Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

13.2.14

FB Sinar Online diciplak!

 MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI

SHAH ALAM – Susulan portal Sinar Harian Online kian mendapat sambutan menggalakkan daripada pembaca, terdapat segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang cuba ‘menangguk di air yang keruh’ dengan menciplak akaun media sosial Facebook portal tersebut.

Tinjauan Sinar Harian Online hari ini mendapati terdapat dua akaun FB palsu menggunakan nama yang menyerupai portal berita tersebut.

Akaun palsu pertama yang dikesan menggunakan nama Sinar Harian Online, sedangkan nama rasmi FB hanya Sinar Harian.

Malah lebih memeranjatkan apabila akaun FB Sinar Harian itu mengguna pakai semua bahan berita Sinar Harian Online termasuk ‘cover page’ timeline FB melainkan mastheadnya yang ditambah dengan perkataan Online.

Kehadiran akaun palsu tersebut yang dicipta sesingkat 16 jam lalu juga telah ‘mencuri’ jumlah like di akaun rasmi Sinar Harian apabila ia mampu menarik 913 pengunjung (subscriber), sedangkan akaun rasmi mempunyai jauh lebih besar pengikutnya iaitu 787,000.

Sementara itu, akaun palsu kedua pula menggunakan nama Sinar Harian Official, namun kesahihan akaun itu diragui apabila maklumat akaun itu menunjukkan ia telah ditubuhkan pada 21 November 2012 dan pengendalinya yang bekerja di Bank Negara Malaysia yang kini menetap di Petaling Jaya serta berasal dari Melaka.

Sehubungan itu, pihak pengurusan Sinar Harian sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua-dua 'admin' palsu tersebut.

Kepada pembaca setia Sinar Harian, diharap anda tidak terpedaya dengan akaun palsu tersebut, dapatkan maklumat rasmi dan sahih daripada akaun asal FB Sinar Harian.

Terima Kasih!

Tiada ulasan: