota, yang larang EGM (Extraordinary General Meeting), yang sering berkata ekonomi kukuh dan baik sedangkan rakyat menderita, yang kata inflasi hanya 5% sedangkan harga minyak naik 40%, harga ayam 100%, harga beras sekali ganda dan lain-lain lagi, yang semuanya jauh lebih mahal dari 5%. Mereka bosan dengan kenyataan-kenyataan pemimpin yang mendakwa benda yang tidak benar berkali-kali.
11. Mereka ini sudah tidak lagi berminat untuk menyokong UMNO dalam pilihanraya.
12. Pemimpin UMNO tidak dapat mengenali mereka kerana mereka tidak memperdengarkan rintihan mereka dan mereka bukan ahli Jawatankuasa Cawangan atau Bahagian yang sering mencium tangan pemimpin, yang boleh di arah oleh pemimpin.
13. Seperti kumpulan yang telah undi parti lawan dalam Pilihanraya ke 12, mereka berdiam tetapi akan bertindak di Pilihanraya Umum ke 13 dengan tidak mengundi UMNO atau tidak mengundi langsung atau rosakkan undi.
14. Kumpulan keempat adalah golongan muda dan yang berpelajaran termasuk ahli professional. Kebanyakkan mereka ini bukan ahli UMNO dan bosan dengan UMNO. Mereka berpendapat samada UMNO tidak relevan atau UMNO adalah kumpulan pengampu yang hanya ingin mendapat sesuatu bagi diri mereka, justeru itu tidak ikhlas walaupun semasa cium tangan.
15. Ramai mereka ini berpendapat UMNO adalah parti perkauman yang sudah tidak berguna lagi. Malaysia adalah hak semua rakyat berbilang kaum Malaysia. Justeru itu tidak mengapa jika mereka pilih parti pelbagai kaum walaupun ternampak jelas yang parti-parti ini sebenarnya diperalatkan oleh kaum tertentu.
16. Kumpulan (2), (3) dam (4) mungkin tidak sebesar kumpulan (1) jumlahnya tetapi mereka menjadi kumpulan penentu. Dalam pilihanraya kemenangan atau kekalahan di sebabkan oleh sebilangan yang kecil sahaja daripada pengundi. Jumlah pengundi mungkin besar tetapi perbezaan antara yang menang dengan yang kalah biasanya tidak sampai pun 5% daripada jumlah pengundi yang mengundi.
17. Jika jumlah kumpulan (2), (3) dan (4) hanya 5% daripada jumlah pengundi dan mereka tidak mengundi parti yang menang dahulu, parti itu akan kalah. Jika mereka memberi undi mereka kepada parti lawan, parti berkenaan tetap akan menang.
18. Dalam Pilihanraya Umum ke 12 kelebihan undi pada Barisan Nasional amat kecil peratusannya. Jika kumpulan (2), (3) dan (4) tarik keluar hanya sedikit sahaja daripada undi mereka jika mereka beri kepada parti lawan, Barisan Nasional tetap kalah.
19. Jika tidak ada usaha untuk menawan hati kumpulan (2), (3) dan (4) Barisan Nasional tetap akan kalah pada Pilihanraya Umum ke 13.
20. Pemimpin Barisan Nasional, terutama Pengerusi Barisan Nasonal, dan Presiden UMNO boleh berseronok sekarang dan bermegah-megah dengan apa yang dipercayai sebagai sokongan tidak berbelahbagi dan cium tangan ahli-ahli UMNO. Tetapi ingatlah ramalan untuk sapu bersih semua negeri dan memenangi 2/3 Parliamen Pilihanraya Umum ke 12 sebenarnya adalah khayalan, penipuan diri kerana asyik dengan sandiwara-sandiwara yang diadakan oleh mereka yang hanya ingin membodek pemimpin.
21. Ingatlah apabila UMNO tidak relevan lagi dan hancur berkecai, orang Melayu dahulu, sekarang dan yang akan datang akan kutuk mereka yang kerana kepentingan diri, kerana takut, kerana tamak telah menghancurkan UMNO yang mereka sayangi.
Posted by Dr. Mahathir Mohamad at 1:55 PM
Junior Forum Moderator
Joined: Apr 25, 2006
Posts: 7162
Posted: Thu Jun 12, 2008 5:05 pm Samy mintak Dolah beri 40% kakitangan K'jan kpd bukan Melayu
--------------------------------------------------------------------------------
Samy Vellu sebagai Presiden parti kaum India yang terbesar di negara ini meminta Dolah memberi tempat 40% kepada bukan Melayu untuk berkerja di sektor awam. Beliau nampaknya seperti bersetuju dengan tuduhan Lee Kwan Yew dulu bahawa ramai bukan Melayu temasuk kaum India yang berkebolehan tetapi tidak diberi tempat oleh kerajaan, maka itu beliau mahu pentadbiran Dolah memberi 40% tempat kepada bukan Melayu supaya mereka dapat berkerja dengan kerajaan.
Zaman Dolah ni nampaknya semangkin ramai yang berani dan terbuka meminta apa saja yang mereka mahu kerana mereka yakin pemimpin yang lemah seperti Dolah ni pasti akan tunduk dengan kemahuan mereka kerana beliau tentu takut hilang sokongan dari mereka.
Ingin Pendedahan Selengkapnya.
http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=18611#489597
Kaya ooo Kaya.
Kita orang Melayu berangain ini jadi Tuan di tanah air sendiri... tetapi ; Sila Klik sini jika kita benar-benar sedar siapakah yang lebih kaya.. Kenapa kita makin miskin. Dari sepuluh mereka yang terkaya di Malaysia kita cuma ada seorang.
Apakah fakta ini betul sebab tak semua orang kaya di negara kita mahu istiharkan harta mereka.
http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_Malaysians_by_net_worth
Tenguk pula orang terkaya di dunia!... Kita antara yang ke 90an ... Ramai juga orang India yang kaya; sedangkan rakyat negara mereka?.
http://www.forbes.com/lists/2008/10/billionaires08_The-Worlds-Billionaires_Rank.html
11.6.08
Gaji kakitangan kerajaan dibayar dua kali sebulan
PUTRAJAYA 11 Jun - Gaji bulanan pegawai dan kakitangan kerajaan akan dibayar dalam dua ansuran sebulan, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Perdana Menteri berkata, separuh pertama daripada gaji akan dibayar pada pertengahan bulan dan separuh kedua pula dibayar pada hujung bulan.- Utusan.
Khalid perlu insaf sebagai MB Melayu dan Islam
KL POS
Oleh Mohd Sayuti Omar
Rabu, 11 Jun 2008
HARI-HARI mendatang terus memberi cabaran dan menguji kebijaksanaan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Mungkin kini beliau baru tahu mengurus sebuah kerajaan tidak semudah mengurus sebuah badan Korporat atau ladang. Menjadi MB tidak semudah menjadi CEO kepada syarikat GLC. Itu jelas!
Sebagai menteri besar, Khalid harus berani membuat keputusan dan juga menolak mana-mana permohonan yang dikira tidak wajar dan boleh mencemarkan kesucian Islam dan menodai kemurnian bangsa.
Beliau tidak perlu terikat dengan mana-mana konvensyen politik semasa. Beliau juga perlu insaf sebagai MB Melayu dan beragama Islam beliau harus meletakkan kepentingan itu di hadapan dan mengatasi kepentingan lain.
Kelemahan dan terlalu tolak ansur kerana kepentingan politik merbahayakan masa depan Khalid. Beliau mungkin popular dari kalangan satu puak tetapi beliau dibenci dan dimarah oleh puak lain.
Khalid kena berhati-hati dan perlu meluaskan bingkai ruang politiknya sebelum membuat sesuatu keputusan bagi mengelakkan kontroversi dan menanggung kerugian.
Beliau tidak boleh dibelit oleh penasihat politik yang bersifat parasit seperti pokok dedalu. Kerana lama kelamaan beliau akan mati seperti pohon mangga yang mati kerana dibelit oleh pohon dedalu secara halus dan licit!
Ingat sikap dan rasmi dedalu mulanya ia menumpang sahaja lama kelamaan menjadi raja atas bangkai orang yang ditumpanginya.
Projek ladang babi mega (pinjam istilah Khir Toyo) bernilai RM100 juta mungkin sudah selesai dan Khalid berjaya dalam isu kontroversial ini.
Projek itu memberi penyelesaian kepada semua kaum walaupun secara spesifiknya ia menguntungkan satu kaum saja, Cina. Kesilapan pertama itu boleh dimaafi.
Apa yang menarik dan sedang menanti kini ialah mengenai cadangan untuk merombak peraturan saiz pembinaan rumah ibadat selain Islam di Selangor agar melebihi 10,000 kaki persegi seperti mana yang dihadkan sebelum ini.
Cadangan ini nampak cukup liberal namun ianya sangat sensitif dan bahaya.
Peraturan dan kawalan ini sudah ada. Tidak perlu ianya dirombak. Menjadi tugas Khalid untuk mempertahankan peraturan yang sedia ada ini.
Perlu diingat sesuatu yang baik yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu wajar dikekalkan dan tidak payah dipinda-pindakan lagi.
Kita bimbang kalau permohonan ini diterima, Khalid akan berhadapan dengan masalah. Orang Melayu dan Islam Selangor akan marahkan Khalid. Lagipun tidak ada logiknya untuk dirombak peraturan itu.
Statistik yang ada kini menjelaskan tidak ada keperluan untuk berbuat demikian. Dari nisbah penduduk orang India di Selangor hanya 700,000 orang namun bilangan kuilnya sebanyak 1,000 buah. Manakala Melayunya seramai lebih 4 juta tetapi masjid hanya 380.
Jika diukur dari segi jumlah ini jelas Islam di Selangor tidak proaktif bebanding dengan Hindu?
Pada saya cadangan yang dikemukakan oleh Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Dr Xavier Jayakumar itu dan Exco Jawatankuasa Pengerusi Tetap Kerajaan Tempatan, Pendidikan dan Pembangunan Negeri, Ronnie Liu cukup merbahaya dan bakal menambahkan kemarahan orang Melayu.
Kalau Khalid tidak hati-hati dan bijak menangani cadangan itu ianya akan menjadi pemulaan kepada sengeketa antara penyokong Pakatan Rakyat di Selangor.
Mengenai hal ini rakan-rakan PKR di dalam Pakatan Rakyat jangan terlalu agresif sangat memperjuangkan hak masing-masing. Mereka sepatutnya menumpukan kepada soal-soal kepentingan bersama secara sihat dan bukannnya menitik berat kepada soal-soal kepentingan peribadian.
Ingatan kerajaan Pakatan Rakyat baru bertunas dan ubun-ubunnya belum keras. Jangan tunas yang mula hendak berkembang itu patah dan relai begitu saja kerana kegelojohan tuan yang menanamnya ingin memakan hasil!
Penulis dilahirkan di Kampung Gual Nibong, Gual Periok, Pasir Mas Kelantan pada Feb, 1960. Mendapat pendidikan dan pengalaman kewartawanan di Indonesia awal tahun 1980-an. Berkecimpung dalam dunia kewartawan/penulisan buku politik sejak lebih 20 tahun. Sehingga kini telah menghasilkan lebih 45 buah buku politik semasa. Antara buku yang menjadi sebutan “Anwar Ibrahim: Mimpi dan Realiti, “Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa:,”Saya Mahafiraun”, “Hitam Putih: Darul Arqam” dan lain-lain. Blog beliau boleh dilayari di msomelayu.blogspot.com - Pengarang
Malaysiakini dan Anwar yang ingin jadi Perdana Menteri !
Posted on June 8, 2008.
Anwar: MP BN lompat seperti dirancang ; kata Malaysiakini tentang pengesahan MP BN akan melompat seperti dakwaan DSAI sebelum ini dan kali ini sekali lagi…. Rupanya cerita ingin menjadi PM oleh Anwar masih ada dengan katanya dengan niat ‘ikhlas’ ingin membantu rakyat…
cuma setakat ini kebanyakan negara yang tidak mengikut telunjuk USA akan dirosakkan perpaduannya.. Mereka akan diganggu dengan anasir anasir dalaman negara yang berupaya mewujudkan situasi membangkitkan kemarahan dan juga kebencian terhadap kerajaan dan agensi agensinya seperti polis, bpr dan suruhanjaya pengundian seperti SPR.
Setakat ini tanda tanda campur tangan kuasa asing melalui proksi sudah jelas. Ada khabar angin mengatakan Anwar sudah memberi dana kepada PAS hingga setiap bahagian mendapat RM 1 juta pada pilihanraya lepas… Begitu juga ANwar dikatakan telah diberi dana 30 billion untuk projek mencapai kemenangan di dalam pengundian tempoh hari…
Baca kisah dongeng terbaru dari Anwar Ibrahim di samping khabar angin KJ yang akan keluar parti dengan 47 MP BN jika terjadi apa apa kepada BN / UMNO tidak lama lagi…
Adakah KJ akan membawa mereka ke PKR agar menjadi sahabat sejati satu agenda perjuangan ???
Wallahu a’lam.
Berita Penuh bawah ini :
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tarikh ahli Parliman (MP) Barisan Nasional (BN) menyertai Pakatan Rakyat kekal sepertimana yang dirancangkan pada pada 16 September depan.
Pakatan Rakyat memerlukan sokongan 30 ahli Parlimen BN untuk mengambil alih kerajaan pusat.
Beliau bagaimanapun enggan memberi butir-butir lanjut mengenai jumlah ahli Parlimen BN terbabit “atas sebab-sebab keselamatan mereka”.
Katanya sesetengah daripada mereka terpaksa terbang senyap-senyap ke negara jiran untuk mengadakan perbincangan (dengannya).
Oleh itu, kata Anwar, adalah merbahaya jika beliau mendedahkan sebarang nama sekarang.
Beliau juga mengakui telah menemui sesetengah daripada mereka di Sabah, ketika dalam perjalanan ke Filipina semalam.
Menurut Anwar lagi, pengumuman mengenai ahli Parlimen BN menyertai Pakatan akan hanya didedahkan ketika Parlimen sidang.
Beliau bagaimanapun berkata, keputusan mengenainya perlu dibincangkan secara terperinci dengan barisan pemimpin Pakatan.
Beliau bercakap dalam satu sidang akhbar selepas mengumumkan senarai anggota Majlis Kepimpinan Tertinggi (MP) PKR di ibu pejabat baru parti itu di Tropicana, Damansara.
Antara ahli MPT yang dilantik ialah Presiden KOngres Kesatuan sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud; bekas Presiden Abim, Dr Mohd Noor Manuti dan bekas ahli exco MCA, Felicia Lim. Parti itu menerima 50,000 ahli baru hari ini.
Ulas kenyataan Karpal
Anwar juga menjawab soalan mengenai kemungkinan wujud perbezaan pendapat dalam Pakatan berhubung isu MP BN menyertai Pakatan.
Beliau ditanya secara khusus mengenai kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang berkata beliau tidak yakin ada MP BN yang akan melompat parti dan secara peribadi beliau tidak menyokong sebarang tindakan melompat parti.
Anwar berkata, laporan media telah memetik Karpal “luar dari kontek” dan menambah beliau (Anwar) sering berkongsi keprihatiannya mengenai MP melompat parti dengan pemimpin Pakatan yang lain.
“Mereka menerima hakikat itu dan akan menimbang permohonan sesiapa sahaja yang menerima agenda Pakatan,” kata Anwar.
“Jika mereka menerima agenda dan dasar (kita), Karpal tidak ada masalah dengan (tindakan melompat parti itu),” katanya.
Sedia bertanding
Anwar seterusnya menjelaskan bahawa beliau tidak memerlukan kebenaran dari Peguam Negara, Tan sri Abdul Gani Patail untuk bertanding dalam pilihanraya kecil.
Larangan terhadap Anwar untuk bertanding dalam pilihanraya dan memegang jawatan dalam parti, berakhir pada 14 April tahun ini.
Katanya, beliau belum bertanding dalam pilihanraya kecil kerana masih berbincang dengan pemimpin lain parti tersebut dan juga dengan beberapa ahli Parlimen yang bersedia meletak jawatan untuk membolehkan beliau bertanding.
Anwar juga berkata, beliau telah menerima surat dari Pendaftar Pertubuhan yang membenarkan beliau untuk aktif semula dalam politik.
Beliau turut mengulangi pendirian Pakatan untuk menurunkan harga minyak jika mereka memerintah, dan menambah beliau lebih rela kehilangan jawatan daripada membiarkan rakyat merana.
Anwar merupakan calon pilihan Pakatan untuk menjadi perdana menteri jika gabungan itu berkuasa.
Minggu lalu, kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak 78 sen bagi Petrol dan RM1 bagi minyak diesel.
Makin Popular Dato' Shahrir Abdul Samad.
Tetapi di sebalik senyuman Dato' cuba kita lihat apa kata mereka yang mengambil tahu tentang perkembangan semasa!.
Ini di kutip dari Blog Datuk
April 30, 2008 11:14 PM
nuqman said...
Salam... Datuk,
Bertambah sengsaralah rakyat andainya harga diesel dinaikkan. Segala macam harga barang akan dengan serta merta naik dan pada masa itu mampukah KPDNHEP menanganinya? Tertarik saya dengan laporan 360 oleh wartawan TV3 30/4/08. Bagaimana harga runcit beras tempatan turut melambung 10 hingga 20% dan dijangka akan naik lagi sedangkan harga padi dari bendang masih ditakuk lama?
April 30, 2008 11:24 PM
Anonymous said...
Salam Dato,
saya sebagai penguna, keliru dgn kenyataan dato pada hari ini menerusi berita, iaitu, harga beras ditentukan oleh Kementerian Pertanian, soalan saya, apa fungsi kementerian Dato?
p/s Dato' blog ini sudah lama tidak diupdate! tak ada cerita baru ke?. Blog Tan Sri M T, selalu update
Sekian Terima Kasih
May 2, 2008 9:30 PM
Bzzz It said...
Salam Dato',
Susahkan jadi menteri KPDNHEP? Dulu saya tengok Dato' Shapiee Apdhal pun pening jugak. Come on, buktikan anda menteri yang hebat sehebat semasa anda menjadi pengerusi PAC. Tolong tumpukan kepada pengilang dan pemborong. Ambil tindakan drastik. Tak popular tak mengapa asal berkesan. Jgn takut untuk buat perubahan. Pakatan Rakyat pun cakap saja pandai, bukannya tau buat apapun. Letaklah Anwar jadi menteri KPDNHEP sekalipun masalah macam sekarang ni bukan mudah diselesaikan. Sabar ya Dato Shahrir... sabar.
May 3, 2008 2:18 AM
Anonymous said...
Kenyataan media isu beras kelirukan rakyat. YB Dato dah beri penjelasan TV3 malam tadi. Media perlu peka dari segi siarkan berita. Harap Media dapat betulkan keadaan sebelum sesuatu berita yang nak disiarkan. layari laman www.shahrir-umno.com dengan berita2 terkini.
May 3, 2008 2:36 AM
Anonymous said...
YB Dato,
Tempoh hari, seorang budak kecil bertanya:
Budak :Apa yang membesarkan,abang?
Saya tak fikir & terus balas:Makku!
Budak tertawa kata: Salah abang! Makanan yang besarkan abang....!
saya tersenyum cakap:betul.betul adik.pandainya.!
Memang benar jawapan budak itu."Makanan yang membesarkan kita semua" Krisis yang dihadapi manusia sejagat suatu hari nanti sebenarnya adalah "Krisis Makanan ", bukanlah " Krisis Petrol" Manusia tidak perlukan petrol untuk terus hidup. Manusia hanya perlukan Makanan untuk terus hidup..! Oleh yang demikian, tumpuan haruslah diberi kepada " Pertubuhan Makanan" yang secukupnya terdahulu sebelum petrol..!kerana "ALL life needs Food to survive "
"Krisis petrol" sebenarnya adalah sejenis "krisis tenaga" yang diperlukan oleh "mesin" sahaja bukan untuk nyawa/hidup manusia.Penggunaan petrol akan terus meningkat selagi perkembangan dunia-maju terus bermara ke depan.Harga tenaga petrol akan terus meningkat selagi manusia terus berkembang kerana penghasilan "petrol" akan terus berkurangan di dunia nyata ini. Saya yakin pakar-pakar saintis dunia yang "berfikiran economics" telah pun bersedia " memperkenal-gunakan Tenaga Gantian yang tidak diketahui umum/dunia-membangun untuk menggantikan "tenaga petrol" suatu hari kelak...!
Masih ingat tak YB Dato, dulu Orang Singapore pun terancam oleh "Krisis Air-mentah " kerana Tun nak naikkan harga air-mentah selepas kontrak dulu tamat..! Akan tetapi tiba-tiba,"ketua" Singapore senyap-senyap lancarkan sejenis air yang bernama "Newater" telah menyebabkan Singapore terselamat atas ancaman "Krisis Air-mentah ". Ingin dimaklumkan bahawa, orang yang berjaya mencipta "Newater" adalah seorang CEO Wanita yang berasal dari Negara Malaysia.
Hari ini, Singapore telah berjaya menjualkan Pakar "Know-How" mereka sehingga ke Timur Tengah ! Krisis mereka telah memberi peluang bagi mereka berjaya mencari jalan untuk pembangunan negaranya..!
"Masalah Subsidi" yang dihadapi kerajaan hanyalah satu "Masalah Kewangan" kerajaan, ia bukan satu "Krisis Tenaga" ataupun "Krisis Makanan". Oleh yang demikian, sebarang tindakan untuk menghapuskan/mengurangkan Subsidi,bermakna bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan kepada tujuan lain yang dianggap produktif , tidak akan membawa apa-apa manfaat kepada rakyat selagi "Pentadbiran Kewangan Malaysia "tidak dapat mengatasi korupsi-korupsi dan kroni-kroni yang sedia-ada ataupun akan-ada...! Kerana " Masalah Kewangan bukan diatas dengan menghapuskan Subsidi..!
Ada banyak cara bagi mencari " Duit" tapi manusia hidup bukanlah sebab "Duit"..!
Semoga tumpuan Dato dapat memikir mencari jalan keluar untuk semua rakyat Malaysia agar dapat hidup sempurna sebagai manusia dengan "Makanan Malaysia" yang sanggup ditanggung/dinikmati oleh semua rakyat Malaysia tanpa ada bimbang setiap kali hari raya...!
May 3, 2008 7:05 PM
zack said...
Friday, April 25, 2008
Helah atau fakta kenaikan harga barang.
Ekonomi kapitalis yang rata-rata dimonopoli oleh Yahudi hampir ke seluruh dunia bakal memberi musibah kepada penduduk planet bumi ini. Setelah isu perang dingin, kemelesetan ekonomi, pasaran matawang, perang teluk, perang menentang keganasan dunia, penaklukkan cara moden ke atas Iraq dan Afganistan, harga minyak,dan terkini isu harga barang makanan asasi.
Amat mudah spekulator yang menjadi penjarah ekonomi dunia seolah mencipta isu untuk mendapat manafaat keuntungan atas kesengsaraan orang lain. Pokok kepada isu ini adalah ketamakan manusia mengambil kesempatan cara mudah mengaut untung dengan mengorban manusia lain.
Kini nilai U.S Dollar semakin merosot. Saingan matawang Euro dan kesedaran pelabur dan penyimpan khususnya islam dan timur tengah menakutkan ekonomi Amerika Syarikat. Mereka kaya hanya kerana wang kertas mereka diperdagangkan di serata dunia selain kelicikan manipulasi ekonomi. Pelabagai isu dicipta. Antaranya ahli bijak pandai mereka mencipta isu harga makanan. Isu ini dimanipulasikan setelah kawalan ke atas matawang dari diapung atau dianiagakan di pasaran hadapan di kuatkuasakan di kebanyakan negara yang menjadi mangsa pada 10 tahun yang lepas.
Ketika ini dunia bukan berhadapan dengan bencana iklim dan cuaca yang serius sehingga menyebabkan pengeluaran makanan terjejas. Makanan dan wang tetap merupakan elemen utama kehidupan dalam apa juga keadaan.
Isu ciptaan ini seolah mengambil kesempatan ke atas negara yang mempunyai sistem atau keadaan politik, pentadbiran dan pemerintahan yang lemah. Bagi negara-negara yang baru merdeka, dibelenggu masaalah dalaman seperti konflik politik, perang saudara, rampasan kuasa, kebuluran, kelemahan ekonomi dan pemerintahan yang tidak stabil adalah mangsa utama.
Situasi seperti ini cuba mencipta suasana yang tidak menentu. Suasana panik boleh mencetuskan penentangan terhadap dasar sesebuah kerajaan yang mengakibatkan kacau bilau dan memudaratkan rakyat sesebuah negara khususnya yang bergantung kepada bantuan program makanan sedunia.
Rakyat sesebuah negara cuba dialihkan dari isu sebenar. Pokoknya (kelapa sawit tidak cukup untuk jadi Bio diesel) isu minyak yang cuba dimanipulasikan oleh kebanyakan negara. Dalam harga minyak yang meningkat penyampaian dan penghantaran stok barangan menjadi sukar. Sikap pembekal dan peniaga yang tamak menyorok stok menambahkan tekanan kepada isu ini. Harga barang juga menjadi mahal. Tekanan kepada penduduk yang miskin cukup kuat sehingga mencetus bantahan terbuka yang meninggalkan rasa panik kepada penduduk negara lain.
Malaysia yang tidak menerima bantuan program makanan sedunia secara langsung tidak boleh menggunakan isu ini untuk mengubah perhatian rakyat terhadap kenaikan harga barangan makanan khususnya beras. Berterus terang sahaja harga minyak adalah isu utama bagi negara kita bukannya sumber bahan makanan.
Apakah kenaikan harga sebagai dalih untuk menarik balik subsidi padi dan beras kerajaan setelah kerajaan BN banyak berbelanja semasa PRU12? Apakah nasib penamam padi tempatan yang tidak menerima faedah secara langsung kenaikan harga beras yang menerima tempias inflasi?
Persidangan intelek yang dibuat seolah blue print kepada dasar kerajaan. Usul yang dikemukakan oleh ahli panel tidak wajar sama sekali. Berjimat cermat dalam apa juga keadaan memang dituntut setiap masa bukannya beli dan makan apa sahaja apa yang mampu. Kalau bahan makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, susu (yang dibuat dari minyak sawit bukannya susu asli), bahan api dan air tidak dikawal dan dikuatkuasa tiada maknanya. Buatlah dasar apa pun jalan keluarnya bukan mengatasi tetapi sekadar mennyesuaikan keadaan semata-mata.
Putaran ekonomi dunia yang digenapkan pusinganya dalam lingkungan 10 tahun sering menampil isu yang berbeza.
Penjarah ekonomi patut di tangani oleh ahli ekonomi terkemuka negara selain orang politik yang sentiasa berkepentingan. Apakah nilai ahli ekonomis kita sekadar "blue printer"?
Media massa pula mencari bahan dan kaitan rencana untuk mewajarkan kenaikan harga barangan.
Sudah tibanya masanya kerajaan mengkaji dan berbuat sesuatu terhadap PETRONAS. Kesan dari kenaikan harga minyak telah memberi keuntungan yang lumayan yang patut dinikmati oleh siapa? Kenaikan dan keuntungan langsung harga harga minyak adalah hasil negara yang patut dinikmati rakyat secara langsung. Bukannya untuk mereka bermewah-mewah dengan perbelanjaan yang lumayan serta penajaan yang bukan sedikit jumlahnya. Menjadikan PETRONAS konglomerat antarabangsa yang menguntungkan juga penting sebagai usaha menghadapi kekurangannya minyak mentah dimasa akan datang.
Saranan supaya rakyat rajin bekerja seolah menafikan usaha mereka selama ini dengan mengalih isu secara mudah. Permit mengimpot dan mengambil pekerja diberi sewenang-wenangnya yang menguntung pengusaha sahaja. Kesan kepada rakyat tempatan tidak banyak peluang yang tinggal.
Monopoli pengimport bahan makanan tunggal patut dihentikan. Contohnya BERNAS. Kuota import, seperti kuantiti dan persaingan harga seperti beras tempatan yang akan memberi kesan kepada penanam dan pengilangnya tidak boleh dinafikan begitu sahaja. Sudah tiba masanya negara mempunyai bank stok penimbal untuk menghadapi suasana sukar. Walau setiap isu ekonomi dan minyak sering kepalai oleh Amerika Syarrikat mereka sebenarnya telah bersedia dalam apa juga keadaan. Kita bukan belajar setelah ditimpa masalah tetapi belajar bagaimana menghadapi dan menanganinya.
May 5, 2008 11:56 AM
sembang-sembang said...
Datuk, minyak yang Datuk kata tu tak berubah jugak. SHELL jual minyak yang mahal jugak. CALTEX ada jual minyak yang murah. Awat tak seragam lagi Datuk.
May 6, 2008 3:45 PM
PELADANG said...
GLC edar barang makanan utama- berita harian 11/05/08
Saya gembira dengan pengumuman ini selaras dengan idea yang pernah saya syorkan didalam blog ini dan berharap ianya berlaku secepat mungkin.
Saya berharap penyelaras hanyalah pada 2 peringkat sahaja , pembungkus dan peruncit dan setiap level keuntungan tidak lebih 15 % atau lagi kurang lagi bagus.KERAJAAN HANYA KELUAR BELANJA PERTAMA UNTUK BELI BARANGAN , selepas itu rakyat akan memberi modal dengan menyimpan dalam koperasi/GLC tersebut. Pendaftaran isi keluarga boleh diadakan untuk kenalpasti subsidi perlu diberikan kepada setiap keluarga.Keuntungan KOPERASI/GLC TAHUNAN JUGA BOLEH DIKONGSI BERSAMA AHLI.Barang dapat , duit pun dapat.Sila rujuk konsep kad loyalty.Saya pasti ia akan berjaya dan kerajaan mampu sbb kerajaan banyak duit.
Peringatan : Audit luar mesti dijadikan sebagai pemeriksa akaun kerana telah terbukti setiap orang akan mengambil kesempatan dengan loop yang ada jika membabitkan kewangan yang banyak . Cth ; MENGAMBIL KOMISYEN DARI PEMBUNGKUS dan menambah harga dalam resit.
Pengurus berAKHLAK, AMANAH dan JUJUR diutamakan dan tolong jangan pilih poli-TIKUS
Berkenaan minyak saya cadangkan setiap kereta disubsidi setiap bulan pada hari Isnin - Jumaat (15 km/hari),Sabtu /Ahad (100 km) dan hujung bulan (500 km), Selain waktu itu beli minyak harga kaunter.Tiada subsidi untuk kereta 2.2L keatas ttp cukai jalan dikurangkan untuk 2.2L(takde langsung lagi bagus)- adil untuk pembeli kereta besar. Duit subsidi 45 billion itu beli bas banyak-banyak dan operasi selang 10 minit untuk kemudahan awam , charge flat RM2.50(day),Subsidi penuh untuk bas,taxi,lori & nelayan , pertanian shj. Golongan Peniagaan , cukai ditolak dari cukai koporat termasuk dengan perbelanjaan minyak tahunan syarikat.
Kad rebet subsidi boleh diberi semasa renewal road tax di JPJ.
Semoga prihatin kerajaan dapat dilaksanakan secepat mungkin.
May 11, 2008 11:46 AM
Anonymous said...
Kedai runcit di p.pinang menjual beras subsidi dgn harga rm16.50 sekampit(10kg). Setiap pembeli mesti merekodkan nama dan no telefon masing²
May 13, 2008 1:53 PM
Anonymous said...
YB Dato,
Jutaan terima kasih kepada Dato yang disayangi rakyat atas jiwamu yang sentiasa berusaha dan berfikiran untuk kepentingan rakyatnya....terutama masa kini yang tidak tentu untuk segala-gala hidupnya...!
Semoga Dato sentiasa sihat-sejahtera atas segala cabaran hidup...! Syabas.
May 13, 2008 3:01 PM
jebat said...
Umum mengetahui bahawa minyak diesel di malaysia lebih murah jika dibandingkan di negara thailand.Namun sejak kenaikan harga minyak , kerajaan telah membelanjakan lebih kurang 40 billion wang rakyat untuk subsidi minyak.
Tetapi alangkah ruginya subsidi ini turut dapat dinikmati oleh rakyat thailand yang bersempadan dgn malaysia.Patutkah diesel yg disubsidi dijual kepada warga thailand????
YB Sharir Samad hari tuu ada beri cadangan warga thailand perlu bayar harga diesel tanpa subsidi yg lebih mahal dari harga yg dijual sekarang.
Saya bersetuju dgn cadangan tersebut.Patut ia dilaksanakan secepat yg mungkin bagi membela nasib rakyat yg lebih layak menerimanya.....
May 15, 2008 8:11 AM
AZUAN BIN RUSLY said...
akm..Datuk Seri..
Doa dan harapan saya moga Ds senantisa sihat dan dikurniakan kekuatan untuk berkhidmat untuk rakyat.
Terima Kasih Ds atas kerja kuat ds membela nasib rakyat atas kesan kenaikan harga barang.
Saya ada satu soalan untuk Ds.
Apabila kita pergi ke sempadan siam sama ada melalui bukit kayu hitam,wang kelian,kroh perak,atau pon pekan golok kita boleh membeli bermacam barang termasuk bua-buahan seperti mempelam,mata kucing,durian Dan lain-lain lagi.KITA JUGA BOLEH BELI BERAS TAPI TIDAK BOLEH DIBAWA MASUK KE MALAYSIA.
KENAPA BERAS TIDAK BOLEH DIBAWA MASUK KE MALAYSIA SEDANGKAN HARGA KITA BELI DISANA AMAT MURAH?MENGAPA KERAJAAN TIDAK MENGHAPUSKAN UNDANG-UNDANG SELUDUP BERAS?JAWAPAN KERAJAAN SELALU NYA INGIN MENJAGA PESAWAH!TAPI DENGAN KENAIKAN HARGA BERAS DI PASARAN SEKARANG ADAKAH PESAWAH YANG TIDAK RAMAI PERLU DIJAGA ATAU RAKYAT YANG RAMAI PERLU DI JAGA?Saya fikir jika kerajaan menghapuskan undang2 seludup beras harga nya akan menjadi murah disamping rakyat boleh menikmati beras yang berkualiti dgn harga yang murah.
Lagi pun sampai bila kerajaan nak menanggung subsidi,RMk-9 kerajaan memerlukan belanja yang banyak.
May 16, 2008 11:51 AM
Anonymous said...
dato'
Saya adalah golongan rakyat yang berpendapatan rendah dari Sarawak.
Tahun lepas kami dari Sarawak masih dapat menikmati harga beras dibawah
paras rm20(10kg) tapi skarang harga beras di Sarawak(kuching) paling murah rm27.90(10kg.Saya pernah menonton ditv harga beras disemenanjung masih ada yang berharga rm16.Kenapa?
Kami diSarawak semuanya kaya?Sedangkan gaji bagi pekerja diSarawak lebih rendah dari Semenanjung.Diharap pihak kementerian boleh membantu kami dari Sarawak.Tolonglah........
Saya juga berharap dato' sendiri boleh turunpadang ke Sarawak dan tengok sendiri kepayahan kami.
Dan diharap dato' baca dan bagi respon kepada apa yang ditulis di blog ini kerana saya dapati blog ini telah lama tak diupdate dan jangan asyik berpolitik dalm UMNO kerana kami diSarawak amat memerlukan keperihatinan dato'.
SEKIAN
YANG TERCEKIK
KUCHING.
May 19, 2008 10:39 AM
Zainal A. Kasim said...
YB
Kalau ada blog, tapi tak update tak payah ada blog la....
http://c-bok.blogspot.com
May 22, 2008 8:21 AM
mat_terab said...
kalau harga minyak tak naik baguslah Dato tapi kita nak tengok sampai bila kerajaan boleh bertahan tidak naikkan harga minyak kata dalam PRU12 kerajaan tidak akan naikkan harga minyak...
May 25, 2008 1:03 PM
sebol said...
Datuk,
Adalah dicadangkan supaya kupon subsidi diberikan secara berikut:
http://sebolku.blogspot.com/2008/05/kupon-subsidi.html
May 27, 2008 10:30 AM
sebol said...
Saya ada Proposal baru
Beri Peluang Rakyat Singapura Membeli Minyak Tanpa Subsidi
May 27, 2008 4:08 PM
Anonymous said...
Larangan tidak menjual minyak kepada kenderaan seperti thailand atau singapura asing adalah tak wajar dan tak proaktif dalam menangani isu ini. Ini saya cadangkan kepada datuk shahir,
a) Hadkan pembelian minyak petrol RM10 Sahaja dan Diesel RM5 Sahaja kepada kenderaan asing dan khaskan stesen tempat pembelian minyak bagi kenderaan asing bagi mereka yang ke bandar.
b) Khaskan partition pengisian minyak bagi kenderaan asing bagi pengisian petrol dan diesel yang dijual dengan dengan harga tak subsidi.
Saya lebih yakin bahawa cadangan (b) lebih efektif untuk menangani masalah ini daripada memberhentikan atau melarang pengisian minyak bagi kenderaan asing.Malaysia tidak akan rasa rugi dengan cadangan (b).Di harap datuk shahir baca perkara ini bukan dengan bertindak dengan bodoh.....
May 27, 2008 9:34 PM
Terong said...
Salam Shahrir Samad,
Bagi aku satu cadangan yang bodo untuk tidak membolehkan kereta asing tidak boleh mengisi minyak dalam sekitar 50km dari sempadan. Apa akan jadi padi stesyen minyak di 2nd Link kalau takde kreta asing.
Kenapa tak buat pump minyak special disetiap stesyen minyak di dalam sekitar 50km dari sempadan pada harga pasaran sebenar. Biar rakyat Malaysia tah berapa harga sebenar petrol dipasaran.
Oleh itu rakyat asing mempunyai pilihan untuk mengisi minyak pada harga pasaran jika ada keperluan.
Inilah kelembapan suruhanjaya yang DS diketuai.... Mana ada wawasan.. dan ini membuat rakyat Singapura ketawa terbahak-bahak....
Diharap tidak ada lagi wawasan bodo dari anda...
p/s - aku sure hang mana berani siarkan komen ini sebab anda mana ada daya tahan yang kuat.
May 30, 2008 8:56 AM
Anonymous said...
YB Dato yang amat disayangi,
Niat sebenar orang asing datang Johor Bahru atau sempadan Utara Semenanjung Malaysia bukanlah semata-mata nak isi minyak.Oleh kerana orang asing yang datang dengan "membawa Kenderaan mereka akan mengisi minyak sebelum pulang adalah satu tabiat semulajadi setiap insan yang ingin hidup berjimat-cermat walaupun dikategorikan sebagai golongan mampu/kaya hidupnya" tidak bermakna "Negara Malaysia" akan rugi segalanya dengan tabiat semulajadi tersebut.
Perlu kita ingat mereka datang dengan membawa "kenderaan" diwajipkan isi tangki 3/4 sebelum masuk Johor seperti yang dilaksanakan Singapore.Ini mungkin tidak berlaku di sempadan sebelah Utara.Tetapi dengan perkembangan serta pengaliran kenderaan yang makin pesat setiap hari tentu dapat membawa "Lebih Kemasukan Aliran dari segi Kewangan Negara " berbanding dengan " Peruntukan Kewangan Subsidi Negara ",kalau dilihat hanya pada dasar ekonomi tertentu.
Tidak dapat dinafikan tumpuan utama subsidi kerajaan hanya bagi membantu pada "golongan yang dikategorikan sebagai kurang/tidakmampu .Tapi pada kerajaan, 'Golongan yang mampu/kaya/elite" telah mempergunakan subsidi ini secara langsung juga...
Kini kerajaan ingin melakukan sesuatu bagi menyekat "subsidi" tidak dipergunakan oleh "Kenderaan Asing" "bukan warga asing" pula, kerana bimbang "Kenderaan Asing" mencari "rezeki" dengan mempergunakan minyak subsidi paling murah di rantau ini yang sebenarnya disubsidikan dengan "Taxpayer Money".Niat Kerajaan memang perlu dipuji kerana benar-benar berjiwa rakyat.
Pengekalan "Subsidi Minyak " yang diberi kerajaan hanya bersifat sementara dan terpaksa, memandangkan keadaan minyak dunia yang kian meningkat,tapi perlu dikaji pula keuntungan yang dinikmati negara juga kian meningkat atas sebab negara kini adalah negara pengeluar minyak. sekiranya "pentadbiran kewangan belum dapat diurus dengan penuh keyakinan " tanpa "kebocoran" berlaku, maka pengekalan subsidi akan hilang suatu hari nanti bukan kerana Harga Minyak terus naik tapi mungkin pengurusan yang kurang/tidak berasakan kepada kepentingan negara dan rakyatnya.
"Isu Subsidi" kerajaan adalah satu isu ekonomi atas dasar kewangan negara yang dinikmati rakyat selama ini;tabiat bergantung kepadanya tidak mudah dikurangkan/dihapuskan dalam janka-masa pendek; isu " kewangan " hanya dapat diselesaikan selagi "pengeluaran/penghasilan negara "dapat dipertingkatkan lagi dengan kualiti-mutu-kemahiran-pengeluaran setiap pekerja dapat dipertingkatkan supaya "kemampuan" setiap pekerja dapat ditingkatkan lagi akhirnya mendapat "Per capita income"/Upah yang benar-benar dinikmati setiap pekerja khasnya.Sementara semua "kebocoran " dapat dikesan oleh sistem pentadbiran kewangan negara.
"Pengagihan peruntukan kewangan yang sepenuhnya"harus dikaji semula dengan tumpuan kepada "peruntukan mengurus" yang tidak mendatangkan kesan-kesan positif kepada negara dan rakyatnya. "Jumlah peruntukan mengurus" negara setiap tahun jauh lebih besar berbanding dengan "Jumlah peruntukan membangun".
Jadual berikut dapat ditinjau :
Tahun Jumlah Jumah
Bajet P.Mengurus P.membangun
2008 RM128.8B RM48.1B
2007 RM112.9B RM46.5B
2006 RM101.3B RM35.5B
Kesan "peruntukan mengurus kewangan" yang berhemah dan berhasilan oleh setiap pengurus kementerian yang mengurus bagai seperti menjaga "kewangan keluarga sendiri "dapat membantu negara mengekalkan subsidi kepada semua rakyat Malaysia yang bertuah ini. Pengurangan/penghapusan subsidi hanya dapat berjaya dilaksanakan secara beransur-ansur sekiranya "Pendapatan Negara" yang meningkat " setiap tahun benar-benar dapat dinikmati secara langsung oleh semua gologan pekerja/pentadbir awam serta swasta yang berjaya menyumbang kepada pembangunan negara tercinta ini.!
Halangan/rintangan yang dibina tentu akan dirobohkan oleh insan yang tidak mengikut peraturan/bertanggungjawab.Kerana setiap insan akan mencari jalan dalam hidupnya.Oleh itu, halangan yang dibina akan menimbulkan masalah yang lain pula suatu hari nanti.
Penyelesaian yang "terpantas" hanyalah dengan menyediakan Vendor-yang-dilesenkan-oleh Kerajaan yang lebih dari seribu vendor di seluruh negara yang sedia-ada dengan mengkhaskan" Lorong-lorong" jualan-minyak kepada "Kenderaan Asing" tanpa subsidi di stesyen-stesyen yang sedia-ada di negara
ini, ia dapat dilaksanakan sekiranya, tumpuan sektor petroleum dan gas negara tidak terlalu kepada Pasaran Global semata-mata...!
May 30, 2008 4:05 PM
chot said...
Askum Dato.
Saya ingin mencadangkan agar larangan penjualan minyak di kaji semula kepada warga asing.adalah lebih praktik kalau larangan penjualan minyak ini di kaji semula
Alasan yang saya nak kemukan adalah seperti berikut
1.Alasan yang di kemukan adalah terlalu lemah.hanya kerana ingin menyekat pembelian minyak subsidi kerajaan..bagaimana dengan kawasan yang di luar radius 50km dari sempadan?mereka masih boleh menikmati juga?
Di sini saya ingin mencadangkan agar di seragamkan penjualan minyak pada warga asing pada harga bukan subsidi atau mengikut harga pada negara meraka.
isu pasal penyalahgunaan subsidi minyak boleh di kurangkan.
bagi pendapat 1 sen saya ini Dato,kalau nak buat sesuatu...buatlah bersungguh2 .kalau di seragamkan begini...ianya tidak akan menjejaskan sektor pelancongan at all.
jangan ler mengambil keputusan yang seolah2 melepaskan batok di tangga.
Sekian
chot
June 3, 2008 12:59 PM
chot said...
Dato,
Apa kata kalau PM hingga ke setiausaha parlimen beli minyak tanpa harga subsidi?
saya rasa golongan ini yang banyak gunakan duit rakyat..
June 3, 2008 1:10 PM
Anonymous said...
itu aje ke tindakan yang mampu dibuat oleh menteri yang kononnya mengaku "yang terbaik dikalangan kita"?
masa tak jadi menteri pandai bercakap..macam hebat sangat.rupanya sekadar tin kosong..takde isi
hehehe jadi menteri zaman milenium tak sama dengan menteri tahun 80an dulu
rakyat marhaen
June 4, 2008 6:36 PM
Anonymous said...
petrol Rm2.70 seliter...makan nasik dengan garam laa rakyat malaysia
June 4, 2008 7:53 PM
Ubah gaya hidup? atau ubah kerajaan? said...
masa harga beras naik , depa suruh makan ubi kayu. skarang harga minyak pun naik..depa nak suruh buat apa pulak ni? naik basikal? aduhai, macam zaman jepun lah pulak. dah 50 thn lebih merdeka, berbezakah kita dengan keadaan 50 thn lepas?
June 4, 2008 8:21 PM