Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

12.2.14

Mahkamah Persekutuan halang 13 mengakses dokumen SYABAS

Mahkamah Persekutuan menolak permohonan untuk semakan kehakiman berhubung keputusan Mahkamah Rayuan menghalang 13 pengguna mengakses laporan audit dan perjanjian konsesi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

Sambil menyifatkannya sebagai mundur ke belakang, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago (kiri) berkata penghakiman itu akan menghadkan fungsi Enakmen Kebebasan Maklumat di Selangor.

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan 13 yang lain, telah menamakan  menteri air, tenaga dan teknologi hijau dan SYABAS dalam permohonan itu, untuk mendapatkan akses kepada dokumen-dokumen yang diklasifikasikan rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi.

"Saya percaya ada sesuatu yang tidak kena dalam laporan audit itu. Bagaimanapun, kita tidak boleh mendapat akses kepada kedua-dua
dokumen tersebut," kata MP Klang, Charles Santiago (kiri), salah seorang daripada 13 perayu yang dianggap oleh mahkamah gagal dalam ujian 'locus standi' dalam menjadi sebahagian daripada permohonan itu.

Bagaimanapun, dalam penghakimannya hari ini yang disampaikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Hasan Lah, MTUC akan dibenarkan akses kepada dokumen itu kerana ia telah membuat suatu permintaan formal secara bertulis kepada menteri berkenaan.

Hakim Hasan berkata, melihat konteks undang-undang dan fakta keseluruhan permohonan itu, terutama hakikat bahawa ini adalah satu tindakan undang-undang yang kepentingan awam, maka Mahkamah Persekutuan berpendapat MTUC telah menunjukkan bahawa ia mempunyai kepentingan sebenar dan tulen dalam kedua-dua dokumen itu, dan oleh itu, kongres itu terjejas oleh keputusan menteri.

Tiada ulasan: