Dua orang mufti Malaysia menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa untuk mengharamkan perbualan orang bukan muhrim menerusi laman sosial yang didakwa mendorong kepada perlakuan maksiat.
Menurut laporan Berita Harian, Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman dan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad, itu menuntut Majlis Fatwa mengambil tindakan berkenaan, selari dengan fatwa dikeluarkan pemimpin Iran Ayatollah Ali Khamenei.
Menurut Abdul Rahman, pegaulan yang menjurus kepada maksiat atau bertentangan Islam dilarang dalam Islam, walaupun di media sosial.
“Contoh mudah adalah memberi salam. Jika tidak ada tujuan dan disalah guna untuk permulaan perbualan kurang berfaedah, ia tidak wajib dijawab.
“Melihat pasangan yang bukan muhrim tanpa ikatan sah di media sosial juga tidak dibenarkan.
“Perbuatan ini dilarang dalam Islam kerana boleh mengundang nafsu,” kata Abdul Rahman seperti dipetik dalam laporan itu.
Azwan Alaman · Follow · 3D Animator & VFX Design at Digilogic (M) Sdn. Bhd
Bukan muhrim lah. Mahram...
Muhrim adalah perkataan Arab. Ia membawa maksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah. Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang banyak didperkatakan di dalam kitab-kitab feqah.
Mahram pula bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita seperti adik kita, emak mertua kita dan lain-lain.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan