Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

2.4.08

Re: Aset Khir Toyo... & Pergolakan Semasa. (Score: 1)

(Score: 1)by kayu_cemeti (ahlanwasahlan_wamarhaban@yahoo.com) on Wednesday, April 02 @ 16:27:45 MYT(User Info Send a Message)

Benarlah apa yang dikata olih peluit tuh.....memang lah nak contohi masa zaman Rasullullah atau zaman sahabat tuh payah sekali masa itu pemimpin2 islam bagaikan lilin yang menerangi seluruh rakyat nya tapi zaman sekarang ni walaupun pemimpinnya mendakwa islam tapi cara hidupnya terus berbedza sebaik2 dapat kuasa dan perbezaanya yang ada ibarat langit dengan bumi baik dari segi rumah kediaman atau kereta mewahnya itu belum lagi asetnya yang berupa acct simpanan yang dulu cuma angka ribu saja namun apabila bergelar sahaja menteri acct nya menjangkau angka beratus2 juta banyaknya.

Sehingga perkataan yang mashur dikalangan pemimpin
seperti malam ini kita nak makan dimana ......
berbanding rakyat yang naif berkata....malam ini kita nak makan apa!!!

Kc harap sebaik2 BR dapat memenangi dlm pru12 baru2 ini ingatlah itu adalah amanah dari Allah yang barang pasti akan dicabut juga oleh Allah jika cuba menzalimi rakyat nya yang naif. Bukan sahaja naif dari segi harta benda tapi yang sedih naif dari segi akhlak budaya dan ilmu kerohanian yang makin bertambah2 jahil; Apabila pemerintah yang lalu menzalimi rakyat merobohkan rumah dengan sesuka hatinya menutup sekolah2 agama rakyat menyekat ceramah2 dan kuliah2 dimesjid dan seribu satu lagi kezaliman yang dilakukannya.

Seperti kata peluit Kc juga berharap dan terus mengharap dan mewakili semua rakyat supaya jalankan amanah Allah itu sebaik2 kita merasai kemenangan dan janganlah dilengah2 kan lagi kerana rakyat sebenarnya telah lama menderita disebabkan tekanan hidup yang makin mencabar disebabkan longgarnya undang2 dalam menyekat lubang2 maksiat yang kian parah dengan mat rempitnya bohsianya mabuknya jenerasi kita kian teraba2 melihat masa depannya yang makin terhimpit oleh pendatang2 asing kalau dulu kita cuma dengar pendatang Indonesia tapi sekarang dengan Bangladeshnya Burma Myanmarnya Sri Langkanya tah esok2 pendatang mana lagi yang memenuhi Ibu Kota kita malah di kampung2 peluang remaja2 kita kerja kilang pun telah dipenuhi pendatang2 ini .Ini disebabkan kerakusan pemimpin2 kita yang lalu untuk dijadikan perniagaan melalui pengambilan pendatang2 melalui ejen yang didalangi oleh orang2 politik Umno atau bn.Seperti kata Peluit juga Kc harapkan pimpinan Ba buktikan lah apa yang telah dijadikan manifesto yang lalu janganlah dilengah2 kan kerana 5 tahun adalah satu jangkamasa yang pendek sekali takut dah dekat2 pru13 baru nak buat itu dan ini.

JADILAH KERAJAAN UNTUK RAKYAT BUKAN UNTUK KRONI.

Respon yang menarik. Peluit kerap melalui pekan Meru Klang. Satu yang mengejutkan kumpulan pendatang Bangladesh & Burma di sini ramai yang telah membawa isteri bersama. Isteri Bangladesh memang cantik-cantik belaka macam heroin Hindustan. Ada sekumpulan pendatang mirip wajah cina, Peluit memanggil mereka ini pendatang Tibet, tak pasti mereka ini orang Tibet, Sabah atau dunia mana; pun ramai yang telah membawa isteri ke negara kita.

Jika tidak dikawal bukan mustahil 10 tahun akan datang golongan mereka akan menakluki Meru & Klang. Apatah lagi kerajaan kita memang baik hati dengan memberi mereka MyKad sebagai penduduk tetap (PR) setelah berkerja di sini selama 10 tahun. Peluit tidak arif sangat dengan status PR ini. Tapi salah satu yang pasti tentunya mereka ini layak membeli harta; rumah umpamanya di sini. Sila Klik ini sedikit maklumat tentang PR.

Kita tidak risau sangat jika kalangan mereka dari fahaman satu agama; Islam, jika satu agama pasti masalah sosial itu mudah untuk diselesaikan. Paling kita takuti jika mereka yang membanjiri negara kita ini dari fahaman agama yang berbeda. Bukan maksud Peluit mahu mempertikai kebebasan beragama di negara kita tetapi apa akan jadi jika Islam itu menjadi kaum minoriti; Seperti di Singapura asalnya Tumasik. Semua tahu Tumasik ini dulunya tempat kerabat Sultan Johor rajin bersantai. Sekarang habis dijajah oleh kaum Cina. Cuba kita selidiki pula di Sabah, pasti pandangan biasa di kampung-kampung sana banyak gereja.

Masalah kaum ini amat sensitif untuk disebut apatah lagi diperdebatkan sebab kita punyai sejarah hitam lantaran perbalahan sesama kaum Melayu & Cina. BA yang kini mahu menubuhkan Barisan Rakyat (BR) jika mahu terus meneraju memerintah negara wajar memikirkan stragedi bagaimana menyatukan semua kaum dengan Satu Agama.

Jika mengamati bagaimana media arus perdana BN dahulu menakutkan kaum Cina konon jika BA memerintah siaplah! semua kaum Cina akan disunatkan.

Kita dilahirkan sebagai khalifah oleh Allah Azzawajalla. Bilamana kita punyai kuasa digengaman; inilah masa terbaik kita lancar berdakwah untuk melebarkan sihar Islam. Banyak cara untuk mendekatkan kaum lain agar menyintai Islam. Bukan hanya dengan watak pemimpin tetapi susun cara, kaedah atau terbaik pemerintahan & perundangan sepenuhnya secara Islam. DAP menolak Islam tentunya lantaran silap kita berdakwah. Untuk menjadi negara yang berundangkan Islam memang amat payah & getir. Kemerdekaan yang kita nikmati ini pun berlandaskan sistem perundangan British.

Golongan muda ramai yang tidak terdedah dengan konflik perjuangan kemerdekaan. Bila ditanya kenapa ramai orang Melayu masuk komunis. Pasti di benak mereka mengatakan mereka ini pengganas tetapi bila kita membaca pengalaman Shamsiah Fakeh di Mastika jelas menunjukkan kaum Melayu yang terjerumus ke fahaman komunis juga asalnya memang pejuang kemerdekaan. Lantaran tidak bersetuju dengan pra syarat British menobatkan bumi Tanah Melayu merdeka dengan cara mereka. Mereka sanggup masuk ke hutan. Moralnya mereka mungkin ditolak sebagai pewaris bangsa tetapi bagaimana antara kita anak merdeka yang sanggup menggadai tanah air sendiri dengan tuntutan duniawi & kemewahan yang cacamerba. Pengganaskah kita? Ramai geladangan ini kita angkat & puja sebagai pejuang bangsa. Alahai!.

Seandainya kita dapat menyatukan warga yang berbagai eknik dengan Satu Agama rasanya pasti tidak timbul lagi masalah sempadan minda, wilayah jajahan & fahaman yang berbeda-beda. BA dengan sokongan majoriti rakyat tentunya boleh buktikan di mata dunia dengan politik juga kita boleh berdakwah menyebarkan sihar Islam. Mesti ada langkah atau agenda terbaik untuk Biro Agama dalam BA, PAS terutamanya bagi menggamit mereka yang bukan muslim mendekatkan diri dengan Islam. Jadikan visi ini sebagai satu visi utama & murni.

Peluit: Islam lahiriah terlalu banyak dosa bila dijajah masa.