Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

9.1.14

Petua Cara Membunuh Cacing Dalam Perut Anak Anda

Cacing dalam perut biasanya dialami oleh kanak-kanak. Penyakit ini berpunca dari telur cacing yang masuk ke dalam perut melalui mulut. Telur cacing ini melekat pada tangan anak anda dan masuk ke dalam perut ketika makan. Seterusnya membiak dan bersarang di usus perut anak anda.

Tanda-tanda penyakit ini ialah kegatalan pada kemaluan dan menyebabkan masalah perut dan usus anak anda. Untuk membunuh cacing ini, boleh menggunakan biji buah betik. Biji betik mempunyai kandungan antibakteria yang sungguh kuat. Ia mampu membunuh cacing di dalam perut anak anda..

Petua Cara Membunuh Cacing Dalam Perut Anak Anda

1. Caranya, ambil sedikit biji betik dan tumbuk lumat dengan lesung. Kemudian bancuh dengan sedikit air dan ditelan. Amalkan setiap hari selama seminggu untuk membunuh cacing di dalam perut. Untuk lebih mudah, kunyah sahaja biji betik dan telan. Tapi diingatkan ibu mengandung tidak boleh memakan biji betik kerana boleh menjejaskan kanduangan.

2. Telur cacing biasanya melekat pada tangan dan kuku anak anda sebelum masuk ke dalam mulut mereka. Oleh itu didik anak anda basuh tangan dengan bersih sebelum makan. Pastikan kuku anak anda dipotong pendek. Selain itu, elakkan anak anda dari bermain pasir atau tanah di luar rumah.

Sebenarnya memang mengerikan dan mengelikan melihat cacing gelang yang saiznya agak besar. Boleh juga tunjukkan gambar cacing gelang dibawah ini kepada anak anda. Supaya membina kesedaran dalam diri mereka untuk menjaga kebersihan diri.

Semoga Petua Cara Membunuh Cacing Dalam Perut Anak Anda membantu anda.

Tiada ulasan: