Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

28.1.14

'Selesai isu S'gor dulu sebelum konsensus'

PKR patut menyelesaikan terlebih dahulu isu-isu di Selangor sebelum mengutarakan tawaran konsensus nasional kerana ketegangan antara lain berpunca daripada isu rampasan Bible di negeri itu masih belum diselesaikan, kata Pemuda Umno.

"Selesai isu ini baru boleh berbincang... Ketegangan berpunca daripada kerajaan Selangor. Isu yang timbul selepas JAIS gagal menjelaskan perkara itu.

"Itu yang menyebabkan ketegangan. Selesai itu dahulu, baru boleh selesai dengan kerajaan pusat," kata ketuanya Khairy Jamaluddin selepas mempengerusikan mesyuarat pergerakan itu di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau mengulas pelawaan konsensus nasional Anwar susulan beberapa insiden melibatkan kaum dan agama bagi mengelak ketegangan dan dikhuatiri menggugat keamanan negara.


Mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa ketegangan kaum disebabkan kepimpinan yang lemah, Khairy menepis kenyataan bekas perdana menteri itu.

"Tindakan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) yang tidak dapat dijelaskan oleh kerajaan Selangor, bukan kelemahan kepimpinan pusat, tapi Selangor," katanya.

Tiada ulasan: