Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

21.5.14

orang Melayu Islam lebih untung

Tun Razak berkata “orang Melayu Islam lebih untung kerana yang membayar cukai bukan Islam, kita buat jalan luar Bandar, kita buat rancangan Felda,kita buat masjid dan pelbagai lagi dengan menggunakan hasil cukai orang bukan Islam” (rujuk tulisan Dr Masitah Ibrahim dalam sinar harian 20.7.2012)
Segala pembangunan yang kerajaan buat di negara ini adalah dengan menggunakan hasil cukai daripada rakyat negara ini dan buat ketika ini pembayar cukai yang tertinggi ialah kaum Cina diikuti oleh India dan Melayu.

Dari hasil cukai itulah kerajaan bagi komisen beli kapal selam RM540juta, bagi kepada suami Shahrizat RM250juta, penipuan oleh pemimpin MCA dalam projek PKFZ RM12bilion, membina menara berkembar RM10bilion, subsidi gas kepada pembekal tenaga (IPP) RM14bilion, selamatkan MISC milik Mirzan anak Dr.M RM1.8bilion semua itu adalah menggunakan wang pembayar cukai (wang rakyat), hanya orang Cina sahaja yang sensitif dengan isu penyalahgunaan wang negara manakala orang Melayu tidak peka dengan apa yang berlaku.

".....bila bayar cukai kita tolong rakyat.......". ".....kita nak jalan raya baharu, sekolah dan universiti baharu dan ini memerlukan peruntukan yang lebih, jadi kita tidak boleh, tidak ada hasil, kalau tidak siapa hendak bayar semua ini." (Najib Tun Razak: Masjid Wilayah Persekutuan 24.11.2013 / Sinar Harian 25.11.2013).
Jelas disini khususnya kepada ahli umno dan penyokong umno bahawa segala pembangunan yang kerajaan buat, gaji kakitangan awam, bantuan one off, BR1M dan lain2 lagi adalah daripada wang rakyat (cukai) bukan dari poket umno/BN, umno/BN tak keluarkan satu sen pun untuk rakyat, tetapi umno/BN sapu wang rakyat jutaan ringgit, yang mereka bagi kepada rakyat hanya sisa-sisa sahaja.

UITM dan semuat pusat pengajian bukan didirikan dengan duit umno/BN tetapi dengan duit rakyat (cukai) dan yang banyak dalam cukai itu duit orang Cina.

Berkata (Firaun) ”bukankah telah kami pelihara engkau diantara kami diwaktu engkau masih kecil dan engkau telah tinggal bersama kami beberapa tahun dari umur mu” (Asy-Syu`ara:18)

”Dan engkau telah membuat perbuatanmu yang engkau perbuat itu dan adalah engkau seorang yang tidak mengenang budi” (Asy-Syu`ara:19)

Nabi Musa dibesarkan dalam istana Firaun dengan segala kemudahan termasuk pendidikan, Nabi Musa hidup dalam serba kemewahan selama 30 tahun dalam istana Firaun, tetapi selepas 30 tahun Nabi Musa lawan Firaun, adakah Nabi Musa tak kenang budi Firaun?. Hanya Firaun sahaja yang kata Nabi Musa tak kenang budi sama macam umno/BN hari ini, maka umno/BN dengan Firaun mempunyai satu fikrah dan satu akidah.

Jadi cerdiklah wahai ahli dan penyokong umno/BN!!!! jangan terus dibodoh dan dibangangkan oleh umno/Barisan Nasional!!!!.

Tiada ulasan: