Oleh BuahBeluluk
"
Assalamualaikum
Saya tertarik dengan kempen “Selamatkan Sufiah” yang di taja oleh Dr Mashitah dan Zaid Hamidi melalui Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Syabas diucapkan kepada mereka kerana mengambil initisiatif ini.
Namun saya tertanya bagaimanakah caranya untuk menjayakan kempen ini memandangkan beliau (Sufiah Yusof) adalah warganegara Britain dan berumur lebih 21 tahun.
Adakah Dr Mashitah, akan kesana bersama Zaid Hamidi atas tiket YADIM kemudian akan memanggil saudari Sufiah, menasihatkan beliau. Adakah ia semudah itu? Adakah ini tidak dinamakan mencampuri urusan politik Negara U.K.
Ataupun YADIM akan bekerjasama dengan Organisasi Dakwah U.K kemudian mereka akan membuat sessi kaunseling kepada saudari Sufiah bagi pihak YADIM. Persoalannya adakah Sufiah ingin berjumpa dengan organisasi ini? Kaunseling yang diadakan bukan 1 sessi tetapi kemungkinan sessi kaunseling bersiri. Adakah dia akan turut mengikuti sessi kaunseling atau melagkah pergi atas dasar kebebasan beliau lebih 21 tahun.
Walauapa pun cara saya berharap Mashitah akan berhati-hati dalam tindakannya. Beliau harus menerangkan
a) strategi dan caranya,
b) Badan dakwah U.K yang akan bekerjasama
c) berapa kali beliau dan rombongan akan ke U.K.
d) Berapa lama tempoh setiap lawatan.
e) Apa kemajuan dicapai.
f) Berapa perbelanjaan kerajaan dan perbelanjaan derma yang digunakan
Kita tidak mahu projek atau kempen ini mencapai kegagalan, apatah lagi banyak kempen-kempen kerajaan yang tidak berjaya. Contoh yang paling mudah kempen yang selalu diwar-warkan oleh Dr. Mashitah sendiri iaitu “Kempen Rumahku Syurgaku” dan slogan lihatlah, pandanglah, keluargaku keluarga contoh" yang kita masih tertanya tentang strategi dan keberkesannya.
Kita juga berharap janganlah kempen tertumpu kepada saudari Sufiah sahaja, tetapi tumpukanlah kempen menyelamatkan anak-anak Malaysia yang lebih mudah dan lebih senang untuk diawasi.
Banyak rumah kebajikan, rumah anak2 yatim, “child home shelter” yang dimiliki oleh beberapa inidividu ( perseorangan) yang boleh dibantu. Mereka ini dalam keadaan tercungap-cungap dalam operasi seharian dengan perbelanjaan yang semakin meningkat. Saya ingin mengambil contoh Rumah Pernim yang menjaga anak2 HIV. Untuk makluman boleh lawati www.pernim.com.
Telah tiba masanya untuk semua mula bekerja dan tidak lagi membincangkan tentang kekalahan atau kemenangan PRU12, dan tidak lagi membincangkan perkara remeh temeh dalam memikirkan cara menyelamatkan survival politik individu2 tertentu.
Hanya keampunan Allah kupinta…."