Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

9.2.14

Dakwaan ugut Teresa, ADUN lapor polis

Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, berhubung dakwaan beliau memfitnah Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
  
Md Alwi berkata laporan polis itu untuk mempertahankan dirinya berhubung laporan polis oleh ahli Parlimen Seputeh itu yang mendakwa beliau telah diugut dan diancam melalui Khidmat Pesanan Ringkas dan Aplikasi Whatsapp.
  
"Saya nak beritahu masyarakat bahawa YB Teresa Kok ini telah memutar-belitkan cerita dengan menyatakan saya mengugut dan mengancam beliau.
  
"Macam mana saya nak ugut beliau sedangkan bukan beliau yang menjawab panggilan tersebut dan saya hubungi beliau untuk mendapatkan penjelasan mengenai video yang dibuat dan telah menimbulkan kemarahan orang Melayu dan Islam," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu semalam.
  
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Azham Othman mengesahkan menerima laporan daripada Md Alwi.
  
- Bernama

Tiada ulasan: