Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

12.2.14

Rayuan Liwat II: Permohonan panggil semula Pereira ditolak

Rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Liwat II bermula hari ini di Mahkamah Rayuan Putrajaya selepas MP Permatang Pauh itu gagal untuk menghalang peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pihak pendakwaan.

Bagaimanapun, sebelum rayuan pihak pendakwaan didengar, ketiga-tiga panel hakim Mahkamah Rayuan akan mendengar dahulu permohonan Anwar untuk memanggil semula pegawai penyiasat yang telah bersara, Supt Jude Blacious Pereira (kanan).

Karpal Singh, peguam yang mewakili Anwar, memfailkan permohonan untuk memanggil semula Pereira (kanan) saksi itu minggu lepas.

Ini berikutan kegagalan Pereira untuk diterima sebagai peguam bulan lalu selepas Majlis Peguam memfailkan bantahan awal di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Majlis Peguam berhujah bahawa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) telah didapati bekas pegawai polis itu bukan seorang seorang saksi yang berwibawa dalam pendengaran kes polis menahan lima peguam pada 2009 di Balai Polis Brickfields.

Keputusan itu dibuat oleh tiga anggota panel Suhakam yang diketuai
oleh Shafee (kanan) semasa beliau menjadi pesuruhjaya hak asasi manusia.

Kes pendakwaan akan bertumpu kepada bukti DNA yang telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas ia mendapati wujud kemungkinan ia telah diubah.

Pereira yang mengambil sampel daripada doktor dan mahkamah telah diberitahu bahawa dia telah membuka pakej itu dan melabelnya berbeza daripada apa yang telah ditandakan oleh doktor pada asalnya, sebelum membawanya kepada ahli kimia.

Terdapat juga persoalan mengenai sampel itu tidak disimpan dengan betul. Menurut arahan Hospital Kuala Lumpur ialah ia perlu disimpan dalam peti sejuk, tetapi Pereira menyimpannya dalam kabinet besinya di pejabatnya yang berhawa dingin.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di kondominium Desa Damansara pada 28 Jun 2008.

LAPORAN LANGSUNG

9.05am: Tiga panel hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Hakim Datuk Aziah Ali.

Dua lagi ialah Hakim Datuk Rohana Yusuff dan Datuk Mohd Zawawi Mohd Salleh.

Anwar tiba dengan isterinya, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Terdapat pelbagai pemerhati antarabangsa di mahkamah.

9.25am: Dewan mahkamah sudah penuh sesak dengan pemberita yang duduk di sebelah kanan dan orang ramai mengisi ruang di tengah dan juga sebelah kiri.

Antara pemerhati antarabangsa ialah wakil Lawasia dan Kesatia Parlimen Antarabangsa, Mark Trowell, yang sebelum ini menghadiri perbicaraan kes Liwat II.

9.34am: Datuk Muhammad Shafee Abdullah, peguam kanan yang mengetuai pasukan pendakwaan, tiba.

Pasukan itu terdiri daripada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Mohd Hanafiah Zakaria dan Noorin Badaruddin.

9.47am: Antara pemimpin PKR yang hadir ialah Naib Presiden N Surendran, ketua PKR Johor Datuk Chua Jui Meng dan pengarah komunikasi Fahmi Fadzil.

9.50am: Peguambela Karpal Singh tiba di mahkamah. Mengiringi beliau ialah peguam Sangeet Kaur.

10.00am: Sidang mahkamah belum bermula. Manakala kerusi tambahan disediakan oleh polis mahkamah, ada yang dilihat masih berdiri di galeri awam mahkamah yang sudah penuh.

10.32am: Mahkamah mula bersidang.

Mereka yang berdiri di galeri awam diminta meninggalkan mahkamah.

10.38am: Karpal bermula dengan mengemukakan permohonannya untuk menarik memanggil semula saksi utama pendakwa, pegawai penyiasat polis yang bersara, Supt Jude Blacious Pereira.

10.41am: Karpal berkata permohonan itu penting kerana Pereira didapati seorang saksi yang berwibawa oleh hakim perbicaraan Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah, menyebabkan Anwar dipanggil membela diri.

Bagaimanapun, pada 10 Januari 2014, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Pereira supaya diterima oleh Badan Peguam Malaysia sebagai seorang peguam.

Keputusan mahkamah berdasarkan inkuiri Suhakam di mana Pereira diputuskan sebagai bukan saksi yang berwibawa oleh Shafee, yang kini mengetuai pasukan pendakwa merayu rayuan terhadap pembebasan Anwar.

"Demi keadilan, maka adalah kewajipan mahkamah ini untuk menggunakan peruntukan Seksyen 61 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan memberikan kebenaran untuk memanggil Pereira," kata Karpal.

2.47pm: Sesi mahkamah disambung.

Hakim Aziah berkata Mahkamah Rayuan hanya akan memanggil semula Pereira sekiranya terdapat keadaan luar biasa atau kegagalan keadilan.

Perkara itu, tegasnya, terserah kepada budi bicara mahkamah. Bukti mesti relevan dan bukan di mahkamah pada masa itu.

"Dalam permohonan (untuk memanggil semula Pereira), kami bersetuju bahawa ia gagal memenuhi syarat-syarat."

Katanya, asas Pereira tidak diterima dalam Bar adalah berdasarkan laporan Suhakam, yang disediakan pada 23 April 2010, dan saksi itu tidak pernah menafikannya.

"Kita dapati tidak ada keperluan untuk memanggil (Pereira) dan menolak permohonan untuk memanggilnya semula," kata Hakim Aziah.

Tiada ulasan: