Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

23.4.08

Lompat parti:

Lompat parti: "Strategi DSAI menstabilkan Pakatan, mengkelam-kabutkan BN&amPosted on Wednesday, April 23 @ 07:46:47 MYT by SongkokPutih Oleh Zulfikar Samsuri

Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan) mendakwa bahawa ada di kalangan Ahli Parlimen (AP) Barisan Nasional (BN) akan bertindak lompat parti ke Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam masa sebulan dua ini. Pakatan yang mendapat 82 kerusi parlimen hanya memerlukan 30 kerusi di Parlimen untuk mendapat majoriti mudah serta menggulingkan kerajaan BN.

Azmin Ali, naib presiden PKR pula mengatakan bahawa PKR sudah berjaya mendapatkan lebih daripada 30 orang AP BN akan menyertai Pakatan. DSAI sekali lagi, dalam ceramah di malam Gelita 14 atau Black 14, mengtakan bahawa Pakatan sudah bersedia untuk menjadi kerajaan.

Tetapi yang menjadi persoalan kini, jika betul sudah bersedia, mengapa tidak menubuhkan kerajaan sekarang. Umumkan sahaja AP-AP dari BN yang hendak melompat keluar dari parti mereka itu dan masuk ke dalam Pakatan.

Menurut penulis serta editor bagi seksyen bahasa Malaysia Malaysiakini Sdr. Fathi Aris Omar, ini mungkin perang saraf yan dibuat DSAI dan percubaannya hendak menguji sama ada beliau masih lagi popular atau tak pasca pilihan raya ini.

Katanya, "[i]ni strategi kempen DSAI untuk menstabilkan Pakatan Rakyat & mengkelam-kabutkan BN. Aku rasa DSAI cuba "test market" sejauh mana popularnya dia & Pakatan selepas p/raya 8 Mac."Soalan yang sama ditanyakan -- benar atau tidak dakwaan DSAI itu -- kepada Al-Mustaqeem Mahmod Radhi bekas editor majalah seni-politik Siasah (bukan tabloid).

Ini jawapannya, "cuma dia, Tuhan dan mungkin 2-3 orang yang rapat dengan dia yang tahu. Tentang 30 orang MP nak lompat, siapa yang betul-betul pasti?"MR Al-Mustaqeem menambah dengan penuh yakin,"[..] yang agak pasti, perubahan kerajaan persekutuan akan bawa kebaikan untuk negara."

*pertama kali tersiar di blogzine http://republikkata.blogspot.com

Anwar Vs Dr Jeffrey

Posted on Wednesday, April 23 @ 07:41:29 MYT by SongkokPutih

Oleh jayabdih

"Dr Jeffrey sudah tentu berbangga bahawa beliau telah dilantik menjadi Naib Presiden PKR sedangkan di Sabah beliau bukan Ketua Perhubungan PKR negeri Sabah. Kita juga melihat pertindihan kuasa yang amat ketara dalam PKR Sabah dimana sepatutnya Ketua Perhubungan Sabah diangkat menjadi Naib Presiden.

PKR pusat agaknya tak nampak pertindihan ini yang menyebabkan PKR Sabah bercakaran kerana tidak tahu siapa yang benar-benar jadi ketua di Sabah. Ada yang mengatakan Dr Jeffreylah yang jadi ketua dan ada yang menganggap Hj Ansarilah yang jadi ketua kerana beliau ialah Ketua Perhubungan PKR negeri Sabah.

AJK PKR Sabah kebingongan dengan misteri 'dua kepala'. Ada pula yang menyatakan bahawa Dr Jeffrey dilantik menjadi Ketua PKR bagi Sabah Sarawak.

Bila pula PKR sarawak memberi kuasa kepada Dr Jeffrey menjadi ketua sedangkan Sarawak mempunyai satu ADUN PKR?

Sepatutnya tak perlu lagi kerana PKR Sarawak telah mendahului Sabah mendapat satu kerusi DUN.

Tak masuk akal betul.

Hj Ansari dengan strateginya dan Dr Jeffrey dengan 'muslihatnya'. Keadaan ini membingongkan ahli PKR kerana mereka tak tahu mau ikut siapa!!.

Dr Jeffrey dengan 'tipu helahnya' hampir-hampir menjerat Anwar Ibrahim semasa DSAI melancarkan buku 'Justice for Sabah' di TVRC Tambuanan.

DSAI tertipu kali kedua kononnya perhimpunan di Tambuanan itu adalah perhimpunan PKR walhal perhimpunan itu hanyalah 'melariskan' jualan buku Dr Jeffrey yang dianggap haram kerana tiada nombor KDN. Isi bukunya pula mirip kepada sentimen 'anti malaysia' yang di canang oleh KDM pada tahun 76 hingga kini, hasil pengaruh dari orang putih yang menjajah negeri Sabah.

DSAI tertipu lagi kali ketiga dengan menganggap bahawa semua yang hadir dalam perhimpunan itu adalah usaha kuat Dr Jeffrey walhal Dr Jeffrey terbahak-bahak kesukaan ketika DSAI merengkok di penjara.

Sejak PKR di tubuhkan pada 1999, Dr Jeffrey hanya berdiam diri hingga tahun 2006. Apabila Dr Jeffrey melihat kuncu-kuncunya berpusu-pusu memasuki PKR beliau kehilangan kawan rapat lalu mengatur strategi 'MENGAMPU' Anwar/ Wan Azizah.

Ampu punya ampu akhirnya Anwar tertipu kali keempat dengan mempercayai mulut manis Dr Jeffrey. Kuncu-kuncu Dr Jeffrey terbahak-bahak kerana mainan 'sulit' Dr Jeffrey membuahkan hasil.

Kuncu-kuncu Dr Jeffrey sudah tentu senang hati bila DSAI akan tertipu dengan sentimen KDM tahun 1975 iaitu benci kepada orang semananjung, benci kepada islam kerana menghalau paderi-paderi (pendatang orang putih) seperti 'Portman, Henselmen dan lain-lain lagi paderi balik ke negara asal mereka iaitu BELANDA.

Sehingga hari ini nama Father Portman diabadikan di gereja Toboh Tambunan. Difahamkan sebahagian pendapatan yang diperolehi oleh TVRC disalurkan ke gereja Toboh. TVRC adalah milik Dr Jeffrey. Inilah sebenarnya sentimen yang dibawa oleh Dr Jeffrey sehingga kini.

Sentimen ini hampir ke kemuncaknya apabila DSAI diminta untuk menanda-tangani satu deklarasi Tambunan semasa perhimpunan rakyat di TVRC Tambunan pada tahun 2006. Antara isi kandungan deklarasi tambunan itu ialah '20 points' syarat pembentukan Malaysia yang menafikan bahawa islam bukan agama resmi Sabah dan Bahasa Melayu bukan bahasa resmi Sabah.

Kalau DSAI gairah menanda-tangani maka sahlah DSAI terperangkap hidup-hidup dan tertipu kali ke lima. Dan sahlah bahawa Anwar memperjuangkan gerakan 'sulit' yang memusuhi islam dan ini berlawanan dengan hasrat PAS.

Siapa Anwar dibandingkan dengan Dr Jeffrey?

1. Anwar hanya ada satu Sarjana Muda sedangkan Dr Jeffrey adalah PhD dan empat Masters (Ijazah Sarjana).

Naturally, Dr Jeffrey lebih layak menjadi Perdana Menteri dari DSAI, kata kuncu-kuncu Dr Jeffrey, memperkecil-kecilkan kewibawaan DSAI.

2. Dr Jeffrey bertanding di Parlimen Keningau untuk menyelamatkan kedudukan 'abangnya' iaitu Pairin. Sekali gus beliau kelihatan sebagai 'pelapis' kepada Pairin apabila Pairin bersara tidak lama lagi.

Pada 23.04.2008, sekali lagi Anwar dijemput ke Sabah untuk upacara menanda-tangani deklarasi Tambunan sebagai penipuan kali yang ke enam.

Apakah DSAI tertipu kali ini?."

22.4.08

9 ulama mati dalam masjid

Posted on Tuesday, April 22 @ 21:37:21 MYT by greenboc Oleh pemudawilayah"Oleh Herman Samsudeen

MOGADISHU: Mayat sembilan ulama ditemui dalam sebuah masjid di ibu negara Somalia, semalam, dengan penduduk mendakwa mereka ditembak askar Habsyah dalam pertempuran dengan pemberontak hujung minggu lalu.

Enam daripada mayat ditemui dalam Masjid Al-Hidaya di utara Mogadishu, manakala tiga lagi dijumpai di luarnya. Penemuan mayat ulama itu menjadikan angka korban pertempuran selama dua hari kepada 56.

“Mereka adalah pendakwah yang tidak bersalah tetapi ditembak oleh tentera Habsyah,” kata seorang penduduk, Farah Fargan, yang membantu mengumpulkan mayat berkenaan.

Seorang lagi penduduk, Sheikh Mohamed Muse berkata, askar Habsyah juga menahan 21 budak lelaki yang berlindung dalam masjid itu ketika pertempuran meletus.

“Apa yang mereka lakukan adalah satu pencabulan hak asasi manusia. Mereka menembak ulama yang berada dalam rumah Allah. Tuhan akan menghukum mereka,” kata Muse.

Mogadishu dilanda pertempuran paling sengit dalam tempoh dua bulan antara pemberontak dengan askar kerajaan Somalia yang dibantu tentera Habsyah, Sabtu lalu.

Pemudawilayah - Ini sudah melampau, Pemuda PAS akan serah memorandum pada PBB esok jam 2.30 petang di Damansara.

Siapa bekas menteri itu?

Posted on Tuesday, April 22 @ 13:54:01 MYT by SongkokPutih Oleh Tun Telanai

Assalamu’alaikum wm.wrt,

Mohd Sayuti Omar [MSO] melalui blognya Blog Merah Tintanya yang dipetik oleh laman Marhaen [links] melaporkan seorang bekas Menteri telah melakukan gangguan seksual ke atas seorang wanita di di Kelab Havana hotel Maridien di KL Sentral. Kemudian, teman wanita itu sudah pun membuat laporan polis ke atas bekas menteri berkenaan. Kita tunggu siasatan lanjut daripada pihak polis.

Kita mengharapkan [sekiranya berita ini sahih dan benar] pihak polis yang menerima aduan tersebut perlu melakukan penyiasiatan dengan SEGERA seperti mana cepatnya macam kilat mereka menyiasat pemimpin kanan PKR yang terlibat dalam peristewa meraikan Anwar Ibrahim pada malam ‘Black 14’ pada 14 April lalu.

Kita hendak tahu sama ada pihak polis akan merendamkan sahaja kes itu kerana ia melibatkan rakyat marhaen dan yang melakukannya pula ialah pemimpin UMNO [hanya ramalan penulis semata-mata] atau membawanya ke mahkamah untuk diadili. Kes pencabulan adalah merupakan kes yang berat dan pasti sekiranya kejadian ini berlaku kepada orang biasa, maka sudah pasti pelakunya akan dihukum dengan berat. Kita tunggu perkembangan selanjutnya kes ini.Sayuti turut memberi sedikit klu terhadap bekas menteri itu.

Bekas menteri itu katanya seorang yang berjambang, baru menang kerusi Parlimen dalam dalam pilihan raya lalu beliau menang di kerusi Parlimen, tetapi tidak dilantik semula menjadi menteri. Penggugurannya disebabkan perlakuan moralnya yang buruk yang tidak selari dengan kehendak dasar kerajaan sekarang.

Persoalannya siapakah bekas menteri itu?

Saya pun lantas mengambil senarai karbinet tahun 2007 yang masih dalam simpanan. Saya perhatikan tidak seorang pun dikalangan menteri yang berjambang, kecuali Jamaluddin Jarjis, Menteri Sains, Tekonologi dan Innovasi, Ahli Parlimen Rompin. Dalam pilihan raya lepas, beliau bertanding semula di kerusi Parlimen Rompin menentang calon PAS, Mazlan Mohd Yassin. Beliau menang mengalahkan Mazlan dengan majoriti 10,679 undi. Beliau memperolehi 21,308 undi, manakala Mazlan mendapat 10,629, tetapi beliau digugurkan dalam senarai karbinet Abdullah selepas pilihan raya lalu.

Sementera itu, saya teringat kes pembunuhan kejam Norita Shamsudin pada tahun 2003 yang mana Hanif Basree seorang jurutera telah dituduh melakukan pembunuhan tersebut. Dalam perbicaraan kes tersebut, ada disebut ada orang ‘lain’ yang masuk selepas Hanif berzina dengan Norita. Ini membawa maksud bahawa Norita masih hidup ketika Hanif keluar daripada apartmen mewah itu.

Norita telah didapati terbunuh di satu apatmen yang disewanya di Sri Hartamas di mana mayatnya telah dijumpai oleh rakan sebiliknya. Mengikut testimoni mahkamah dua orang mata-mata gelap polis adalah yang mula-mula sekali tiba di tempat kejadian dan dengan serta-merta telah menutup pintu bilik untuk bersendirian dengan mayat Norita lebih dari dua jam.

Pasukan penyaisat polis tiba di tempat kejadian hanya selepas itu. Rakan sebilik Norita telah menyatakan di mahkamah bahawa kali pertama dia [bersama seorang rakannya] terjumpa Norita si mati berada dalam keadaan terbaring dengan kaki terkangkang, tetapi sejurus dua orang mata-mata gelap itu pergi, dia mendapati mayat Norita sudah diikat tangannya di bahagian belakang.

Mereka telah menjumpai telefon bimbit Norita dan adalah dipercayai beliau memang ada membuat dan menerima panggilan yang melibatkan seorang ternama [VIP] pada malam dia dibunuh. Panggilan telefon itu tentu sekali dapat membuka kunci rahsia mengenai keadaan kematian.

Akan tetapi kenapakah Pendakwaraya tidak pernah mengemukakan rekod telefon Norita di mahkamah? Apabila bahan bukti yang amat penting semacam ini sengaja diketepikan, Pendakwaraya sengaja melemahkan kes itu.

Akhirnya Hanif dibebaskan kerana tidak ada bukti kukuh untuk mensabitkan yang Hanif yang melakukan pembunuhan kejam tersebut. Yang pentingnya kes itu ditutup dan orang yang melakukan perbuatan itu bebas.

Semua orang tahu khususnya warga di Putrajaya, kes pembunuhan Norita ini ada kaitan dengan Jamaluddin Jarjis. Tanyalah saudara-mara, kenalan dan sahabat-handai yang berkerja di Putrajaya sekiranya maklumat ini salah. Saya hanya mendapat maklumat ini daripada seorang sahabat yang bekerja di JPM. Betul atau salah wallahua’alam.

Semenjak dari kes pembunuhan Norita ini menjadi topik utama perbincangan masyarakat di Malaysia, berita dan perkembangan sesama Jamaluddin Jarjis tidak ada langsung di media massa sehinggala beliau muncul kembali menjadi hero apabila Dr Sheikh Muszaphar Shukur menjadi Angkasawan Malaysia yang pertama yang berjaya menjejak kaki di bulan.

Ini bukanlah merupakan satu tuduhan kepada Jamaluddin Jarjis. Ianya hanya datang daripada imijasi daripada penulis sendiri. Benar atau salah kita sama-sama tunggu hasil penyiasatan yang dilakukan oleh pihak polis.

Bagi kes Norita, pasti ada pembunuhnya. Siapa, hanya Allah dan orang-orang yang terlibat sahaja yang tahu. Luangkan masa jenguk-jeguklah blog saya : http://tuntelanai.blogspot.com/ Ada banyak bahan yang boleh dijadikan pengetahuan dan hiburan diblog saya satu lagi: http://demang.blogmas.com/

“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”
Sekian.Wassalam.

DARI JELEBU

http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/6412/84/

Slogan Melayu Bersatulah semakin bising dan bingar kedengaran. Apa sebenarnya makna dan tanda slogan ini? Pada hakikatnya slogan Melayu Bersatulah ini tidak memiliki apa-apa makna. Ini adalah slogan dan laungan yang kosong, sifar, zero dan zilch. Slogan Melayu Bersatu ini samalah tarafnya dengan agenda Melayu dan agenda Ketuanan Melayu.

Kalau perkataan b-o-t-o-l keluar dari mulut maka kita dapat tahu dan faham benda itu. Kalau bunyi t-e-l-o-r yang keluar maka kita dapat membayangkan benda itu. Tetapi M-e-l-a-y-u-b-e-r-s-a-t-u-l-a-h apa bendanya yang kita fahami dari bunyi ini. Kalau slogan ini satu konsep ianya wajib memiliki asas. Konsep ialah perkataan yang memiliki makna tetapi tidak dapat di pegang dan dilihat. Konsep bukan botol. Konsep seperti berbudi bahasa, kita dapat gambarkan makna dan kelakuan – berbudi bahasa - yang dicakupi oleh konsep ini.

Melayu bersatulah ini pasti bukan konsep. Melayu Bersatulah hanyalah satu ilusi, satu mimpi, satu khyalan, satu angan-angan dan satu karut yang terlalu marut. Kalau melihat kerja ilusi David Copperfeild dapat juga kita dihairan dan ditakjubkan. Slogan Melayu bersatulah ini tidak menghairankan langsung. Tidak ada yang menakjubkan. Hanya, kita berkemungkinan dapat terhibur dengan kumpulan-kumpulan lawak-lawak yang datang bersama-sama susuk-susuk yang sedang mengheboh-hebohkan slogan ini.

Melayu bersatu bukan konsep kerana tidak memiliki asas. Ia menjadi karut lagi marut kerana Melayu TIDAK PERNAH bersatu. Melayu TIDAK bersatu. Dan Melayu TIDAK AKAN bersatu. Melayu Bersatu adalah satu cerita dongeng yang sengaja di jaja oleh United Malay National Organisations.

Manusia bersatu bukan kerana bahasa. Manusia bersatu bukan kerana agama. Manusia bersatu bukan kerana warna kulit. Manusia bersatu bukan kerana negara. Manusia bersatu kerana kepentingan ekonomi. Kenapa susah sangat perkara ini untuk di fahami? Memang betul pada awalnya manusia akan berkumpul dengan orang-orang yang sama bahasa, yang sama kulit, yang sama setempat atau sama agama. Ini menjadi asas awal untuk mereka mengenal dan berkomunikasi antara satu dengan yang lain. Apa tujuan mereka berkumpul? Mereka berkumpul untuk mencari makan. Mencari makan ialah asas ekonomi.

Kenapa susah sangat perkara ini untuk difahami?

Ekonomilah yang menjadikan asas untuk manusia berkumpul, berpasukan, berpersatuan, berparti atau bernegara. Manusia juga bertengkar, bertelagah, bergaduh dan berperang kerana ekonomi. Punca ekonomi ialah hakikat sejarah perjalanan tamadun manusia dari semenjak manusia mula merangkak, bangun, berjalan dan meninggalkan gua-gua batu di Kenya hingga ke hari ini. Sejarah manusia ialah sejarah mencari dan merebut peluang punca-punca ekonomi.

Kenapa susah sangat perkara ini untuk di fahami?

Orang Portugis, orang Belanda dan British datang ke Tanah Melayu dahulu bukan kerana gian hendak makan petai atau tempoyak. Mereka datang untuk mendapatkan bijih, emas, rempah rampai yang boleh mereka bawa pulang ke Eropah. Barang ini untuk diniagakan. Untuk mendapat untung. Ini ekonomi. George Bush menyerang Iraq bukan kerana hendak melawat Makam Abu Nawas di Baghdad tetapi untuk mengambil telaga dan loji-loji minyak. Ini perebutan punca ekonomi. Kalau masih ada yang tidak yakin bahawa seluruh hidup dan tamadun manusia hari ini berpunca dari ekonomi maka cuba tanya diri sendiri - kenapa selalu sangat timbul cakap-cakap tentang orang Cina di Malaysia lebih kaya dari orang Melayu. Atau orang India di Malaysia lebih banyak yang menjadi doktor dan peguam. Atau bangunan di bandar dan di pekan di Malaysia ini majoritinya di miliki oleh orang Cina.

Semua kenyataan ini sering dianggap dan dilihat sebagai kenyataan ‘politik’ tetapi asas kenyataan ini ialah perebutan ekonomi. Semua parti-parti politik yang wujud dalam dunia ini ditubuhkan untuk tujuan ekonomi. Individu-individu berkumpul dan berpayung di bawah parti politik kerana mahu mendapat dan memiliki sumber-sumber ekonomi.

Parti-parti politik mungkin berselindung di belakang warna kulit, di belakang bahasa atau di belakang agama. Semua ini bohong. Bahasa, warna kulit dan agama tidak dapat membeli beras. Yang dapat membeli beras ialah duit. Duit ialah ekonomi. Bahasa, bangsa dan warna kulit digunakan kerana senang untuk dijadikan asas awal untuk berkumpul dan berpersatuan.

Agama?

Agama digunakan sebagai asas parti politik kerana ia senang untuk dijadikan payung luas untuk berkumpul. Yahwe, Buddha, Jesus, atau Allah direkrut oleh parti-parti yang berasaskan agama bukan bermakna parti itu suci dan dapat berurus secara peribadi dengan Yang Maha Esa. Yahwe, Buddha, Jesus atau Allah TIDAK pernah mengiakan atau memberi ‘endorsement’ kepada iklan-iklan parti-parti politik ini. Nama-nama tuhan ini digunakan bertujuan untuk merebut peluang ekonomi. Yang membuat dasar parti politik ini bukan Yang Maha Esa tetapi manusia dan ahli-ahli parti politik. Yang Maha Esa tidak pernah mengiakan atau menidakkan manifesto dan program parti-parti ini.

Justeru bolehkah Melayu bersatu?

Jawabnya tidak mungkin malah mustahil. Kemustahilan ini muncul kerana manusia Melayu walau pun kesemuanya bercakap Melayu, berkulit sawo matang menganut agama yang sama tetapi memiliki asas ekonomi yang berbeza-beza. United Malay National Organisation adalah parti yang mewakili kelas feudal, kelas komprador, kelas birokrat kapitalis dan kelas borjuis nasionalis Melayu.

Kelas-kelas kapitalis inilah yang menjadi asas ekonomi parti politik ini. (Komprador adalah peniaga perantaraan di antara rakyat tempatan dengan kapitalis antarabangsa. Borjuis nasional adalah kaum pemodal tempatan. Birokrat kapitalis adalah individu yang menjadi pemodal melalui badan-bandan kerajaan i.e SEDC)

Parti Pas pula diwakili oleh borjuis kecil, tuan tanah kecil, peniaga kecil, kaum tani, tuan punya warung, nelayan, Tok Peraih, guru-guru sekolah, pensyarah kolej dan universiti, intelektual lokal dan agamawan lokal. Mereka merasa selesa dengan Pas kerana kepentingan ekonomi dan gaya hidup mereka akan dijaga dengan baik oleh parti ini.

Parti Keadilan Rakyat pula mewakili kumpulan yang seakan-akan sama asas ekonominya dengan Pas tetapi mereka tidak selesa dengan gaya hidup yang dibawa oleh Pas. Mereka lebih urban, lebih kosmopolitan dan memiliki pandangan dunia dan nafsu ekonomi yang luas berbanding dengan pengikut Pas.

Ada satu lagi kumpulan yang berpayung di bawah PKR – mereka ini adalah kumpulan peniaga yang memiliki nafsu besar tetapi telah dipinggirkan oleh United Malay National Organisations, atau perniagaan besar mereka terpelecok ketika berlakunya krisis ekonomi 1997. Mereka ingin mencari payung baru agar nafsu dan kepentingan ekonomi mereka dapat berkembang.

Lihatlah ketiga-tiga kumpulan Melayu ini tidak memiliki asas ekonomi yang sama. Malah kepentingan ekonomi mereka bertentangan sama sendiri. Bangsa, bahasa dan agama hanyalah kulitan untuk mencari sokongan dan mengolah persetujuan.

Masih tidak yakin lagi?

Kalau tidak yakin tentang asas-asas ekonomi parti-parti itu mari kita melihat ke dalam United Malay National Organisation sendiri. Parti politik yang 1000% berahlikan manusia Melayu tidak pernah bersatu malah sesudah pilihan raya 2008 ini mereka kelihatan sedang beramuk sesama sendiri. Amukan yang sedang berlaku hari ini berpunca dari perebutan punca-punca ekonomi. Mahathir Muhamad mewakili komprador dan borjuis nasional yang selama 22 tahun ini telah kenyang dan montok.

Apabila Abdullah Badawi masuk maka para komprador dan borjuis ini sedang di ketepikan kerana Abdullah sedang membawa susuk-susuk baru untuk menggantikan mereka. Dalam bahasa pasar Abdullah Badawi ada kroni baru dan kroni Mahathir dipinggirkan. Amat jelas perebutan punca-punca ekonomi inilah yang menjadikan Mahathir melawan Abdullah dan hasilnya United Malay National Organisations bergaduh.

Lima negeri yang di heboh-heboh jatuh ke tangan Pakatan Rakyat bermakna lima punca ekonomi hilang. Ini tidak ada sangkut paut dengan agenda Melayu, ketuanan Melayu atau Bersatulah Melayu. Orang Melayu di lima negeri ini tetap Melayu. Air Sungai Perak tetap mengalir ke laut di Bagan Datuk. Air Sungai Gombak tetap sampai ke Klang. Melayu di mana pun mereka berada akan terpaksa juga membayar tol kalau menggunakan Lebuh Raya PLUS.

Justeru, ada kumpulan yang menuduh Abdullah Badawi lembik, ini hanyalah sebagai alasan di atas kehilangan punca-punca ekonomi mereka. Mereka mahu seorang pemimpin yang ‘keras’ untuk menjaga kepentingan ekonomi mereka terus berkembang i.e untuk mereka terus mendapat kontrak.

Siapa pula Tengku Razaleigh?

Ku Li ini mewakili kelas birokrat lama dan kelas feudal Melayu. Kelas birokrat ini muncul ketika dasar Ekonomi Baru di perkenalkan. Ketika itu kelas ini berenang dan berpesta dengan harta kekayaan negara. Kelas feudal Melayu juga dapat menumpang semangkuk. Apabila Mahathir masuk kelas-kelas ini hampir pupus kerana banyak dari perbadanan negeri ini diswastakan oleh Mahathir untuk menjadikan mereka borjuis nasional dan komprador. Ada kelas feudal Melayu yang berubah wajah seperti keluarga feudal Negeri Sembilan, mereka bersalin kulit untuk menjadi borjuis nasional agar tidak tercicir.

Adakah saya ini anti-Melayu?

Jawabnya tidak. Saya bukan anti-Melayu. Saya hanya anti-perkara yang karut-marut. Saya yakin hanya kepentingan ekonomi sahaja yang menyatukan umat manusia. Manusia berkumpul untuk kepentingan kelas ekonomi mereka. Pertembungan kepentingan kelas inilah yang sedang berlaku di hadapan mata kita sekarang. Perebutan punca ekonomi ini sedang di kabur dan di propagandakan sebagai kepentingan bangsa, bahasa dan agama. Saya anti-sesiapa sahaja yang menjajakan perkara yang karut-marut. http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/6412/84/

21.4.08

UMNO ibarat anjing tersepit, babi dijadikan senjata.

Posted on Monday, April 21 @ 09:58:26 MYT by SongkokPutih Oleh Bukit_Panau
"Dengan Nama Allah Yang Maha Perkasa dan Maha Mengetahui Ya Allah, Selamatkanlah Malaysia daripada pemimpin yang kufur, munafik dan zalim kepada rakyatnya. Jadikanlah hari-hari mendatang lebih baik dari semalam dan hari ini. Letakkanlah agamamu yakni Islam tempat yang sepatutnya. Kami tidak mahu Islam Hadhari, Islam atas nama sahaja, akan tetapi isi kandungannya?

Kasihan sungguh kerajaan negeri Selangor di bawah PR, tidak sempat untuk bernafas, tidak ada peluang untuk mempertahankan diri, diserang di segenap sudut.

Diumpamakan, Baru sahaja mendiami rumah baru, sudah tentulah cat masih lagi berbau, perabotnya pula masih belum lengkap, pintu dan pagarnya belum ditambah dengan ciri keselamatan. Sudah tentulah sedang berkira-kira untuk merancang yang mana patut diperbaiki dan yang mana patut diubahsuai.

Bila babi menjadi senjata politik UMNO, maka jadilah negeri Selangor negeri Babi, seolah-olah kerajaan negeri akan menjadikan Selangor negeri maju dengan babi, mewujudkan koridor Babi sebanyak 100 juta untuk rakyat yang makan babi. UMNO dan sekutunya media akan merubah landskap Selangor dengan mewujudkan Babi Moden di negeri itu.

Itulah habuannya, kepada rakyat negeri Selangor, kerana menyokong dan mengundi PR pada PRU 12 baru-baru ini, sehingga tumbangnya UMNO dan BN di Selangor. Rupa-rupanya UMNO dan BN belum lagi serik, dalam sisa-sisa hayat yang sedikit Cuma, nafsunya semakin besar. Namun, mereka lupa dalam keadaan ghairah mengatur strategi untuk mengalih pandangan rakyat, kapal yang mereka naiki perlahan-lahan akan karam di lautan dalam yang tidak mungkin lagi dapat diselamatkan.

Malang sungguh negara kita, pemimpin negara mencanangkan Malaysia sebagai negara Islam tetapi sikap double standard begitu jelas dan nyata. Arak dan babi, adalah keduanya diharamkan oleh ALLAH SWT, tapi babi sahaja dijauhi, sementara Arak diproses, diiklan dan dijual secara meluas, sedangkan nas-nas pengharaman arak lebih banyak dan tegas daripada larangan memakan babi.

Kenapa jadi begini?

Kerana babi sudah menjadi mangsa UMNO dan BN. Persoalannya, kenapa dan mengapa Kerajaan persekutuan tidak mahu membantu kerajaan negeri, malah mendera sedemikian rupa.

Mereka tidak mahu mengenepikan perbezaan ideologi politik seketika untuk sama-sama berganding bahu membantu rakyat meningkatkan lagi taraf hidup dari segi agama, ekonomi, sosial dan sebagainya.

Apa yang mereka mahu?

Hanyalah mengajak PAS dan PKR bersama-sama dalam UMNO atas dasar kepentingan Melayu padahal untuk survival mereka sendiri apabila tersepit. Ila liqaq. "

17.4.08

Nik Aziz Berlakon?

Posted on Thursday, April 17 @ 22:19:36 MYT by SongkokPutih Oleh hembusan

"Dokumentari selama 43 minit tentang sehari dalam kehidupan Tuan Guru Nik Aziz ini sebenarnya telah wujud semenjak tahun 2002 lagi. Namun sengaja dihebahkan sekali lagi di TKO agar lebih ramai orang mengetahui tentang kisah Tuan Guru dan pentadbirannya di Kelantan.http://www.youtube.com/watch?v=lsIZaezZGJ0


Nik Aziz berlakon? Tanya beberapa orang kawan ketika saya bercerita yang saya sedang membuat "Filem Tok Guru".

Tidak.

Nik Aziz tak berlakon. Kami merakamkan kehidupan hariannya yang real. Yang betul-betul dilakukannya dalam hidupnya. Kami mengikuti pergerakannya. Kami menunggu dia melakukan sesuatu dan kami shoot. Atau ada sesuatu yang terjadi waktu kami mengikut dia, maka kami pun shoot.


Misalnya Nik Aziz keluar dari rumahnya untuk solat subuh sejurus selepas azan selesai dilaungkan di masjid. Biasanya sebelum pukul 6.00 pagi. Orang yang selalu sembahyang jemaah di masjid Pulau Melaka tahu "jadual" harian Nik Aziz ini. Maka filem yang mengisahkan "Seminggu Dalam Kehidupan Tok Guru" mesti rakam peristiwa atau pergerakan ini. Ini peristiwa penting.


Adegan ini mudah saja. Nik Aziz membuka pintu rumahnya, melangkah keluar, tutup pintu, berjalan ke tangga, pakai kasut, dan melangkah menuju ke pintu khas masjid di depan rumahnya.

Seperti telah saya ceritakan dalam satu tulisan sebelum ini, saya membatalkan rancangan untuk merakamkan peristiwa Tok Guru keluar rumah di suatu subuh, kerana saya belum memaklumkan kepada dia yang kami akan membuat rakaman itu, dan saya bimbang dia terkejut melihat lampu terang sebaik saja dia membuka pintu, yang mungkin mengakibatkan suasana damai dan syahdunya di awal subuh itu sedikit terganggu. Bukan bimbang dia tidak setuju kami shoot dia keluar rumah awal-awal subuh itu tanpa bersedia untuk dishoot.


Elok saya jelaskan beberapa perkara di sini. Sepanjang kami membuat penggambaran yang memfokus kepada dia, Nik Aziz tidak pernah membuat apa-apa persediaan untuk dirinya dishoot. Dan kami pun tidak pernah membincangkan perkara tersebut. Kami hanya memberitahu dia sekali saja di awal sesi, dan selepas itu kami akan terus saja membuat shooting tanpa memberitahu dia lagi selama beberapa hari sesi tersebut. Pernah sampai 12 hari.

Kami mendapatkan maklumat mengenai jadual pergerakannya dari setiausahanya atau pegawai peribadinya, maka kami pun ikut dan shoot.

Kami tak pernah berbincang dengan Nik Aziz mengenai apa yang perlu dibuatnya untuk penggambaran yang akan kami lakukan, kecuali dalam satu peristiwa (yang akan saya ceritakan nanti).

Misalnya adegan dia keluar rumah untuk solat subuh. Kami boleh bincang dengannya untuk penggambaran adegan tersebut, supaya tidaklah perlu kami bertolak ke Pulau Melaka seawal pukul 5.00 pagi beberapa kali, semata-mata hendak menangkap satu detik dimana pintu depan rumah Menteri Besar itu terbuka, dan beliau melangkah keluar untuk berjalan ke masjid.

Misalnya kami boleh berpakat dengan dia supaya pintu itu dibukanya tepat pada pukul 5.55. Maka bolehlah kami membuat persiapan lampu dan sebagainya, dan menunggu detik 5.55. Dan kalau terjadi yang tidak memuaskan, maka boleh diminta supaya beliau mengulanginya sekali lagi.

Dan pada pagi yang saya batalkan penggambaran adegan itu saya boleh saja tidak membatalkannya, dengan meminta beliau bekerjasama untuk naik sekali lagi ke dalam rumahnya, dan buka semula pintu itu dan melangkah keluar sekali lagi, khas untuk penggambaran kami.

Tetapi tidak. Kami tak buat begitu. Kami tak mahu ganggu perjalanan kehidupan Tok Guru itu. Kami hanya hendak merakamkan 'apa' yang sebenarnya dalam kehidupan Tok Guru. Kalau kami terpaksa datang beberapa kali pada pukul 5.00 pagi, kami akan lakukannya.

Satu contoh yang agak klasik ialah adegan Tok Guru naik perahu (bot) menyeberang Sungai Dabong pada petang Isnin 22 Oktober 2001. Pagi itu Menteri Besar merasmikan pelancaran Bulan Membaca dan Draf Pembangunan Daerah Jeli, di bandar Jeli. Kemudian beliau melawat kolam air panas di pinggir lebuhraya Timur-Barat. Beliau dijadualkan menyeberangi Sungai Dabong selepas asar, untuk satu majlis perasmian Pasti pada malamnya.

Oleh kerana kenderaan tidak boleh ikut menyeberang, dan masa pun masih panjang, kami fikir lebih baiklah kami pergi ke Dabong ikut jalan ke Gua Musang. Nak ikut menyeberang sungai bersama Menteri Besar, nanti kami tidak ada kenderaan di Dabong, dan tentulah akan menyusahkan pergerakan kami. Maka kami pun 'berundur ke belakang', balik ke Machang, pergi ke Kuala Kerai dan terus menghala ke Gua Musang, kerana sebelum sampai ke Gua Musang terdapat simpang ke Dabong.

Direngkaskan cerita, kami sampai ke Dabong dan terus mencari pengkalan perahu. Sebaik saja kami sampai di depan pengkalan, kelihatan Tok Guru sedang hendak naik Pajero. Ertinya kami telah terlepas detik-detik yang kami kejar sejauh hampir 200 kilometer untuk mengambil gambar Tok Guru naik perahu menyeberang sungai itu. Kami melihat saja Pajero yang membawa Tok Guru melintas di depan kami.

Saya pandang Nasir (Nasir Jani - pengarah filem), Nasir pandang saya. "Terpaksalah kita tunggu Tok Guru balik lepas ceramah malam nanti," kata Nasir.

Dia pun mula memeriksa peralatan lampu dan kabel yang ada dalam van, sama ada mencukupi atau tidak untuk mengambil gambar Tok Guru menyeberang sungai di waktu tengah malam. Lebar sungai itu agaknya ada 100 meter. Peralatan lampu yang ada hanya dua 2K, satu red head dan satu sun gun.

Saya pula diam-diam berfikir: bagaimana kalau saya minta Tok Guru menyeberang sekali lagi? Maksudnya dia terpaksalah menyeberang balik dulu ke seberang sana, dan kemudian menyeberang semula ke seberang sini, khas untuk penggambaran kami. Ertinya dia perlu 'berlakon'lah sekejap. Bagaimana? Saya bertanya kepada fikiran saya sendiri. Hanya itu sahaja caranya. Kami berkejar datang ke sini pun hanya untuk ambil shot itu sahaja. Sekarang shot itu telah terlepas. Tak akan ada lagi shot Tok Guru naik perahu menyeberang sungai.


Shot Tok Guru naik perahu ini penting. Sangat penting untuk filem yang sedang kami siapkan. Suasananya berbeza daripada shot-shot lain. Ada sedikit kelainan. Sekurang-kurangnya dia memberi sedikit kepelbagaian kepada aksi Tok Guru. Ini sangat penting buat kami. Tapi ia telah terlepas. Maka apa salahnya untuk yang ini kami meminta Tok Guru 'berlakon' sekejap! Bukannya berlakon apa - hanya mengulangi apa yang telah dibuatnya sekejap tadi sahaja. Macam-macamana pun tak apa asalkan Tok Guru naik perahu menyeberang Sungai Dabong. Itu saja.

Patutkah atau tidak saya meminta dia mengulangi aksi menyeberang sungai itu sekali lagi! Saya berfikir seorang diri diam-diam.

Bukannya lama. Ia tak akan mengambil masa lebih daripada 20 minit. Dan setahu saya Tok Guru pun tak ada apa-apa program penting petang itu. Kata mereka, dia hanya akan berehat di Rest House. Saya percaya kalau saya minta, Tok Guru akan bersetuju untuk bekerjasama. Tetapi saya sendiri berasa sangat berat untuk meminta demikian.

Selama ini Tok Guru begitu sekali memberikan kerjasama dan understanding kepada kami. Tidak pernah walau sekali pun dia menegur kerja-kerja dan cara kami menjalankan kerja. Tidak pernah sekali pun dia mengganggu kerja kami. Dia tahu kami membuat penggambaran (kadang-kadang ada juga yang dia tak tahu) dan dia melangsungkan pergerakannya seolah-olah kami tidak ada di situ, atau seolah-olah dia tidak tahu kami sedang merakamkan pergerakannya. Ini sungguh fantastik.

Inilah kerjasama yang paling berharga diberikannya kepada kami. Kalau itu hendak dikatakan dia 'berlakon', maka itulah dia. Tetapi tak mungkin itu boleh dikatakan berlakon, kerana kalau kami tak ada di situ pun begitulah juga pergerakannya ('lakonan'nya).

Kadang-kadang boleh terjadi sesuatu yang betul-betul di luar dugaan. Kita tak akan mempercayainya kalau kita sendiri tidak tahu proses sebenar yang berlaku. Dan inilah yang berlaku pada satu shot yang diambil dalam bilik pejabat menteri besar di Kota Darulnaim, pada suatu pagi di bulan Oktober 2001.

Pagi itu kami hendak buat penggambaran Tok Guru di pejabat. Bagaimana rupa pejabatnya, bagaimana dia apabila di pejabat, bagaimana rakyat datang berjumpa dengannya dan seterusnya. Kami telah maklumkan perkara ini kepadanya, melalui setiausaha politiknya Annual Bakri, dan kami telah diberi kebenaran. Maka kami pun hadir di situ tanpa menimbulkan apa-apa gangguan kepada Tok Guru atau kepada perjalanan pergerakannya yang biasa, dan juga kepada mereka yang menjadi tetamunya. Tok Guru pun seperti biasa, seperti kalau kami tidak ada di situ.

Nasir pun seperti biasa selaku pengarah filem (dokumentari) ini. Dalam senyap mempersiapkan lampu dan mencari sudut kamera. Jurukamera (Mimi) pun menjalankan kerjanya seperti biasa. Membuat pergerakan kamera dari kiri ke kanan, merakamkan gambar-gambar yang menghiasi di belakang tempat duduk menteri besar langsung sampai kepada Tok Guru dan langsung lagi hingga nampak Annual Bakri sedang berkata sesuatu kepada Tok Guru, dan sebaik sahaja kamera berhenti di situ Annual Bakri pun bangun dan berjalan keluar (keluar frame), lalu kamera zoom-in kepada Tok Guru.

Semuanya dalam satu shot yang terjadi secara tak dirancang. Maksudnya kami tidak merancang supaya Annual Bakri bangun pada waktu itu dan berjalan keluar frame. Tetapi sesiapa yang melihat shot ini pasti akan mengatakan ia adalah shot yang dirancang. Hakikatnya ia terjadi secara kebetulan. Saya sendiri pun seperti tidak percaya, hingga saya bertanya kepada Nasir betulkah dia tidak merancangnya. Demikianlah, ia terjadi.

Balik kepada cerita menyeberang sungai tadi. Setelah berfikir-fikir sendiri akhirnya saya pun membuat keputusan sendiri: Tunggu saja Tok Guru menyeberang balik selepas ceramah tengah malam nanti.

Memang tidak sama, menyeberang sungai pukul 5.00 petang dengan pukul 12.00 malam. Banyak bezanya. Yang satu terang, yang satu gelap. Yang satu boleh nampak dengan jelas Tok Guru di dalam bot yang sedang menyeberang sungai; yang satu lagi belum tentu boleh nampak sungai Dabong yang diseberangi oleh Tok Guru itu.

Malam itu selepas maghrib berikhtiarlah kami memasang lampu untuk menerangi sungai yang selebar 100 meter itu. Kabel yang kami bawa tak cukup panjang, kami pinjam kabel dari masjid. Di seberang sana tak ada sumber elektrik, terpaksa kami minta kerjasama rumah yang berhampiran untuk mengambil sumber elektrik dari rumahnya. Kemudian kami meminta pula kerjasama abang perahu, supaya membawa krew kami mengekori bot polis yang akan membawa Menteri Besar tengah malam nanti, dengan perahunya.

Apabila tiba waktu, ketika Tok Guru Menteri Besar hendak naik bot (bot polis), perahu yang sepatutnya akan membawa krew kami telahpun penuh dinaiki penumpang yang pulang dari ceramah tadi. Tok Guru sudahpun naik bot. Prinsip kami: tidak mengganggu perjalanannya. Maka tak mungkin kami meminta dia tunggu sekejap sementara kami mengatur supaya krew kami dapat naik perahu yang akan mengekori botnya. Maka Nasir terpaksa buat keputusan cepat: Jurukamera naik bot Tok Guru, bersama seorang jurulampu.

Itu saja yang dapat dibuat. Ikhtiar kami sepanjang malam tadi untuk menerangi Sungai Dabong bagi menampakkan bot Tok Guru menyeberang sungai itu, nampaknya tak dapatlah digunapakai. Maka terpulanglah kepada kreativiti jurukamera (Roslan) bagaimana dia hendak menunjukkan Tok Guru di dalam bot yang sedang menyeberang sungai; sementara dia sendiri pun berada di dalam bot kecil itu, di depan sekali, depan Tok Guru, manakala jurulampu pula berada di bahagian belakang bot. Pandai-pandailah Lan!

Itulah dia - adegan Tok Guru menyeberang sungai lewat tengah malam, pulang dari berceramah di Dabong. Adegan yang tidak dirancang. Ia dibuat kerana kami terlepas adegan yang kami harap-harapkan, dan kami tak mahu mengganggu perjalanan Tok Guru.

Demikianlah, kami tidak pernah berbincang dengan Tok Guru meminta dia supaya berbuat begini atau begitu, kecuali dalam satu peristiwa, iaitu peristiwa yang tidak melibatkan orang lain kecuali dia dan kami. Peristiwanya ialah Tok Guru menembak dan berkebun. Ada dua shot yang Tok Guru diminta 'berlakon'. Pertama, shot dia menghalakan muncung senapangnya ke arah kita (kamera). Ini merupakan permintaan jurukamera (Roslan) sendiri.

Manakala shot yang satu lagi ialah Tok Guru menebas belukar dengan menghayunkan parangnya di atas kamera. Shot ini Nasir yang mahu. Agaknya dia teringin hendak merasa jadi pengarah kepada Tok Guru. Dia menunjukkan cara dan gaya menghayun parang seperti yang dikehendakinya, lalu meminta Tok Guru supaya beraksi demikian apabila dia berkata: "Action!"

Memang Tok Guru memberikan kerjasama yang cukup baik sekali. Fantastik! Terima kasih Tok Guru!

http://detik.daily.tripod.com/feb02/12feb_3.htm

10.4.08

Sila ke Meraban

Sila ke Meraban jika Blog ini kelihatan tak dikemaskini.

4.4.08

UMNO Kian Hancur Dan Dalam Darurat

Friday, April 04 @ 14:19:50 MYT by greenboc

Ucapan Y.B.M. Tengku Razaleigh Hamzah, Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Kelantan, Semasa Merasmikan Mesyuarat Khas UMNO Bahagian Gua Musang, Di Balai Rakyat, Bukit Cekati, Gua Musang Pada Hari Jumaat 4hb April, 2008, bersamaan 27hb Rabiulawal, 1429 Jam 10.00 pagiKita bersyukur kepada Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah Izin-Nya, kita semua dapat bertemu di perjumpaan ini pada ketika kita sedang menghadapi pengalaman yang sangat pahit dan membimbangkan kita semua, iaitu pengalaman buruk yang dilalui oleh UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) yang baru lepas.

Sejak tertubuhnya UMNO pada 11 Mei, 1946, parti kebangsaan Melayu ini tidak pernah tercabar begitu hebat – dan teruk – seperti yang berlaku padanya selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 itu. UMNO lahir dari semangat perjuangan kebangsaan menentang muslihat dan gagasan British untuk menghapuskan kedaulatan bangsa Melayu, negeri Melayu dan raja Melayu di tanah air mereka sendiri. Kita berjaya menumpaskan gagasan penjajah itu dan meneruskan perjuangan untuk menuntut kemerdekaan hanya dengan bersenjatakan semangat cinta kepada bangsa, agama, budaya dan tanah air.

Itulah agenda kebangsaan Melayu waktu itu dan itulah sumber kekuatan yang telah menyatukan bangsa Melayu sehingga kita akhirnya berjaya mencapai kemerdekaan tanpa terpaksa berperang kerana pihak British menyedari bahawa bangsa Melayu waktu itu mempunyai kekuatan sejarah dan warisan yang kuat, dan sukar ditentang.

2. Kekuatan UMNO itu terbukti dalam Pilihan Raya Umum (PRU) pertama yang diadakan dalam tahun 1955. Parti Perikatan yang diterajui oleh UMNO dengan dukungan rakan-rakan dari MCA dan MIC mencapai kemenangan yang cemerlang.

Daripada 52 kerusi Majlis Perundangan Persekutuan (sekarang Parlimen) yang ditandingi, Perikatan memenangi 51 kerusi dan menguasai lebih 2/3 atau hampir 95% kerusi Majlis Perundangan Persekutuan. Yang penting kita ingatkan diri kita semula ialah, kerusi UMNO melebihi 2/3 kerusi Majlis Perundangan Persekutuan dengan memenangi 33 kerusi. Ini bererti bahawa kuasa politik Melayu pada waktu itu cukup kuat dan itulah salah satu asas ketuanan bangsa Melayu.

3. Malangnya kita tidak bertahan dan tidak mampu memperkukuhkan kedudukan itu dalam pilihan-pilihan raya berikutnya. Empat puluh tahun kemudian, iaitu selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 dalam tahun ini, UMNO jatuh tarafnya sebagai parti yang terkuat dan yang didukung oleh majoriti orang Melayu tiba-tiba jatuh menjadi parti yang kecil perwakilannya dalam Parlimen padahal parti ini adalah parti yang terbesar di negara ini, mempunyai 191 Bahagian di seluruh Malaysia dan jumlah anggotanya melebihi 3 juta orang. UMNO cuma berjaya memenangi 78 buah kerusi Parlimen, menurun sebanyak 32 buah kerusi dari jumlah 110 buah kerusi yang dimenanginya dalam Pilihan Raya Umum Ke-11.

4. Yang memeranjatkan kita ialah, parti baru, iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi 31 kerusi Parlimen. Dalam tahun 2004 parti ini cuma mempunyai seorang ahli Parlimen. Daripada 31 ahli parlimen PKR itu, 18 ialah orang Melayu. PAS memenangi 23 kerusi. Dalam tahun 2004 parti ini mempunyai 6 orang ahli Parlimen sahaja. Akibatnya, BN kehilangan kuasa majoriti 2/3 majoriti dalam Parlimen.

5. Dua perkembangan lain yang tidak disangka-sangka oleh UMNO (tetapi mungkin tidak memeranjatkan orang lain) ialah pertama, jatuhnya empat buah negeri – Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang - ke tangan parti Pakatan Rakyat, iaitu gabungan parti PAS-PKR-DAP. PAS di Kelantan menjadi bertambah kuat. Dan kedua, kalahnya banyak calon MCA, MIC dan Gerakan di tangan calon DAP dan PKR.

6. Itu petanda bahawa BN dan UMNO yang telah memerintah negara ini dengan tidak putus-putus sejak Merdeka atau sejak tahun 1955 tidak lagi mendapat sokongan dan kepercayaan rakyat Malaysia dari semua kaum. Berdasarkan statistik tentang kadar jumlah undi popular seluruh rakyat Malaysia, didapati bahawa hanya 48% sahaja daripada pengundi seluruh negara yang menyokong (mengundi) BN, manakala jumlah undi popular seluruh negara yang menyokong parti-parti lawan ialah 52%. Jadi, mesej atau isyarat pengundi agak terang dan jelas: Mereka mahukan perubahan kerajaan. Mereka mahukan kerajaan yang lebih cekap, telus, bersih, beramanah, adil dan pro-rakyat tanpa mengira kaum.

7. Beberapa perkembangan yang berlaku sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12 itu diadakan, memperkuatkan lagi ketidakyakinan rakyat terhadap keupayaan dan komitmen kerajaan BN untuk memerintah negara ini dengan cekap, bersih, amanah dan adil, untuk menyelesaikan masalah-masalah asas ekonomi, sosial, perumahan dan pendidikan rakyat miskin, untuk menghapuskan rasuah yang semakin menjadi-jadi di kalangan ‘orang atasan’ dan yang berkuasa, termasuk dari kalangan wakil rakyat sendiri. Kita sebut satu kes sahaja, iaitu kes yang berkaitan dengan ‘rakaman video Lingam’ yang didedahkan kepada Suruhanjaya yang dilantik untuk mendengar kes ini. Segala cerita yang disampaikan kepada Suruhanjaya kes ini memperlihatkan kepada rakyat betapa korap dan lemahnya sistem pelantikan dan cara membuat keputusan mahkamah. Bayangkan, seorang peguam bela dalam kes tertentu boleh menulis keputusan (‘judgement’) mahkamah dan hakim yang berkenaan hanya membaca keputusan yang telah disediakan oleh peguam itu. Bayangkan juga, para tauke atau tauke judi boleh ‘campur tangan’ dalam soal pelantikan hakim.

8 Kes seperti ini tidak sahaja mengaibkan darjat hakim – hakim bangsa Melayu beragama Islam pula – tetapi ia dengan jelas memusnahkan kredibiliti kerajaan BN yang nampaknya membiarkan perkara-perkara yang buruk dan dahsyat itu berlaku terhadap sistem kehakiman negara. Orang akan takut untuk menghadapi mahkamah yang dikendalikan oleh hakim yang boleh dibeli.

9. Ada beberapa kes lain – ada yang masih belum selesai, iaitu masih dalam proses pembicaraan – yang juga tidak kurang besar pengaruhnya terhadap sentimen dan pola pemilihan rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-12. Tidak usah saya sebutkan kes-kes itu – saudara sekalian yang membaca surat khabar tentu mengetahuinya. Apakah Respons Kita Terhadap Kemerosotan Kuasa Politik UMNO Ini?

10. Sampai saat ini, setelah hampir sebulan UMNO dan BN mengalami ‘malapetaka’ politik yang dahsyat itu, tidak ada apa-apa tindakan yang diambil oleh pucuk pimpinan parti untuk membincangkan sebab-sebab mengapa ‘malapetaka’ itu berlaku pada UMNO dan BN. Tidak ada usaha untuk mengajak para perwakilan UMNO dari semua peringkat – peringkat Bahagian dan Cawangan – untuk mengadakan proses muhasabah secara terbuka, secara kritis tetapi tenang.

Matang dan rasional, tidak beremosi, dari hati ke hati sesama anggota parti sendiri, membincangkan ‘masalah rumah’ sendiri ini, dan mencari jalan yang baik dan benar dengan tujuan untuk memperbaiki diri dan menghindari berlakunya kejadian yang lebih buruk lagi baik sekarang mahu pun dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

11. Kita mendengar bermacam-macam reaksi, pandangan dan keluhan, kritik dan tuduh menuduh dari orang-orang perseorangan UMNO, yang paling banyak ialah dari beberapa orang pemimpin dan menteri UMNO. Ada yang mengatakan bahawa kita sebenarnya tidak kalah, kita masih menang; ada yang berkata, ‘BN akan bangkit semula untuk menebus kekalahannya’; ada yang menyalahkan orang Melayu yang memilih parti lain, dan berkata orang Melayu itu ‘tidak mengenang jasa’ (tidak tahu saya ‘jasa siapa dan apa’); ada yang menyalahkan generasi muda Melayu kerana kononnya mereka ‘tidak faham perjuangan UMNO’ atau kerana mereka tidak mendapat berita, maklumat dan cerita yang sebenar tentang kerajaan, UMNO dan BN yang disiarkan dalam surat khabar arus perdana, tetapi membacanya dari blog-blog ‘anti kerajaan’ dan ‘anti UMNO’ dalam Internet.

12. Jadi, nampaknya, kita masih mengekalkan fiil dan budaya lama, fiil tidak mahu memeriksa kesalahan dan kelemahan kita secara kolektif, secara rasional, bijak dan cerdik. Kita mencari kesalahan orang lain, kesalahan pengundi, kesalahan parti lawan. Para pemimpin parti – walaupun tidak semuanya – cuba menutup suara rakyat akar umbi UMNO, tidak mahu mendengar pandangan dan kritikan dan teguran mereka. Kita pergi ke sana ke mari menyebarkan propaganda dan dongeng bahawa parti akan rosak jikalau ahli akar umbi UMNO tidak menyerahkan segala masalah yang dihadapi oleh UMNO sekarang kepada pucuk pimpinan untuk ditangani dengan sebaik-baiknya – mereka diseru supaya memberikan kepercayaan kepada pucuk pimpinan. Apakah mereka tidak sedar bahawa yang menjadi punca besar kelemahan UMNO yang membawa kepada malapetaka yang tersebut itu bukan rakyat akar umbi UMNO tetapi ialah kelemahan kepimpinan UMNO, ini termasuk para menteri UMNO, yang setengah-setengahnya tidak mempunyai rekod peribadi, moral dan budaya yang baik. Merekalah yang tidak mahu UMNO berubah; merekalah yang mahu kepimpinan UMNO yang ada dikekalkan, jangan digantikan, jangan ditandingi.

13. Masalah UMNO bukan masalah beberapa orang yang berkepentingan sahaja, tetapi masalah bersama semua ahli UMNO. UMNO bukan kelab golongan elit, golongan hartawan dan peniaga, kelab ‘eksklusif’. UMNO ialah parti politik kebangsaan Melayu. Tugasnya bukan untuk menjaga periuk nasi anggota atasannya tetapi untuk memperjuang, menegakkan, dan memperkukuh tiga tiang kekuatan bangsa Melayu, yang saya sebut tiang Alif, Ba, Ta: Alif bererti Agama, Ba bererti Bahasa, Budaya dan Bangsa, dan Ta bererti ‘Tanah Air’. Apabila UMNO tidak lagi mempedulikan perjuangan Alif, Ba, Ta ini, yang merupakan perjuangan Melayu yang asas, yang fundamental, alamat UMNO akan kehilangan pedoman dan petunjuk daripada Allah dan akanditinggalkan oleh bangsa Melayu.

14. Masalah kita sekarang ialah, bagaimanakah anggota UMNO sebahagian besarnya tidak akan lari meninggalkan kapal yang sedang rosak dan bila-bila masa boleh tenggelam kerana nakhodanya lemah, dan seringkali meninggalkan kemudi atau menyerahkannya kepada anak-anak kapalnya. (Tiga Perubahan Besar Yang Harus Berlaku dalam UMNO)

15. Anggaplah masalah yang kita hadapi itu sebagai darurat UMNO. Untuk menangani sesuatu darurat kita perlu bertindak segera sebelum darurat itu merebak dan merosakkan seluruh asas tamadun dan perjuangan UMNO yang telah dibina sejak tahun 1946. Kita perlu mengadakan sidang muhasabah dengan segera, melibatkan perwakilan UMNO yang selama ini menjadi nadi dan tenaga raksasa dalam kelangsungan hidup UMNO selama 60 tahun, untuk membincangkan kelemahan dan kesalahan UMNO selama ini dan memikirkan visi baru UMNO untuk menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Rakyat hari ini tidak sama lagi dengan rakyat 40 atau 30 tahun yang lepas. Harapan mereka tidak sama lagi dengan harapan ibu bapa atau nenek mereka. UMNO perlu terus relevan dengan cita-cita, harapan dan tuntutan mereka.

16. Saya hendak menyentuh tiga perkara pokok yang saya anggap menjadi punca kelemahan UMNO, terutama mulai tahun 1980-an sehingga akhirnya menyebabkan UMNO (dan BN) nyaris-nyaris terlungkup dalam Pilihan Raya Umum Ke-12. Pertama: Musnahnya Demokrasi dalam UMNO.

17. Ini bermula apabila Perlembagaan UMNO dipinda dengan memasukkan peraturan baru yang menetapkan syarat bahawa anggota parti yang hendak menandingi jawatan Presiden hendaklah mendapat pencalonan sebanyak 30% daripada Bahagian UMNO. Ini bererti calon itu perlu mendapat pencalonan daripada 58 Bahagian daripada jumlah 191 Bahagian UMNO. Tujuannya kononnya ialah untuk mengelak supaya tidak sembarangan anggota parti sahaja, sesuka hatinya dan secara bermain-main akan mengemukakan dirinya sebagai calon Presiden atau jawatan-jawatan lain. Saya tidak fikir anggota UMNO yang tahu diri dan berbudaya dengan sesuka hati sahaja akan mencabar presiden UMNO, lebih-lebih lagi jikalau Presiden itu diketahui oleh semua anggota parti sebagai pemimpin yang baik, cekap, bijak, adil, bersih dan tegas. Sebelum kuota itu diperkenalkan UMNO pernah juga mengenakan peraturan, iaitu calon hendaklah mendapat pencalonan daripada dua bahagian sahaja. Ini ‘peraturan’ yang munasabah dan tidak terlalu ‘undemocratic’.

18. Parti yang wujud dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi tetapi tidak mengamalkan demokrasi dalam partinya sendiri, bagi saya, ini adalah amalan yang bercanggah dan luar biasa. Parti yang tidak mengamalkan demokrasi bererti parti itu menyekat atau tidak menggalakkan tumbuhnya kecekapan dan kreativiti dalam parti itu; anggotanya tidak dibenarkan bersuara untuk menegur pimpinan parti, atau untuk memilih pemimpin yang lebih baik. Orang tidak dibenarkan dan selalunya disekat malah digertak supaya jangan menentang atau menandingi pemimpin-pemimpin parti. Akibatnya parti menjadi beku.

Pembaharuan dan kemajuan parti bantut. Kita lebih seronok mempercayai bahawa parti tidak menghadapi apa-apa masalah, parti kita kuat, anggota parti bersatu, dan pelbagai persepsi diri sendiri yang diciptakan secara emosi dan retorik. Orang lebih taat kepada pemimpin daripada kepada parti dan perjuangan parti. Rasuah politik akan dan memang sedang berlaku dalam parti sebagai cara untuk membeli undi atau untuk mengekalkan kedudukan pemimpin yang lemah. Maka lahirlah banyak ‘pak turut’ dan ‘tukang ampu’ dalam parti yang secara tidak bermoral dan berprinsip akan sentiasa memuji dan membela pemimpin walaupun mereka tahu pemimpin itu lemah.

19. Inilah keadaan yang berlaku dalam UMNO hingga sekarang. Setiap kali menjelang pilihan parti, ada sahaja orang dan puak yang menyeru anggota parti supaya jawatan Presiden Parti, atau Timbalan Presiden, Ketua Wanita, atau Ketua Pemuda tidak ditandingi. Sebenarnya mereka tidak berhak berbuat demikian. Memilih pemimpin parti dari peringkat Presiden hingga ke peringkat pemimpin akar umbi adalah hak anggota parti.

20. Jadi, untuk menyelamatkan UMNO dan menjadikannya parti politik kebangsaan Melayu ini terus relevan, cekap, kuat dan maju sepanjang zaman, demokrasi hendaklah dikembalikan dalam UMNO. Saya mengesyorkan dua perubahan: Pertama, kuota yang ada itu dihapuskan dan kedua, parti hendaklah mengawal kerajaan.

21. Ahli UMNO yang memegang jawatan kerajaan tidak boleh lebih berkuasa dari parti. Partilah yang seharusnya mengawal, memantau dan menilai prestasi mereka. Jika mereka menjalankan dasar yang bertentangan dengan dasar parti, mereka boleh dipersoalkan oleh Majlis Tertinggi UMNO. Logik cadangan ini mudah dan jelas: Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri dari UMNO tidak akan memegang jawatan itu sekiranya mereka tidak lebih dahulu dipilih oleh perwakilan UMNO sebagai Presiden dan Timbalan Presiden parti dan oleh rakyat sebagai ahli Parlimen. Kalau P.M yang juga Presiden UMNO menggubal dan melaksanakan dasar yang boleh menjahanamkan bahasa Melayu dan agama Islam, maka dia mesti ditegur dan didisiplinkan oleh parti. UMNO perlu mewujudkan mekanisme yang sesuai dan cekap untuk melaksanakan sistem ‘parti mengawal kerajaan’ ini. Kedua, Dasar dan Visi UMNO hendaklah merentas sempadan kaum, dan tidak dilihat sebagai parti untuk dan bagi pihak orang Melayu sahaja.


22. Dasar dan visi UMNO yang asal, iaitu yang berasaskan perjuangan Alif, Ba, Ta, seperti yang saya sebutkan tadi, tetap dipertahankan tetapi dalam soal untuk memajukan keadaan hidup ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya untuk rakyat, UMNO hendaklah memprojekkan dirinya sebagai parti untuk kepentingan semua rakyat tidak kira kaum. Kita mahu UMNO menjadi parti supraetnik, parti nasional, yang adil kepada rakyat tanpa mengira kaum tetapi tetap mempertahankan ‘visi tradisionalnya’: iaitu, mempertahankan tanah air (negara ini) daripada penjajahan politik, ekonomi, ideologi dan budaya orang asing atau kuasa asing, mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara yang faedahnya ialah untuk negara, bukan untuk mana-mana kaum, dan mempertahankan Islam sebagai agama Persekutuan. Dasar dan perjuangan parti UMNO ini tidak menjejaskan hak dan kepentingan kaum lain.

23. Imej UMNO selama beberapa tahun ke belakangan ini dapat kita bahagikan kepada tiga jenis: Pertama, imejnya kepada orang Melayu ialah: UMNO tidak lagi memperjuangkan hak-hak yang menjadi warisan bangsa Melayu sejak dahulu kala. UMNO dilihat sebagai parti yang tidak lagi mempedulikan bahasa Melayu, budaya Melayu dan ekonomi rakyat Melayu yang miskin. Ini memarahkan orang Melayu. Di samping ini orang Melayu juga mula risau dan khuatir melihat kurangnya komitmen UMNO untuk mempertahankan martabat dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu. Institusi Raja-Raja Melayu ialah institusi yang tertua di Tanah Melayu dengan usianya melebihi 700 tahun dan institusi inilah yang menjadi salah satu penyelamat tamadun Melayu walaupun kita dicabar oleh tiga kuasa Barat, iaitu Portugis, Belanda dan British. Negeri Melayu dan kedaulatan Melayu kekal sampai sekarang kerana adanya institusi ini sebagai penyelamat bangsa. Imej kedua ialah imej UMNO di mata orang bukan Melayu, iaitu: mereka menganggap UMNO ialah parti untuk kepentingan orang Melayu, tidak untuk kepentingan kaum lain; UMNO dianggotai oleh orang Melayu yang ‘fanatik Melayu’, suka menjulang keris apabila memarahkan kaum lain, entah apalah sebabnya.

Imej UMNO yang ketiga ialah imejnya sebagai parti yang menggalakkan rasuah politik atau parti ‘orang kaya’ di atas dan parti orang miskin di bawah, parti yang korap, parti yang berkeliaran dengan buaya-buaya darat dan yu-yu laut yang tidak segan silu menyapu dan menelan segala projek dan kontrak kerajaan dan hak rakyat miskin tidak kira kaum. Imej ini dibenci oleh semua kaum, tidak sahaja orang Melayu tetapi juga oleh kaum bukan Melayu.

24. UMNO mesti mengubah atau kalau perlu membersihkan ketiga-tiga imej yang buruk itu. UMNO mesti dipercayai bukan sahaja oleh orang Melayu tetapi juga oleh orang bukan Melayu. Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, kita lihat ada orang dari kaum India dan kaum Cina, misalnya, mengibarkan dan menjunjung bendera PAS, dan mereka mengundi calon PAS di kawasan kuat UMNO. Mengapa? Apakah kerana mereka sudah dipukau atau di-Islamkan oleh orang PAS? Tidak. Mereka berbuat demikian kerana mereka percaya bahawa PAS, berdasarkan prinsip Islam, lebih adil daripada UMNO terhadap kaum bukan Islam. Mereka berkata orang PAS takut kepada Tuhan; jadi mereka takut hendak bercakap bohong atau melakukan dosa kepada makhluk Allah, tidak kira bangsa dan agama. Mereka berkata, Tok Guru Nik Aziz jauh lebih baik, bersih dan amanah daripada kebanyakan pemimpin UMNO Kelantan.

25. Inilah cabaran yang dihadapi oleh UMNO hari ini. UMNO terpaksa menjadi parti yang boleh dipercayai oleh semua kaum. UMNO terpaksa menyaingi parti baru seperti PKR yang dilihat oleh semua kaum – termasuk orang Melayu generasi baru – sebagai parti yang dasarnya ialah keadilan kepada semua rakyat berdasarkan keadaan dan keperluan asas mereka. Ketiga: perangai dan kelakuan budaya, moral dan akhlak orang UMNO perlu diadabkan

26. Kita perhatikan dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-12, kelakuan beberapa calon UMNO tidak beradab. Mereka sombong, bercakap besar, riak, dan suka menabik dada. Seorang calon Parlimen UMNO memberitahu media bahawa matlamat dia ialah untuk memastikan lawannya hilang deposit. Calon ini mengalami kekalahan teruk, diajar oleh pengundi Melayu. Di Kelantan kita dengar bagaimana seorang calon Parlimen yang dekat dengan kuasa atasan di K.L memaki hamun dan menggunakan kata-kata biadab terhadap PAS, khususnya terhadap Datuk Nik Aziz, MB Kelantan. Bahkan seluruh jentera UMNO digerakkan untuk melancarkan semacam ‘perang salib’ terhadap PAS, gayanya seperti perang yang dilakukan oleh Bush terhadap negara Islam.

27. Saya faham, PAS ialah parti lawan UMNO tetapi bukan itulah caranya orang Melayu-Islam cuba mengalahkan pihak lawan sesama bangsa dan sesama agama. Kita adalah bangsa yang berbudaya, beragama Islam, beradab. Orang Melayu – bahkan orang bukan Melayu dan bukan Islam pun – meluat dan menyampah dengan fiil dan kelakuan sombong bongkak itu. Kita tidak diajarkan cara bagaimana hendak memikat hati pihak lawan. Kita seolah-olah menggunakan budaya dan taktik samseng. Akhirnya, kita kalah – kalah lebih teruk daripada dalam tahun 2004, bukan kerana dasar UMNO tidak baik tetapi kerana orang UMNO itu yang tidak baik, dan merekalah yang merosakkan imej parti.

28. Saya rasa kelakuan yang semakin biadab itu timbul daripada beberapa sebab, antaranya dapat kita sebut: (a) kerana terlalu yakin pada kekuatan parti – dan tidak nampak apakah kelemahannya – lalu orang-orang seperti itu berasa megah, berani bercakap besar dan memberi tahu pengundi ‘Aku akan menjadi Menteri Besar’ atau akan menjadi menteri jika dipilih; (b) ekonomi pasaran atau ekonomi kapitalisme sudah menjadi alat politik UMNO untuk memperkayakan orang-orang tertentu dalam UMNO untuk kepentingan kepimpinan, tidak untuk kepentingan rakyat dan anggota akar umbi UMNO. Jiwa dan roh Melayu orang UMNO mulai digantikan dengan ‘rohperut’ . Wang menjadi alat permainan politik dan kuasa dalam UMNO.

29. Jadi, untuk menyelamatkan UMNO, kita kena buang segala anggota UMNO di atas itu yang jahat, yang korap, yang tidak berbudaya dan berakhlak tinggi, dan yang tidak bijaksana. Ada orang boleh jadi geliga otaknya, lulusan dari Oxford, Harvard dan sebagainya, tetapi tidak bijak, tidak pandai, tidak cerdik budaya. Orang ini tidak layak diangkat oleh UMNO untuk menjadi pemimpin mereka. Mengapa? Sebabnya mereka tidak mempunyai ‘roh atau semangat Melayu’ yang cukup dalam dadanya, tidak bijak, tidak pandai bercakap dan berhujah dengan rakyat. Mereka mungkin layak menjadi penyelidik akademik, tetapi tidak layak menjadi pemimpin bagi bangsa Melayu-Islam yang mempunyai nilai-nilai ketimurannya yang tersendiri, yang perlu difahami oleh sesiapa yang hendak menjadi pemimpin orang Melayu.

30. Mungkin banyak lagi perkara yang perlu dibincangkan oleh UMNO yang menjadi punca kelemahan UMNO. Kita tidak boleh menyerahkan semua perkara ini kepada beberapa orang pemimpin sahaja untuk memikirkannya. Mereka boleh jadi tidak mempunyai ‘feed-back’ yang cukup, yang benar, yang ikhlas dari bawah, dari anggota akar umbi UMNO, untuk mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku dalam UMNO yang menyebabkan parti nyaris-nyaris tersungkur dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.

31. Inilah sebabnya mengapa saya menggesa supaya Perhimpunan Agung Khas itu diadakan sebelum Perhimpunan Agung UMNO diadakan. Kita tidak mahu nanti perwakilan yang datang ke persidangan pemilihan itu datang seperti fiil lama, tidak mengetahui apakah kelemahan dan masalah UMNO, lalu mereka memilih atau disuruh memilih calon-calon yang sama, yang lemah untuk memimpin parti.

32. Kalau begitu gayanya, saya khuatir kita akan mengalami malapetaka yang lebih buruk lagi.

TranungKite

Noritta ooo Noritta

Selain Ilahi yang tahu segala tentang misteri pembunuhan Noritta ini, tentunya arwah Noritta sendiri. Pembunuhan yang tanpa saksi kukuh, jika ada pun berselindung dengan perundangan yang tidak telus memang memeningkan kita.

Kes yang dah melarat berlarutan terlalu lama kini mahu dibuat rayuan kembali pasti tambah rumit. Apatah lagi ada mereka yang terlibat dalam penyiasatan tidak jujur & amanah. Bahan bukti pun telah ada dimusnahkan. Memang Geladangan.

Seperti pengakuan Hanif Basree; dia pernah berzina dengan Noritta pun Pej. Agama kita tidak bertindak. Bertindak pun apakah hukuman itu adil & mengikut hudud agama Islam.

Memang kita ini duduk di negara Islam yang serba serbi bagaikan mempermainkan perundangan Islam. Bab hukuman zina ini terutamanya. Kita denda si penzina memang tidak memberi kesan. Maka itu memang namanya saja kita ini muslim, ramai sangat tak takut berzina. Semua tahu bagi mereka yang telah berumah tangga hukumannya rejam sampai mati. Berapa ramai@banyak bangkai bernyawa di dunia ini, penzina yang sekadar didenda; Yes! sebab kita perlekehkan perundangan Islam.

Perlulah diingat janji Allah SWT itu memang tepat, pembalasan penzina itu memang terusan terlaksana dalam tanpa kesedaran kita. Di dunia Allah SWT telah menjanjikan perbagai pembalasan penzina. Di akhirat apatah lagi. Sila rujuk ini dalam ajaran Islam agama kita.

Yang paling kita takut sekarang ini, jika negara kita terusan tidak telus dalam perundangannya; Bala akan menimpa kita. Bala itu buat semua tak kira kita ini ummah bagaimana. Bala tsunami yang melanda Acheh umpamanya memang banyak berkait dengan zina. Ini pengakuan dari sahabat saya yang ramai di sana. Malahan kawan saya sendiri menceritakan; jenazah perempuan yang jadi mangsa tsunami kebanyakkan kemaluan mereka tersumbat kayu & bahan tajam yang lain.

Jangan risaulah jika memang kita ini orang beriman & ingin tahu sangat siapa dia manusia misteri yang berlindung di sebalik perundangan kita yang boleh dibeli ini. Tunggulah di Hari Pembalasan. Yang penting kita jadi manusia baik, jangan pula nanti keaiban kita pula jadi bahan tontonan orang beriman. Nazak.

Kita yang lupa mati sahaja yang selalu suka berselindung. Baling batu sorok tangan. Buat dosa mengaku baik. Pura-pura alim kucing. Tak sedar diri, ego, tamak, salah guna kuasa, kaya tak sedar diri & perbagai lagi perangai buruk kita miliki; langsung tak mahu muhasabah diri. Maka itu memang penat... saban hari ada saja perkara karut marut, bunuh rogol, ragut rompak; culik, dadah, tak tertahan hati melihatnya.

Oleh itu terlalu banyak yang kita kena perbetulkan negara ini; yang agama rasminya memang Islam. Daripada Rakyat ke pemimpin, alim ulamak, puak kiri kanan, semua bangsa, memang kena didekatkan dengan Islam. Diperbaiki akhlak kita dengan Islam. Memang tiada cara lain.

Jika kita mengkaji ajaran agama kita pun jelas; satu ketika nanti semua agama di dunia ini akan sedar, yang Islam itulah satu-satu agama yang betul & terakhirnya buat ummat manusia; setelah turun Nabi Isa AS ke bumi menyatakan hak Islam sebenar. Kenapa kita tidak sedarkan penganut agama lain tentang kesahihan ini?. Mana Dakwah kita, apa taraf khalifahnya kita ini.

Bayangkan memang Islam memberikan kebebasan beragama kepada ummatnya. Tapi apa jadinya negara ini. Contoh terdekat patung gah di Batu Cave. Kalau ke Perak Bagan Datuk semua tahu apa bangunan ibadah banyak di sana. Apa jadi Pulau Ketam. Apa jadi Pulaunya Pinang, Sabah dengan agamanya kita tahu. Kalau ke Serdang Selangor, bayangkan dua kuil gah indah dibangunkan bersebelahan dengan masjid kita beribadah. Loceng kuil & azan bergandingan. Isk!.

Terlalu banyak yang kena kita betulkan. Takutnya anak cucu kita mudah amat di murtadkan lantaran terlampau bebasnya kita memberi hak beragama. Ini memang terjadi. Bila kita nak sedar!. Noritta ini memang hanya kes dalam selimut bagi kita. Prasarana dan persekitaran sekeliling yang mencorakkan segala; ianya terlalu banyak kena diperbetulkan.

Peluit : Imbasan dari dai Forum ini Sila Klik


Re: Noritta ooo Noritta (Score: 1)by mey70 on Friday, April 04 @ 21:57:47 MYT

apa pun yang dah pergi tu biarlah pergi....bagi aku, aku hormati ibu bapa Noritta ni yang suatu masa dulu adalah kawan baik aku semasa sama-sama bertugas di Jeli (masa tu Noritta masih bersekolah) dan aku amat terkilan sekali kerana tidak dapat berjumpa lagi dengan abang 'Sam' yang kini ku diberitahu telah kembali ke rahmatullah, mungkin juga beliau derita oleh insiden ini, semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.....amin

Re: Noritta ooo Noritta (Score: 1)by musamusang (musa@yahoo.com) on Friday, April 04 @ 22:56:55 MYT(User Info Send a Message)

Aku pun turut bersedih dengan kisah norita. Lebih sayu lagi apabila mendapat tahu yang bapanya sudah meninggal dunia kerana kami sama-sama menuntut di UPM Serdang pada awal tahun 70an. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.....amin[ Reply to This Parent ]

Tak siapa inginkan zuriatnya menjadi cacian. (Score: 1)by peluit (peluit@yahoo.com) on Friday, April 04 @ 23:13:00 MYT(User Info Send a Message) http://rangbulan.blogspot.com

Tak dinafikan dalam adik beradik kita pun ada yang salah bawaan, biarpun dalam asuhan sebumbung ibu bapa kita.

Apa yang terjadi kepada abg "sham" tentunya amat pahit. Terkadang memang persekitaran yang menjadi punca segala; seperti kalangan penagih dadah. Rakan terkadang yang menghasut. Tak semestinya salah asuhan.Begitu juga perempuan, lelaki yang sepatutnya menjaga maruah perempuan sering menjadikan bagai harapkan pagar... pagar makan padi.

Bukan sedikit gadis yang baik-baik terjebak diperangkap buaya darat. Di mata masyarakat tentunya arwah Noritta perempuan murahan tetapi apa pula pandangan masyarakat kepada lelaki yang mengambil kesempatan terhadap wanita yang lemah asal kejadiannya; semua tahu 9 nafsunya & 1 pertimbangannya@akalnya.

1 nafsu lelaki pun terkadang tidak dapat mengawalnya biarpun akal lelaki itu 9, apatah 9 nafsu perempuan yang tentunya payah diladeni; boleh & mudah dipermainkan lelaki geladangan.

Maka itu seharusnya pihak berkuasa dapat menyelesaikan kes pembunuhan sebegini. Tak kiralah yang mahu dibela itu siapa. Yang pasti di dalam Islam jika darah pertaruhannya mestilah darah juga pembalasannya. Jika tidak bagaimana roh si mati akan aman. Apatah lagi roh Noritta yang terpalit dengan noda.

Kes Nurin tentunya dia aman di sana. Sebab Nurin anak kecil yang terinanya. Tapi Kes Noritta memang bebanannya amat gurur & perit buat dia mungkin... buat warisnya tentunya.

3.4.08

Abdullah minta Guan Eng hati-hati buat kenyataan

ABDULLAH Ahmad Badawi menyambut Lim Guan Eng yang mengunjungi beliau di pejabatnya di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 3 April – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menasihatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya berhati-hati dalam membuat kenyataan kerana pemimpin DAP itu kini adalah ketua sebuah kerajaan negeri.

“Beliau tak seharusnya cuba meraih populariti,” kata Perdana Menteri kepada Bernama selepas pertemuan selama 30 minit dengan Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP di pejabatnya di sini.

Abdullah berkata: “Saya memberitahu beliau yang kita sedang mengawasi dengan teliti apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang. Saya nasihatkan beliau bahawa beliau kini menerajui sebuah kerajaan negeri dan beliau seharusnya berhati-hati ketika membuat kenyataan.”

Merujuk kepada kenyataan Guan Eng baru-baru ini mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB), Perdana Menteri berkata, Guan Eng tidak sepatutnya membuat kenyataan tidak berasas yang mengaitkan dasar itu dengan rasuah.

Abdullah berkata, beliau tidak dapat menerima kenyataan liar seperti itu kerana ia boleh mencetuskan kemarahan dan salah faham yang sukar dibendung.

Mengenai sistem tender terbuka yang dicadangkan oleh Guan Eng, Abdullah berkata, ia mungkin tidak adil kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Perdana Menteri berkata, proses tender hendaklah saksama.

Guan Eng pula memberitahu pemberita selepas pertemuan itu bahawa Kerajaan Pusat memberi jaminan semua projek utama di Pulau Pinang, termasuk jambatan kedua akan berjalan mengikut jadual.

“Semua pihak yang terlibat berharap jambatan itu akan siap mengikut jadual pada 1 Jan 2011,” katanya.

Guan Eng berkata, kerajaan Pulau Pinang akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan projek itu tidak menghadapi sebarang masalah.

Bagaimanapun katanya, Kerajaan Pusat tidak akan membiayai pembinaan jambatan itu dengan menggunakan dana Petronas.

“Saya membuat cadangan, jika tidak sepenuhnya, sekurang-kurang sebahagian (guna dana Petronas), tetapi beliau (Perdana Menteri) berkata itu tidak mungkin.

“Walaupun saya berpendapat Petronas boleh membiayainya, beliau memberitahu saya bahawa disebabkan oleh subsidi dan komitmen lain, itu tidak mungkin pada masa ini walaupun mereka inginkannya,” kata Guan Eng.

Beliau berkata, Perdana Menteri memberi jaminan bahawa projek itu tidak akan menghadapi sebarang masalah.

Pada pertemuan itu, Guan Eng turut menyerahkan surat menyenaraikan beberapa cadangan bagi kemajuan Pulau Pinang.

“Kita juga meminta agar peruntukan kepada Pulau Pinang daripada Kerajaan Pusat dinaikkan ke jumlah asal,” katanya merujuk kepada peruntukan yang berkurangan kepada Pulau Pinang tahun lepas.

Guan Eng berkata bahawa pada pertemuan itu, mereka membincangkan bukan saja projek akan datang tetapi juga “perkara-perkara yang lepas”.

Guan Eng berkata, beliau telah membangkitkan beberapa isu politik tetapi “saya tidak mahu menyebutnya di sini.”

“Mengenai Dasar Ekonomi Baru, kami bertukar-tukar pendapat dan penjelasan mengenai apa yang telah disebut dan apa yang tidak disebut. Ada perkara didakwa disebut oleh saya yang saya tidak sebut tetapi ada perkara yang saya sebut tidak disiarkan langsung.

“Tetapi yang penting ialah kami akur dengan situasi baru politik. Beliau adalah PM bagi negara ini dan saya mewakili penduduk Pulau Pinang,” katanya.

Guan Eng juga berkata, kerajaan Pulau Pinang inginkan hubungan yang baik dengan Kerajaan Pusat supaya semua projek pembangunan yang dirancang dapat diteruskan demi manfaat rakyat.

“Rakyat telah membuat keputusan untuk menyokong kerajaan baru di Pulau Pinang dan juga menyokong Kerajaan Pusat. Adalah perlu bahawa kami masing-masing menjalankan mandat yang diberikan untuk meneruskan projek-projek yang telah ditetapkan,” katanya.

Guan Eng juga berharap semua kementerian tidak akan mengamalkan sikap diskriminasi terhadap kerajaan Pulau Pinang walaupun ia kini ditadbir oleh pembangkang.
– Bernama

MTUC sokong, MEF anggap CUEPACS kurang matang

KUALA LUMPUR 3 April - Kerajaan perlu menimbang dan membuat keputusan positif terhadap kesemua tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sebagai tanda menghormati sumbangan dan bakti kakitangan dalam sektor awam.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Syed Shahir Syed Mohamud berkata, jika kerajaan mengiktiraf sumbangan kakitangan awam dengan mengadakan Hari Pekerja maka adalah wajar juga menimbangkan tuntutan CUEPACS yang dilakukan untuk kebajikan pekerja.
Menurutnya, MTUC akan menyokong segala usaha dan keputusan yang diambil oleh CUEPACS jika tuntutan mereka itu munasabah dan adil untuk kebajikan pekerja.

Syed Shahir menegaskan, pemimpin CUEPACS sudah tentu berbincang dan menimbangkan kesemua tuntutan mereka dengan panjang lebar dan inginkan tindak balas dan keputusan yang positif daripada kerajaan.

“Kerajaan sebagai majikan terbesar di negara perlulah memberi jawapan yang positif terhadap tuntutan CUEPACS itu sebagai mengiktiraf dan menghormati mereka sebagai kakitangan awam,” jelasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Syed Shahir berkata demikian sebagai reaksi kepada ancaman CUEPACS yang akan memboikot dua sambutan Hari Pekerja Mei depan jika lima tuntutan mereka tidak dipenuhi kerajaan.
Sehubungan beliau berkata, MTUC akan menyokong tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh pihak pekerja sama ada dari sektor swasta dan awam demi keadilan dan kebajikan pekerja.

Sementara itu Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menyifatkan tindakan CUEPACS memboikot sambutan Hari Pekerja Mei ini sebagai kurang matang.

Pengarah Eksekutifnya, Shamsuddin Bardan berkata, sambutan Hari Pekerja itu diadakan sebagai meraikan sumbangan pekerja kepada negara, maka itu tidak patut acara itu diboikot.
Menurut beliau, jika CUEPACS tidak puas hati mereka masih boleh bertemu dan berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Ketua Setiausaha Negara (KSN).

‘‘Tidak semestinya semua tuntutan akan diterima dan dilaksana oleh kerajaan tetapi saya yakin mereka (kerajaan) tidak menolak untuk mendengar dan membincangkan mengenai lima tuntutan CUEPACS itu,’’ jelasnya.

"Saya tidak sekat pihak lain beri pandangan semasa jadi PM" - Mahathir

Posted on Friday, April 04 @ 11:40:00 MYT by SongkokPutih Oleh kelantankini

"TUN Dr Mahathir Mohamad yang tidak henti-henti mendesak Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan mendakawa beliau sering memberi peluang kepada pihak lain menyampaikan pandangan mereka semasa menjadi perdana menteri. Menurut mantan perdana menteri itu sekalipun banyak pandangan diberikan bertentangan dengan pendapatnya sendiri beliau tetap memberi peluang orang lain mengemukakan pendapat mereka.

"Misalnya apabila Dato' Musa Hitam (kini Tun) letak jawatan sebagai timbalan perdana menteri, saya beri peluang kepada semua untuk bercakap mengenainya dan walaupun saya tidak suka perkara itu, mereka mencadangkan supaya menghantar satu delegasi untuk berjumpa beliau di London bagi cuba mengubah pemikirannya.

"Apabila dia (Musa) mengambil keputusan untuk menjadi timbalan presiden (Umno), dia dapat jawatan itu. Saya tidak cuba menghalangnya kerana ia adalah kehendak MT dan bukan saya," dakwa Mahathir yang dipetik Bernama.

Bagaimanapun Mahathir mengakui bahawa ada 'Pak Turut' semasa beliau memegang jawatan tetapi mereka yang menentangnya secara keras-keras tidak pernah disingkirkan dari Umno atau dihalang daripada bersuara.

Mahathir berkata demikian sebagai mengulas sikapnya yang mendesak Abdullah berundur walaupun beliau sendiri yang melantik Abdullah sebagai pengganti perdana menteri.
Bekas perdana menteri itu bersikap demikian ekoran kekalahan teruk BN dalam pilihan raya umum lalu dan meminta Abdullah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap prestasi buruk parti pimpinannya.

Antara lain kata Mahathir Umno perlu mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) demi kesejahteraan parti serta membincangkan persembahan buruk parti itu pada pilihan raya umum lalu.

Mahathir berkata EGM boleh diadakan jika majoriti anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno menyokong idea itu dan boleh menjadi medan untuk ahli-ahli menyuarakan pandangan masing-masing.

Antara lain, katanya, mesyuarat EGM itu boleh membincangkan pindaan perlembagaan parti termasuk soal penghapusan sistem kuota yang boleh memberi ahli-ahli bertanding jawatan tinggi pada mesyuarat agung tahunan (AGM) Disember ini tanpa memperoleh pencalonan minima seperti yang disyaratkan sekarang.

"Jika kita mengabaikan pandangan ahli-ahli Umno dan angkuh dengan menolak permintaan maka ia boleh mendorong kepada penolakan Umno secara menyeluruh khususnya jika pakatan pembangkang menunjukkan mereka boleh menyediakan pentadbiran lebih baik. Jika sesuatu tidak dilakukan, kebimbangan saya bahawa Umno akan hilang semua," tambahnya.

kelantankini.com"

Nama Anwar Ibrahim menjadi buah-mulut di Madinah

Posted on Thursday, April 03 @ 14:02:39 MYT by greenboc Oleh mayasi

"Saya baru balik dari mengerjakan ibadat Umrah di Tanah Suci Mekah. Sewaktu berada di Madinah selama 3 hari, boleh dikatakan sebahagian besar penduduk Madinah, terutamanya para pemuda dan peniaga yang terjumpa kita akan menyapa dengan mesra, dan saya suka memperturunkan sebahagian dari percakapan umum mereka apabila menyapa kita:

"Anta...Indonesia....Malaysia?" (Awak dari Indonesia atau Malaysia?)

"Malaysia."

"Masya Allah, Malaysia..! Abdullah Badawi..? ...Anwar Ibrahim...?"

"Anwar Ibrahim".

"Masya Allah...! Alhamdulillah! Anwar Ibrahim baguuusss!!" Sambil menunjukkan ibu jari kanannya.

Mereka terus memeluk saya dengan erat sambil menepuk-nepuk belakang saya. Dari wajah dan cara mereka, tergambar kegirangan dan kegembiraan yang sebenar, dan bukannya sengaja dibuat-buat.

Dan kebiasaannya, mereka akan segera berteriak memanggil kawan-kawan yang berada di persekitaran mereka, atau para peniaga yang berada di kedai berdekatan kedai mereka, lalu memperkenalkan saya kepada mereka, dengan nada suara yang sungguh gembira, memberitahu bahawa saya dari Malaysia, dan saya adalah penyokong Anwar Ibrahim, bukannya penyokong Abdullah Badawi!

Maka kebiasaannya suasana akan menjadi riuh-rendah apabila kawan-kawannya datang dan menjabat tangan lantas memeluk saya, sambil mengucapkan tahniah dan syukur. Itu bukan satu-satunya kejadian seumpama itu, malah ianya berlaku setiap hari, pagi-petang dan siang-malam, ke mana sahaja saya pergi dan di kedai mana sahaja saya singgah, bahkan ianya juga berlaku di dataran lapang di sekitar Masjid Nabawi.

Para penduduk Madinah seperti sangat mengikuti perkembangan politik di Malaysia dan amat mengambil berat tentang perjuangan Anwar Ibrahim dan rakan-rakannya dalam Barisan Alternatif.

Hampir kesemuanya akan mengatakan :"Anwar Ibrahim, bagus! Abdullah Badawi, tidak bagus! Mahathir, kurang bagus!"

Dan selalunya saya akan membeli barang-barang di kedai mereka dengan mendapat harga yang jauh lebih murah dari biasa, sebagai tanda kegembiraan dan ucapan terima kasih mereka!"

Peluit: Madinah jua Mekah bukanlah tempat pura-pura & mainan. Jika memang benar ceritera ini berlaku di sana bermakna memang aura DS Anwar begitu gah & diterima dunia. Semoga apa yang diceriterakan ini menjadi satu pedoman & renungan buat semua. Betapa dulu DS Anwar diaibkan didera difitnah; belum pun dia pergi kenyataannya telah nampak bagi mereka yang prihatin tentang politik semasa. Bagaimana pula mereka yang masih tertutup keprihatinannya.

Geran Online (Score: 1)

Geran Online (Score: 1)

by peluit (peluit@yahoo.com) on Wednesday, April 02 @ 09:29:11 MYT(User Info Send a Message) http://rangbulan.blogspot.com/

Sy pernah terklik laman web@situs .. mungkin Pej Daerah di Negeri Sembilan (NS). Melalui situs tersebut dapat diakses semua lakaran geran seluruh tanah di Negeri Sembilan, siap dengan Nombor Lot geran tersebut!

Sy tak pasti apakah negeri lain punyai situs selengkap NS. Bukannya apa bagi mereka yang bermasalah dalam mendapatkan salinan geran tentunya melalui situs sebaik NS ini mudah mengesan tanah sendiri.

Masalah tanah terbiar bilamana waris merantau seperti keluarga kami alami, tentunya lebih cepat & mudah diselesaikan jika ada situs sebegini. Agar kecanggihan ICT akan dapat merubah masalah menjadi mudah. Syabas NS!.


Tentu berkaitan dengan Ini

(Score: 1)by peluit (peluit@yahoo.com) on Wednesday, April 02 @ 14:31:36 MYT(User Info Send a Message) http://rangbulan.blogspot.com
TEORI 100 HARI : ANWAR KE PUTRAJAYA

Lagkah Awal (Score: 1)

Lagkah Awal (Score: 1)by peluit (peluit@yahoo.com) on Wednesday, April 02 @ 09:11:35 MYT(User Info Send a Message) http://rangbulan.blogspot.com

Baguslah tu Dr Ini baru langkah permulaan agar senang rakyat dapat berkomunikasi dengan pemimpin. Pahit & manis respon dari pelayar internet ini biasa.

Harap-harapnya bukan ada orang perantara yang mengemaskini blog Dr. Jadikan milik peribadi & mendapat pandangan secara terbuka. Berpolitik sebenarnya kenalah rapat dengan semua golongan; penyokong mahu pun lawan.Musuh selalunya akan menyelongkar segala kelemahan kita. Rakan biasalah membodek, mengampu demi sesuatu.

Setidak-tidaknya melalui blog@jurnal Dr dapat meluahkan kenyataan & menjawab tohmahan atau kritikan secara terbuka. Ianya lagi telus, pantas & pasti ada baik buruknya.Agar langkah awal ini berkesan. Saya teringat telah 3 e-mel saya kirim melalui laman terbuka PM kita. Langsung tiada respon e-mel itu terpengap entah di mana. Agar tidak jadi sedemikian respon diterima melalui blog Dr.

: Peluit... Blog politik sekadar memenuhi wadah isu semasa, lebih banyak menumpukan blog peribadi sendiri.

Re: Idris tidak tahu apa `dosanya’ terhadap Sultan - Utusan (Score: 1)

- Utusan (Score: 1)by peluit (peluit@yahoo.com) on Wednesday, March 26 @ 21:30:11 MYT(User Info Send a Message) http://rangbulan.blogspot.com

beliau sedia menghadap Seri Paduka jika diberi peluang untuk memohon maaf terhadap sebarang kesalahan yang telah dilakukannya kepada pihak istana.- Utusan

Jika itu jangan gunalah!, cuba kita amat ayat yang ada jika... Sedapkah bunyinya?Si anak Derhaka "Emak ampunkan saya jika saya bersalah!"Si anak Yang Mulia "Emak ampunkan saya memang saya bersalah"Skrip Si anak Yang Mulia itu lebih baik, ikhlas & akur; si Ibu pasti menangis & akan luruh hati lalu mengampunkan anaknya.Kalau ayat Si anak Derhaka pasti Ibunya akan menjawab!! "Oiii tak sedor lagi ke? tak ngaku ke buat salah.." Mungkin si Ibu akan lebih trauma jika ada perkataan berjika-jika@kalau dalam memohon maaf.Isk! macam buat skrip drama radio pulak.[ Reply to This ]

Kempen Selamatkan Sufiah …. Antara Realiti Dan Imaginasi

Posted on Thursday, April 03 @ 14:07:33 MYT by greenboc
Pendapat Oleh BuahBeluluk

"

Assalamualaikum

Saya tertarik dengan kempen “Selamatkan Sufiah” yang di taja oleh Dr Mashitah dan Zaid Hamidi melalui Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Syabas diucapkan kepada mereka kerana mengambil initisiatif ini.


Namun saya tertanya bagaimanakah caranya untuk menjayakan kempen ini memandangkan beliau (Sufiah Yusof) adalah warganegara Britain dan berumur lebih 21 tahun.

Adakah Dr Mashitah, akan kesana bersama Zaid Hamidi atas tiket YADIM kemudian akan memanggil saudari Sufiah, menasihatkan beliau. Adakah ia semudah itu? Adakah ini tidak dinamakan mencampuri urusan politik Negara U.K.

Ataupun YADIM akan bekerjasama dengan Organisasi Dakwah U.K kemudian mereka akan membuat sessi kaunseling kepada saudari Sufiah bagi pihak YADIM. Persoalannya adakah Sufiah ingin berjumpa dengan organisasi ini? Kaunseling yang diadakan bukan 1 sessi tetapi kemungkinan sessi kaunseling bersiri. Adakah dia akan turut mengikuti sessi kaunseling atau melagkah pergi atas dasar kebebasan beliau lebih 21 tahun.

Walauapa pun cara saya berharap Mashitah akan berhati-hati dalam tindakannya. Beliau harus menerangkan

a) strategi dan caranya,

b) Badan dakwah U.K yang akan bekerjasama

c) berapa kali beliau dan rombongan akan ke U.K.

d) Berapa lama tempoh setiap lawatan.

e) Apa kemajuan dicapai.

f) Berapa perbelanjaan kerajaan dan perbelanjaan derma yang digunakan


Kita tidak mahu projek atau kempen ini mencapai kegagalan, apatah lagi banyak kempen-kempen kerajaan yang tidak berjaya. Contoh yang paling mudah kempen yang selalu diwar-warkan oleh Dr. Mashitah sendiri iaitu “Kempen Rumahku Syurgaku” dan slogan lihatlah, pandanglah, keluargaku keluarga contoh" yang kita masih tertanya tentang strategi dan keberkesannya.

Kita juga berharap janganlah kempen tertumpu kepada saudari Sufiah sahaja, tetapi tumpukanlah kempen menyelamatkan anak-anak Malaysia yang lebih mudah dan lebih senang untuk diawasi.


Banyak rumah kebajikan, rumah anak2 yatim, “child home shelter” yang dimiliki oleh beberapa inidividu ( perseorangan) yang boleh dibantu. Mereka ini dalam keadaan tercungap-cungap dalam operasi seharian dengan perbelanjaan yang semakin meningkat. Saya ingin mengambil contoh Rumah Pernim yang menjaga anak2 HIV. Untuk makluman boleh lawati
www.pernim.com.

Telah tiba masanya untuk semua mula bekerja dan tidak lagi membincangkan tentang kekalahan atau kemenangan PRU12, dan tidak lagi membincangkan perkara remeh temeh dalam memikirkan cara menyelamatkan survival politik individu2 tertentu.


Hanya keampunan Allah kupinta….
"

2.4.08

Sufiah

Maths prodigy who won an Oxford place at 13 is now a £130-an-hour HOOKER

By Keith Gladdis

SHE was a child maths genius who won a place at Oxford University aged just 13—but now the only sums Sufiah Yusof is interested in are the ones she earns as a HOOKER.








For sad Sufiah the daily equation she has to solve is simply sex equals £130 as she sells her body to punters over the internet.



The gifted girl with the winning smile had the world at her feet ten years ago and should be a rich woman by now—but last week she was busy subtracting her underwear for our undercover reporter in her dingy back street flat.



"Would you like to start your half hour now?" said Sufiah, 23, as she danced on the bed, displaying her body for examination.

Then she listed all the sleazy plus points she would throw in for our man if he took up her offer.


Calling herself Shilpa Lee, the former child prodigy still juggles with figures on a hookers' website, describing herself as a "very pretty size 8, 32D bust and 5'5" tall—available for booking every day from 11am to 8pm."

She says she is a "sexy, smart student" who prefers "older gentlemen"— but a former pal who has witnessed her downfall told us: "It is all desperately heartbreaking.


"With her amazing brain she should be able to make money any way she wants. But instead her life has spiralled completely out of control."


Life has never quite added up for Sufiah. Her descent into prostitution in Salford, Manchester, is the latest in a long line of tragedies to have engulfed her since the sunny day when she posed with her university mortar board for the world's press outside prestigious St Hilda's College.

Our shock revelations today come in the week her domineering dad Farooq was jailed for sexually assaulting two 15-year-old girls as he home-tutored them in maths.


And he was always at the root of all her troubles— even as she passed the further maths A-Level she needed for entry to Oxford at the age of 12. In those days Sufia was a strict Muslim child who prayed five times a day and was subjected to her father's famous Accelerated Learning Technique.

Her days involved stretching and breathing exercises in freezing rooms to keep her brain attentive.

Sufiah would then study hard and be forced to play tennis with just as much intensity as fanatical Farooq drove her on. The routine was so effective Sufiah was seeded number eight in the country for under 21s.

But three years into Oxford, the 15-year-old sparked a massive police hunt after running away.

Abuse

At the time her father bizarrely claimed Sufiah had been kidnapped and brainwashed by an organisation seeking the key to her intelligence.

But Sufiah sent an email to her family describing her life under her father as a "living hell".
One message to her sister read: "I've finally had enough of 15 years of physical and emotional abuse. You know what I am talking about."


Sufiah was missing for two weeks before being found in an internet café in Bournemouth where she had been working as a hotel waitress.

She refused to go back to her parents and instead was taken into the care of social services.


It was then revealed that Farooq had been jailed for three years in 1992 for his part in a £1.5m mortgage swindle. Before that—at the age of 19—he had been sent to borstal for his role in a conspiracy involving £100,000.

Free from the spell of her father, Sufiah returned to Oxford to complete the final year of her Masters in Maths.
But she was now more concerned with enjoying herself—and failed to finish the course after meeting trainee lawyer Jonathan Marshall.

They were married in 2004 when Sufiah was just 19 and Jonathan 24. But the strains with her family were still there.
Despite being invited, Sufiah's parents and four brothers and sisters failed to turn up to the wedding.

Her dreams of a happy life with Jonathan were shattered when the couple divorced just a year later.

Now, in her sad little flat, she uses her body to pay the rent. Sufiah met our man, posing as a punter, at the entrance to her building wearing a tiny skirt, leather boots and a tight t-shirt. She was carrying three mobile phones.

She laughed and joked as she led him to her small apartment where a bed was already set out in the lounge.

She told him it was £130 an hour and offered him a glass of water before putting some music on to a cheap portable stereo and nervously stripping down to her red lace bra and knickers.

Sufiah then peeled off her underwear and danced on the bed. She told him she did full sex with a condom and oral sex without protection.

After our man had made his excuses, Sufiah kept him talking by telling him how she was studying for a Masters degree in Economics on a part-time two year course in London.

The former prodigy added: "I've got exams coming up and I'm thinking ‘Oh my God!'"

Once described by her parents as "naïve and unstreetwise", she works alone from her flat without any obvious physical security or protection.

She even admitted to our reporter: "It's always a surprise who you are going to meet."

Cheerful Sufiah gave no indication of any sadness at the jailing of her father the previous day. On Wednesday Farooq, 50, was sentenced to 18 months at Coventry Crown Court for touching two 15-year-old girls when he was home tutoring them at maths.
The court heard how in May last year Farooq arrived at one of the victim's home for a maths lesson.

He started whispering in her ear and kissing her hair and cheek. He also touched her breast and told her she was a genius and pretty before putting her hand on his upper thigh.

Destroyed

Farooq's defence lawyer Tim Hannam said: "He's been back in prison for over five months and knows there'll be no more teaching and any hope he had of gaining an income from the teaching method he had developed to a high degree of success is lost to him. His reputation is destroyed."

Now it's clear the daughter who fled his strict regime has almost been destroyed too.

Her friend said last night: "Sufiah has suffered so many knocks in her life. I just hope she can drag herself out this life she has got herself into.
"She is a good person and deserves a much better life than this. Her gift really has been a curse."