Walaupun diganggu sekumpulan pemuda bermotosikal sewaktu menemui pengundi pada petang semalam, calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud kembali ke kawasan sama di Padang Tembak, Teluk Intan pada sebelah malamnya untuk berceramah.
Menurut Dyana, beliau sudah menawarkan dirinya sebagai calon anggota Parlimen Teluk Intan kepada pengundi di situ dan ujian demikian tidak melemahkan semangatnya walaupun beliau mengakui sedikit takut sewaktu diganggu.
"Dicerca ditohmah, macam-macam tak boleh, saya dah kata saya di sini untuk rakyat Teluk Intan," katanya tegas sewaktu berceramah di perkarangan rumah seorang penyokong PAS di Padang Tembak, malam tadi.
Petang semalam, sekumpulan kecil pemuda bermotosikal mengganggu Dyana sewaktu dia menemui pengundi di pasar Padang Tembak.
Pemuda tersebut cuba mendekatinya dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang menemaninya dalam tinjauan mesra di kawasan itu.
Bagaimanapun, anggota keselamatan DAP bertindak menyekat pemuda itu dan anggota polis juga meminta kumpulan pemuda itu supaya beredar dari situ.
Dalam ceramah sama, Dyana menegaskan ujian begitu terlalu kecil jika dibandingkan dengan kecekalan pemimpin veteran DAP seperti mendiang Karpal Singh dan Lim Kit Siang yang telah lama bergelumang dalam politik untuk rakyat Malaysia.
"(Selama) 40 tahun (mereka) berjuang untuk rakyat - bukan ada personal gain (keuntungan peribadi) dan bukannya dapat projek pun," kata setiausaha politik Lim Kit Siang di Gelang patah itu.
Di hujung ceramahnya, Dyana memujuk hadirin ceramahnya agar 'menghantar' beliau ke Parlimen bagi mewakili mereka.
Bagaimanapun, pujukan Dyana itu dibalas dengan usikan 'nakal' seorang hadirin ceramah.
Individu itu yang hanya kedengaran suaranya tetapi tidak dapat dicam wajahnya mencelah ceramah itu dan berpesan secara ringkas agar Dyana "Jangan tolak hudud."
Dyana yang mendengar celahan itu dengan jelas hanya tersenyum dan menjawab: "Saya bukan tolak hudud, baca balik kenyataan saya sebelum ini".
Peguam muda itu dalam wawancaranya dengan Malaysiakini selepas diumum sebagai calon menjelaskan bahawa beliau tidak menentang hudud, namun, pelaksanaannya di Malaysia tidak boleh dijalankan selagi isu sosio-ekonomi tidak di atasi.
Wan Adib Wan Roslan · Top Commenter · International Islamic University Malaysia
Tahniah
Dyana. Orang yang macam ni yang kita mahu, cekal & tabah menghadapi segala
rintangan. Namun itu tak sedikit pun mematahkan semangatnya. Perjuangan
demi martabatkan keadilan pastinya akan berliku-liku & berbagai
halangan, tapi semua itu adalah asam garam perjuangan. Bak kata pepatah,
'kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai'. Teruskan
perjuanganmu wahai serikandi Melayu DAP, lawan tetap lawan!...
- Wan Adib Wan Roslan · Top Commenter · International Islamic University Malaysia'Peguam muda itu dalam wawancaranya dengan Malaysiakini selepas diumum sebagai calon menjelaskan bahawa beliau tidak menentang hudud, namun, pelaksanaannya di Malaysia tidak boleh dijalankan selagi isu sosio ekonomi tidak di atasi.'
Dyana sama sekali tak menentang hudud. Cuma dia berpendapat, hudud di Malaysia wajar diadakan, setelah masalah sosio ekonomi diselesaikan. Ini adalah perbezaan pendapat di segi pelaksanaan, bukan penentangan. Sikap ini amat berbeza dengan mca, gerakan dll parti komponen bn yang jelas menentang hudud dari dilaksanakan... - Wan Adib Wan Roslan · Top Commenter · International Islamic University MalaysiaMunculnya Dyana sebagai calon DAP diTeluk Intan, mengandungi hikmah tersirat. Gelaran & tohmahan, kononnya DAP adalah chauvinis oleh pihak 'tut', telah terbatal dgn sendirinya bila wanita melayu muda ini menjadi calon DAP. Di kawasan Teluk Intan yang majoritinya bangsa cina, pencalonannya adalah satu pertaruhan berisiko tinggi. Apa lagi lawannya pun dari kaum cina. Tapi bagi rakyat yang matang, siapa pun menjadi calon tak menjadi masalah, yang penting dia bawa agenda rakyat marhaen. Tahniah pada DAP dengan pencalonan ini. walaupun pada dasarnya ia adalah berisiko tinggi, namun rahmat & hikmah yg tersembunyi adalah jauh lebih besar. Ini adalah petanda yang jelas, DAP bukan lah parti berbentuk perkauman seperti dicanangkan setengah pihak. Ia adalah parti berbagai kaum & bangsa. Yang penting, agendanya memperjuang & memartabatkan rakyat. Latar belakang Dyana dari keluarga yang kuat umno, sudah pasti membuka mata ahli-ahli umno, bahawa apa yang mereka dengar selama ini tentang DAP adalah wayang semata. Kalau keluarganya boleh menerima Dyana sebagai wakil DAP, apakan lagi Melayu lain. Inilah antara hikmah terbesar dari pencalonan Dyana...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan