Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

9.1.14

Jangkitan Cacing Dalam Tubuh Kita



Jangkitan cacing ini kalau tidak dirawat, ia boleh menyebabkan anda kekurangan darah. Sebabnya, cacing akan menghisap darah dalam usus. Lebih teruk lagi, cacing kerawit menjadi penyebab tertinggi terhadap kes kekurangan darah ni berbanding jenis cacing lain.
Kesannya, masalah kurang darah ni akan menganggu tumbesaran dan pembelajaran anak-anak. Kalau dah sampai tahap yang agak serius, ia boleh menyebabkan kegagalan jantung tu. Telur cacing masuk ke tubuh menerusi tangan, makanan kotor. Protozoa dan cacing adalah dua punca utama penyakit manusia di kebanyakan negara tropika. Ia bukan saja menjejaskan kesihatan berbilion orang malah membunuh jutaan yang lain setiap tahun. Jangkitan cacing misalnya, boleh berlaku pada semua kumpulan usia masyarakat. Bagaimanap un, ia lebih kerap terjadi pada kanak-kanak. Pada 2006, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan jangkitan cacing di seluruh dunia melebihi 1.5 bilion.


Komplikasi Masalah Cacing

Masalah cacing yang tidak dirawat menyebabkan pelbagai komplikasi, antaranya masalah kekurangan darah kerana cacing boleh menghisap darah dalam usus.
Cacing kerawit sebagai contoh, paling kerap menyebabkan kekurangan darah kerana ia boleh menghisap darah di dalam usus. Masalah kurang darah yang kronik boleh mengganggu tumbesaran dan pembelajaran malah pada tahap lebih serius boleh menyebabkan kegagalan jantung.

Masalah jangkitan cacing bagaimanapun, tidak terhad pada sejenis cacing saja. Jangkitan cacing lain yang kerap berlaku adalah cacing gelang dan cemeti.

Menurut WHO, jangkitan cacing gelang (ascaris lumbricoides) adalah jangkitan yang paling kerap berlaku iaitu membabitkan 1.22 bilion jangkitan, cacing cemeti (triciuris trichiura) pula 795 juta jangkitan manakala cacing kerawit (amcylostoma duodenale, necator americanus dan ancylostoma ceylanicum) 740 juta jangkitan.

Daripada jumlah itu, 400 juta kes membabitkan kanak-kanak yang kerap mengalami masalah tumbesaran, aktiviti fizikal yang kurang cergas, kekurangan daya pemikiran dan mengalami masalah pembelajaran.
Kalau dilihat kajian tempatan yang dilakukan pada masyarakat luar bandar pula, ada antara 40 hingga 60 peratus kanak-kanak dijangkiti cacing. Jangkitan cacing gelang adalah jangkitan yang paling kerap berlaku (50%), diikuti cacing cemeti (40%) dan 10% lagi jangkitan disebabkan cacing kerawit.

Semua Peringkat Usia
Masalah cacing berlaku pada semua peringkat usia tidak kira muda atau tua. Bagaimanapun, usia yang paling kerap dijangkiti cacing adalah antara 6 hingga 7 tahun dan usia yang paling kurang dijangkiti adalah di bawah setahun.

Jika ada tanda jangkitan, ubat cacing boleh diberi kepada semua peringkat usia. Namun, pemberian ubat untuk pencegahan seperti yang disarankan WHO pada 2006 ialah selepas usia setahun kerana kanak-kanak pada usia ini lebih kerap dijangkiti.

Ubat cacing boleh diberi setiap enam bulan untuk pencegahan, tetapi dalam kes lebih serius, ia perlu diberi setiap tiga bulan. Bagaimanapun, pemberian ubat cacing kepada kanak-kanak di bawah usia dua tahun perlu dirujuk kepada doktor terlebih dulu.


Cacing dan Jangkitan Cacing adalah sejenis jangkitan yang berlaku daripada pencemaran tanah. Tanah yang tercemar dengan telur cacing akan mencemarkan tanaman dan tangan manusia. Tangan dan makanan yang tidak dibersihkan dengan baik juga akan menyebabkan telur cacing dimakan dan larva akan menetas di dalam usus.

Larva yang sudah menetas akan berhijrah ke paru-paru sehingga matang sebelum berhijrah semula ke dalam usus manusia. Cacing yang matang akan bertelur, membiak dan telur cacing juga boleh menjangkiti orang lain jika tangan tidak dibersihkan dengan baik sebelum penyediaan makanan.
Larva cacing kerawit juga boleh menembusi kulit dan masuk ke dalam saluran darah dan seterusnya masuk ke dalam usus dan meneruskan kitar hidup yang sama.
Mungkin ada ibu bapa yang beranggapan cacing adalah masalah kecil tetapi tanpa pencegahan dan amalan kebersihan, cacing boleh membawa maut jika terjadinya masalah usus tersumbat dan tidak dirawat dengan segera.

Selain itu, masalah cacing boleh menyebabkan anemia yang serius dan kegagalan jantung yang teruk jika tidak dirawat.
Berbanding cacing yang dipindahkan melalui tanah seperti ascariasis dan trichuriasis, yang selalu terjadi pada kanak-kanak sekolah, jangkitan cacing kerawit juga kerap terjadi pada orang dewasa.

Komplikasi Jangkitan Cacing Cacing gelang
Usus tersumbat menyebabkan muntah-muntah, perut kembung dan tidak buang air besar. Keadaan ini kadangkala menyebabkan kanak-kanak itu muntah cacing dengan banyak. Komplikasi ini perlu dirawat dengan pembedahan untuk mengeluarkan cacing yang terlampau banyak yang menyekat perjalanan usus. Cacing gelang juga menyebabkan kekurangan vitamin A  kerana gangguan penyerapan zat makanan di dalam usus kecil.

Larva cacing boleh pergi ke paru-paru dan menyebabkan simptom batuk serta lelah. Cacing yang berhijrah ke saluran hempedu dan pankreas boleh menyebabkan demam, jaundis (sakit kuning) dan sakit perut. Simptomnya boleh menyerupai gejala batu di dalam hempedu. Cacing boleh dikeluarkan dengan menggunakan kaedah endoskopi atau pembedahan.

Cacing cemeti
Masalah usus tersumbat menyebabkan muntah berwarna kuning, perut kembung dan berak berdarah dengan banyak. Cacing yang sangat banyak pada usus besar dan rektum (pangkal usus) boleh menyebabkan ‘prolaps rectum‘ atau usus terkeluar dan cacing dapat dilihat pada permukaan usus itu.

Cacing kerawit
Cacing kerawit paling kerap menyebabkan kekurangan darah atau anemia kerana cacing ini boleh menghisap darah di dalam usus. Anemia boleh menjadi teruk dan mengganggu tumbesaran, pembelajaran seseorang kanak-kanak dan pada tahap lebih serius boleh menyebabkan kegagalan jantung.

Tiada ulasan: