Pelakon filem 'The Avengers', Scarlett Johansson buat kali kedua telah dinobatkan sebagai 'Wanita Terseksi Dunia' oleh majalah Esquire. Sebelum ini, Scarlett pernah menggondol gelaran yang sama pada tahun 2006.
 
Selain menjadi bintang pertama yang mendapat gelaran ini sebanyak dua kali, bintang berusia 28 tahun ini juga bakal menghiasi muka depan majalah tersebut. 
 
Dalam perkembangan lain, baru-baru ini Johansson telah bertunang dengan bekas wartawan dari Perancis, Romain Dauriac selepas bercerai dengan bekas suaminya Ryan Reynolds pada tahun 2010.