Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

9.2.14

Anwar: Apa saya buat jika MB S'gor

Orang pertama yang akan ditemui pengunjung ke ibu pejabat PKR adalah pengawal keselamatan bermisai tebal yang dikenali sebagai Balu.

Bertugas di pondok maklumat tetapi tidak diberikan kerusi untuk duduk, Balu hanya berjenaka apabila ditanya tentang perkara itu: "Dalam parti ini, masalah terbesarnya adalah kerusi".

Terkini, kerusi yang menjadi perhatian ramai adalah kerusi menteri besar Selangor yang disandang Tan Sri Khalid Ibrahim.

Percaturan Anwar untuk masuk ke dalam dewan undangan negeri Selangor yang dinamakan sebagai 'Langkah Kajang' - dilihat sebagai satu usaha untuk menukar Khalid dengan Anwar.

Sebagai ahli politik berpengalaman dan kini bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kajang, Anwar dilihat cukup berhati-hati apabila berbicara tentang rancangannya nanti.

"Jika saya jadi MB," katanya sambil menegaskan perkataan 'jika', "ia adalah sementara sebelum saya jadi perdana menteri."

Pertemuannya dengan Malaysiakini semalam berlangsung di antara siri wawancara media-media lain.

Malah, baju kemeja rona merah jambu berjalur di batang tubuhnya tidak mampu menyorokkan riak keletihan pada wajahnya.

Namun, keletihan itu tidak menggugah pemain politik veteran seperti Anwar daripada membuat kenyataan yang tidak diperlukan - iaitu jawatan tersebut hanyalah batu loncatan dan Khalid adalah satu lagi bidak catur dalam perjalananya ke puncak perdana.

Anwar sebaliknya melukiskan gambaran lebih lunak tentang persahabatan dan politik.

Khalid katanya, adalah seorang kawan yang baik tetapi Selangor memerlukan "kekuatan politik".

Tiada ulasan: