Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

9.2.14

Liow: MCA senarai pendek calon PRK Kajang

 

Jentera MCA bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri(DUN) Kajang hanya akan dikerah berkempen selepas penamaan calon selesai, kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.
  
Beliau berkata MCA akur kepada peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) dan akan berkempen mengikut saluran yang betul dengan aktiviti dan perancangan yang diatur.
  
"Kita belum mula kempen, kita akur kepada SPR...(Buat masa sekarang) kita hanya akan adakan persiapan," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama exco Badan Perhubungan MCA Selangor di Bilik Gerakan MCA Hulu Langat di Kajang, hari ini.
  
Namun, Liow berkata beliau dimaklumkan ada 'sesetengah' pihak yang tidak mengikut peraturan SPR dan telah memulakan kempen.
  
"...tadi pun ada terima aduan daripada bahagian-bahagian MCA yang dengan jelas tidak puas hati ada setengah pihak langgar peraturan SPR.

"Bagaimanapun, (bagi) MCA kita lebih minat (mengenai) bagaimana untuk dekati rakyat dan berkhidmat untuk rakyat," katanya.
  
Ditanya sama ada MCA akan membuat laporan polis mengenai perkara itu, Liow berkata pihaknya tidak akan berbuat demikian buat masa ini kerana yakin SPR mengambil maklum perkara berkenaan.
  
Mengenai senarai pendek calon MCA bagi PRK Dun Kajang, beliau mengulangi kenyataan bahawa maklumat terperinci mengenainya tidak akan dimaklumkan kepada pihak media buat masa terdekat.
  
"MCA telah buat senarai pendek. Kita akan buat kaji selidik umum dalam masa terdekat untuk makluman balas dan lepas itu akan hantar kepada Barisan Nasional untuk pengumuman. Kita yakin kita akan umumkan calon daripada MCA,"katanya.
  
Ditanya mengenai Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MUIP) Senator Datuk S Nallakarupan yang menawarkan diri sebagai calon pada PRK itu, Liow berkata MCA telah membuat keputusan bahawa DUN Kajang akan ditandingi MCA.

Dalam pada itu, Liow berkata exco badan perhubungan MCA Selangor hari ini bersetuju membahagikan DUN Kajang kepada 16 Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang akan diserahkan kepada bahagian-bahagian MCA Selangor sebagai anak angkat.
  
Beliau turut mengumumkan bahawa majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA Selangor akan diadakan di Dewan Persatuan Hokkien Kajang pada 7 petang Ahad depan.
  
Dalam perkembangan lain, Liow  kesal dengan tindakan Pengerusi Hindu Rights Action Force (Hindraf) P Waytha Moorthy yang meletak semua jawatan dalam kerajaan dan Dewan Negara.
  
"Kita tak tahu apa sebab beliau meletak jawatan. Saya rasa dalam masa kita hadapi pelbagai cabaran termasuk kenaikan harga barang dan isu yang banyak, kita sepatutnya bersatu padu menghadapi bersama transformasi negara.
  
"Kita beri sokongan kuat pada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk pastikan transformasi dan matlamat negara capai objektif," katanya.
  
-Bernama

Tiada ulasan: