Posted on Thursday, April 03 @ 14:02:39 MYT by greenboc Oleh mayasi
"Saya baru balik dari mengerjakan ibadat Umrah di Tanah Suci Mekah. Sewaktu berada di Madinah selama 3 hari, boleh dikatakan sebahagian besar penduduk Madinah, terutamanya para pemuda dan peniaga yang terjumpa kita akan menyapa dengan mesra, dan saya suka memperturunkan sebahagian dari percakapan umum mereka apabila menyapa kita:
"Anta...Indonesia....Malaysia?" (Awak dari Indonesia atau Malaysia?)
"Malaysia."
"Masya Allah, Malaysia..! Abdullah Badawi..? ...Anwar Ibrahim...?"
"Anwar Ibrahim".
"Masya Allah...! Alhamdulillah! Anwar Ibrahim baguuusss!!" Sambil menunjukkan ibu jari kanannya.
Mereka terus memeluk saya dengan erat sambil menepuk-nepuk belakang saya. Dari wajah dan cara mereka, tergambar kegirangan dan kegembiraan yang sebenar, dan bukannya sengaja dibuat-buat.
Dan kebiasaannya, mereka akan segera berteriak memanggil kawan-kawan yang berada di persekitaran mereka, atau para peniaga yang berada di kedai berdekatan kedai mereka, lalu memperkenalkan saya kepada mereka, dengan nada suara yang sungguh gembira, memberitahu bahawa saya dari Malaysia, dan saya adalah penyokong Anwar Ibrahim, bukannya penyokong Abdullah Badawi!
Maka kebiasaannya suasana akan menjadi riuh-rendah apabila kawan-kawannya datang dan menjabat tangan lantas memeluk saya, sambil mengucapkan tahniah dan syukur. Itu bukan satu-satunya kejadian seumpama itu, malah ianya berlaku setiap hari, pagi-petang dan siang-malam, ke mana sahaja saya pergi dan di kedai mana sahaja saya singgah, bahkan ianya juga berlaku di dataran lapang di sekitar Masjid Nabawi.
Para penduduk Madinah seperti sangat mengikuti perkembangan politik di Malaysia dan amat mengambil berat tentang perjuangan Anwar Ibrahim dan rakan-rakannya dalam Barisan Alternatif.
Hampir kesemuanya akan mengatakan :"Anwar Ibrahim, bagus! Abdullah Badawi, tidak bagus! Mahathir, kurang bagus!"
Dan selalunya saya akan membeli barang-barang di kedai mereka dengan mendapat harga yang jauh lebih murah dari biasa, sebagai tanda kegembiraan dan ucapan terima kasih mereka!"
Peluit: Madinah jua Mekah bukanlah tempat pura-pura & mainan. Jika memang benar ceritera ini berlaku di sana bermakna memang aura DS Anwar begitu gah & diterima dunia. Semoga apa yang diceriterakan ini menjadi satu pedoman & renungan buat semua. Betapa dulu DS Anwar diaibkan didera difitnah; belum pun dia pergi kenyataannya telah nampak bagi mereka yang prihatin tentang politik semasa. Bagaimana pula mereka yang masih tertutup keprihatinannya.