Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

17.2.14

Mahfuz: Sudahlah buli MCA, Umno

 

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar meminta agar Umno tidak terus membuli MCA dan bertanding menentang dua lagi calon Melayu di pilihan raya kecil Kajang 23 Mac depan.

Dalam sidang medianya hari ini, Mahfuz berkata membenarkan MCA bertanding di situ walaupun tahu telah ditolak oleh masyarakat Cina ibarat membuli parti tersebut.

"Semalam, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan sendiri minta kepimpinan buat keputusan bertanding.

"Saya nak minta beliau desak kepimpinan Umno untuk benarkan Umno yang bertanding menentang (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan (Datuk) Zaid Ibrahim," katanya.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan Ahmad berkata tindakan BN melengah-lengahkan perkara itu menyukarkan jentera parti pemerintah berkenaan selain tertanya-tanya sama ada BN akan meletakkan calon menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di kerusi berkenaan.

"Sekarang ini, ada kenyataan minta BN bertanding dan ada pula cakap jangan. Jadi, kedudukan jentera parti ada yang bersemangat tetapi ada juga yang masih separuh hati.

"Sebab itulah, saya berharap pucuk pimpinan BN akan buat keputusan segera sama ada bertanding atau tidak dan soal siapa akan jadi calon itu nanti boleh diputuskan," katanya.

Mengulas lanjut, Mahfuz  berkata beliau tiada masalah untuk bekas ahli Majlis Sekretariat Pakatan Rakyat, Zaid bertanding dalam pilihan raya kecil itu atas semangat demokrasi.

"Bagaimanapun PAS akan sepenuhnya bergerak membantu kemenangan calon Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kajang," kata Mahfuz yang juga yang pesuruhjaya PAS Kedah.

Sementara itu ADUN Batu Burok PAS Dr Syed Azman Syed Nawawi berkata beliau bersama kepimpinan Pakatan Rakyat Terengganu dipanggil bertemu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegarahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed pada Jumaat ini.

Beliau berkata MP Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, ADUN Bandar Azan Ismail serta kerabat diraja Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah akan bersamanya membawa laporan dan dokumen berkenaan isu rasuah dan korupsi di negeri itu.

"Hari Jumaat ini akan saya akan bawa empat isu penyelewengan dan rasuah di negeri iaitu isu pembalakan, perlombongan, Tasik Kenyir serta pembinaan dan perubahan Pasar Payang," kata beliau.

Tiada ulasan: