Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

22.4.08

9 ulama mati dalam masjid

Posted on Tuesday, April 22 @ 21:37:21 MYT by greenboc Oleh pemudawilayah"Oleh Herman Samsudeen

MOGADISHU: Mayat sembilan ulama ditemui dalam sebuah masjid di ibu negara Somalia, semalam, dengan penduduk mendakwa mereka ditembak askar Habsyah dalam pertempuran dengan pemberontak hujung minggu lalu.

Enam daripada mayat ditemui dalam Masjid Al-Hidaya di utara Mogadishu, manakala tiga lagi dijumpai di luarnya. Penemuan mayat ulama itu menjadikan angka korban pertempuran selama dua hari kepada 56.

“Mereka adalah pendakwah yang tidak bersalah tetapi ditembak oleh tentera Habsyah,” kata seorang penduduk, Farah Fargan, yang membantu mengumpulkan mayat berkenaan.

Seorang lagi penduduk, Sheikh Mohamed Muse berkata, askar Habsyah juga menahan 21 budak lelaki yang berlindung dalam masjid itu ketika pertempuran meletus.

“Apa yang mereka lakukan adalah satu pencabulan hak asasi manusia. Mereka menembak ulama yang berada dalam rumah Allah. Tuhan akan menghukum mereka,” kata Muse.

Mogadishu dilanda pertempuran paling sengit dalam tempoh dua bulan antara pemberontak dengan askar kerajaan Somalia yang dibantu tentera Habsyah, Sabtu lalu.

Pemudawilayah - Ini sudah melampau, Pemuda PAS akan serah memorandum pada PBB esok jam 2.30 petang di Damansara.