Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin petang ini menegaskan bahawa golongan sasterawan sentiasa bersama
kerajaan, dan tidak pernah bersama pembangkang dalam membangunkan
negara Malaysia.
Tegasnya, beliau yakin golongan tersebut mampu meyakinkan rakyat untuk bekerjasama secara intim dengan kerajaan dalam menjayakan misi nasional negara.
"Keterikatan dan kerjasama erat sasterawan dan kerajaan dalam merealisasikan misi nasional negara adalah kemuncak usaha kita untuk membina tamadun bangsa.
"Sekiranya ada pihak yang mendakwa golongan sasterawan berada di haluan sana, manakala pemimpin negara berada di haluan sini, ia adalah dakwaan yang tidak benar," katanya dipercayai memaksudkan "haluan sana" sebagai pembangkang, dan "haluan sini" sebagai kerajaan.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya sewaktu majlis penyampaian hadiah Sayembara Penulisan Cerpen-Puisi dan Novel ITBM-PENA-BH di kediaman rasmi beliau, Seri Satria, Putrajaya.
Dalam majlis sama, Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan tambahan RM5 juta kepada Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) bagi penerbitan buku terutamanya karya penulis muda.
Pengumuman itu dibuat selepas beliau berpuas hati dengan ITBM yang berjaya mencapai sasaran penerbitan 240 judul dalam tahun 2012 sehingga 2013 dengan menggunakan peruntukan RM5 juta yang diumumkan perdana menteri sebelum ini.
"Pada tahun 2011, YAB Perdana Menteri meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta kepada ITBM untuk menerbitkan karya asli penulis tempatan. Jadi bolehlah ditokok RM5juta lagi," katanya.
Beliau kemudian menyampaikan hadiah kepada 30 pemenang sayembara bagi kategori novel, cerpen dan puisi dengan hadiah tertinggi berupa wang tunai RM15,000 dan jumlah hadiah keseluruhan RM129,000.
Turut hadir pada majlis itu adalah Sasterawan Negara, Profesor Dr Muhammad Haji Salleh, pemenang SEA Write Awards 2011, penulis S M Zakir, serta aktivis sastera Khalid Salleh.
Khalid turut mendeklamasikan sajak 'Kalau Aku Jadi PM' pada majlis itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan