Lompat parti: "Strategi DSAI menstabilkan Pakatan, mengkelam-kabutkan BN&amPosted on Wednesday, April 23 @ 07:46:47 MYT by SongkokPutih Oleh Zulfikar Samsuri
Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan) mendakwa bahawa ada di kalangan Ahli Parlimen (AP) Barisan Nasional (BN) akan bertindak lompat parti ke Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam masa sebulan dua ini. Pakatan yang mendapat 82 kerusi parlimen hanya memerlukan 30 kerusi di Parlimen untuk mendapat majoriti mudah serta menggulingkan kerajaan BN.
Azmin Ali, naib presiden PKR pula mengatakan bahawa PKR sudah berjaya mendapatkan lebih daripada 30 orang AP BN akan menyertai Pakatan. DSAI sekali lagi, dalam ceramah di malam Gelita 14 atau Black 14, mengtakan bahawa Pakatan sudah bersedia untuk menjadi kerajaan.
Tetapi yang menjadi persoalan kini, jika betul sudah bersedia, mengapa tidak menubuhkan kerajaan sekarang. Umumkan sahaja AP-AP dari BN yang hendak melompat keluar dari parti mereka itu dan masuk ke dalam Pakatan.
Menurut penulis serta editor bagi seksyen bahasa Malaysia Malaysiakini Sdr. Fathi Aris Omar, ini mungkin perang saraf yan dibuat DSAI dan percubaannya hendak menguji sama ada beliau masih lagi popular atau tak pasca pilihan raya ini.
Katanya, "[i]ni strategi kempen DSAI untuk menstabilkan Pakatan Rakyat & mengkelam-kabutkan BN. Aku rasa DSAI cuba "test market" sejauh mana popularnya dia & Pakatan selepas p/raya 8 Mac."Soalan yang sama ditanyakan -- benar atau tidak dakwaan DSAI itu -- kepada Al-Mustaqeem Mahmod Radhi bekas editor majalah seni-politik Siasah (bukan tabloid).
Ini jawapannya, "cuma dia, Tuhan dan mungkin 2-3 orang yang rapat dengan dia yang tahu. Tentang 30 orang MP nak lompat, siapa yang betul-betul pasti?"MR Al-Mustaqeem menambah dengan penuh yakin,"[..] yang agak pasti, perubahan kerajaan persekutuan akan bawa kebaikan untuk negara."
*pertama kali tersiar di blogzine http://republikkata.blogspot.com