Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

9.1.14

Dr M: Apa niat sebenar Paderi Andrew?


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan niat pengarang The Herald Paderi Lawrence Andrew yang didakwanya sengaja menyakitkan hati orang Islam apabila terus berkeras supaya gereja Katolik menggunakan kalimah Allah.


Menurut laporan Utusan Malaysia, Tun Dr Mahathir yang ditemui pemberita turut mempersoalkan niat di sebalik usaha untuk menggunakan Bible dalam bahasa Melayu.

“Penggunaan kalimah Allah di Sabah dan Sarawak telah lama (digunakan), tak apalah, tapi di sini (semenanjung) apa sebab tiba-tiba nak digunakan?

“Kita suruh belajar Bahasa Kebangsaan pun tak belajar, nak bercakap Bahasa Kebangsaan pun tak, tiba-tiba dalam perkara ini nak guna sangat Bahasa Kebangsaan, pasal apa? Ada niat apa?," soalnya.

Katanya, Andrew sepatutnya menghormati keputusan mahkamah Mahkamah Rayuan pada Oktober lalu berhubung larangan menteri dalam negeri ke atas penggunaan kalimah Allah dalam teks bahasa Melayu The Herald.

Keputusan itu membenarkan rayuan menteri dan kerajaan Malaysia terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Disember 2009 yang membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur ke atas keputusan menteri berkenaan.

Mahathir seterusnya berkata, Andrew tidak sepatutnya “menyakitkan hati orang” dengan tindakan tersebut.

“Kita jangan menyakitkan hati orang. Tapi dia (Andrew) sengaja, dan mahkamah kata jangan pun, (dia) tak peduli. Ini tak menghormati mahkamah,” katanya.

Beliau seterusnya membandingkan amalan kebebasan beragama di negara ini dengan sesetengah negara bukan Islam, yang didakwanya tidak membenarkan pembinaan masjid.

Mahathir mendakwa, beliau sendiri tidak men ghalang tindakan orang bukan Islam membina empat rumah ibadat dalam satu kawasan kecil kerana ingin menjaga sensitiviti.

Beliau mengulas kenyataan Andrew pada 27 Disember lepas bahawa gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya dalam bahasa Melayu.

Ikrarnya itu terbukti apabila sekumpulan 200 orang penganut Kristian mengalunkan puji-pujian kepada 'Allah' dalam satu upacara di sebuah gereja di Klang, Ahad lalu.

Kalimah 'Allah' itu berkumandang di gereja Our Lady of Lourdes dalam bentuk lagu pujian (hymn) dan doa upacara keagamaan (mass) menggunakan bahasa Melayu.

Kira-kira 200 orang yang hadir itu antara lainnya mengulangi pujian "Bapa Tuhan Allah" dan "Tuhan kami yang kudus, Allah" sekurang-kurangnya sebanyak empat kali dalam nyanyian lagu dan juga doa sebelum ucapan utama.

Kalimah 'Allah' yang digunakan itu merujuk kepada konsep triniti dalam kepercayaan Kristian.

Tiada ulasan: