Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

6.1.14

PM minta penjawat awam tenang hadapi isu sensitif

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa penjawat awam mengambil sikap bertenang dalam menghadapi isu melibatkan perbezaan di antara kumpulan masyarakat.

Dalam ucapannya di perhimpunan bersama warga Jabatan Perdana Menteri pagi ini, Najib berkata isu berkenaan tidak boleh dibiarkan menjadi ancaman kepada keharmonian di negara ini.

“Apabila saya bertemu pemimpin dunia, mereka rasa bangga dengan kita dan bertanya bagaimana Malaysia boleh mengekalkan situasi aman walau dengan perbezaan yang kompleks.

“Maka apabila ada isu timbul, kita mesti menanganinya bukan dengan perasaan atau emosi tetapi dengan kematangan dan ketenangan berdasarkan undang-undang dan dialog,” katanya di Dataran Perdana di kementeriannya itu. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Najib sebagai berkata, setiap isu yang berbangkit dari semasa ke semasa perlu ditangani dengan berdasarkan penyelesaian berasaskan peraturan
undang-undang dan dialog dengan semua pihak.

Najib berkata apabila semua pihak dapat duduk semeja, ia dapat mengurangkan sebarang ketegangan yang timbul daripada apa jua isu yang berbangkit.

Dalam ucapan pada perhimpunan bulanan pertama Jabatan Perdana Menteri tahun ini, Najib turut menyentuh soal kesungguhan negara untuk melaksanakan agenda yang digariskan dalam Dasar Transformasi Negara.

Beliau berkata ramai yang melihat tahun 2014 sebagai tahun yang cukup mencabar yang menuntut banyak negara melakukan perubahan terhadap struktur dasar ekonomi masing-masing.

"Pada hemat saya, mana-mana negara yang sanggup melakukan reforms kepada ekonomi dari segi struktur, dasar yang lebih tepat yang dikemas kini dari semasa ke semasa, maka negara itulah yang akan dapat melihat pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan," katanya, seperti dilaporkan agensi berita nasional.

Najib berkata sebab itulah Dasar Transformasi Negara akan terus diusahakan dengan gigih tahun ini untuk mencapai matlamat status negara maju memandangkan tempoh untuk mencapai matlamat itu semakin pendek.

Tiada negara subsidi RM42b

Bagaimanapun menurutnya apa jua dasar yang dilaksanakan, negara tidak pernah mengenepikan soal kesejahteraan rakyat.

"... umpamanya rasionalisasi subsidi, ia bukan bermakna kita hapus subsidi secara mengejut. Tidak ada negara dalam dunia di mana peruntukan pembangunan berjumlah RM49 bilion, manakala subsidi dan insentif berjumlah RM42 bilion," Najib dipetik sebagai berkata.

"Kadar ini dalam satu segi mencerminkan kerajaan memang prihatin kepada beban rakyat, tapi keadaan seperti ini tidak boleh kita teruskan sebab ia tidak sustainable.

“Cuma cara kita kurangkan subsidi ini, mesti dilaksanakan secara berperingkat, mana yang boleh kita lakukan bagi menolong pelbagai golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana rendah, kita mesti lakukan," katanya.

Akujanji PRU tak dilupakan

Najib berkata beliau yakin sekiranya ekonomi bertambah kukuh dan hasil negara bertambah mantap, maka projek-projek pembangunan boleh ditambah, dan segala kemudahan serta kebajikan pelbagai golongan, termasuk penjawat awam, boleh dipertimbangkan dari semasa ke semasa.

"Tapi ini semua mesti berasaskan kepada ekonomi yang semakin kukuh dan semakin mantap. Ini yang saya nak jelaskan," katanya.

Najib berkata aku janji semasa pilihan raya juga tidak pernah dilupakan, termasuk hasrat menentukan peningkatan kesejahteraan rakyat, ekonomi negara yang tumbuh pada kadar lima peratus atau lebih, pembaharuan ekonomi yang bersifat strategik dan pembangunan modal insan, yang merupakan satu daripada faktor penting dalam usaha mencapai status negara maju.

Borud Lumoh · Top Commenter · Unitoboh piras
Sudah muak dengan saranan dan janji semuanya hanya gula-gula, elaun perumahan golongan Pelaksana RM 180 sebulan tidak cukup bayar sewa Bilik, APA KATA Najib?

Tiada ulasan: