Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

9.1.14

Polis akan panggil 4 penganjur himpunan TURUN



Pasukan polis mengenalpasti empat individu yang didakwa terbabit dalam penganjuran himpunan bagi membantah kenaikan kos sara hidup di Dataran Merdeka pada malam 31 Disember lalu.

Menurut laporan Sinar Harian, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata ia bertujuan membantu siasatan berhubung pelanggaran Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Kita buka tujuh kertas siasatan, salah satu daripadanya hampir lengkap dan akan diserahkan kepada peguam negara dalam tempoh terdekat.

"Siasatan secara menyeluruh dilakukan termasuk insiden rempuhan dan individu yang menyampaikan ucapan pada malam itu," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Khairi juga berkata, polis menerima sebanyak 1,936 laporan polis daripada NGO dan individu yang membantah perhimpunan yang membawa isu kenaikan kos sara hidup itu.

Sementara itu, setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Edikoup Lakip berkata polis telahpun memanggil pengerusnya, Mohd Bukhairy Sofian untuk siasatan.

Katanya, polis melalui satu surat hari ini meminta Mohd Bukhairy hadir ke IPD Dang Wangi Kuala Lumpur untuk siasatan pada jam 3 petang esok.

Edikoup berkata, polis dalam surat tersebut turut menamakan tiga lagi NGO dengan penganjuran himpunan pada malam 31 Disember itu -- Solidariti Mahasiswa Malaysia( SMM), Jingga 13 dan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN).

SMM dalam kenyataannya menyifatkan tindakan polis itu bertuijuan untuk memadamkan momentum protes orang awam terhadap kenaikan harga barang.

"Himpunan ini himpunan  rakyat, penganjurnya juga rakyat yang hadir, bukan hanya 4 NGO yang disebut oleh polis.

"Himpunan yang sudah aman macam ini pun masih lagi mereka ingin siasat, himpunan aman macam mana yang mereka inginkan sebenarnya," kenyataan itu dipetik.

Farid Sulhi · Top Commenter
kenyataan mufti suruh bunuh rakyat malaysia yang berhimpun didataran merdeka bila pula nak siasat, laporan polis pun banyak juga dibuat terhadap mafia ni.

Tiada ulasan: