Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

17.5.14

Dr Mahathir bin Mohamad

Dr Mahathir bertanding pilihanraya kali pertama pada 1964 dan menang dengan mengalahkan calon PAS Mohd.Shaari bin Haji Abd. Shukur dengan mejeroti 4210, Dr.M dapat 12406 dan Mohd.Shaari 8196 di Parlimen Kota Setar Selatan.

Dalam sidang parlimen pada 1966 wakil PAS Dato' Mohamad Asri bin Haji Muda ketika menyokong usul Abdul Samad Gul untuk mengukuhkan hak-hak Bumiputra antara lain Dato' Asri berkata "......usul ini ialah sekadar meminta supaya Perlembagaan Malaysia ini dipinda, tentulah cara hendak dipinda perlembagaan itu mestilah dengan ada Committee atau jawatankuasa atau pun satu suruhanjaya bagi mengkaji mana2 fasal yang lemah diperkuatkan dan mana2 fasal yang tidak ada diadakan bagi maksud dan tujuan terjaminnya hak-hak Bumiputra dalam negeri kita ini......"

Dr Mahathir bin Mohamad (Kota Setar Selatan) telah turut mengambil bahagian dalam perbahasan itu, diantara lain beliau berkata:-

"....saya menentang usul ini, ialah oleh kerana ini adalah bukan satu usul yang akan membina satu Malaysia yang kuat tetapi cuma akan menimbulkan perasaan perkauman yang akhirnya akan menjahanamkan sama sekali Malaysia yang kita sayangi.......saya tidak percaya, saya sebutkan lagi, saya tidak percaya dengan adanya, dengan dicatatkan didalam perlembagaan hak-hak Bumiputra maka ia akan membawa kepada kesenangan bagi orang2 Melayu.......",

"....dan pada satu masa kita akan buang sama sekali hak-hak istimewa orang2 Melayu, saya faham bahawa hak2 ini yang ada tercatat di dalam perlembagaan pada masa sekarang juga ialah satu tanda penghinaan bagi orang2 Melayu, ini menyifatkan orang2 Melayu seperti Red Indian di dalam Amerika dimana mereka itu mesti diberikan Reserve supaya mereka itu dapat hidup di Amerika",

".... saya percaya Parti Perikatan begitu juga Kerajaan Perikatan akan berusaha supaya pada suatu masa kita dapat membuangkan sama sekali hak-hak, janganlah menambahkan lagi hak-hak ini" (Harnsad parlimen m/s 93-94). Waktu itu semua wakil Perikatan menentang usul PAS dan menyokong Dr.Mahathir Mohamad.

(umno memang MAHARAJA MUNAFIK)

Tiada ulasan: